Anda di halaman 1dari 2

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan 1 (a) Bezakan antara persekitaran umum dengan persekitaran tugas. (b) Jelaskan tiga kebaikan perniagaan domestik. (c) Jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran. (d) Berikan dan jelaskan tiga jenis susun atur kilang. (e) Huraikan maksud peletakan pasaran. (f) Terangkan enam fungsi pemborong dalam perniagaan. [4] [6] [4] [6] [4] [6]

(g) Berikan dua perbezaan antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikat dengan objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham. [4] (h) Jelaskan tiga jenis polisi insurans nyawa. (i) Jelaskan tiga fungsi Jabatan Sumber Manusia. (j) Huraikan empat ganjaran berbentuk kewangan. [6] [6] [4]

Bahagian B [50 markah]

(a)

Azra Silk adalah sebuah syarikat pengeluar batik kraftangan khususnya sarung dan batik sutera di Pahang.Syarikat ini dibuka hasil pengalaman pemiliknya, Puan Rosnaini yang bekerja selama lima tahun dalam industri berkenaan di Terengganu. Syarikat ini baru sahaja beroperasi sejak setahun yang lalu dengan bilangan pekerja seramai 20 orang.Sejak memulakan operasi, Syarikat ini telah mendapat sambutan yang baik khususnya disekitar bandar Kuantan dimana ianya beroperasi. Puan Rosnaini merancang untuk meluaskan pasarannya ke seluruh negara.Namun demikian, beliau mempunyai sedikit masalah kerana pengalaman beliau terhad dalam bidang operasi pengeluaran sahaja. Untuk tujuan ini, beliau telah mengambil seorang pekerja yang baru menamatkan pengajian di Universiti Tempatan dalam bidang pemasaran. Bersesuaian dengan kelulusannya, Adam sebagai pekerja baru telah dilantik sebagai pengurus jualan.Untuk memenuhi impian pemiliknya yang mahu menembusi pasaran batik seluruh negara, Adam telah merancang untuk menjalankan promosi yang berjaya manakala strategi pengagihan yang baik telah dilakukan oleh Puan rosnaini sendiri. (i) Terangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh Adam dalam menentukan belanjawan promosinya. [10]

(ii) Dalam memasarkan produknya yang terdiri daripada kain sarung, batik sutera lukis dan sutera ekslusif ke seluruh negara, Puan Rosnaini akan mengedarkannya terus kepada peruncit-peruncit yang pelbagai. Terangkan tiga tahap liputan pasaran yang terdapat dalam pasaran dan cadangkan tahap liputan yang paling sesuai untuk dipilih oleh beliau mengikut jenis keluaran yang dihasilkan. [10] (b) Puan Farah perlu menguruskan saluran agihan yang dipilih dengan baik bagi memastikan ianya mampu mencapai matlamat pemasarannya. Huraikan perkara- perkara yang perlu diberi perhatian dalam menguruskan saluran agihannya dengan baik. [15] (c) Jelaskan maksud risiko pelaburan dan perkaitannya dengan pulangan. [15]

Anda mungkin juga menyukai