Discover millions of ebooks, audiobooks, and so much more with a free trial

Only $11.99/month after trial. Cancel anytime.

Profilaksis: Antara Mumtaz & 49 Mesyuarat
Profilaksis: Antara Mumtaz & 49 Mesyuarat
Profilaksis: Antara Mumtaz & 49 Mesyuarat
Ebook189 pages1 hour

Profilaksis: Antara Mumtaz & 49 Mesyuarat

Rating: 5 out of 5 stars

5/5

()

Read preview

About this ebook

Aktif berpersatuan bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran. Memegang jawatan. Diminta menyelesaikan pelbagai tugasan. Dipundakkan dengan bermacam-macam taklifan. Namun semua itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran.

Kerana kuncinya ialah 'pengurusan'.

Bagaimana kita membahagikan masa? Bagaimana kita menguruskan hak Tuhan, hak orang lain, hak agama, hak pelajaran dan juga hak kepada diri sendiri?

Perkara yang nampak seperti mustahil untuk diuruskan ini jika diurus dengan baik dan berstrategi mampu menambahkan kematangan kepada diri kita yang tidak dicapai oleh ramai orang di luar sana sebenarnya. Perkara ini yang akan dibincangkan dalam 'Profilaksis: Antara Mumtaz & 49 Mesyuarat'.

LanguageBahasa indonesia
Release dateAug 27, 2019
ISBN9781393984467
Profilaksis: Antara Mumtaz & 49 Mesyuarat

Related to Profilaksis

Related ebooks

Teaching Methods & Materials For You

View More

Reviews for Profilaksis

Rating: 5 out of 5 stars
5/5

1 rating0 reviews

What did you think?

Tap to rate

Review must be at least 10 words

    Book preview

    Profilaksis - Amirul Azmeer Asmadi

    PROFILAKSIS

    ANTARA MUMTAZ & 49 MESYUARAT

    Amirul Azmeer bin Asmadi

    C:\Users\Amirul\Dropbox\Draf Buku Ketiga\Header image.jpg

    بسم الله الرحمن الرحيم

    اللهُمَّ صَلِّ أفضَلَ صَلاَةٍ عَلَى أسْعَدِ مَخْلوقَاتِكَ سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِمْ عَدَدَ مَعْلُومَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ وغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُونَ

    © 2017 Amirul Azmeer bin Asmadi

    Edisi Pertama Syawal 1438H/Julai 2017M

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, tulisan, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara-cara lain sebelum mendapat izin daripada penulis.

    Penulis: Amirul Azmeer bin Asmadi

    Reka muka buku: Nurul Fasehah binti Zulkelnain

    Penyusun: Amirul Azmeer bin Asmadi

    ISI KANDUNGAN

    KATA PENGANTAR

    APA ITU PROFILAKSIS?

    MENGAPA BUKU INI DITULIS?

    MARI KITA MULAKAN

    PRINSIP 1: ERTI ‘NILAI’ PADA KITA DAN PADA MEREKA

    KISAH-KISAH ULAMA YANG BERPRINSIP DENGAN MASA

    PRINSIP 2: GANGGUAN HALUS YANG PERLU DIKETEPIKAN

    PRINSIP 3: FIRST COMES FIRST

    PRINSIP 4: SASARAN YANG JELAS & BERDISIPLIN DENGANNYA

    PRINSIP 5: KEBERKESANAN MASA (EFFECTIVITY FIRST)

    TEKNIK 1: MULTI-TIMELINES TECHNIQUE

    TEKNIK 2: MULTI-TASKING TECHNIQUE

    TEKNIK 3: CHANGEABLE MOOD TECHNIQUE

    PENGEMBARAAN BERMULA

    MELANGKAH KE HADAPAN

    CABARAN SEBENAR BERMULA

    SUPPORT SYSTEM’ YANG TERSEMBUNYI

    STRATEGI MENGUASAI PELAJARAN

    STRATEGI MENGUASAI PELAJARAN MENJELANG MUSIM PEPERIKSAAN

    PENUTUP

    MEMORI

    SENARAI RUJUKAN

    KATA PENGANTAR

    Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.

    Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Azza Wa Jalla, Tuhan yang Maha Menciptakan sesuatu. Selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad SAW, kerana dengan dakwahnya yang tidak mengenal erti lelah, maka kita telah dikurniakan dengan Islam yang menyelamatkan.

    Ilmu ialah elemen terpenting dalam agama Islam. Sehinggakan Islam meletakkan para ilmuwan ke tahap yang berbeza dengan kebanyakan orang kebiasaan. Ini dibuktikan melalui satu firman Allah s.w.t dalam surah az-Zumar, ayat ke-9:

    قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ

    "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

    Matlamat keberadaan kita berada di Mesir adalah untuk menuntut ilmu sains kesihatan. Dalam masa yang sama kita juga dituntut untuk turut berada dalam lapangan gerak kerja berpersatuan sebagai sebahagian tuntutan amal islami.

    Bebanan tugasan telah menyebabkan berlaku krisis prioriti dan awlawiyat. Hal ini akhirnya menatijahkan kita tersalah menuding jari kepada amal islami yang tidak terperi pentingnya dalam bermasyarakat apabila berlaku musibah yang tidak diingini.

    Penghasilan makalah Profilaksis ini adalah sesuai dengan peranannya sebagai antidot dalam menyelesaikan masalah mahasiswa yang lesu malah ia bersifat seperti enzim yang mempercepat proses kelahiran muslim professional kelas pertama yang seimbang ilmu teori dan gerak amalnya.

    Konklusinya, adalah diharapkan dengan terhasilnya karya ini, maka mahasiswa sains kesihatan di bumi Mesir mampu untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai penuntut ilmu dan juga sebagai penggerak risalah dakwah. Semoga kita akan terus maju dan menjadi sebahagian pencetus perubahan yang rabbani.

    Sekian.

    Siiru ‘Ala Barakatillah.

    ––––––––

    Ahmad Shahir bin Ahmad Jalaludin,

    Presiden,

    Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia Mesir (PERUBATAN),

    Sesi 2017/2018.

    26 Zulkaedah 1438H/19 Ogos 2017.

    APA ITU PROFILAKSIS?

    Profilaksis bermaksud pencegahan. Ia diambil daripada istilah perubatan yang berbunyi prophylaxis.

    Prophylaxis dalam istilah perubatan kami bermaksud prevention. Ia digunakan ketika kita ingin mencegah seseorang daripada terjebak dalam kancah penyakit ataupun malapetaka.

    Maka langkah-langkah profilaksis (prevention steps) akan dikehadapankan oleh para doktor bagi mengelakkan pesakit-pesakit daripada menghidap penyakit yang berisiko tinggi untuk terkena padanya.

    Dalam bahasa Arab, ia disebut sebagai الوقاية yang juga bermaksud pencegahan.

    Perkataan ‘Mumtaz & 49 Mesyuarat’ pula merupakan simbol kepada pelajaran & berpersatuan.

    Dua kriteria berbeza yang sangat ditakuti oleh mana-mana pelajar dalam kehidupan mereka. Namun aspek ini cuba digabungkan oleh penulis untuk diketengahkan sebagai tumpuan utama perbahasan.

    Berdasarkan pencapaian yang telah pun dibuktikan oleh beliau bahawa untuk menyeimbangkan antara pelajaran dan berpersatuan itu bukanlah satu perkara yang patut ditakutkan.

    Perkataan ‘Mumtaz’ diketengahkan untuk melambangkan sasaran tertinggi yang ingin dicapai dalam pelajaran, manakala perkataan ’49 Mesyuarat’ pula melambangkan kesibukan penulis dalam dunia berpersatuan sehinggakan terpaksa menghadapi sampai 49 mesyuarat semasa beliau menyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi ketika bergelar seorang pelajar.

    Maka Profilaksis diketengahkan.

    Buku yang mengupaskan kaedah-kaedah penyusunan masa secara serius bagi mana-mana pelajar yang terlibat dalam dunia berpersatuan, terlibat dalam dunia kepimpinan dan juga bagi yang terlibat dengan mana-mana kerja kesukarelawanan sepanjang bergelar mahasiswa.

    Bagaimana untuk menyusun kerja yang bertimbun-timbun dalam cara yang paling berkesan?

    Bagaimana untuk menyeimbangkan pelajaran walaupun sibuk dalam kerja-kerja berpersatuan?

    Bagaimana untuk mencapai matlamat-matlamat hidup yang lain dalam keadaan sedang disibukkan dengan kerja-kerja berbakti kepada masyarakat?

    Dan berbagai-bagai perkongsian lain lagi yang menyentuh berkaitan dunia berpersatuan dan pelajaran.

    Semuanya berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui sendiri oleh penulis sepanjang 3 tahun beliau memegang jawatan pimpinan dalam dunia berpersatuan.

    Pengalaman yang diolah semula dalam bentuk ulasan ringan. Disertakan sekali dengan beberapa jadual dan gambar rajah-gambar rajah ringan untuk memudahkan lagi idea-idea yang ingin difahamkan.

    Semuanya disusun seperti buku tutorial bergerak untuk membantu mereka yang terlibat dalam bidang yang sama di luar sana.

    Semoga usaha kecil ini diberkati Allah s.w.t sentiasa dan dijadikan sebagai satu penulisan yang dapat membantu semua orang di luar sana sepanjang masa.

    MENGAPA BUKU INI DITULIS?

    Berpersatuan bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran. Tidak kiralah sesibuk mana pun kita terpaksa menguruskan berbagai-bagai kerja mahupun tugasan, berpersatuan tetap bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran.

    Kenyataan ini walaupun mudah untuk dituturkan di mulut, tetapi hakikatnya ia masih agak sukar untuk diterjemahkan ke dalam perbuatan bagi kebanyakan orang.

    Semasa awal-awal saya melibatkan diri dalam dunia kepimpinan dan persatuan, kerap kali saya terdengar buah-buah mulut yang mengatakan bahawa aktif berpersatuan merupakan penyumbang utama kepada gagalnya seorang pelajar dalam pelajaran.

    Saya mengambil buah-buah mulut tersebut sebagai satu sempadan. Sempadan yang perlu saya berikan fokus yang agak tinggi supaya masalah ini dapat saya jadikan sebagai satu cabaran kepada diri sendiri.

    Kerana saya jenis orang yang sukakan kepada cabaran. Suka mencabar diri sendiri dengan sesuatu yang sukar dicapai oleh orang lain.

    Tahun 2014, saya diminta untuk berkhidmat sebagai seorang pimpinan pelajar di peringkat pelajar-pelajar sains kesihatan di Universiti al-Azhar. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT). Ataupun dalam bahasa mudahnya Majlis Perwakilan Pelajar.

    Jawatan yang diberikan di waktu itu ialah Ketua Biro Ekonomi PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA).

    Terpaksa mengendalikan 10 jenis mesyuarat, menguruskan 12 orang sumber manusia (AJK dalam biro) dan mengendalikan hampir 29 jenis jualan di sekitar Mesir dan Malaysia.

    Di akhir sesi, kami berjaya mengumpul EGP 26,390.25 untuk kewangan persatuan dan dengan izin Allah s.w.t. saya juga mendapat keputusan ‘Amat Baik’ dalam peperiksaan akhir tahun dengan pangkat keseluruhan Jayyid Jiddan.

    C:\Users\Amirul\Desktop\5. Terbit Buku\Lampiran Gambar\Gerak kerja BIKON 2014-2015.JPG

    Antara tugasan yang perlu dilaksanakan

    Tahun berikutnya saya sekali lagi diminta untuk memegang jawatan pimpinan pelajar. Namun kali ini bebanannya sedikit bertambah. Jawatan Naib Pengerusi 1. Orang kedua tertinggi dalam persatuan selepas jawatan Pengerusi.

    Bertambah tinggi jawatan sudah tentu bermakna bertambah tinggi bebanan.

    Tambah-tambah lagi di tahun 2015 itu saya merupakan pelajar tahun ketiga jurusan kuliah perubatan Universiti al-Azhar. Antara tahun pengajian yang paling mencabar bagi kuliah perubatan di Universiti al-Azhar.

    Tahun ketiga merupakan antara tahun pengajian yang paling mencabar kerana tahun itu dikatakan mengandungi subjek-subjek mata pelajaran yang agak ‘maut’.

    Buktinya ramai daripada kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini yang terpaksa mengulang tahun apabila berada di tahun ketiga. Penangan susahnya subjek-subjek maut di tahun tersebut.

    Namun saya percaya di setiap ketentuan Tuhan sudah pasti ada terkandung hikmah aturan-Nya.

    Tahun itu tahun kedua saya menggalas jawatan AJKT. Namun kali ini sebagai seorang Naib Pengerusi.

    Terpaksa mengendalikan 3 jenis program, menguruskan 47 orang sumber manusia (AJK dalam biro) dan terpaksa mengendalikan lebih 49 jenis mesyuarat (tidak termasuk mesyuarat program dan mesyuarat luar lain) dalam tempoh setahun.

    C:\Users\Amirul\Desktop\5. Terbit Buku\Lampiran Gambar\Bilangan Mesyuarat NP 2015-2016.JPG

    Antara jenis-jenis mesyuarat yang perlu dikendalikan

    Namun di sebalik kesulitan yang dipundakkan itu, alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. saya berjaya mendapat keputusan ‘Amat Baik’ dalam peperiksaan akhir tahun dengan pangkat keseluruhan Jayyid Jiddan.

    Kali ini 1% di bawah pangkat ‘Cemerlang’ (Mumtaz). Alhamdulillah ada sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

    Semua yang berlaku berkat izin dan rahmat serta belas ihsan daripada Allah s.w.t. Tiada yang perlu saya banggakan. Kerana semuanya adalah disebabkan izin Allah s.w.t. dan semuanya ialah milik-Nya. 

    Jika Dia tidak izinkan, maka saya buatlah sekuat mana sekali pun, ia

    Enjoying the preview?
    Page 1 of 1