Anda di halaman 1dari 13

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Sistem demokrasi berparlimen menjadi amalan Malaysia sejak 1952
tahun yang lalu.Fenomena ini telah mewujudkan kerajaan
campuran.Bagaimanakah keadaaan ini boleh berlaku dan apakah implikasi
keatas senario hubungan etnik negara masai kini.Bincangkan

Pengenalan

Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia bermula ketika era


keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu sudah menjadi
tempat interaksi di kalangan pedagang luar seperti India, Cina dan Arab. Ketika
itu kehadiran masyarakat pedagang luar bukan untuk menjadi rakyat tetap,
sebaliknya mereka datang semata-mata untuk menjalankan aktiviti
perniagaan.Selain itu, konsep negara masa itu bergantung sepenuhnya kepada
kewujudan `raja' iaitu rakyat hanya memberikan ketaatan sepenuhnya kepada
raja yang bertanggungjawab menjamin keselamatan rakyat yang berada dan
tinggal di wilayah atau empayarnya. Keadaan berbeza berlaku apabila penjajah
British mula membawa konsep pemerintahan dan pentadbiran moden dalam
kerangka konsep negara moden. Konsep negara bangsa dalam dunia moden
hari ini menetapkan bahawa sesebuah negara itu bukan saja mesti memiliki
‘territoriality’ malah perlu memiliki ciri lain seperti kedaulatan, pemerintahan,
perlembagaan, simbol kesatuan seperti lagu kebangsaan dan bendera, perasaan
patriotisme, perpaduan serta memiliki satu ideologi dan sebagainya. Semua
elemen itu dianggap sebagai ciri penting bagi penyatuan dan perpaduan rakyat
sesebuah negara moden. Salah satu dasar dicipta British ketika menjajah kita
ialah dasar membawa masuk kaum asing dari tanah besar India dan China ke
Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor perladangan (India) dan
perlombongan timah (Cina). Dasar dan proses kemasukan kaum asing ini
dimulakan sejak pertengahan abad ke-19 dan ia berlanjutan sehingga dekad
1930-an. Dasar kemasukan imigran asing bertujuan memajukan sektor
perlombongan dan perladangan demi kepentingan penjajah British, dan pada
masa sama British menjalankan dasar ‘pecah dan perintah’ bukan saja dalam
1.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
konteks politik, malah dalam konteks ekonomi dan sosial dengan mencipta
1
pengasingan ekonomi antara kaum.

Kerajaan campuran keadaaan ini boleh berlaku

Jika diimbas kembali sejarah negara, usaha untuk mencapai perpaduan


kaum di Malaysia dapat dikesan menerusi penubuhan Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum (CLC) pada 1949. Penubuhan jawatankuasa ini selari kehendak
British iaitu mesti wujud satu kerjasama kaum sebelum kemerdekaan diserahkan
kepada rakyat negara ini. CLC ditubuhkan di Pulau Pinang yang dianggotai dua
kaum utama iaitu Melayu (Umno) dan Cina (MCA) dan ia bolehlah dianggap
sebagai permulaan kepada kerjasama kaum, khususnya dalam konteks
kerjasama politik. Perlembagaan Malayan Union dikatakan pelaksanaan
Malayan Union pada April 1946 di Tanah Melayu telah menyemarakkan
semangat nasionalisme penduduk tempatan khususnya orang-orang Melayu.

Rajah 1:Logo Parti perikatan

Mereka merasakan adat dan tradisi tercabar, Malayan Union secara


drastik menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri naungan
British kepada jajahan langsung British, menghapuskan hak istimewa orang
Melayu sebagai bumiputera dengan memperkenalkan konsep kerakyatan 'jus
soli' iaitu kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan
di tanah Melayu serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas daan telah
bermastautin selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, serta

1
Barbara Watson , Sejarah Malaysia, Macmillan Publisher, Petaling Jaya, 1983, Hlm 67

2.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu. Orang-orang Melayu terasa
terancam berikutaan sewenag-wenangnya orang bukan Melayu khususnya Cina
dan India menjaadi rakyat di negara ini.  Keadaan ini menimbulkan kegusaran
orang Melayu kehilangan kuasa politik dan tergugat institussi tradisional. Hal ini
telah menimbulkan tentangan yang dipimpin oleh pegawai-pegawai daan
golongan bangsawan Melayu seperti Dato Onn Jaafar. Mereka terasa terhina
dengan sikap pihak British yang angkuh bertindak sesuka hati dalam
meengemukakan pembaharuan. Bantahan bertambah hebat berikutan peranan
akhbaar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara mengkritik dan
menghebah keburukan Malayan Union. Keadaan ini disemarkkan lagi oleh
galakan daripada ppegawai British yang telah bersara seperti Frank
Swettanham, George Maxwell daan Winstedt melalui penulisan mereka
diakhbar-akhbar British menyatakan kekesalan mereka terhadap cara
2
ketidakadilan British membuat pembaharuan perlembagaan.

Ketika ini Kongres ini belum mempunyai sebaarang rancangan


kemasyarakatan daan ekonomi yang tertentu sebaliknyaa hanya mahu memulih
kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-haak orang Melayu sebagai
bumiputera.  Ia juga telah mengistiharkan  bahawa perjanjian Mac Michael itu
tidak sah kerana tiada persetujuan dan perbincaangan pembesar Melayu dan
rakyat jelata. Melalui Kongres ini Pertubuhaan Kebangsaan Bersatu (UMNO)
ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bagi memelihara kepentingan orang Melayu,
dimana Dato Onn Jaafar sebagai Presiden utama dan pertama. Keengganan
penerimaan Malayan Union ini diburukkan lagi apabila kaum Cina dan India turut
mengkritik sesetengah bahagian gagasan itu. Bantahan-bantahan orang Melayu
menjadi begitu memuncak menjelang Mei 1946, akhirnya British terpaksa akur
bagi mengseimbangkan berlakunya aktiviti komunis dan pelampau Melayu yang
mahukaan penyatuan politik dengan Indonesia. Mereke sedar bahawa
sejauhmana sekali pun sokongan orang Cina dan India terhadap gagasan ini

2
Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-11963, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti, 1978, Hlm 248

3.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
masih tidak dapat menandingi kehebatan bantahan orang Melayu. Akhirnya satu
perundngan perubahan perlembagaan dilakukan yang kemudiannya melahirkan
Persekutun Tanah Melayu pada taahun 1948. Ternyata Malayan Union adalah
satu peristiwa yang mempunyai rahmat yang tersembunyi. Dimana buat pertama
kali umat Melayu bangun menentang British melalui penyatuan. Dasar rejim
penjajah ketika itu tidak mementingkan perpaduan dan integrasi pelbagai kaum.
Namun begitu selepas berlakunya pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
(1948) yang kemudiannya diikuti kemerdekaan Tanah Melayu (1957) serta
disusuli pula dengan pembentukan Malaysia (1963) meletakkan kedudukan dan
taraf kaum lain setanding dengan kaum Melayu dari segi kewarganegaraan dan
hak sebagai rakyat dilindungi oleh perlembagaan negara.

Pada masa sama, kaum bukan Bumiputera menerima dan mengiktiraf


beberapa hak istimewa orang Melayu sebagai satu ‘kontrak sosial’ yang
dipersetujui bersama dengan sebahagian daripadanya termaktub di dalam
perlembagaan negara. Elemen perpaduan penting untuk memenuhi impian
pembangunan dan kemajuan negara seperti yang dirangka akan dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Namun pada awal pasca
kemerdekaan, integrasi dan perpaduan nasional belum begitu kukuh di kalangan
rakyat berbilang kaum sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian
mendukacitakan ini menyedarkan tampuk kepemimpinan negara betapa
pentingnya integrasi dan perpaduan nasional dijadikan wawasan dan matlamat
negara. Jika dikaji hakikat sejarah tanah air, kemelut perkauman khususnya di
antara Cina dan Melayu boleh dikatakan bermula ketika dan selepas zaman
pendudukan Jepun (1941 - 1945), disusuli peristiwa darurat (1948 -1960). Idea
awal tentang bangsa dan negara bermula apabila penjajah British
memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Orang Melayu telah bangun
menentang gagasan ini kerana Malayan Union merupakan satu tindakan politik
penjajah British yang boleh membinasakan bangsa Melayu. Malayan Union
bukan sahaja melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam, dan
adat resam Melayu, malah pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang

4.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bukan Melayu adalah dianggap sebagai satu percubaan nekad menghapuskan
hak dan kepentingan, serta masa depan orang Melayu.Pada tahun 1946 orang
Melayu masih belum dapat melupakan penderitaan semasa di bawah
pemerintahan Jepun, serta peristiwa keganasan Bintang Tiga yang ditaja oleh
Parti Komunis Malaya. Pemerintahan zalim selama 14 han di sesetengah tempat
oleh Bintang Tiga menjadi satu pengajaran bagi orang Melayu. Oleh itu, orang
Melayu pada masa itu tetap mempertahankan haknya dan tidak mahu berkongsi
negeri dengan kaum pendatang. Di Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu
telah bangun menentang Malayan Union bukan sahaja kerana tidak bersetuju
dari segi kandungan perlembagaannya, tetapi juga membantah tentang cara
Harold MacMichael memperdayakan Raja-Raja Melayu untuk bersetuju
melaksanakan Malayan Union. Dalam keadaan yang terdesak dan tertekan,
Raja-Raja Melayu tidak menyedari kesan buruk Malayan Union yang boleh
menghapuskan kuasa dan kedaulatan baginda semua. Oleh itu, orang Melayu
bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu, iaitu satu-satunya lambang maruah
bangsa.Asas pemikiran dan perjuangan untuk mewujudkan satu bangsa dan
sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat telah dicetuskan oleh seorang
pejuang agung negara iahu Dato' Onn bin Jaafar. Beliau telah mengetuai bangsa
Melayu menentang pentadbiran Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh
penjajah British. Beliau telah berjaya membangkitkan kesedaran di kalangan
orang Melayu tentang maruah, identiti, kebudayaan dan peradaban bangsa
Melayu. Dato' Onn telah menghadap dan menggesa Raja-Raja Melayu supaya
memulaukan upacara perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan
Union. Pengaruh beliau yang bertambah kuat dengan sokongan padu daripada
orang Melayu telah menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan pihak
British sekiranya Dato' Onn akan terus berjuang menuntut kemerdekaan. Malah
beberapa orang bekas pegawai tinggi penjajah British yang pernah berkhidmat di
Tanah Melayu juga turut menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar
Malayan Union itu yang diisifatkannya tidak akan membawa perubahan. 3
3
Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics:It's Origin And Early Develompent, Pelanduk Publicaation, Petaling

Jaya, 1985, Hlm 77


5.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Secara tidak sedar, kini Tanah Melayu bukan sahaja milik eksekutif orang
melayu tetapi  milik bersama kaum-kaum lain. Hal ini di tentang oleh PKKM yang
dahulunya menyertai UMNO, atas perbezaan prinsip perjuangan PKKM atau
Parti Kebangsaan Melayu ditubuhkan pada Oktober 1945, diasaskan oleh
nasionaalis-nasionalis Melayu yang berjiwaa Melayu dengan cogankata
'membela hak keadilan putera Melayu' bertujuan untuk memerdekkan bangsa
dan taanah air. Ia juga bermatlamat menyatukan bangsa Melayu dan
menyerapkan semangat kebangsaan Melayu ke dalam jiwa orang Melayu
seluruhnya melalui gabungan kemerdekaan bersama Indonesia yang dikenali
sebagai Republik Indonesia Raya.Melalui gagasan Melayan Union ,juga
mendaulatkan bahasa.Selepas itu satu usaha ke arah kerjasama kaum yang
lebih terarah wujud menerusi penubuhan Persidangan Kebangsaan (Februari
1953) oleh Sir Malcolm MacDonald. Tujuannya adalah untuk mencapai
kerjasama politik bagi mengendurkan masalah perkauman di Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman kemudian menganjurkan konvensyen kebangsaan yang
disertai pelbagai parti politik yang akhirnya menjadi asas kepada penubuhan
Parti Perikatan. Pada pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27
Julai 1955, Parti Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi yang
membolehkannya membentuk Kabinet pelbagai kaum. Ia menjadi titik awal
perpaduan kaum melalui politik kompromi. Dalam usaha mencapai
kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar memikirkan keperluan kerjasama dan
rundingan di antara pemimpin pelbagai kaum ke arah berkerajaan sendiri. Idea
‘Sistem Ahli’ dikemukakan kepada British, ketika itu Sir Henry Gurney adalah
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Sistem yang menyerupai
Kabinet bayangan ini dilaksanakan pada 1951 adalah selaras hasrat British
untuk menjalankan dasar ‘dekolonisasi’. Ia di anggap sebagai asas ke arah
proses perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Implikasi keatas senario hubungan etnik negara

6.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpaduan dan integrasi nasional dalam skop penyatuan wilayah dan
masyarakat Malaysia yang lebih besar dibuat melalui pembentukan gagasan
Malaysia (1963). Gagasan Malaysia adalah konsep integrasi dan penyatuan
wilayah serta menyatukan masyarakatnya dalam konteks bangsa Malaysia baru
dengan pada awal cadangan penubuhannya ia ditentang Borneo (Sabah dan
Sarawak). Tentangan ini akhirnya dapat diselesaikan melalui penubuhan
Suruhanjaya Cobbold. Singapura yang pada awalnya bersama dalam gagasan
Malaysia akhirnya keluar dari Malaysia (1965) atas beberapa isu tertentu
termasuk soal perkauman. Peristiwa itu adalah cabaran awal dalam membentuk
integrasi dan perpaduan di kalangan negeri yang menyertai pembentukan
Malaysia pada 1963. 13 Mei 1969 adalah titik hitam dalam sejarah perhubungan
kaum di negara ini. Ia tercetus akibat meluasnya isu perkauman. Tindakan
segera pemimpin pelbagai kaum menyelesaikan kemelut ini dengan penuh
bijaksana dan berwawasan, merintis ke arah ‘kejuruteraan sosial’ yang akhirnya
membawa kepada hubungan kaum yang lebih sihat dan dinamik dalam kerangka
dasar, wawasan integrasi dan perpaduan yang lebih fokus. Arkitek (pemimpin)
perpaduan negara berjaya melaksana ‘revolusi integrasi’ yang memberikan
impak cukup positif terhadap kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi
negara. Peristiwa hitam menyebabkan negara diletakkan di bawah pengawalan
Majlis Gerakan Negara (Mageran) dipengerusikan Tun Abdul Razak Hussein.
Menerusi Mageran, langkah konkrit bagi membentuk asas perhubungan kaum
yang berkesan mula difikirkan secara serius. Malaysia merupakan sebuah
negara yang berbilang kaum (Plural society). Ia wujud hasil impak daripada
zaman penjajahan colonial British yang melakukan campur tangan dalam
struktur sosiopolitik masyarakat Melayu tradisi. Di samping itu masyarakat
khususnya dari Tanah Besar China dan India yang menjadi sumber buruh
kepada pihak Inggeris untuk mengerjakan kegiatan perlombongan biji timah dan
pengeluaran getah di Tanah Melayu.( Mansor Ms.Noor 2005,Hlm 170)

Mengikut pandangan J.S.Furnivall (1948) konsep masyarakat majmuk


merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam

7.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari
dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih
mudah tergugatKesan yang paling ketara ialah penggunaan Bahasa Melayu
adalah sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Ia dianggap parti radikal
kerana berani mengkritik British serta sentiasa membakar semangat kebangsaan
orang. Melayu. Perbezaan prinsip perjuangan PKKM iaitu penentangannya
didasarkan atas kepentingan rakyat jelata dan demi membela maruah dan
kedudukan mereka bukanlah didasarkan untuk membela kedudukan kaum
fuedal. Manakala UMNO pula yang ditubuhkan pada 11 Mei merupakan
gabungan pertubuhan Melayu hanya pada tahun 1948 baru wujud sebagai unit
politik dan dipimpin oleh golongan brpendidikan Inggeris seperti Dato Onn Jaffar.
Pada awalnya ia bukanlah sebuah parti politik untuk menuntut kemerdekaan
tetapi sekadar membuat beberapa program pendidikan, ekonomi  dan kebajikan
daan kepentingan orang Melayu. Selain itu telah wujud jugaa API (Angkatan
Pemuda Insaf) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Masing-masing dipimpin
oleh Ahmad Boestamam dan Shamsiah Fakeh. Ia menyediakan kekuatan
sebagai pejuang barisan hadapan untuk negara. Disamping itu memberikan
latihan dalam bidang politik kepada pemuda Melayu supaya boleh mempimpin
dalam apa jua keadaan. Ia melaungkan slogan 'merdeka dengan darah' melalui
ucapan Boestamam;

'kemerdekaan tidak boleh dicapai melalui saaliva atau rayuaan, ia harus


diperjuangkan dengan menumpahkan darah'

Sikap radikal ini menyebabkan ia diharamkan oleh British pada Julai 1947,
manakala PKKM pada darurat 1948. Jelas disini UMNO yang sanggup mengikut
telunjuk British terus kekal berbanding yang radikal. Penubuhan UMNO, PKKM,
API dan sebagainya menunjukkan wujud politik perkauman yang mementingkan
orang Melayu.

8.
3

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rajah 2:Logo Parti UMNO

Manakala kaum Cina dan India yang dulunya mementingkan perjuangan


berkiblatkan negeri msing-masing. Penentangan orang Melayu ini telah
memberikan kesedaran kepada kedua-dua kaum ini untuk menubuhkan parti
politik bagi menjaga kepentingan kaum mereka di tanah Melayu. Kerjasama
MCA dengan British diperlihatkan melalui usaha memindahkan setinggan Cina
dipinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kaum India pula menubuhkan MIC,
Kongres India Semalaya pada Ogos 1946. Peringkat awalnya merupakan
persatuan kelas pertengahan India dan dianggotai oleh ahli profesional
berpendidikan Inggeris yang mempunyai kepentingan sendiri. Parti ini secara
sedar menyertai AMCJA kerana beranggapan ini akan menguatkan partinya
yang ketika itu lemah.Dalam masa darurat MIC telah beralih semula menjadikan
parti perkaumaan semata-mata. Jelas disini parti yang tertubuh selepas perang
adalah berbentuk perkauman, dimana masing-masing menentang demi
kepentingn kaum mereka. Keadaan ini menampakkan perubahan apabila UMNO
pimpuinan Dato Onn Jaafar menggalakkan kerjasama yang lebih rapat di antara
orang Melayu dan bukan Melayu bagi menuntut kemerdekaan daripada British
tetapi ramai ahli UMNO berpendapat sekiranya ini berlaku UMNO tidak lagi
memperjuangkan hak-hak orang Melayu semata-mata. Pada 27 Ogos, Dato Onn
dengan rasmi letak jawatan dan diikuti oleh kebanyakan anggota jawatakuasa
mereka ini menubuhkan parti politik yang baru iaitu parti Kemerdekaan Tanah
Melayu (IMP). Ia boleh dianggap sebuah parti politik yaang tidak bersifat
perkauman, ditubuhkan pada tahun 1951. Ia muncul dari kegagalan Dato Onn
untuk melebarkan asas UMNO supaya semua kaum dapat diterima menjadi

