Anda di halaman 1dari 23

1 SKEMA SUKATAN PELAJARAN SEJARAH BAHARU : AKHIR TAHUN 6 RENDAH CARA PEMARKAHAN PENGENALAN : 3M ISI : 15M

KESIMPULAN : 2M

PENGREDAN
Calon mengingat semula, memilih, dan menggunakan pengetahuan sejarah yang releven dan tepat untuk menyokong hujah yang koheren dan logik Calon menyampaikan idea dengan cara yang jelas dan koheren mengunakan istilah Sejarah yang bersesuaian Calon menunjukkan pemahaman tentang kompleksiti konsep sejarah, membezakan dengan jelas antara sebab dan akibat, perubahan dan kesinambungan, persamaan dan perbezaan dengan menggunakan /bukti sejarah yang tepat dan releven Calon menunjukkan pemahaman tentang individu dan masyarakat masa silam; memahami kepentingan motif individu yang terlibat Calon menggunakan, menilai dan menginterpretasi sumber sejarah sebagai bukti, mengenal pasti dengan tepatnya kekangan sumber tertentu, membanding dan membezakan pelbagai sumber serta membuat esimpulan yang jelas dan logic Calon mengingat dan memilih pengetahuan sejarah yang releven untuk menyokong hujah yang logic Calon menyampaikan idea secara jelas dan koheren dengan menggunakan istilah sejarah yang bersesuaian Calon membezakan antara sebab dan akibat, perubahan dan kesinambungan serta persamaan, dan perbezaan dengan menggunakan bukti yang tepat tetapi terhad Calon menunjukkan pemahaman tentang individu dan masyarakat masa silam Calon menggunakan, menilai dan menginterpretasi sumber sejarah sebagai bukti, menunjukkan kekangan sumber tertentu, membanding, dan membezakan pelbagai sumber serta membuat kesimpullan yang koheren

2 1. Huraikan susun lapis masyarakat di England pada abad ke-16 hingga 17

Pendahuluan ( 3 Markah ) Feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yang dirancang. Dalam mentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancang adalahlah lebih baik daripada anarki yang tidak mempunyai organisasi dan tanpanya masyarakat Eropah akan mengalami keadaan yang tidak teratur dan kacau-bilau. Disamping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne dan berlanjutansehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar masyarakat feudal. Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch , beliau mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan. Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid. Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9 memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord ) dan petani (vassal ) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord . Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dankeselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsur , tetapi secara keseluruhannya berkesan, pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan. Dalam sistem feudal terdapat 3 ciri pemerintahan utama iaitu Counts atau Lords, Vassals, dan Manor. Counts atau Lords ialah orang yang penting dalam sesebuah wilayah dan mempunyai kekuasaan ke atas tanah yang luas. Golongan Lord yang kurang berpengaruh terpaksa tunduk kepada Counts untuk mendapatkan perlindungan dan terpaksa menjadi Vassal kepada Counts. Vassals bererti pekerja ataupun pemilik tanah kepada Lord. Di kawasan kampong, terdapat satu corak kehidupan digelar Manor, iaitu harta milik Lords. Para pekerja dalam sistem ini dikenali sebagai serf, iaitu hamba yang terikat kepada Lord dan diberi perlindungan

Isi-isi ( 5 isi x 3 markah = 15 markah ) SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND Dalam masyarakat feudal di Engaland terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan pemerintah raja, golongan bangsawan iaitu Baron dan Knight dan golongan diperintah iaitu hamba yang dikenali sebagai villains, serf atau hamba. Tiga golongan ini berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Raja memerlukan Baron untuk menjalankan aktiviti memungut hasil cukai daripada pihak knight, manakala kbight bertanggungjawab kepada Baron dan raja dengan memberi perlindungan dari segi ketenteraan, manakala hamba pula menyediakan bekalan makanan dan sumber tenaga dalam peperangan. Sebaliknya golongan atas menganugerahkan tanah kepada golongan pertengahan sebagai balasan terhadap

3 perkhimatan yang telah diberikan. Golongan pertengahan pula memberi perlindungan kepada golongan bawahan atas jasa mengusahakan tanah dan menyediakan makanan kepada mereka. SUSUN LAPIS DAN PERANAN MASYARAKAT FEUDAL ENGLAND 1. RAJA Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,idea tentang kerajaan yang terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yangdiperintah secara langsung oleh kerajaan pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjang zaman feudal, negara dapat mengekalkan kewujudannya dan raja masih terus memerintah walaupun kuasa mereka semakin berkurangan. Pada masa itu, tidak terdapat sistem percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tentera kebangsaan. Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata lain,golongan raja mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara dan berhak memutus kan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya . Oleh itu, seseorang yang dipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanah tersebut iaitu daripada golongan puak Vassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahulu dikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tanda taat setia kepada raja dan harusmenjalankan tugas mengikut arahan raja. Kebiasaannya, golongan Vassal ini adalah terdiri daripada golongan lelaki. Di samping itu juga, raja turut memberikan tanah kepada golongan bangsawan yang terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagai balasan atau pun ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun, sebagai balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar untuk tujuan peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua golongan pada masa tersebut. Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang didorong oleh hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja kebajikan supaya dosanya yang lalu dapat diampunkan. Sebagai contoh, Henry II (contoh raja yang paling baik pada zaman pertengahan) telah menggunakan hakim. Sistem pengadilan di England, mengadakan mahkamah penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan. Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu mencari kaedah untuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran kepada golongan bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak langsung, golongan bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan terikat dengan pemerintah pada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja danmereka akan melindungi raja daripada sebarang ancaman baik secara luaran mahupun dalaman. Selain itu, mereka juga akan memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata kepada pemerintah. Golongan raja juga turut memperolehi hasil pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan kepada golongan bangsawan hasil daripada tanah yang telah mereka berikan. Dalam bidang ketenteraan, raja turut bertanggungjawab untuk mengepalai tentera dalam peperangan dan seterusnya mencetuskan kemenangan bagi pihaknya. Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua Lord dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar raja mutlak atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai feudal overlord iaitu golongan bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buah dan hamba-hambanya.Hasil perbelanjaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatan daripada tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal. Selain itu

4 juga, beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hamba mereka yang lain. Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yang mengikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya danmengeluarkan peraturan pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akanmenyampaikan kepada orang yang berada di bawah pemerintahan mereka. Golongan raja juga tidak mempunyai bidang kuasa terhadap sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh mengadakan mahkamah feudal untuk membicarakan hambanya yang terdekat dan tanggungannya. Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakan tugas mereka hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hamba mereka bersama apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awal zaman feudalisme, kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Di England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang tampuk kuasa namun akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan dan raja yang lemah. 2. BANGSAWAN/ BARON Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasa dan pengaruh nya tetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau bagaimanapun, perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yangmenjejaskan status dan gaya hidup mereka. Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golongan ini turut memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zaman dan Duke telah menjadi sesuatu yang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut menjadi mudah kepada golongan Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh kerana dikatakan mereka mempunyai kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripada golongan raja. Golongan bangsawan juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai taat setia kepada raja. Selain itu, tanah yang diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turun temurun oleh keluarga bangsawan. Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan pentadbiran sekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah bertanggungjawab terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggaldan hiburan. Di samping itu juga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diri seandainya terdapat sebarang lawatan atas arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti terlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis. Selain itu, golongan bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golongan pemerintah dalammembuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu agama pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal yang berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan politik kerajaan. Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal di suatu kawasan yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,rumah yang besar itu melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan bangsawan tersebut. Mereka mencari kawasan yang luas dan selamat kerana bimbang akan serangan daripada pihak musuh. Dalam hal ini, golongan pahlawan atau knight bertanggungjawab untuk melindungi golongan bangsawan. Kebiasannya, rumah golongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar, dewan dan bilik tidur yang cantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiri daripada ruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk

5 hamba-hamba mereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan pembantu mereka, vassal dan para petani. Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksamenjadi hamba. Selain itu, semua penghuni istana tersebut akan makan di meja yang diperbuat daripada kayu panjang manakala para tetamunya akan duduk di tempat yangagak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam hari pula, semua ahli keluarga golongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakala golongan hamba merekaakan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk berehat bagi seisi keluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan bangsawan untuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut disediakan sebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan upacara keagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian. 3. KNIGHT Knight biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Seorang yang layak menjadi knight apabila bapa atau atuknya pernah dilantik menjai knight. Kebiasaanya seawall umur 7 atau 8 tahun kanakkanak ini akan dihantar ke istana raja atau bangsawan lain untuk mendapatkan latihan dan bertujuan bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut terpengaruh oleh pemikiran ibu dan kakak mereka. Knight akan diberikan tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Mereka juga akan mula berkhidmat kepada raja atu lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta dan barang rampasan. Knight juga diberi tanggungjawab iait perlu melindungi Baron dan keluarga. Mereka juga terikat oleh sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat untuk Baron dan Raja yang boleh dipanggil bertarung bila-bila masa dan akan diberi ganjaran tanah. Mereka mempunyai tanah yang luas dan mengagihkan kepada golongan villeins (serf) untuk dikerjakan semasa ketiadaan mereka. Knight juga akan tinggal di tanah miliknya dan berhak memungut hasil dari tanah tersebut. Mereka juga memiliki tentera mereka sendiri dan penduduk yang mengusahakan tanah tersebut akan tinggal di situ. Sebagai balasan knight akan melindungi mereka (petani, hamba abdi serta keluarga). Kehidupan harian pada zaman pertengahan di England ditentukan oleh Raja atau Baron. Kehidupan mereka tertumpu kepada peperangan untuk melindungi Raja atau Baron. Banyak masa Knight dihabiskan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam ketenteraan (strategi peperangan, pengetahuan tentang pengepungan dan penggunaan senjata). Mereka mesti berpegang kepada kod kesatriaan yang ditentukan oleh Raja atau Baron iaitu berjanji untuk melindungi golongan lemah, bersopan dengan golongan wanita, setia kepada raja dan menyembah Tuhan sepanjang masa. Mereka juga mesti bersifat rendah diri dan tidak bermegahmegah terhadap orang lain terutama mengenai kehebatan mereka. Knight juga diajar untuk memaafkan musuh bagi mengalah dan menundukkan mereka. Di sebelah petang Knight menjalani latihan untuk menambah kemahiran-kemahiran mereka menunggang kuda atau mengiringi Baron atau raja dalam aktiviti memburu, penjajahan atau memeriksa tanah-tanah dan ladang-ladang. Pada sebelah malam biasanya Knight makan malam di Hall Castle atau Manor House. Selepas makan malam mereka dihidangkan pula dengan hiburan seperti muzik, menari, baut-badut dan sebagainya. Rutin harian kehidupan seorang Knight biasanya berulang dari hari sehari

