Anda di halaman 1dari 28

Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 1

MELAKA LEARNING CENTRE, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


NO. 2,2-1, 2-2, JALAN KPAA3, KOMPLEKS PERNIAGAAN AL AZIM,
75150 BANDAR BUKIT BARU MELAKA
MALAYSIA

MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013
KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN
AMSU5103
PUSPA BINTI ADAM
ustazahpuspa@gmail.com
012-6936320

NAMA PENSYARAH
DR. SHAHRULANUAR BIN MOHAMED

TAJUK :
DAILOG ANTARA AGAMA DARI PANDANGAN ISLAM.
ZIKIR DAN TAFAKKUR SEBAGAI KAEDAH TERAPI KEJIWAAN
BAGI MENANGANI MASALAH KERUNTUHAN SOSIAL DAN
AKHLAK.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 2

Penghargaan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi
kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan bertajuk "
dialog antara agama pada pandangan Islam " dan " zikir dan tafakkur sebagai
terapi jiwa bagi menangani masalah sosial " pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu
memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan
tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa
juga kepada seluruh warga OUM semester Januari 2013 ini terutamanya rakan-
rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya
menyelesaikan tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah yang di hormati, Dr. Shahrulanuar bin Mohamed kerana telah
memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam
menghasilkan tugasan yang dikehendaki.Tanpa tunjuk ajar dan kerjasama yang
diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang
baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Wallahu a'lam.
Sekian , terima kasih.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 3




ISI KANDUNGAN


HALAMAN
Penghargaan


1.0

Pendahuluan

1


1.1 Pengertian dailog antara agama
1.2 Keperluan dailog antara agama masa
kini

2
4
2.0

Etika dailog antara agama

5
3.0

Perkara-perkara yang harus diawasi
dalam dailog antara agama

7
4.0

Halangan-halangan dailog antara agama

8
5.0

Pelaksanaan dailog antara agama

9
6.0

Penutup

11
Bibliografi



Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 4


1.0 PENDAHULUAN
Dialog antara agama sememangnya tidak asing lagi bagi Islam kerana ia
merupakan salah satu medium penting generasi Islam terdahulu menyampaikan
risalah Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan tanpa melibatkan unsur-unsur
paksaan dan kekerasan. Allah S.WT berfirman :
7vu1- _O) O):Ec El)4O
gOE'g4^) gOgNOE^-4
gO4L=OO4^- W _^gE_4
/-) "Og- }=O;O _ Ep)
El+4O 4O- OU;N }E) E=
}4N g)-O):Ec W 4O-4 OU;N
4g4-;_^) ^g)
Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah ( berdailog ) dengan
mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik, Sesungguhnya
Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan
Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.
(Sural an Nahl 16:125)
Menurut tafsir al-Qurtubi ayat ini diturunkan di Makkah ketika kaum Quraisy
sibuk membuat penentangan ke atas Nabi SAW dengan pelbagai bentuk kekerasan
dan keganasan, namun Allah SWT memerintahkan Nabi SAW supaya pergi kepada
mereka dan berdialog dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan kata-kata yang
lembut.
Dialog antara agama menurut perspektif Islam tidak lebih daripada satu
medium dakwah untuk menyampaikan risalah Islam kepada bukan Islam. Oleh itu ia
adalah berobjektifkan mencari kebenaran dan mengajak kepada agama-agama lain
menilai fakta-fakta yang dibentangkan dalam akidah dan syariah Islam.. Dailog antara
agama ini telah berlaku sejak zaman para nabi lagi contohnya dialog nabi Musa
dengandan dialog Rasulullah S.A.W. dengan kaum musyirikin Mekah. (Ramli, 2010)
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 5

Walau bagaimana pun terdapat kaedah dan perkara-perkara yang perlu diambil
perhatian dalam melaksanakan dialog antara agama ini dari sudut pandangan Islam.
Perkara-perkara inilah yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini.
1.1 PENGERTIAN DAILOG ANTARA AGAMA
Menurut kamus dewan dialog bermaksud percakapan, perbualan dalam
lakonan, cerita atau apa sahaja bentuk pertuturan serta pertukaran pendapat,
perbincangan, perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu isu secara
terbuka. Dalam bahasa Inggeris, dialogue berasal daripada perkataan Greek dialectic
yang bermaksud discourse atau wacana (Reese, 1996).
Merujuk kepada etimologi Greek, istilah dialog berasal dari dua gabungan
perkataan, pertama ia yang bermaksud through iaitu menembusi atau melalui,
sementara perkataan kedua adalah logos yang bermaksud "perkataan" tetapi ia turut
membawa pelbagai definisi seperti yang berhubung kait dengan prinsip dan
pandangan mengenai sesuatu perkara. Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar,
merujuk kepada etimologinya yang berasal daripada ha, wau, ra. Ibn Manzur (2005)
dalam kitabnya Lisan al-Arab mendefinisikan al-hiwar iaitu dialog sebagai al-ruju
yang bermaksud kembali semula atau dirujuk semula.
Menurut Swidler, dailog bermaksud perbincangan mengenai sesuatu perkara
antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama untuk
setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah dan
berkembang maju. Takrifan ini menggariskan beberapa ciri penting yang terdapat
pada dialog :
Dialog bertitik tolak dari perbezaan pandangan.
Ia bukan sahaja memerlukan persefahaman di antara pihak yang terbabit akan
tetapi juga menuntut perubahan dari segi pendirian dan kepercayaan.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 6

Dialog juga merupakan tindak balas kepada masalah dan kemelut yang
bersifat pragmatik.
Sebagaimana yang dinukilkan oleh Thomas Michel (2000) melalui definisi
dialog oleh Pope John Paul, dialog mempunyai pelbagai bentuk dan ekspresi yang
pada tradisinya adalah pertukaran idea antara pakar-pakar agama sebagai wakil rasmi
dalam sesebuah forum. Forum ini mengkehendaki penganut Kristian melibatkan diri
dalam semua aspek kehidupan dengan mewujudkan semangat perkongsian bersama
penganut agama lain dan mempelajari cara hidup sebagai Kristian untuk diaplikasikan
bersama dengan penganut agama lain dan merangkumi tatacara berinteraksi,
bertingkahlaku, berfikiran dan bertindak balas mengikut ajaran Kristian.
Menurut Azizan Baharuddin (2005) dialog adalah suatu bicara dengan pihak
yang berfikiran berbeza daripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir
yang berlainan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta
maknanya, bukan debat untuk mengalahkan orang lain. Beliau menjelaskan bahawa
semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati supaya dapat difahami
kedudukan pihak lain dengan setepat yang mungkin dan menonjolkan suatu perlakuan
yang begitu murni dan bermoral iaitu menuntut manusia mengatasi tanggapan negatif
dan rendah diri serta bersifat jujur dan ikhlas.
Berasaskan pengertian dialog di atas, jelas bahawa dialog adalah satu elemen
komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan dan perbincangan
mengenai sesuatu isu yang menimbulkan perbezaan pendapat, kesangsian dan salah
faham di antara pelbagai masyarakat yang tinggal bersama. Dialog tidak hanya
terbatas pada perkara yang membincangkan konflik dan kemelut masyarakat tetapi
dialog juga berperanan dalam memupuk persefahaman dan perkongsian hidup
bersama.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 7



1.2 KEPERLUAN DAILOG ANTARA AGAMA MASA KINI
Dasawarsa ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog agama semakin
kuat walaupun ia masih diperingkat awal. Keperluan dialog antara agama di zaman ini
dikaitkan dengan corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari arus
globalisasi. Justeru suasana interaksi agama yang dahulunya lebih bersifat monolog
harus berubah kepada dialog.
Selain dari itu, timbul masalah-masalah baru seperti ektremisme agama yang
kadangkala bukan sahaja memberi kesan buruk kepada penganut agama lain malah
kepada penganut agama itu sendiri. Tindakan sekelompok masyarakat bertindak atas
nama agama dengan membunuh, mengebom manusia lain yang tidak berdosa adalah
sesuatu yang tidak dibenarkan oleh mana-mana agama. Justeru itu usaha dialog sama
ada di peringkat dalaman di antara penganut agama itu sendiri (intra-religion) dan
juga dialog dengan agama lain (inter-religion) adalah perlu untuk menjelaskan
kedudukan sebenar kefahaman agama tersebut dan mengelakkan kesilapfahaman.
Persoalan lain yang timbul ialah kewujudan common enemies di kalangan
pelbagai agama misalnya dalam keadaan kehidupan penduduk dunia yang semakin
sekular dan berteraskan kebendaan, timbul keperluan di kalangan penganut-penganut
agama untuk bersama berganding bahu menentang aliran-aliran ini dari
mempengaruhi kefahaman agama-agama mereka. Begitu juga dengan isu-isu yang
bersifat sosio-politik semasa seperti kerosakan alam sekitar, kemiskinan, ancaman
nuklear, kepanasan global kesemuanya memerlukan suara dari kelompok agamawan
dan boleh menjadi pendorong utama kelompok-kelompok agama untuk bersama-sama
menyatakan pendirian mereka.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 8

Dari sudut yang lebih kecil, terdapat juga masalah-masalah dalaman yang
bersifat teknikal yang kadangkala berkait dengan agama. Misalnya dalam konteks
Malaysia, beberapa isu tentang pentadbiran agama dan perlaksanaan undang-undang
yang memberikan kesan terhadap agama seperti pembinaan kuil, sistem mahkamah
sivil dan shariah. Perkara-perkara ini sudah pasti memerlukan tindakan proaktif dari
kelompok-kelompok agama untuk duduk berbincang dan cuba menawarkan
penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut dengan penuh kebijaksanaan.
Penyelesaian terhadap semua masalah ini akan memastikan keharmonian dan
kerukunan hidup antara masyarakat beragama akan terjamin. Ini merupakan landasan
yang paling penting dalam kehidupan manusia yang mengesahkan lagi keperluan
terhadap dialog antara agama.

2.0 ETIKA DALAM DIALOG ANTARA AGAMA
Dalam berdialog, terdapat etika khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak
tertentu. Antaranya :
1. Dailog tidak boleh menjejaskan kerangka dan pemahaman asas yang
berteraskan konsep tauhid yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asas tauhid
ini seperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap
dan tidak boleh berubah sehingga kiamat (Ramli, 1998).
2. Mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia
tanpa melibatkan persoalan aqidah. Menurut Soroush (2001), ia merangkumi
penekanan kepada sistem moral yang baik, hukuman terhadap sesuatu
perbuatan yang buruk, sikap alami terhadap alam semesta, soal penyucian diri
untuk tujuan kebaikan dan budaya ilmu.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 9

3. Menerima pluralisme agama yang positif. Ia dicirikan dengan:
a) Mengakui kewujudan dan hak agama lain serta memahami perbezaan
dan persamaan untuk mencapai kerukunan dalam kepelbagaian.
b) Harus dibezakan dari kosmopolitanisme. Kosmopolitanisme merujuk
kepada suatu realiti di mana pelbagai ragam agama, ras dan bangsa
hidup berdampingan di satu lokasi tetapi interaksinya pada tahap
minima.
c) Berbeza dari relativisme yang berkaitan dengan nilai. Kesannya, semua
agama adalah sama.
d) Bukan sinkretisme iaitu campuran atau paduan unsur tertentu atau
sebahagian komponen ajaran dari beberapa agama untuk dijadikan
agama baru (Alwi, 1998).
4. Menerima inklusif lawan eksklusif agama. Pemikir-pemikir besar agama
seperti Seyyed Hoessein Nasr (Islam), Hans Kung (Kristian), Gunaseela
Vitanage (Buddha) dan Raimundo Pannikar (Hindu) menjelaskan perlu
dikembangkan sikap beragama secara inklusif dan menolak eksklusivisme
(falsafah keterbukaan atau merasa rendah diri sendiri serba betul dan
menafikannya kepada orang lain) kerana di dalamnya ada kecenderungan
eksklusif yang menentang atau menolak agama lain.
5. Mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain dan mengelakkan perdebatan
teologis doktrinal yang berakhir dengan kebuntuan.
6. Perlu bersikap toleransi antara penganut agama untuk mengelak sebarang
konflik.
7. Memelihara kerukunan di antara penganut agama.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 10

8. Mengelak tiga gejala buruk yang ditegah oleh semua agama dan etika
kemanusiaan sejagat. Trilogi ini menghasilkan unsur terrorist, iaitu
ekstremisme, cauvinisme dan fanatisisme. (Shaharom, 2003).
Sehubungan dengan itu, etika-etika tersebut perlu diambil kira dalam
hubungan dialog di antara orang Islam dengan bukan Islam khususnya bagi membina
satu persefahaman dalam masyarakat yang beragam cara hidup, budaya dan agama.

3.0 PERKARA-PERKARA YANG HARUS DIAWASI DALAM DAILOG
ANTARA AGAMA

Dalam keghairahan menjalankan dialog antara agama, terdapat juga perkara-
perkara yang harus dielakkan :
Kecenderungan untuk menyamakan kebenaran antara agama dengan
menganjurkan faham pluralisme agama. Pluralisme yang ditolak ialah
kefahaman bahawa semua agama sama dari segi kebenaran dan tidak ada
agama yang boleh mendakwa kebenaran lebih dari agama lain. Sebaliknya
prinsip yang harus dipegang ialah seperti mana yang dianjurkan oleh al-Quran
bahawa. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku (lakum dinukum wa
liyadin). Adalah amat penting ditegaskan bahawa pengakuan kebenaran
eksklusif sesuatu agama bukan bermakna tidak bersifat tasamuh (intolerance)
dengan agama lain.
Kecenderungan untuk membuang kemutlakan agama (deabsolutization of
truth) dengan menafikan aspek kesucian dan kemutlakan setiap agama
sepertimana yang dianjurkan oleh beberapa penulis-penulis dalam bidang ini.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 11

Walaupun tujuan anjuran ini adalah untuk membuka ruang keterbukaan yang
lebih kepada semua agama untuk berdialog, namun ia adalah sesuatu yang
tidak perlu, malah sudah pasti tidak akan dipersetujui oleh mana-mana
penganut agama yang meyakini akan kebenaran agama mereka. Yang lebih
wajar dianjurkan ialah di samping kepercayaan tentang kemutlakan agama
masing-masing, setiap penganut harus dapat membezakan antara kemutlakan
agama yang benar dan ketidaksempurnaan penganut-penganut yang
mengamalkan agama tersebut. Masalah-masalah yang berlaku antara agama
sebahagiannya bukan disebabkan ajaran agama, akan tetapi kelemahan dan
kejahilan penganut agama tersebut dalam memahami agama asing-masing.

4.0 HALANGAN HALANGAN DAILOG ANTARA AGAMA
Terdapat beberapa trend negatif yang berkaitan dengan realiti dialog melalui
wacana intelektual ini, di antaranya sikap prejudis melulu penganut Islam
terhadap agama lain. Penganut Islam perlu dididik bagi mengamalkan sikap
toleransi beragama terhadap penganut bukan Islam kerana rata-ratanya penganut
Islam masih bersikap prejudis kepada penganut agama lain (Chandra, 1997).
Bagi Muhammad (1987), penganut Islam perlu berusaha untuk memahami
realiti kehidupan beragama masyarakat bukan Melayu di Malaysia. Interaksi
dalam ruang-ruang yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam seharusnya
dimaksimumkan. Sikap memencilkan diri ini hanya bakal menyebabkan penganut
agama lain menjadi terus jahil mengenai Islam meskipun mereka sudah lama
hidup bersama dengan penganut Islam.
Paul (1993) menegaskan kegagalan dialog dalam wacana ilmiah ini
disebabkan tiga faktor yang utama:
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 12

Kekurangan pakar yang benar-benar memahami agama-agama di Malaysia.
Penumpuan yang lebih diberikan kepada aspek perbezaan etnik khususnya
antara Melayu dan bukan Melayu.
Tiadanya sikap keterbukaan dari pihak masyarakat Islam untuk bersemuka
serta berdialog dengan masyarakat bukan Melayu.
Fenomena ini dikuatkan dengan sikap sinikal yang diamalkan oleh penganut
Kristian. Batumalai (1989) mencadangkan alternatif untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan penganut bukan Islam, beliau mencadangkan:
Masyarakat Kristian perlu bersatu meskipun wujud perbezaan mazhab
sesama mereka.
Mengadakan dialog dengan pihak kerajaan yang dapat dilakukan dengan
anggota masyarakat bukan Islam menyertai NGO bagi menyuarakan hasrat
mereka yang tidak bertentangan dengan dasar kerajaan.
Mengemukakan beberapa nilai yang terkandung dalam agama lain seperti
Kristian agar dapat dijadikan sebagai nilai universal rakyat Malaysia
Bagi menangani keadaan ini, kalangan penganut agama perlu mengamalkan
pendekatan proaktif dengan mempergiatkan dialog antara agama dan dialog
peradaban untuk memberi imej yang positif tentang setiap agama dan dalam masa
yang sama membina persefahaman dengan penganut agama lain.

5.0 PELAKSANAAN DAILOG ANTARA AGAMA
Berdasarkan kepada sejarah atau tamaddun, dialog antara agama boleh berlaku
dalam dua peringkat iaitu :
i. Dialog yang lebih khusus dengan tujuan menjelaskan kebenaran agama
masing-masing dan mengelakkan kesilapfahaman di kalangan penganut agama
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 13

lain. Asas kepada dialog bentuk ini ialah menjalin persefahaman. Ia bukan
bertujuan untuk mengubah mana-mana doktrin agama akan tetapi untuk
menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kepercayaan dan kefahaman agama
masing-masing. Ia mungkin menjadi bentuk perdebatan, akan tetapi ia harus
dilakukan dengan ilmiah dan sihat. Di peringkat ini, dialog harus diwakili oleh
para ilmuwan yang berwibawa dari kedua-dua belah pihak. Sebaiknya ia
dijalankan secara tertutup dengan dihadiri oleh mereka yang benar-benar
faham mengenai maudu yang dibahaskan.
ii. Dialog yang menumpukan terhadap penyelesaian masalah-masalah semasa
yang lebih berkait dengan urusan pentadbiran agama dan masalah-masalah
semasa. Tujuan dialog bentuk ini ialah untuk menjamin kelangsungan
keharmonian dalam kehidupan bersama (peaceful co-existence). Ia bersifat
lebih pragmatik dalam erti kata membahaskan masalah-masalah yang timbul
yang memberi kesan langsung kepada keharmonian kehidupan bersama
masyarakat beragama. Ia termasuk membincangkan persoalan common
enemies yang dihadapi oleh setiap agama seperti aliran-aliran sekular,
kepentingan prinsip-prinsip etika yang dapat dikongsi bersama. Ia bukan untuk
berkompromi mengenai nilai-nilai agama yang dipegang oleh setiap agama
akan tetapi mencari titik pertemuan yang dapat dijadikan titik tolak tasamuh
antara penganut-penganut agama. Persoalan ekstremisme agama yang wujud
dalam setiap masyarakat beragama juga dapat diketengahkan dalam dialog
seperti ini.
Selain itu, menurut Anuar dan Abu Bakar (2012), media elektronik seperti
televisyen juga penting sebagai wadah memperbetulkan prejudis dan gambaran buruk
mengenai Islam ciptaan Barat, orientalis dan musuh Islam yang tidak bersikap adil
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 14

dengan umat Islam. Maka, seandainya dialog antara agama ini dapat disiarkan melalui
televisyen, sudah pasti pemikiran rakyat dapat dicorak dengan ilmu dan perkongsian
yang bermanfaat. Rakyat dapat membuat perbandingan dan penilaian secara tidak
langsung mendorong mereka untuk mengkaji agama dengan lebih mendalam. Ia juga
dapat membangkitkan rasa menghormati agama lain dan lebih menghargai agama
sendiri.
6.0 PENUTUP
Sewajarnya para ilmuwan Muslim dan para cendekiawan bukan Islam
bersatu dalam membangunkan paradigma baru dalam menangani konflik agama
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang beraneka agama, budaya, tamadun dan
peradaban. Dailog ini wajar dilaksanakan secara berhemah dan berhikmah bagi
memastikan semua pihak dapat hidup dalam aman dan damai. (Mohamad Khatami,
1998). Jelaslah bahawa Islam amat menggalakkan dialog antara agama dilakukan
dalam suasana harmoni dan baik.







Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 15

BIBLIOGRAFI
Al Quran al Karim
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dawama
sdn. Shd.
Alwi Shihab. 1998. Islam inklusif: Menuju sikap terbuka dalam beragama.Bandung:
Penerbit Mizan.
Anuar Ab. Razak dan Abu Bakar Abdul Majid (eds). 2005. Enhancing the
understanding of Islam for the media. Kuala Lumpur. IKIM.
Azizan Baharuddin. 2005. Dialog peradaban: Perspektif Islam. Kuala Lumpur:
Center for Civilization Dialogue, Universiti Malaya.
Batumalai, S. 1989. Responses to Islamic resurgence in Malaysia: From a Christian
perspective. Asian Journal of Theology 3(1): 114.
Chandra Muzaffar. 1997. Accommodation and acceptance of non-Muslim
communities within the Malaysian political system: The role of Islam. American
Journal of Islamic Social Sciences 13(1): 2841
Ibn Manzur. 2005. Lisan al-Arab. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.
Mohammad Khatami. 1998. Membangun dialog antara peradaban: Harapan dan
tantangan. Bandung: Mizan.
Muhammad Abu Bakar.. 1987. Penghayatan sebuah ideal. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Paul Tan Chee Ing. 1993. Muslim-Christian relations in Peninsular Malaysia.
Islamochristiana 19, 125151.
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail, Nor Hayati Mohd
Dahlal. 2011. Dailog antara agama : realiti dan prospek di Malaysia. Penerbit
Universiti Sains Malaysia. Kajian Malaysia , Vol. 29, No . 2, 2011, 91 110. Laman
sesawang : http://web.usm.my/km/29(2)2011/Art5_KM29-2.pdf
Ramli Awang. 1998. Tasawwur rabbani menurut al-Quran dan sunnah. Kuala
Lumpur: Utusan Publication
__________. 2010. Dailog antara agama dari perspektif al Quran. Penerbit
Universiti Malaysia press.
Reese, J. S. 1996. Recasting social values in the work of Virginia Woolf. London:
Associated University Press

Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 16

Shaharom TM Sulaiman. 2003. Hiperterorisme dan hiperteknologi: Babak baru
pertembungan barat-Islam. Paper presented at Seminar Islam dan Era Imperialisme
Baru organized by Persatuan Ulama Malaysia, Petaling Jaya.
Soroush Abdul Karim. 2001. Evolusi dan devolusi pengetahuan keagamaan. In
Wacana Islam liberal: Pemikiran Islam kontemporer tentang isu-isu global, ed.
Charles Kurzman. 411 1424. Jakarta: Penerbit Paramadina.
Swidler, D. L. 2003. Dialogue in Malaysia and the global scenario. Kuala Lumpur:
Center for Civilizational Dialogue, Universiti Malaya.
Tiada pengarang. Kebebasan beragama antara universial Islam . IKIM. Laman
sesawang :
http://www.islam.gov.my/sites/default/kebebasan_beragama_antara_universal_islam
_dan _pluralisme_agama.pdf

















Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 17



ISI KANDUNGAN

HALAMAN
Penghargaan


Pendahuluan

1

Pengertian
2.1 Zikir
2.2 Tafakkur
2.3 Terapi Jiwa
2.4 Keruntuhan sosial dan akhlaq


1
2
3
3

Contoh serta jenis-jenis zikir dan tafakkur

4
Cara pelaksanaan zikir dan tafakkur sebagai terapi
jiwa

5
Kesan atau keberkesanan terapi zikir dan tafakkur
dalam menangani keruntuhan sosial
6
Penutup

10
Bibliografi






Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 18

1.0 PENDAHULUAN

Zikir dan tafakkur adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Perintah
supaya melaksanakannya ditemui dalam banyak ayat al-Quran dan juga hadis Nabi
S.A.W. Ia adalah satu amalan yang disuruh supaya diperbanyakkan tanpa ada
halangan dan keterikatan dengan syarat-syarat tertentu untuk diamalkan sebagaimana
ibadah-ibadah lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Ia adalah rahsia dan
penghubung secara langsung antara hamba dengan Tuhannya. Setiap mukmin yang
mengingati Allah pasti akan diingati olehNya.
Ternyata bahawa amalan zikir dan tafakkur bukan hanya sekadar ibadah, tetapi
juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia,
mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya
mencapai ma`rifat terhadapNya (Nik Azran dan Warnidah, 2006). Kertas kerja ini
akan menyentuh tentang zikir dan tafakkur serta peranannya sebagai terapi kejiwaan
dalam menyucikan hati, membina sahsiah muslim seterusnya menangani masalah
keruntuhan sosial dan akhlak pada masa kini.

2.0 PENGERTIAN ZIKIR, TAFAKUR, TERAPI JIWA DAN KERUNTUHAN
SOSIAL
Menurut kamus dewan, zikir ialah perbuatan menyebut nama Allah dan
mengingati Allah. Zikir ialah pengakuan dengan lidah dan pembenaran dengan hati.
(al Syarqawi, 1984) Menurut Asahari Muhammad, zikir berasal dari bahasa Arab
iaitu ingat, zikir disebut di bibir, ingat di hati. Ingat Allah, ingat kekuasaanNya,
kebesaranNya, nikmatNya, penglihatanNya, pendengaranNya atau apa sahaja yang
berhubung dengan Allah S.W.T. Menurut al-Ghazali (1996), zikir ialah ingat serta
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 19

sebut nama Allah S.W.T. dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. Zikrullah adalah
termasuk amalan orang-orang sufi kerana dengan zikir kepada Allah bererti dapat
merasakan dekatnya hati dengan Allah. Bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu
pagi dan petang. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama)
Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
(Surah Al-Ahzab 33: 41)


Zikir yang sebenarnya adalah suatu cara atau media untuk menyebut dan
mengingati Allah S.W.T. bertujuan mendekatkan diri kepadaNya. Oleh itu, dalam
berzikir harus ikhlas, tenang, suara yang lembut dan khusyuk. Zikir berfungsi
menenangkan jiwa, mendapat perlindungan dari Allah, meningkatkan keimanan dan
member kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tafakkur pula ialah renungan, perenungan, dan bertafakur ialah bermenung
memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh, menumpukan segenap perhatian dan
fikiran terhadap sesuatu (kamus dewan). Tafakkur yang berasal dari dasar kata -
yang berasal dari akar kata tafakkara, yatafakkaru, tafakkuran dengan kata dasar
fakkara. , seperti perkataan orang Arab ( telah memikir ia akan suatu).
Tafakkur juga dapat diertikan dengan taammal ertinya pertimbangan, memberi
perhatian, memikir, mengkaji, dan tazakkara yang bererti mengingati.
Tafakkur menurut syarak merenung dan memikirkan ciptaan Allah SWT di
langit dan di bumi, dan mengarahkan akal kepada keagungan Pencipta dan kemuliaan
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 20

sifat- sifatnya. Bertafakkur adalah pangkal dari segala kebaikan dan pekerjaan hati
yang paling utama dan paling mulia.
Menurut kamus dewan, terapi bermaksud aktiviti fizikal atau mental yang
dilakukan untuk membantu merawat, memulih atau mengatasi masalah fizikal, emosi
atau sosial yang dihadapi seseorang. Jiwa menurut kamus pelajar, roh yang ada
dalam tubuh manusia seperti nyawa, seluruh kehidupan batin manusia seperti
perasaan, orang yang dikasihi seperti buah hati.
Oleh itu, terapi jiwa boleh didefinisikan sebagai rawatan dalaman iaitu kerohanian
dan emosi kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup bagi menjadi muslim
sejati. Kesejahteraan jiwa membawa kepada ketenangan dan kesempurnaan hidup.
Menurut kamus dewan, keruntuhan ialah perihal runtuh, roboh, rosak atau
tertimpa sesuatu. Sosial pula ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat seperti
suka mengambil berat tentang hal kemasyarakatan, faham atau ajaran yang bertujuan
untuk membangunkan masyarakat secara damai. Oleh itu, keruntuhan sosial
bermaksud musnahnya nilai kemasyarakatan yang diterapkan di dalam Islam bagi
membangunkan sesuatu masyarakat.
Keruntuhan akhlak juga difahami sebagai masalah sosial merangkumi berbagai
perlakuan negatif anggota mesyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat atau pun negara. Contoh keruntuhan akhlak seperti semua
pelanggaran terhadap syariat Islam, pelanggaran terhadap undang-undang yang telah
ditetapkan oleh negara dan lain-lain.
3.0 CONTOH DAN JENIS ZIKIR DAN TAFAKUR
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 21

Zikir dan tafakkur ada banyak jenis merangkumi tasbih, tahmid, takbir, tahlil,
baca al-Quran dan sebagainya, namun yang menjadi intipati dari semua jenis-jenis
zikir ini ialah ingat kepada Allah (zikrullah). Oleh itu dapat dikatakan bahawa zikir
merangkumi dua perkara iaitu sebutan (zikir lisan) dan ingatan (zikir hati) terhadap
Allah dan perkara yang berkaitan dengannya. Ingatan adalah hakikat zikir manakala
sebutan itu pula adalah laluan untuk mencapai ingatan tersebut. Tahap ingatan itu pula
berbeza-beza sehingga ada yang mencapai tahap lupa kepada sesuatu yang lain
daripada apa yang dizikirkan dan inilah yang dikatakan hakikat sebenar zikir.
Mengenai hakikat zikir ini, al-Kalabadhi (1949) menyatakan bahawa ia adalah
merupakan sesuatu yang lain daripada apa yang dizikirkan dalam zikir tersebut.
Dalam hal ini, al-Kalabadhi merujuk kepada firman Allah:


Maksudnya: dan ingatlah akan Tuhanmu apabila engkau lupa.
( Surah al Kahfi 18:24)
Mengenai ayat ini beliau mengulas, apabila engkau lupa sesuatu yang lain
daripada Allah, maka sesungguhnya engkau telah mengingati Allah. Ia bermaksud
mengingati Allah yang sebenar-benarnya ialah apabila seseorang itu lupa kepada
sesuatu yang lain daripadaNya.
Terdapat banyak jenis-jenis zikir dan tafakkur, antaranya :
Zikir sirrr (secara sembunyi, dengan suara perlahan) mahupun jahar (secara
terang, dengan suara keras)
Zikir munfarid (berseorangan) dan zikir bersama jamaah (beramai-ramai)
Zikir muqayyad (yang terikat dengan waktu atau ruang yang khusus) dan zikir
mutlaq ( zikir yang tidak terikat dengan ruang, waktu dan hal )
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 22

4.0 CARA PELAKSANAAN TERAPI ZIKIR DAN TAFAKUR
Allah S.W.T telah memerintahkan supaya melaksanakan zikrullah dan Nabi
S.A.W pula telah mengajarkan kaedah melaksanakannya. Kehidupan Nabi S.A.W.
menunjukkan baginda umpama tenggelam di dalam lautan zikir dan tauhid dengan
tiada ruang waktu di mana baginda tidak mengingati Allah (Hairunnaja, 2004).
Kerana ini semua perkara yang berkait dengan amalan zikir ini perlu merujuk kepada
al-Quran dan hadis Nabi S.A.W di samping huraian dan tafsiran para ulama.
Dari satu sudut, terdapat dua jenis zikir dan tafakkur iaitu zikir umum dan
zikir khusus. Zikir umum ialah zikir yang terisi dalam amal ibadah lain seperti solat
dan sebagainya di mana semua amalan itu dilaksanakan untuk ingat kepada Allah.
Zikir ini terlaksana dengan sendirinya apabila amalan tersebut dilaksanakan dengan
hadir hati.
Manakala zikir khusus pula ialah sebutan dan ingatan terhadap Allah. al-
Quran dan hadis telah menyebut tentang beberapa jenis zikir khusus yang utama iaitu
dhikrullah, tafakkur, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, al-asma al-husna, dan bacaan al-
Quran. Zikir ini boleh diamalkan pada bila-bila masa dan di mana juga seseorang itu
berada kecuali di tempat dan keadaan terlarang. Zikir inilah yang perlu
diperbanyakkan. Di samping itu terdapat juga zikir yang berkait dengan masa, tempat
dan keadaan tertentu. Zikir jenis ini juga baik untuk dilaksanakan. Para ulama telah
mengarang dan menyusun banyak karya bagi menjelaskan tentang amalan zikir ini
yang boleh dijadikan rujukan.
Apa yang penting bagi pengamalan zikir dan tafakkur ini ialah ia hendaklah
didasari atas ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesungguhan untuk menghadirkan
hati dan menghayatinya. Semakin mendalam pengetahuan tentang perkara berkaitan
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 23

dan semakin tinggi tahap keinginan dan kesungguhan melaksanakan dan
menghayatinya maka semakin berkesan zikir tersebut terhadap hati.
Terdapat juga zikir dan tafakkur yang memerlukan talqin, tarbiyah dan irsyad
daripada murshid. Zikir ini dinamakan zikir tarekat atau zikir darajah. Ia boleh
diamalkan bagi orang yang berkeinginan untuk memperbaiki diri, menyucikan hati,
mendekatkan diri, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai ma`rifat, namun ia
perlu merujuk kepada ahli yang berkelayakan.

5.0 KESAN ATAU KEBERKESANAN TERAPI ZIKIR DAN TAFAKUR
Zikir dan tafakkur merupakan satu amalan yang sangat berkesan dan
berperanan besar dalam pembentukan sahsiah muslim. Sahsiah yang baik hanya
terbina dan terbentuk dengan terbinanya hati yang menjadi wadah keimanan dan
ketaqwaan. Oleh itu untuk membina sahsiah muslim yang baik, pembersihan dan
penyucian hati perlu diberikan tumpuan dan keutamaan sebagaimana yang dapat
dilihat pertunjuknya dalam hadis di mana Nabi S.A.W. bersabda:


Maksudnya: Ketahuilah bahawa dalam badan manusia ada segumpal darah, apabila
ia baik maka baiklah seluruh badan, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan,
ketahuilah bahawa ia adalah hati.
(Sahih al Bukhari,juz 1,90)

Penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyentuh tentang
persoalan zikir dan tafakkur mendapati bahawa ia adalah amalan penyuci hati,
pembuka hijab rohani, penguat keimanan, penghapus kemunafiqan, pemadam gelora
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 24

nafsu, penghalau gangguan syaitan dan sebagainya. Antara kesan zikir dan tafakkur
ialah :
1 - Zikir dan tafakkur sebagai pengilap dan penyuci hati
Zikir dan tafakkur merupakan penggilap dan penyuci hati daripada kekotoran
sifat tercela. Perkara ini dapat dilihat antaranya pada firman Allah;


Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi
tenteram.
(Surah al Rad 13 :28)
Menurut Muhd. Ruzlan (2011), hati akan mencapai hakikat ketenteraman,
ketenangan dan kebahagian setelah ia dapat dibersih dan disucikan dan penyakit-
penyakitnya dapat dibuang. Perkara ini hanya tercapai menerusi zikrullah seperti yang
dinyatakan dalam ayat tersebut.
Demikian juga perkara ini dinyatakan dalam beberapa hadis Nabi S.A.W.
Antaranya ialah hadis yang bermaksud hendaklah engkau berzikir kepada Allah dan
membaca kitabNya sesungguhnya ia adalah nur (hidayah) bagi engkau di dunia ini
dan kemasyhuran bagi engkau di langit, hadis yang bermaksud zikir Allah itu
adalah penyembuh bagi hati dan hadis yang bermaksud sesungguhnya hati ini
berkarat sebagaimana besi berkarat. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apakah
pengilapnya. Baginda menjawab: Mengingati kematian dan membaca al-Quran.


Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 25

2 - Zikir dan tafakkur sebagai penyedar hati yang lalai dan pendorong kepada
taubat.
Zikir dan tafakkur juga boleh menyedarkan hati yang lalai. Ini kerana orang
yang telah melakukan kejahatan, kemudian dia ingat kepada Allah, maka dia akan
mengalami kesedaran jiwa (intibah). Dia akan menyedari kesilapan, dosa, keaiban dan
kejahatan dirinya. Ini akan mendorongnya untuk bertaubat dan tidak lagi meneruskan
atau mengulangi kesilapan yang telah lalu. Perkara ini dapat dilihat dalam firman
Allah:


Maksudnya: Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perkara keji
atau menzalimi diri mereka sendiri, lalu mereka ingat akan Allah, maka mereka terus
meminta keampunan bagi dosa-dosa mereka, dan tiada yang mengampunkan dosa
kecuali Allah, dan mereka tidak meneruskan lagi apa yang telah mereka lakukan,
sedangkan mereka itu mengetahui.
( Surah al Imran 3 : 134 )

Lupakan Allah itu akan menjadikan seseorang itu lupa akan dirinya sendiri
dengan tidak mengingati dan menyedari kesalahan dan kesilapan dirinya. Dia akan
terus melakukan kesalahan dan dosa dengan tidak bertaubat sehingga dia menjadi
seorang yang fasiq. Sebagaimana firman Allah:


Maksudnya: Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupakan Allah,
maka Dia (Allah) melupakan mereka terhadap diri mereka sendiri, mereka itulah
orang-orang yang fasiq.
( Surah al Hasr 59 : 19 )
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 26

3 - Zikir dan tafakkur sebagai penghapus dorongan hawa nafsu
Zikir dan tafakkur juga boleh menghapuskan dorongan hawa nafsu jahat yang
menguasai diri sehingga seseorang terdorong melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan suruhan agama. Ini terjadi apabila zikir dan tafakkur menjadi
teguh dan menguasai diri manusia, maka di kala itu dorongan-dorongan melakukan
kejahatan akan terhapus. Berkait dengan persoalan ini Nabi s.a.w. bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya golongan mufarridun telah mendahului. Siapa
mufarridun itu wahai Rasulullah?. Baginda bersabda: Iaitu mereka yang asyik dalam
zikrullah yang mana zikir itu telah meletakkan (meringankan / melepaskan) bebanan
mereka, maka mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan.

4 - Zikir dan tafakkur adalah pengukuh keimanan
Zikir dan tafakkur juga boleh mengukuhkan dan memantapkan keimanan
seseorang. Ini kerana keimanan seseorang itu akan menjadi malap kalau tidak
diperbaharui dan diperteguhkan. Pengukuhan keimanan itu ialah dengan cara
menanam pengertian tauhid ke dalam jiwa menerusi jalan zikir kalimah tauhid.
Perkara ini dapat dilihat pada pesanan Nabi s.a.w. kepada para sahabat sebagaimana
sabda baginda:

Maksudnya: Perbaharuilah iman kamu. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah,
bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami? Baginda bersabda:
Perbanyakkanlah menyebut La Ilaha Illallah.
Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 27

5 - Zikir dan tafakkur sebagai penghapus hijab rohani dan pembuka jalan
ma`rifat
Zikir dan tafakkur juga menghapuskan hijab rohani dan membuka jalan
ma`rifat. Menyebut, memahami, meyakini dan mengingati kalimah tauhid dalam
keadaan penuh keikhlasan akan membawa kepada pembukaan pintu ma`rifat sehingga
sampai ke tingkatan `Arash. Mengenai perkara ini Nabi S.A.W. bersabda:

ikhlas keadaan dalam Illallah Ilaha La menyebut tidak itu Seseorang Maksudnya:
`Arash kepada membawa sehingga langit pintu - pintu baginya dibukakan kecuali
besar dosa - dosa menjauhi dia mana selama
.
Kesan-kesan zikir seperti yang dijelaskan ini menjurus kepada penyucian jiwa
dan pengukuhan keimanan dan ketaqwaan dan seterusnya pembinaan sahsiah muslim
yang berkualiti seterusnya dapat menangani keruntuhan sosial dan akhlak.

5.0 PENUTUP
Setiap penyakit ada ubatnya dan setiap penyakit ada ahli yang dapat
menangani untuk menyembuhkannya. Ubat penyakit-penyakit badan dan anggota
tubuh manusia boleh diserahkan kepada doktor, tetapi penyakit hati hanya boleh
diubati dengan kembali kepada agama yang benar. Hati yang lalai merupakan pokok
segala kesalahan, melakukan kesalahan akan meruntuhkan sosial dan akhlaq, oleh
kerana itu, ubat yang mujarab bagi menangani masalah keruntuhan social dan akhlaq
adalah zikir dan tafakkur sebagai terapi kejiwaan.


Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa Puspa Adam Page 28

BIBLIOGRAFI
Al Quran al Karim
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dawama
sdn. shd.
Kamus Pelajar. 1987. Dewan Bahasa dan Pustaka. Harian (zulfadhli) sdn. bhd.
Al Bukhari. Muhammad ibn Ismail. 1987. Al Jami' al Sahih al Mukhtasir. Beirut. Dar
Ibn kathir.
Abdul Manam bin Mohamad al Merbawi. 2010. Zikir dan peranannya dalam
pembentukan sahsiah. Laman sesawang :
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat- tassawuf/162-koleksi-kertas-
kerja/632-zikir
Al Kalabadhi. Abu Bakar.1370. Al Ta'arruf li mazhab ahl al tasawwuf. Qahirah.
Matba'ah 'isa al bab al halabi.
Al Syarqawi. Hasan Muhammad.1984. Nahwa 'ilm nafs islami. Iskandariah. Muassat
syahab al jamiah.
Hairunnaja Najmuddin. 2004. Psaikologi ketenangan hati. PTS publication &
distributor sdn. bhd. 174
Muhammad al Ghazali. 1996. Tujuan hidup para sufi. Pustaka ilmi sdn. bhd. 156-165
Nik Azran bin Muhammad dan Wardinah Wan Abdul Razak. 2006. Terapi kehidupan
Muslim. Pekan ilmu publication sdn. bhd.
Suhendri Irandi dan Muhyidin Mas Ridha. 2012. Jangan asal berzikir. Jasmin
publication. 56-60
Wan Mohammad Ruzlan Wan Omar. 2011. Minda zikir terapi hati paling berkesan .
Laman sesawang :
http : /www.hmetro.com/articles/Minda_Zikirterapihatipalingberkesan//Article/
article_print

Anda mungkin juga menyukai