9.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anggota iaitu membuka keahliannya kepada semua rakyat persekutuan Tanah
Melayu, rakyat British dan penduduk semenanjung Tanah Melayu yang telah
tinggal selama lebih daripada 10 tahun. Tetapi disebabkan ketika itu politik
perkauman masih menebal dikalangan penduduk tanah Melayu, maka parti ini
tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnay, mereka menubuhkan
parti negara yang bersifat perkauman Melayu. Jelas disini parti yang bersifaat
percampuran kaum tidak berjaya menambat hati penduduk kerana pada
umumnya ketika itu kepentingan perkauman jelas menguasai suasana politik.
Wujud juga parti yang bersifat ideologi seperti Parti Islam Setanah Melayu (PAS).
Parti ini beridealogikan kepada agama Islam. Matlamatnya pula ialah penubuhan
sebuah negara yang berdasarkan peraturan. Parti ini kebanyakannya dianggotai
oleh pemimpin agama dikampung-kampung dan guru-guru agama. Para
pemimpin parti ini telah menuduh UMNO sebagai bersifat Malaya daan bukan
bersifat Melayu. Namun parti ini pada keseluruhannya tidak mendapat sokongan
yang menyeluruh daripada penduduk kerana ia terbatas kepada orang Islam
sahaja.Menurut Wilson(1967 :23) menjelaskan walaupun dalam konteks masalah
social negara, masalah atau aspek hubungan antara suku etnik adalah kurang
penting jika dibandingka dengan masalah atau aspek hubungan antara etnik.
Tambahan pula, perbezaan antara suku etnik dalam tiap kumpulan etnik utama
ini akan diketepikan bilamana kumpulan ini berhadapan antara satu sama lain
dalam isu atau masalah yang bersangkut paut dengan kepentingan mereka.
(M.Kntayya 1984).Nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum harus
dipertahankan agar ia dapat mengekalkan keharmonian kaum. Kemajuan dan
kemakmuran sesebuah negara sangat terikat dengan kestabilan politik dan
pengurusan sumber manusia dan aslinya. Malahan kekuatan Malaysia terletak
kepada kemampuannya membina mekanisme mengurus masyarakat pelbagai
budaya yang lebih bersifat divisive dari penyatuan.Walaupun begitu,
permuafakatan dan kerjasama adalah berbeza mengikut budaya sesuatu kaum.
Proses pembudayaan bermula dari institusi kekeluargaan yang mana nilai
budaya dan norma sesuatu komuniti atau masyarakat diterapkan kepada ahli

10.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
keluarga oleh ketua keluarga dan ibu yang telah melalui proses pembelajaran
dan pembudayaan dari ibu bapa mereka. 4

Kesimpulan

Ketika inilah Majlis Perundingan Negara (MPN) di tubuhkan sebagai


penasihat kepada Mageran mengenai perhubungan kaum dan ia menjadi
mekanisme penting dalam mencipta formula mujarab bagi menyelesaikan
masalah perkauman. Di antara formulanya yang berkesan ialah kelahiran Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang diterima dan dipersetujui semua pucuk pimpinan
pelbagai kaum di negara ini. DEB bermatlamat mencapai perpaduan dan
integrasi nasional menerusi pelaksanaan ‘serampang dua mata’ iaitu pengagihan
dan perkongsian ekonomi secara pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum. Selain DEB, satu lagi formula berkesan yang
dicipta MPN ialah Rukun Negara sebagai ideologi nasional yang meletakkan
negara ke arah matlamat jelas dan terarah dalam membentuk perpaduan dan
integrasi nasional. Dalam bidang politik pula, lahir gabungan permuafakatan
politik pelbagai kaum lebih kukuh dan terarah iaitu Barisan Nasional (BN) yang
sebelum itu dikenali sebagai Parti Perikatan. Kini seelpas hampir 50 tahun
kemerdekaan, kita terus menikmati pembangunan dan kestabilan politik hasil
daripada wujudnya perpaduan nasional yang kukuh dan dinamis. Integrasi dan
perpaduan di kalangan rakyat benar-benar menjadi ramuan dan tunjang utama
kepada pembentukan negara yang kukuh dan bersatu padu.

CARTA LAMBANG PARTI POLITIK TAHUN 1937-2008

4
Ahmad Bustamam,merintis jalan kepuncak, Penerbitan Pustaka Kejora, Kuala Lumpur, 1972, Hlm 121

11.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan

12.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Barbara Watson Andaya Dan Leonard Andaya, Sejarah Malaysia,


Macmillan Publisher, Petaling Jaya, 1983, Hlm 298
2. Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics:It's Origin And Early
Develompent, Pelanduk Publicaation, Petaling Jaya, 1985, Hlm 77
3. K J Ratmaan, Faham Perkauman Dan Proses Politik Di Malaya,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1969, Hlm 171
4. Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-11963, Petaling Jaya, Penerbit Fajar
Bakti, 1978, Hlm 248
5. Ramlah Adam, Dato Onn Jaaafar Pengasas Kemerdekaan, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuaala Lumpur,
1993, Hlm 82
6. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963:Satu Kaajian
Mengenai Masalah-Masalah Persekutuan Di Dalam Sebuah
Masyarakat Majmuk. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, Hlm 70

13.

Anda mungkin juga menyukai