6 4. VASSAL Raja mempunyai banyak tanah,namun tidak mampu untuk menguruskan kerana mereka terpaksa mengembara ke negeri lain.Oleh itu ,raja memerlukan satu kuasa untuk mengekalkan hak ke atas tanah tanah tersebut walaupun tidak secara lansung untuk menyelesaikan masalah tersebut ,satu jenis kontrak antara bangsawan dan raja telah dibuat .Bangsawan yang dipercayai itu adalah Vassal. Vassal dikehendaki menjalankan acara sumpah taat setia kepada raja.Vassal bergilir gilir melakukan sumpah setia tersebut di hadapan raja atau wakil raja iaitu steward . Majlis ini dinamakan sebagai Sumpah Kesetiaan. Majlis ini penting untuk mengikat hubungan antara kedua dua pihak supaya Vassal dapat memberi sokongan kepada raja sepanjang pemerintahan beliau. Raja akan mengenakan cukai ke atas Vasal sebagai wang perlindungan . Vassal juga bertanggungjawab mengurus kan tanah yang diberian dan menyediakan askar- askar untuk peperangan. Gelaran Vassal ialah seorang bangsawan yang bersumpah di hadapan raja atau steward. Mereka melutut di hadapan baginda dan bersumpah akan taat setia. Keadaan ini dikenali sebagai Penghormatan dan Kesetiaan yang menyebabkan Vassal terikat dengan golongan Raja supaya menjaga tanah yang diamanahkan. Sekiranya mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan mereka dikira pengkhianat. Tanah yang mereka miliki kebiasaanya antara 1 200 hingga 1 800 ekar Peranan Vassal yang utama ialah mengusahakan tanah yang dianugerahkan oleh raja. Mereka dikehendaki menguruskan petani atau villains supaya mengerjakan tanahnya dan sebagai balasan akan dibayar upah. Cukai-cukai dikenakan terhadap petani dan serf. Cukai yang dikenakan merupakan pendapatan Vassal. Golongan serf dan villlians akan bekerja 3 hari seminggu di tanah Vassal. Mereka juga membekalkan tenaga tentera untuk peperangan selian menyiapkan kerja rutin di istana yang dikehendaki oleh raja. Dalam bidang ketenteraan pula, Vassal berperanan menyediakan askar-askar terlatih untuk menghadapi peperangan selain menyediakan peralatan seperti baju-baju dan senjata-senjata untuk askar-askar. 5. GOLONGAN BAWAHAN Golongan petani, serf ataupun hamba berada dalam kedudukan paling bawah dalam sistem feudal di England. Kewujudan golongan petani berkait rapat dengan tuan-tuan tanah kerana mereka kebiasaannya mempunyai hutang dengan tuan tanah. Petani di England terdiri dari 4 golongan iaitu petani bebas, petani separuh bebas, serf dan hamba. Petani bebas adalah petani yang memiliki tanah mereka sendiri di mana mereka bebas untuk bercucuk tanam manakala petani separuh bebas adalah petani yang tidak memiliki kebebasan, tidak mempunyai tanah dan hidup mereka tertakluk kepada undang-undang tuan tanah. Serf pula bercucuk tanam dan menternak binatang di atas sekeping tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian. Sebagai balasan golongan serf ini memberi perkhidmatan dengan mengerjakan tanah dan juga tugas-tugas lain. Serf yang mempunyai kemahiran tertentu seperti membuat perabot dan peralatan perang akan menghasilkan barangan tersebut untuk ditukarkan dengan barang-barang keperluan asas yang lain seperti gandum, kambing dan kuda dengan menggunakan kaedah pertukaran barang. Hidup serf ditentukan oleh tuan tanah di mana mereka tidak mempunyai selepas berhak untuk berkahwin, boleh dihantar ke manor yang lain serta boleh ditukarkan dengan serf yang lain oleh tuan tanah. Petani di England juga terpaksa membayar sewa kepada tuan tanah dalam bentuk ayam, buah-buahan, sayur-sayuran ataupun dalam bentuk bulu kambing biri-biri. Tuan tanah turut meminta pelbagai jenis denda dan salah satunya ialah heriot. Heriot merupakan bayaran khas yang dibayar oleh waris apabila kematian

7 seorang petani sebagai pengiktirafan hak milik tuan tanah bagi memperbaharui kontrak warisan tersebut Pada abad ke 16 hingga 17 kehidupan petani berubah selepas berlaku perubahan kepada ekonomi England. Banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersil turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan Bandar dan perkembangan sector perusahaan. Petani keluar dari kampong dan mencari pekerjaan di bandar menyebabkan kekurangan buruh di kampong. Tuan tanah terpaksa menyewakan tanah dan mengupah orang bebas yang dibayar gaji dan terpaksa membebaskan serf supaya dapat menyewakan tanah kepada mereka. Serf yang dibebaskan pula menjadi petani dan menjual hasil tanaman bagi menyara hidup. Kesannya hubungan antara tuan tanah dengan petani tidak begitu rapat dan mereka menyifatkan petani sebagai buruh upahan dan lebih kepada hubungan di antara majikan dan pekerja.

Pembebasan yang dinikmati oleh serf membolehkan mereka bekerja sebagai buruh upahan di ladang, menyewa tanah daripada tuan tanah untuk mendapatkan hasil tanaman dan berpindah ke bandar untuk bekerja sebagai buruh kasar atau mahir KESIMPULAN ( 2 markah )

Nyatalah feudalisme adala satu sistem pemerintahan yang lahir pada abad ke-9 dan berlanjutan hingga abad ke 13. Sesungguhnya feudalisme di Eropah adalah satu sistem hidup dengan penggantungan 3 golongan iaitu gereja (men of prayer), panglima perang (men of war) dan petani (men of work). Walaupun terdapat kelemahan sistem ini sekurang-kurangnya memberikan sedikit peraturan kepada masyarakat dalam zaman yang tidak mempunyai undangundang dan ia berjaya menyatukan Eropah terutamanya sehingga kemunculan kuasa monarki yang boleh mengikatnya ke dalam satu kerajaan yang kukuh serta merupakan peralihan kepada tamadun moden

8 2. Huraikan peranan Peter The Great (1682-1725) dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia.

PENDAHULUAN (3M) -Biodata Peter The Great -Konsep pemerintahan beraja -Latarbelakang Rusia

ISI ( 5 x 3M = 15 M) -Peranan Peter The Great 1) Politik -Menyusun semula sistem pentadbiran Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan Dinasti Rurik.Badan yang bertanggungjawab membantu pemerintahan dan pentadbiran ialah Duma (Majlis Penasihat Tertinggi-bangsawan kanan),Zemskii Sabor (Majlis Penasihatbangsawan),Prikazi (Jabatan Kerajaan yang melaksana dasar yang diluluskan Duma) -Tahun 1971 Duma dan Zemskii Sabor diganti dengan Majlis Senate (dianggotai 9 orang/kemudian Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Majlis Senate yang semakin berat.) -Tahun 1721 Peter memindahkan pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dari Moscow ke St.Petersburg.Tahun 1914 nama St. Petrsburg ditukar kepada Petrograd yang menjurus kepada identity Rusia. 2)Ekonomi -Memberi sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata,peralatan teknikal tentera dan pembuatan makanan -Penekanan kepada sektor pembuatan seperti tekstil,kertas,kaca dan barangan kulit. -Menambahkan Perbendaharaan Negara dan membantu membiayai peperangan (memperkenalkan pelbagai cukai ,cth:cukai barang keperluan seperti madu/ikan tepung / cukai kepala cth: petani dan hamba 70-80 kopecks / professional dan aristokrat 1 rouble (20 kopecks)..Cukai mesti dibayar tunai. -Pengenalan kaedah banci (diperkenalkan tahun 1719 untuk mengetahui jumlah keseluruhan rakyat Rusia dan melancarkan kutipan cukai),buktinya tahun 1719 (5 570 000 orang awam telah membayar cukai ) dan tahun 1724 (169 000 dari orang awam tinggal di bandar besar. dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia.

9 3) Pembaratan -Pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Peter menunjukkan usaha Peter melakukan pembaratan cth: i-Penampilan diri masyarakat Rusia (pegawai tinggi diarah cukur janggut dan berpakaian ala Jerman dan Hungary) ii-Peraturan ini juga diwajibkan kepada semua masyarakat Rusia kecuali petani dan institusi gereja, jika enggan cukur janggut mesti didenda (cukai) iii-Mewajibkan menghisap curut iv-menggalakkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan wanita dalam sebarang temasya atau pesta yang diadakan

4) Tanah-tanah tak alih -Zaman Moscow tanah tak alih dibahagikan sama rata dalam kalangan anak lelaki selepas pemilik meninggal dunia,menyebabkan peningkatan bilangan gentry dan sukar dikawal oleh Peter -Tahun 1714 Peter mengeluarkan dikri kepada seorang anak lelaki sahaja,jika tiada anak lelaki diserahkan kepada anak perempuan,jika tiada anak perempuan diserahkan kepada saudara waris

5)Pengubahsuaian Kalendar -Mengikut kalendar yang digunakan oleh masyarakat Rusia sebelum ini,Tahun Baru disambut pada bulan September -Peter menggunakan sistem takwin Julius (tahun baru disambut bulan Januari) 6)Pengubahsuaian hidup rakyat -Rakyat Rusiadigalak menterjemah bahan bacaan dari luar Negara -Surat Khabar pertama Rusia diperkenalkan -Wanita diberi kebebasan keluar rumah dan menghadiri majlis keramaian -Menjaga kebajikan rakyat (memastikan rumah sesuai diduduki dan atap rumah ditutup dengan jubin untuk mengelak kebakaran.

10 7)Pembangunan Pendidikan -Pelajar Rusia dihantar untuk menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran ke Negara barat lain agar Rusia boleh bersaing dengan Negara barat lain -Menambah bilangan institusi pendidikan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah ( penekanan pembelajaran berkaitan ketenteraan seperti arithmetic,geometri,geografi dan ilmu pelayaran. Cth sekolah : The Navigator School,Naval Academy dan Artillery Academy. -Mengilhamkan idea penubuhan sebuah Universiti iaitu The Imperial Academy of Science yang meliputi kolej ilmu fizik,matematik dan sejarah

8)Ajaran Kristian Ortodoks -Berperanan mengukuhkan dan menyuburkan ajaran agama kristian ortodoks bertujuan memastikan kerajaan Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat Islam bukan Russia di bahagian selatan Rusia seperti Kazakh,Karakalpak,Bashkir dan Nogay untuk menumbangkan Rusia. -Penukaran agama golongan minoriti untuk mengukuhkan kuasa Peter,Dinasti Ramanov dan Empayar Rusia kerana golongan ini menumpahkan kesetiaan politik. -Peter menggunakan tawaran kemewahan dan kebendaan sebagai umpan dalam usaha menukar pegangan agama golongan minority, antaranya: i-Tuan tanah beragama Islam di Kazan dan Azov telah diberi pilihan menukar agama dalam masa enam bulan jika tidak, tanah milik mereka akan dirampas ii-Mereka ditawar ganjaran lumayan (bagsawan lelaki akan diberi 10 rouble untuk diri sendiri,5 rouble untuk isteri dan setiap anak 1.25 rouble. iii-Kerajaan pusat menaikkan cukai dan mewajibkan individu Islam berkhidmat lama dalam tentera,jika mereka tukar agama mereka dikecualikan cukai dan tempoh perkhidmatan dalam tentera hanya 3 hingga 6 tahun sahaja. -Usaha pengukuhan agama Kristian Ortodoks diteruskan dengan : i-Mengarahkan Mubaligh mempelajari bahasa masyarakat tempatan dan menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa tempatan ii-Menghantar mubaligh menetap dengan keluarga yang ditetapkan Peter.Penganut agama Kristian baru dipindahkan ke kawasan baru.cth ; orang Bashkir yang menukar agama ditempatkan di Nagaibak di ufa.

-Merombak institusi gereja dengan cara: i-Mengurangkan kuasa gereja dan Peter mengambil alih semuanya.

11 ii-Mempraktikkan kekuasaanya terhadap institusi gereja (tidak melantik pengganti ketua gereja Kristian Ortodoks iaitu Patriarch,apabila meninggal dunia) iii-Selepas 21 tahun memerintah,Holy Syod diperkenal bertujuan mengambil alih tugas Patriarch dan melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Holy Syod.Biskop dipilih kerajaan pusat untuk menganggotai Holy Syod. iv-Peter bertindak menutup Biara kecil dan Biara besar beroperasi dengan membayar cukai tertentu dan perlu memainkan peranan aktif membangunkan masyarakat.

9) Pengukuhan Ketenteraan. -Peter mengukuhkan kekuatan ketenteraan untuk mengelakkan ancaman. -Menaikkan peruntukan ketenteraan pada abad ke 18 cth: 2.3 juta rouble tahun 1701 dan meningkat kepada 32 juta rouble tahun1710. -Memastikan peruntukan belanjawan pusat memberi tumpuan kepada pertahanan negara dan menggunakan sebahagian besar hasil perbendaharaan untuk mengukuhkan tenteranya.

10) Perluasan Empayar -Pengukuhan ketenteraan membolehkan Peter meluaskan Empayarnya -Berusaha mencari jalan baru yang boleh menghubungkan Rusia dengan benua Eropah lain. -Bertindak bijak dengan merancang taktik dan strategi peperangan hingga Berjaya mengalahkan Sweden dibawah pimpinan Raja Charles XII -Mengupah buruh mahir dari Itali,Greece dan Britain bekerja di Rusia bagi meningkatkan perdagangan dan memulihkan hubungan dengan negara barat lain.

KESIMPULAN (2 M) -Apa-apa sahaja yang berkaitan.

12 3. Bincangkan faktor faktor yang menyebabkan perkembangan perindustrian di Jerman dan Jepun pada abad ke-19 hingga abad ke-20.

Pengenalan ( 3 markah ) Perindustrian didefinisikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain daripada pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan dari menggunakan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Negara Jerman telah menjadi peneraju utama dalam industri kimia dunia pada akhir abad ke 19. Perkembangan industri di Jerman berkait rapat dengan kedudukan poklitik dan kekuatan ekonomi negara itu. Manakala di Jepun, perkembangan perindustrian telah berlaku dengan pesatdi bawah pemulihan maharaja Meiji yang telah mengubah empayar Jepun menjadi negara industri moden.

Isi-isi ( 15 markah ) Faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jerman. ( 8 markah ) Pengenalan penjanaan kuasa hidro elektrik di Alps membolehkan perindustrian yang pesat di Utara Itali, bermula pada tahun 1890an. Penggunaan petroleum yang menggantikan arang batu telah menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kepentingan arang batu. Kemunculan pengusaha terkemuka seperti Alfredd Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi. Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran di istana Crystal, London. Dalam pameran ini telah mempamerkan gerabak keretapi yang terkini dan meriam bagi memeperlihatkan besi-besi keluaran negara Jerman yang terbaik. Kesannya, permintaan keretapi dari Jerman telah meningkat dan membawa peningkatan pekerja dari 250 orang pada tahun 1850 kepada 16000 orang pada tahun 1873. Pelaburan Jerman dalam penyelidikan terutama dalam bidang kimia, automotif dan elektrik. Sistem Kartel Jerman ( konzerne) digunakan sepenuhnya untuk memastikan penggunaan modal yang lebih cekap. Kejayaan Jerman menyaingi Britain sebagai negara utama industri di Eropah. Ini menyebabkan Jerman mampu membina kilang seperti Britain dan menjadikan penggunaan modal yang lebih cekap dan menggunakan kaedah yang lebih baik untuk melonjak dalam bidang teknologi. Perkembangan ciptaan baharu telah menyemarakkan lagi perkembangan perindustrian. Contohnya, inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin yang menyebabkan

13 pengeluaran keluli meningkat daripada 0.9 juta tan kepada 1335 juta tan pada tahun 1886. Ciptaan Siemens telah menyebabkan firmanya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik. Hubungan perdagangan Jerman dengan China telah membolehkan Jerman mendapatkan arang batu dan mewujudkan pengkalan di pinggir laut China. Jerman Berjaya menyewa Tsingtao dari China selama 99 tahun menerusi perjanjian yang ditandatangani pada 6 Mac 1898. China juga memberikan hak pembinaan jalan keretapi dan mengusahakan perlombongan arang batu di Wilayah Shantung. Perjanjian ini memberikan keuntungan kepada Jerman di mana pendapatan telah meningkat dari 1.4 juta marks pada tahun 1871 kepada 52 juta marks pada tahun 1910. Pendapatan ini dapat digunakan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan keretapi.

Faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jepun ( 7 markah ) Perubahan pentadbiran. Di bawah pemerintahan Syogun Tokugawa yang mengamalkan dasar tutup pintu telah melaksanakan proses perbandaran, membina rangkaian jalanraya yang baik dan sebagainya. Keadaan ini menyumbang kepada pembangunan industri-proto di Bandar seperti Osaka dan Edo (Tokyo) Perkembangan perindustrian. Perkembangan dalam industri-proto di kawasan Bandar Jepun turut berlaku di kawasan luar Bandar selepas tahun 1700. Ini member sumbangan yang besar kepada pertumbuhan produktiviti dalam pengeluaran padi dan tanaman industri yang semakin meningkat seperti the, buah-buahan, mulberi dan kapas. Sumber-sumber domestik ini memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan industri di Jepun. Mencontohi kuasa barat. Jepun telah membuka pintu negara untuk mencontohi kuasa barat. Beberapa langkah untuk meningkatkan infrastruktur, membaiki pendidikan dan melahirkan tahap celik huruf yang tinggi. Jepun meniru dari barat dalam bidang industriproto menerusi cara pengagihan tugas, membentuk organisasi dan teknik pengeluaran tenaga seperti arang batu dan bahan apui yang lain untuk menjana kuasa wap. Perkembangan infrastruktur dan pertahanan negara. Kerajaan Meiji yang komited kepada dasar Fukoku Kyohei ( negara kaya/tentera yang kuat ) telah mengadakan rundingan semula berkaitan dengan perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat. Kesannya telah mewujudkan infrastruktur yang memudahkan kegiatan perindustrian. Jepun dapat membina pasukan tentera laut moden untuk menghadkan kuasa barat dan menubuhkan zon penampan perlindungan di Asia Timur. Pembaharuan kerajaan Meiji. KKementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi orang ramai. Memperkenalkan pendidikan universiti elit yang bertujuan meningkatkan bidang kejuruteraan dan pengetahuan sainstifik. Kementerian Kewangan telah membina Banj Jepun pada tahun 1882 sebagai batu asas bagi sistem perbankan swasta. Membina landasan keretapi berkuasa wap yang menghubungkan 4 buah pulau utama iaitu Tokaido dengan Tokyo/Yokohama, Osaka/Obe dan sepanjang pantai Pasifik Pulau Utara Honshu.

14 Peralihan bidang. Peralihan dari pertanian yang menghasilkan produktiviti rendah ke bidang yang menghasilkan produktiviti yang tinggi seperti sector perlombongan dan pembinaan. Ini telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Pertumbuhan seimbang. Pertumbuhan seimbang merujuk kepad sektor yang menggunakan teknologi tradisional dan moden telah meningkat pada kadar lebih kurang sama dan penggunaan tenaga buruh terutamanya gadis-gadis muda yang dilatih daripada isi rumah untuk bekerja di kilang-kilang tekstil.

Kesimpulan ( 2 markah ) Perkembangan perindustrian telah membawa kepada kepesatan ekonomi di Jerman dan Jepun. Jerman telah muncul sebagai negara industri utama di Eropah malahan telah berjaya memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik. Manakala di bawah pemulihan Meiji telah mengubah Jepun menjadi negara industri moden dan sekaligus memperkuatkan angkatan tenteranya sehingga menjadi salah sebuah kuasa imperialis di Asia.

15 4. Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada pemikiran ekonomi di Eropah. [20]

Pengenalan ( 3 Markah ) Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth Of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi moden. Dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland. Mendapat pendidikan di Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya di Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral seterusnya pada tahun 1740 memasuki Kolej Balliol, Universiti Oxford. Memegang jawatan sebagai Reaktor Universiti Glasgow dari tahun 1787 hingga 1789. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790.

Isi-isi ( 5 isi x 3 markah = 15 markah ) Sumbangan Adam Smith kepada pemikiran ekonomi di Eropah. Tiada siapa yang menjalankan perdagangan jika mereka menjangkakan akan mengalami kerugian. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak dalam bilik kebal, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangan. Mempunyai pemahaman dan pandangan yang radikal tentang bagaimana masyarakat manusia bekerja. Beliau menyedari bahawa keharmonian sosial akan muncul secara semula jadi apabila manusia berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerja bersama. Menerbitkan buku yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau Teori Sentimen Moral. Antara yang dibincangkan dalam karyanya tentang kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau mengemukakan Teori Simpati yang menerangkan bagaimana pemerhatian terhadap orang lain yang menyebabkan seseorang menyedari tentang diri dan kelakuan sendiri. Menulis buku Wealth of Nations yang mempengaruhi ahli-ahli politik pada zamannya dan menjadi asas intelektual pada zaman kegemilangan abad ke 19. Buku ini juga telah membuka dimensi baru dalam displin ekonomi moden. Memperkenalkan teori ekonomi yang sistematik yang menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas. Beliau juga menolak pandangan golongan physiokrat yang menyatakan tanah adalah sumber utama. Beliau juga berpendapat bahawa pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik, di mana pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh

16 masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Beliau juga menyatakan bahawa campur tangan pemerintah akan menjejaskan kecekapan ekonomi dan akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini kemudiannya dikenali dengan istilah laissez faire. Adam Smith menekankan pentingnya meritokrasi. Meritokrasi mendorong masyarakat agar selalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan kecekapan dalam ekonomi. Beliau percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori pertumbuhan ekonomi. Dengan adanya pembahagian kerja, maka berlaku peningkatan produktiviti tenaga kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan waktu dalam pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan tenaga kerja. Adam Smith menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi. Modal diperolehi daripada tuan tanah atau bangsawan. Para pengusaha atau kapitalis akan mengembangkan modal daripada tuan tanah atau bangsawan. Modal akan digunakan untuk perdagangan. Menyatakan prose pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna apabila wujud kemakmuran kesan dari kemajuan dalam bidang pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan akan menarik pelaburan modal, kemajuan teknologi, meningkatkan jumlah penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara berterusan.

Kesimpulan (2 markah) Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungi rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara dsaripada ketidakadilan dan menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu.

17 4. Perang Dunia Kedua berlangsung antara tahun 1939 hingga1945.Nyatakan faktor-faktor meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

PENDAHULUAN (3M) -Konsep Perang Dunia Kedua -Latarbelakang Eropah

ISI ( 3 isi x 5 markah = 15 M) -Faktor-faktor meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah. 1) Pertembungan Ideologi Demokrasi Menentang Fasisme/Nazisme -Pertengahan tahun 1920an dan awal 1930an ideologi fasisme dan nazisme muncul mencabar Negara yang mengamalkan demokrasi. -Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini (Itali) -Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan Negara melebihi kepentingan individu.Mussolini menubuhkan tentera khas bertujuan menghapuskan penentangan terhadapnya sebagai ketua parti dan Negara. -Mussolini juga menekankan dasar Imprealisme bertujuan mengukuhkan fasisme,beliau menakluk Habsyah di Afrika.Walaupun dikecam hebat beliau tetap menggunakan kekerasan dan senjata kimia untuk menghapuskan penentangan penduduk tempatan. -Mussolini juga berhasrat menguasai laut tengah termasuk Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara.Namun beliau terpaksa berhadapan dengan Britain dan Perancis yang berkepentingan di situ. - Nazisme muncul di Jerman setelah Adolf Hitler menguasai negara itu (Canselor) Beliau mempunyai tentera peribadi (parti Nazi) yang mengetepikan perlembagaan dengan menumpaskan tentangan dalam negeri dan melantik dirinya sebagai diktator Jerman. -Nazisme juga mengutamakan kepentingan negara,mengagungkan bangsa Jerman (bersifat anti Yahudi dan anti-Slav) dan menyatukan bangsa Jerman yang berselerak di Eropah Tengah dan Timur. -Bagi Nazisme, Eropah Tengah dan Timur merupakan kawasan penting bagi bangsa dan Negara Jerman.Orang Jerman perlu berhijrah ke kawasan baru seperti di Balkan untuk mengusahakan pertanian sekaligus menguasai bangsa Slav.

