Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS 3 PETI SURAT 60532 91117 LAHAD DATU, SABAH TEL : 089-575209 FAX : 089-575208 No.

Rujukan:XBA2241/PIBG( Tarikh : 11-Oktober-2012 Pengurus Penyiaran Sandakan Jabatan Penyiaran Sandakan WDT 52 Tingkat 6 Wisma Persekutuan KM11 Jalan Labuk, Sandakan.
Tuan,

)2012

MOHON HEBAHAN DAN LIPUTAN PROGRAM HARI KELUARGA PERINGKAT SEKOLAH


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 02. Pihak sekolah ingin memohon kerjasama dari pihak tuan untuk mengadakan hebahan dan liputan bagi program hari keluarga yang telah dirancangkan seperti berikut Program Tarikh/Hari Tempat : Sambutan Hari Keluarga SK Paris 3 bersama PIBG : 17 dan 18 Oktober 2012 (Rabu dan Khamis) : Padang SK Paris 3 Kinabatangan Murid-murid sekolah, Ibu/bapa/ penjaga, Penduduk Kampung Paris 1, 2 dan 3, Warga estet berdekatan, Penduduk Kampung Sandau, Kampung Batu Puteh dan warga Kinabatangan yang berdekatan. 03. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Saddi bin Hj. Abd. Rahman Adun N48 Sukau pada 17-Oktober-2012 bersamaan dengan hari Rabu. Sehubungan dengan itu, melalui hebahan dari pihak tuan adalah diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir pada program tersebut. Senarai aktiviti yang dirancang disediakan dalam lampiran surat ini. 04. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan, didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

Kumpulan Sasaran :

.. NORAZAM BIN AHMAD Guru Besar SK Paris 3 Kinabatangan

Anda mungkin juga menyukai