Anda di halaman 1dari 2

Definisi Memo Wacana bertulis (manual/elektronik) yang digunakan untuk perhubungan rasmi antara pekerja/unit/ jabatan/bahagian di dalam organisasi

yang sama. Merupakan singkatan kepada memorandum iaitu alat komunikasi bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Pengenalan Memo merupakan singkatan perkataan memorandum (catatan atau peringatan). Memo juga merupakan sejenis surat Memo juga berperanan seperti surat tetapi biasanya hanya digunakan untuk dalam jabatannya sendiri Misalnya: Hebahan atau panggilan mesyuarat

Ciri-ciri Memo 1. Maklumat yang disampaikan hendaklah jelas dan terus kepada maksud 2. Hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan dsb. 3. Secara umum, ciri yang ada dalam penulisan surat rasmi juga boleh dI aplikasikan dalam penulisan memo. 4. Ia berbeza dengan surat rasmi kerana berbentuk tidak terlalu formal, lebih ringkas dan mempunyai catatan salinan kepada 5. Memo juga tidak terikat dengan sesuatu bentuk seperti surat rasmi. 6. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang dan boleh juga dalam bentuk surat. Bergantung pada institut/ jabatan tersebut menentukan format memo . Biasanya berupa perintah dari atasan kepada bawahannya

Bentuk memo Tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang tertentu seperti surat rasmi Memo boleh ditulis dalam bentuk borang dan boleh juga dalam bentuk surat. Memo mempunyai bahagian-bahagian seperti kepala, badan, dan kaki memo.

1. Kepala * Nama Alamat Lambang atau Logo Instansi 2. Badan * isi / pesan singkat ( memberikan perintah, informasi atau laporan) 3. Kaki * tanda tangan dan nama jelas pembuat memo

MEMO BENTUK BORANG Tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam borang Hanya perlu mengisi atau menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. MEMO BENTUK TERBUKA Bentuk ini sama seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya yang tersendiri. Tujuan penulisan memo Penyampaian makluman dalaman Pengumuman sesuatu perubahan dasar Menjelaskan prosedur baru Permohonan dalam bahagian Laporan ringkas status, apa yang berlaku pada ketika itu. Memberi nasaihat tentang membuat sesuatu keputusan

Anda mungkin juga menyukai