18 2)Kelemahan Perjanjian Versailles -Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Negara terutamanya Jerman. -Hitler yang tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles bertindak melanggar perjanjian tersebut.Tahun 1935 Hitler telah mengumumkan pembentukan Tentera Udara Jerman. -Jerman memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera yang mempunyai 500 000 anggota.Tahun 1936tentera Jerman menawan kembali daerah Saar dan Rhineland yang diberikan kepada Peranchis. -Tahun 1938 Hitler memasukkan Austria dalam Jerman walaupun dilarang dalam Perjanjian Versailles.Hitler juga membuat tuntutan terhadap kawasan yang diduduki bangsa Jerman di Czechoslovakia walaupun beliau telah memberi jaminan tidak mencabuli Czechoslovakia dalam Rundingan Munich.(Tahun 1939 Jerman menyerang dan menawan Czechoslovakia) -Hitler seterusnya beralih ke Poland menyebabkan Britain dan Perancis bimbang (mereka memberi jaminan akan membantu Poland jika diserang Jerman. -September 1939 Jerman menyerang Poland, Britain dan Perancis mengistiharkan perang terhadap Jerman (maka bermulalah Perang Dunia Kedua) -Perjanjian Versailles gagal memusnahkan Negara Jerman hanya melemahkan buat sementara waktu sahaja.Tambahan pula ada kalangan pemimpin Eropah tidak mahu Jerman dilemahkan terus kerana kepentingan ekonomi dan kestabilan politik di Eropah. -Rakyat Jerman merasa terhina dengan syarat-syarat Perjanjian Versailles yang berat sebelah lantas menyokong Hitler menghadapi cabaran kuasa Berikat. -Italisebagai pihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama juga tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan ganjaran yang sewajarnya seperti tanah jajahan.

3) Desakan Ekonomi -Kejatuhan harga saham di Bursa Saham New York tahun 1929,dikatakan punca kemelesetan ekonomi dunia.Para pemodal (pelabur) di Amerika Syarikat terjejas teruk hingga terpaksa menarik balik pinjaman yang diberikan kepada pelabur di Eropah, menyebabkan ekonomi dunia tidak stabil. -Gandum merupakan hasil utama beberapa buah Negara seperti Amerika Syarikat,Kanada,Soviet Union mengalami kejatuhan harga teruk. -Petani kecil (gandum) menjadi miskin,pengangguran berlaku dengan meluas terutamanya kakitangan awam,manakala graduan Universiti ramai menganggur. -Kemelesetan ekonomi menyebabkan rakyat gelisah dan beralih sokongan kepada parti pembangkang pimpinan Hitler,menjadikan beliau pemimpin kebangsaan yang mendapat

19 sokongan pekerja dan pemodal.(Namun pemulihan ekonomi disulitkan dengan tindakan meningkatkan keupayaan senjata oleh Hitler) -Hitler bertindak menawan Austria dan Czeshoslovakia untuk mendapatkan bahan mentah. -Krisis sistem kredit dan institusi bank turut menjejaskan perdagangan antarabangsa di Eropah.Tahun 1932 sebuah bank di Austria mengamalkan dasar tutup pintu. -Bagi mengurangkan kerugian , para pelabur memberi perhatian kepada emas jongkong walaupun Jerman cuba menyekat keluar masuk emas, Jerman juga mengenakan sekatan kepada tukaran wang asing yang digunakan bagi menjalankan urus niaga eksport dan eksport. -Akibat ketidakstabilan ekonomi dunia,setiap Negara berusaha secara bersendirian mencari jalan menyelesaikan masalah ekonomi hingga menimbulkan nasionalisme ekonomi yang menghadkan perdagangan antarabangsa. Contohnya, sebagai Negara industiy, Britain menarik diri daripada standard emas dan mewujudkan tariff perdagangan dengan memberi keutamaan perdagangan empayar hingga mengabaikan perdagangan dengan Eropah. -Pengunduran Britain tersebut memberi peluang kepada Jerman mengukuhkan kedudukan ekonominya di Eropah Timur dan Eropah Tengah seterusnya menyebarkan pengaruh politiknya.

4) Sikap Negara-negara Terlibat - Amerika Syarikat mula menonjolkan diri dan keluar dari dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama.Mereka tergugat dengan dasar perluasan kuasa Jepun dan curiga dengan sikap British. -Tahun1930an Jepun cuba bersaing dengan Britain dengan Britain untuk menguasai perdagangan di China. -Britain sedar bahawa tiada harapan untuk menewaskan Jepun jika berperang di Asia Timur kerana Jepun memiliki angkatan tentera yang kuat manakala tentera British di Asia Timur jumlahnya kecil berbanding Jepun -British sanggup bersekongkol dengan Jepun dan sedia berunding soal pembahagian keuntungan aktiviti perdagangan di China agar kepentingan ekonominya di China tidak tergugat. -Persaingan kuasa antara British,Amerika Syarikat Perancis dan Jepun menyebabkan masingmasing bertindak mengukuhkan angkatan tentera khususnya angkatan laut dan udara. KESIMPULAN (2 M) -Apa-apa sahaja yang berkaitan.

20 6. Huraikan tentang dasar dan organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB )

Pendahuluan ( 3 markah ) Kesan daripada Perang Dunia Pertama mewujudkan kesedaran untuk mewujudkan sebuah badan dunia yang berperanan untuk kebaikan bersama lalu terbentuklah persepakatan antarabangsa yang pertama iaitu Liga Bangsa. Liga Bangsa ini berperanan untuk menjamin dan mengekalkan perdamaian di dunia melalui perundingan, bermuafakat dan bertukar-tukar fikiran antara negara-negara anggotaanggotanya tetapi pakatan ini gagal apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kegagalan Liga Bangsa telah menyebabkan beberapa negara telah berkumpul di London untuk membuat pakatan damai dan hasilnya pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat satu perisytiharan yang dinamakan Piagam Atlantik dan Piagam ini menjadi asas penubuhan PBB seterusnya. Pada Januari 1942, satu dokumen ringkas telah ditandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar untuk menamat perang dan mengikat negara-negara tersebut daripada membuat perdamaian secara berasingan dengan musuh. Dokumen ini kemudiannya dikenali sebagai perisytiharan Bangsa-bangsa Bersatu dan dari sinilah buat pertama kalinya istilah United Nations digunakan. Seterusnya, beberapa perjanjian telah ditandatangani seperti Perisytiharan Moscow dan Persidangan Dumbarton Oaks ke arah mewujudkan PBB dan kemuncaknya pada April 1945 satu persidangan telah diadakan untuk menggubal Piagam PBB. Hasilnya pada 24 Oktober 1945 maka terbentuknya PBB di mana 51 negara telah menandatangani perisytiharan PBB tersebut. Lima anggota asal PBB telah diberikan kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Perancis dan China yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan.

Isi-isi ( 15 markah ) Dasar-dasar PBB ( 5 Markah ) 1. PBB didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotanya. 2. Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannya mengikut piagam PBB 3. Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat. 4. Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan sesebuah negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB 5. Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB 6. PBB akan memastikan supaya negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

21 7. PBB tidak akan mencampuri urusan dalaman sesebuah negara khususnya yang berkaitan dengan bidang perundangan. Bagaimanapun, dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia

Organisasi PBB ( 5 isi x 2 markah = 10 markah ) 1. Perhimpunan Agung Merupakan badan PBB yang terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung iaitu Ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, Ahli Majlis Keselamatan dan Majlis Amanah. Majlis ini juga berperanan untuk Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Perhimpunan Agung diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi sahaja. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga bulan September setiap tahun dan berlangsung biasanya tidak kurang dari tiga bulan Antara tugas Perhimpunan Agung ialah : Menimbang dan membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik, perkembangan undang-undang antarabangsa, menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia dll. Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara damai dan seterusnya mengekalkan hubungan berbaik-baik antara negara. Menimbang dan meluluskan rang perbelanjaan PBB, menentukan kadar sumbangan wang daripada negara-negara anggota dan memeriksa perbelanjaan pertubuhanpertubuhan khas PBB.

2. Majlis Keselamatan Bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak penubuhannya sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli iaitu lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun. Mengikut Piagam Madinah, antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan adalah seperti berikut :

Meminta semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu. Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut dan udara, perhubungan pos dan telegraf, radio atau sebarang bentuk komunikasi

22 Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan negara tersebut Meminta negara anggota PBB mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara tersebut samaada melalui sekatan darat, laut atau udara Ciri terpenting Majlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap tindakan PBB hendaklah mendapat persetujuan daripada ahli tetap dan ini bermakna bantahan daripada satu ahli tetap akan menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam isu-isu yang penting, Keputusan yang sah mestilah mendapat undi dua pertiga ( sembilan ) ahli Majlis keselamatan.

3. Majlis Ekonomi dan Sosial Bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung dan antara tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya Majlis ini bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan dan kebudayaan. Persidangan Majlis Ekonomi dan Sosial ini akan diadakan sebanyak dua kali setahun. Antara agensi yang membantu majlis ini termasuklah FAO, UNESCO, ILO, UNCTAD, IBRD DAN IMF.

4. Majlis Amanah Dipertanggungjawabkan untuk menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB di mana wilayah yang telah dirampas daripada musuh yang telah dikalahkan tidak boleh memjadi tanah jajahan oleh mana-mana kuasa yang menang dan wilayah itu hendaklah ditadbir oleh kuasa antarabangsa sehingga wilayah itu mampu membentuk kerajaannya sendiri

Selepas 1945, terdapat 11 wilayah yang telah diambil daripada Jerman, Itali dan Jepun dan contoh kawasan yang pernah diletakkan dibawah kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Australia, Samoa Barat ditadbir oleh New Zealand, Cameroon, Tanganyika dan Togoland ditadbir oleh Britain, tetapi menjelang 1960an wilayah-wilayah tersebut telah mencapai kemerdekaan menyebabkan Majlis Amanah kurang berfungsi

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa Mahkamah ini terletak di Hague, Belanda. Mempunyai 15 orang hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Setiap hakim mestilah daripada warganegara yang berlainan dan boleh berkhidmat selama 9 tahun dan boleh dilantik semula Mahkamah ini berkuasa mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya dan berkuasa memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan tetapi kekurangan mahkamah ini ialah tiada agen penguatkuasaan terhadap keputusan yang dibuatnya.

23 Pelaksanaan keputusan mahkamah adalah terletak kepada persetujuan negara yang terbabit untuk mematuhinya dan antara kes yang sering dibawa kepadanya ialah kes tuntutan ke atas wilayah, penentuan garis sempadan dan tuntutan gantirugi antara negara.

6. Sekretariat PBB Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Perhimpunan PBB atas cadangan dan sokongan majlis Keselamatan dan Sekretariat PBB ini beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan dan kewibawaan sekretariat adalah tertumpu kepada pengaruh peribadi Setiausaha Agung berkenaan. Setiausaha Agung mempunyai kuasa untuk melantik kakitangannya dan bertanggungjawab memimpin dan menyelia pentadbiran Ibu Pejabat PBB yang terdiri daripada 3000 orang pekerja.

Kesimpulan ( 2 markah ) PBB memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia dapat dikawal dan terpelihara. Apa sahaja yang bersesuaian

Anda mungkin juga menyukai