Anda di halaman 1dari 29

Tujuan :

Menaksir dan memantau peranan PSS sebagai Nadi ilmu yang menyokong kepada pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan bagi memastikan kemenjadian murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kaedah Pemeriksaan:
Pemerhatian Temu bual Semakan dokumen bagi mendapatkan maklumat dan bukti

Aspek yang diperiksa:


A. Kemudahan fizikal, prasarana, peralatan dan bahan; B. Pengurusan dan pengelolaan PSS; C. Perkhidmatan dan penggunaan PSS; D. Penilaian dan pemantuan program Galakan Membaca PSS.

Tatacara Penilaian PSS


Adakan perbincangan dengan Guru Perpustakaan dan Media (Guru Penyelaras PSS), Penyelaras Bilik Media, Penyelaras Bilik BBM dan Pusat Akses Kendiri/ Self Acsess Learning: a) Menetapkan waktu pemeriksaan; b) Meminta GPM menyediakan dokumen yang berkaitan; c) Melakukan pemeriksaan berpandukan instrumen SKPM 2010; d) Memeriksa buku stok/daftar inventori; e) Mengadakan perbincangan pada akhir pemeriksaan untuk penambahbaikan; dan f) Menulis dapatan - 20 hari bekerja.

SKPM 2010

Kemudahan Fizikal, Prasarana, Peralatan dan Bahan;


Adakah : Lokasi PSS induk, Bilik Media, Bilik BBM sesuai dan strategik (berpusat, kondusif); Mempunyai tunjuk arah yang berkesan; Mempunyai kit kecemasan dan pelan kecemasan; Mempunyai keluasan /ruang yang dapat menampung 10% enrolmen murid pada satu masa;

Mempunyai perabot dan kelengkapan yang sesuai; Mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang sesuai; Mempunyai koleksi pelbagai bahan cetak-menepati kualiti dan kuantiti (buku
SM1:15 SR 1:8; Akhbar SM 1:3, SR 1:2, Majalah SM1:5, SR 1:3):

Mempunyai pelbagai koleksi kaset video/audio, VCD dan sumber elektronik (CDRI, Direktori laman web) Peralatan elektronik berfungsi ; PSS memperbanyak dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk kegunaan murid dan guru.

Pengurusan dan Pengelolaan PSS


Adakah: Struktur organisasi Pusat Sumber Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran, Pengawas Pusat Sumber disedia dan diwujudkan; Mesyuarat secara berkala diadakan dan minit mesyuarat disediakan; Semua dokumen dan rekod pengurusan PSS dibuat secara lengkap dan kemas kini;

Rancangan Tahunan yang lengkap (Januari hingga Disember) meliputi matlamat, objektif, aktiviti, implikasi kewangan, carta gantt dan lain-lain disediakan selari dengan Perancangan Strategik; Perancangan Strategik bagi mempertingkatkan kemudahan setiap bilik, peralatan, kelengkapan, koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat terkini disediakan;

Perancangan dan anggaran perbelanjaan tahunan disediakan; Pemantauan program serta aktiviti PSS dilaksanakan bagi kemenjadian murid; Penilaian impak program dan aktiviti dibuat terhadap kemenjadian murid; Penambahbaikan dilaksanakan sesuai dengan permasalahan yang ada; Dokumen penggunaan setiap bilik disediakan dan kemas kini; Dokumen pengurusan stok, inventori dan pelupusan disediakan serta kemas kini.

Penggunaan PSS
Adakah: Jadual penggunaan PSS disedia, dipamer dan disebarluas dalam kalangan warga sekolah; Analisis serta laporan penggunaan dan perkhidmatan PSS disedia dan dipamer untuk meningkatkan mutu perkhidmatan; Senarai koleksi bahan, perkhidmatan dan BBM yang ada disebarluas kepada warga sekolah;

Pelbagai promosi/publisiti PSS dilaksanakan.


(orientasi PSS, Pengenalan Laman web, radio sekolah, penerbitan buletin, brosur, program Book Mark) ;

Kursus kemahiran maklumat seperti bengkel dan ceramah dilaksanakan secara berkala; Kemudahan untuk guru dan murid menghasilkan pelbagai bahan Pembelajaran dan perisian disediakan.

Penilaian Program Galakan Membaca (GM)PSS


Adakah: Jawatankuasa GM ditubuh dan berfungsi; Perancangan dan pelaksanaan GM mengambil kira koleksi bahan bacaan yang ada dan sesuai dengan tahap murid; Jadual pelaksanaan GM disediakan; Pemantauan dan penilaian GM dilakukan secara berkala; Penilaian impak dilakukan ; Pengiktirafan dilaksanakan.

Rujukan dan Punca kuasa:


SPI Bil. 9/1993: Perpustakaan Sekolah;
SPI Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Pembaca; SPI Bil. 8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa KBSM;

SPI Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran; SPI Bil. 7/1994: Peruntukan Masa Seminggu KBSR;

SPI Bil. 8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa KBSM; SPI Bil. 6/2003:Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran;

SPI Bil.5/1986: Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer; SPI Bil. 10/2000: Tahun PSS; SPI Bil.12/2001: Gerakan Membaca Di Sekolah-Sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Peringkat Negeri; SPI Bil.1/05: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah;

SPI Bil. 3/05: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media; Surat Peringatan SPI Bil. 3/05: Bertarikh 22 Disember 2009; SPI Bil 2/10: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.

SPK Bil. 8/2010:Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid (8,18,19,45,48,54,65)

SPP Bil. 5/2007: Panduan Pengurusan Pejabat

Guru Perpustakaan dan Media

Sekitar PSS Cemerlang

Sekadar Renungan

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai