Anda di halaman 1dari 46

Pn. Hjh. Puspa bt.

Adam

GKMP Kemanusiaan
SSN SMK Seri Kota , Melaka

TEKNIK MENJAWAB

SPM PENDIDIKAN ISLAM ( Kertas 2)

KERTAS 2

PENDIDIKAN ISLAM
Kertas 2 Nov/Dis 1 2/3 jam

Satu jam empat puluh minit

1. 2. 3.

Kertas soalan ini mengandungi lima soalan Jawab semua soalan.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang dalam buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pegawas peperiksaan. Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama sama buku jawapan pada akhirt peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak

1223/2

@ 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[ Lihat sebelah SULIT

KERTAS 2
SOALAN NO. 1 SOALAN NO. 2 SOALAN NO. 3 SOALAN NO. 4 SOALAN NO. 5 20 MARKAH 20 MARKAH 20 MARKAH 20 MARKAH 20 MARKAH
KE LIMALIMA SOALAN WAJIB DI JAWAB

KERTAS 2
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab lima soalan = selama 1 jam 40 minit. Secara puratanya anda diberi tempoh lebih kurang 20 minit bagi menjawab setiap satu soalan dan pecahannya.

KERTAS 2
SOALAN NO. 1
1. (a) Soalan Tilawah Kefahaman ( Tingkatan 4 / 5) (b) Hadis ( Tingkatan 4 / 5) (c) ayat hafazan (isi tempat kosong/ susun ayat) ( Tingkatan 4 / 5)

KERTAS 2
SOALAN NO. 2
2. (a) Soalan Tilawah Kefahaman ( Tingkatan 4 / 5) (b) Hadis ( Tingkatan 4 / 5) (c) ayat hafazan (isi tempat kosong/ susun ayat) ( Tingkatan 4 / 5)

KERTAS 2
SOALAN NO. 3
3. (a) Soalan Tilawah Kefahaman ( Tingkatan 4 / 5) (b) Hadis ( Tingkatan 4 / 5) (c) ayat hafazan (isi tempat kosong/ susun ayat) ( Tingkatan 4 / 5)

KERTAS 2
SOALAN NO. 4
4. (a) Soalan Tilawah Kefahaman ( Tingkatan 4 / 5) (b) tajwid ( Tingkatan 4 / 5)

(c) Menjawikan tulisan rumi

KERTAS 2
SOALAN NO. 5
5. (a) Soalan Tilawah Kefahaman ( Tingkatan 4 / 5) (b) tajwid ( Tingkatan 4 / 5)

(c) Merumikan tulisan jawi

Contoh soalan

(ii) Jelaskan dua hikmah rasul dipilih daripada kalangan manusia (iii) Jelaskan dua pengajaran daripada ayat di atas

Contoh soalan

(ii) Jelaskan dua hikmah rasul dipilih daripada kalangan manusia (iii) Jelaskan dua pengajaran daripada ayat di atas

Soalan Jelaskan sebab rasul dipilih daripada kalangan manusia (2M) 5(a)(iv)

Jawapan - 1. Memudahkan komunikasi semasa berdakwah 2. Manusia memahami naluri manusia untuk memudahkah dakwah 3. Manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana manusia ada akal fikiran 4. Memudahkan rasul menyampaikan dakwah 5. Boleh menjadi ikutan atau contoh dalam melakukan amalan seharian # 1 isi = 1markah 1 huraian = 1markah

Jelaskan dua pengajaran daripada ayat di atas (al-Taubat ayat 125) 1(a)(iii) 1. Kita hendaklah mengamalkan sunnah rasul dalam kehidupan (2M) 2. Kita hendaklah bertawakal kepada Allah SWT (2M) 3. Kita wajib membuktikan kasih sayang ke atas Rasulullah dengan membanyakkan selawat (2M)

Soalan pengajaran ayat atau hadis Terangkan dua pengajaran hadis yang dapat anda amalkan dalam kehidupan seharian. (hadis org beriman kekasih Allah) 2(b)(iii) SKEMA 1. Kita hendaklah sentiasa meningkatkan iman dengan mendekatkan diri kepada Allah (2M) 2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya menunaikan amalan fardu dengan sempurna @ khusyuk (2M) 3. Kita hendaklah melakukan amalan wajib (2M) # jawapan dalam bentuk perbuatan atau amalan # jawapan dalam bentuk ayat pernyataan dan menepati peraturan pemarkahan akan diberi 1 markah sahaja 1. Menuntut ilmu adalah wajib(1m) 2. Membaca al-quran selalu akan menambahkan keimanan(1m)

Contoh soalan

(ii) Jelaskan dua kelebihan al-Quran diturunkan kepada manusia 1. Manusia mampu menyebarkan ajaran al-Quran 2. Manusia mampu melaksanakan ajaran al-Quran

Nyatakan dua contoh perbuatan mempersendakan agama

1. 2. 3. 4.

Memperkecil tuntutan agama Bangga melanggar perintah Alllah Menyanjung maksiat Menghina orang soleh (buat ibadat)

Contoh soalan

1. NYATAKAN/BERIKAN.
CONTOH : Nyatakan dua perbuatan negatif yang dimaksudkan oleh hadis di atas

Memberi jawapan dalam bentuk fakta/jawapan yg. tepat.


Tidak memerlukan penerangan/ huraian/contoh/sokongan.

Soalan - Terangkan sebab Islam melarang umatnya melakukan perbuatan negatif. (2M) Jawapan - 1. Boleh mencetuskan pergaduhan di antara kaum / di antara umat/ dalam masyarakat 2. Aktiviti-aktiviti masyarakat tidak berjalan lancar kerana sering berlaku perbalahan 3. Akan membawa pepecahan kepada umat Islam # Isi = 1markah Huraian = 1markah = 2M # Sebab larangan sahaja (negatif)
1(b)(ii)

Jawapan yang salah


1/ Untuk mengelak berlaku pergaduhan 2/ Melahirkan masyarakat yang aman damai 3/ Umat Islam dipandang mulia 4/ Supaya masyarakat tidak berpecah belah

J- 1. Memupuk kasih sayang(2m) 2. Mengamalkan sikap tolong menolong(2m) 3. Saling memahami(2m)


# Jawapan mesti dalam bentuk perbuatan shj # Jawapan mesti melibatkan dua pihak # Jawapan satu pihak dapat 1 markah shj Cthnya: 1. Tolong rakan(1m) 2. Ziarah rakan(1m) 3. Tidak memfitnah rakan(1m)

S- Jelaskan dua usaha yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakan sebaya (2M) 1(b)(iii)

8. JELASKAN ..
CONTOH SOALAN: Jelaskan dua usaha yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakan sebaya.

Memberikan keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami/memerlukan jawapan yang panjang.

Contohnya:Dua usaha yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakan sebaya ialah : 1. Memupuk kasih sayang / di antara rakan 2. Mengamalkan sikap tolong menolong. 3. Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah mereka.

9. Huraikan .
Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/terperinci dan teratur.

Contoh soalan : Huraikan persamaan antara kehidupan manusia di dunia dengan kehidupan seorang perantau? Jawapan Tempoh masa di kedua-dua tempat adalah sementara . Kedua-duanya memerlukan bekalan Kedua-dua situasi tidak boleh lalai dan leka

Terangkan kebaikan menguruskan masa dengan bijak. (4M) 3(b)(iii) - 1. Jiwa tenang kerana dapat menyiapkan kerja 2. Disayangi Allah SWT kerana solat tepat pada waktunya 3. Disayangi masyarakat kerana sentiasa menepati waktu yang dijanjikan 4. Melahirkan murid cemerlang kerana berdisiplin # 1 isi = 1markah 1 huraian = 1markah = 2M # Jawapan dua lapis biasanya menggunakan kata sendi seperti kerana, sebab, untuk dll berkaitan

Jawapan salah
1. Masa tidak dibazirkan 2. Masa tidak terbuang dengan sia-sia 3. Dapat menggunakan masa untuk membuat benda-benda yang berfaedah
( cara menggunakan masa )

Soalan Nyatakan dua amalan yang sewajarnya dilakukan semasa sihat (2M) 3(b)(i)

Jawapan 1. Solat/ Puasa/ Umrah/ Haji 2. Sedekah/ Belajar/ Berbuat Baik


# 1markah untuk amalan wajib 1markah untuk amalan sunat # Jawapan mesti ada 1 amalan sunat dan 1 amalan wajib

Soalan: Nyatakan dua amalan sunat yang dimaksudkan dalam hadis. (2M) Jawapan 1/ Solat sunat 2/ Puasa sunat 3/ Berdoa 4/ Tasbih 5/ Tahmid # Jawapan merujuk kepada ibadah khusus mengabdikan diri kepada Allah sahaja Jawapan yang salah 1/ Selawat 2/ Sedekah
2(b)(ii)

2. Apakah .
Contoh soalan: Apakah maksud hidayah ? Soalan ini berkisar tentang definisi/memberikan maklumat yang khusus/spesifik dan mesti tepat ikut keratan.
JAWAPAN: Petunjuk Allah ke jalan kebenaran/ kepada orang yang dikehendakiNya.

4. Bagaimanakah
Contoh soalan : Bagaimanakah anda dapat mengekalkan hidayah yang diberikan oleh Allah SWT?

Memperihalkan/memberikan penerangan tentang cara/kaedah/langkah/ kejadian.

Cara untuk mengekalkan hidayah Allah ialah:1. Sentiasa meningkatkan iman 2. Mengamalkan akhlak mulia 3. Sentiasa berdoa

Soalan bentuk cadangkan / langkah /cara / amalan, tanggungjawab / tindakan

Jawapan memerlukan kepada perbuatan (kata kerja) dan bukan pernyataan atau sifat

Cadangkan dua langkah yang wajar untuk membentuk perpaduan dalam sesebuah masyarakat ?

Jawapan Dua langkah untuk membentuk perpaduan dalam masyarakat ialah : 1. Memupuk kasih sayang sesama masyarakat. 2. Mengamalkan budaya ziarah menziarahi.

HAFAZAN
Susun semula potongan ayat di bawah mengikut tertib seperti dalam alQuran. Anda dikehendaki menulis nombor ayat sahaja mengikut susunan ayat yang betul.

Jawab dalam kertas jawapan seperti berikut - 4, 1, 3, 2 atau 4 1 Tidak perlu menulis potongan ayat 3 2

HAFAZAN
Lengkapkan potongan ayat di bawah dengan pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D yang betul daripada jadual yang di atas. Anda hanya perlu menulis nombor soalan dan jawapan sahaja.

JAWAPAN PERLU TULIS SEPERTI BERIKUT; 1 B 2 C 3 D 4 A # Tulis kalimah berkenaan diterima

HAFAZAN
Soalan berikut diikuti dengan pilihan jawapan iaitu A dan B. Pilih jawapan yang betul daripada potongan kalimah tersebut supaya menjadi ayat yang lengkap seperti dalam al-Quran. Anda dikehendaki menulis nombor dan jawapan yang betul (A atau B) sahaja.

JAWAPAN HANYA TULIS SEPERTI BERIKUT. i B ii A iii B iv A # Tulis kalimah berkenaan diterima

TAJWID
CONTOH HUKUM DIBERIKAN

TAJWID

- Kalimah jawapan ditulis lengkap dan tidak perlu dibaris. - Jika ditulis 3 atau lebih kalimah, maka jawapan mesti digaris di bawahnya.

S. Berdasarkan potongan ayat al-Quran di bawah, tulis semula kalimah menunjukkan hukum tajwid berikut: 1. Ikhfa Syafawi. 2. Mad jaiz munfasil.

kalimah-

J. JAWAPAN DUA KALIMAH: Contohnya:

J. JAWAPAN TIGA KALIMAH ATAU LEBIH: MESTI ADA GARIS Contohnya:

J. JAWAPAN HURUF SAHAJA: TIDAK DITERIMA Contohnya

&

Tulis tiga potongan kalimah daripada potongan ayat alQuran di atas yang mengandungi hukum nun dan tanwin dan nyatakan cara bacaannya

TAJWID
MENAMAKAN HUKUM TAJWID
-Hukum tajwid mesti ditulis lengkap untuk markah penuh, contohnya; - Mad wajib muttasil (2m) - Mad wajib (1m) - Mad wajib munfasil (0m) - Qalqalah sughra (2m) - Qalqalah (1m) - Qalqalah kubra (0m)

Solan berikut diikuti dengan pilihan jawapan iaitu A dan B Pilih hukum tajwid yang betul bagi kalimah yang bergaris di bawah Anda dikehendaki menulis nombor dan jawapan yang betul (A atau B) sahaja

No.

Potongan ayat al-Quran


A

Hukum tajwid B

(i)

Mad Jaiz Munfasil

Mat Wajib Muttasil

(ii)
Qalqalqh kubra Qalqalah sughra

(iii)
Idgham Maal Ghunnah Idgham Bila Ghunnah

(iv)
Mad Arid Lissukun Mad Iwad

JAWI
JAWI KE RUMI

- Kesalahan dikira pada perkataan - Tulisan ringkas tidak diterima

JAWI
RUMI KE JAWI

- Kesalahan dikira pada setiap perkataan - Menambah @ mengurang huruf dikira salah - Kesalahan titik dikira salah - Huruf hendaklah ditulis tanpa

Catatan
Jawapan KBKK boleh melebihi daripada yang di minta. Jawapan fakta hendaklah satu sahaja seperti soalan hukum , tajwid, hafazan dan jawi.

Anda mungkin juga menyukai