Kata nama am
Kata nama khas
⇒ Kata Nama Am
• Kata nama am ialah kata yang menyatakan makna benda, perkataan, atau konsep yang umum
sifatnya
• Kata nama am hidup. Contohnya: pengetua, ayam, guru, tentera dan kambing
• Kata nama am tak hidup. Contohnya: maktab, sekolah, persastuan, pertubuhan dan padang
• Kata nama am konkrit. Contohnya: kereta, lori, kapal terbang, gunung dan komputer
• Kata nama am abstrak. Contohnya: cerita, roh, masalah, pendapat dan kisah
Kata nama khas merupakan kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar
Kata nama khas hidup. Contohnya: Perdana Menteri, Rosilawati dan Sang Kancil
Kata nama khas tak hidup. Contohnya: Kedah Darul Aman, Malaysia, Masjid Negara,
Pahlawan Pasir Salak dan Panasonic
• Kata Ganti Nama Diri
• Kata ganti nama diri ialah kata yang menjadi pengganti kata nama orang
• Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
Kata ganti nama diri pertama. Contohnya: saya, aku, beta, kami dan kita
Kata ganti nama diri kedua. Contohnya: awak, kamu, kalian, anda dan engkau
Kata ganti nama diri ketiga. Contohnya: beliau, dia, nya, baginda dan mereka
• Beberapa kata ganti nama diri di atas dapat disingkatkan seperti yang berikut:
• Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan seseorang, sesuatu
benda, atau perkara
• Ada dua kata ganti tunjuk sahaja, iaitu ini dan itu
• Tugas kata ganti nama tunjuk dan ayat-ayat contohnya adalah seperti yang berikut:
Sebagai penanda kata nama, iaitu yang hadir selepas kata nama
Sebagai subjek dalam ayat
Sebagai prediket yang dikedepankan dalam bentuk ayat songsang
Sebagai penentu belakang
• Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.
Kata ganti tersebut ialah sini, sana, dan situ
• Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membina ayat-ayat Tanya. Kata ini digunakan untuk
bertanya tentang manusia, binatang, benda, tempat, dan bilangan. Contoh kata ganti nama
tersebut ialah siapa, apa, mana dan berapa
• Siapa digunakan untuk bertanya orang
• Apa digunakan untuk bertanya tentang binatang atau benda
• Berapa digunakan untuk bertanya bilangan atau jumlah sesuatu
• Mana digunakan untuk bertanya tentang manusia, binatang, benda, dan tempat
• Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak
tentu seperti
• Apa-apa digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu
Mana-mana digunakan untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu