Nikmati jutaan ebook, buku audio, majalah, dan banyak lagi dengan uji coba gratis

Hanya $11.99/bulan setelah uji coba. Batalkan kapan saja.

Kumpulan Cerpen : Pelangi Yang Tidak Tergapai
Kumpulan Cerpen : Pelangi Yang Tidak Tergapai
Kumpulan Cerpen : Pelangi Yang Tidak Tergapai
eBook60 halaman51 menit

Kumpulan Cerpen : Pelangi Yang Tidak Tergapai

Penilaian: 3.5 dari 5 bintang

3.5/5

()

Baca pratinjau

Tentang eBuku ini

Apabila ancaman mendekati, aura mistik membongkar rahsia, kegigihan pahlawan bermati-matian, melawan ketakutan demi kebenaran... membawakan empat buah cerpen yang mempunyai pelbagai genre berbeza.

 

Berjuang hingga ke akhir... Walaupun terpaksa menerima kepahitan. Dapatkah mencapai sinaran pelangi sebagai petanda semuanya bakal tamat?

 

Kumpulan cerpen ini mempunyai cerita yang menfokuskan mengenai virus yang telah mengancam sebuah wilayah, rahsia disebalik mistik yang ditinggalkan, kehidupan puak fantasi yang tidak lagi aman makmur di galaksi ciptaan, dan sedikit thriller sebagai pengakhir.

BahasaBahasa indonesia
Tanggal rilis11 Jan 2021
ISBN9781393970675
Kumpulan Cerpen : Pelangi Yang Tidak Tergapai
Baca pratinjau

Terkait dengan Kumpulan Cerpen

E-book terkait

Kategori terkait

Ulasan untuk Kumpulan Cerpen

Penilaian: 3.5 dari 5 bintang
3.5/5

2 rating0 ulasan

Apa pendapat Anda?

Ketuk untuk memberi peringkat

Ulasan minimal harus 10 kata

    Pratinjau buku

    Kumpulan Cerpen - Naurah Hazwany

    Pelbagai rencah menyinari kehidupan, namun kepahitan akan sentiasa menghampiri untuk memberi peringatan

    Naurah Hazwany

    HAK CIPTA TERPELIHARA

    Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang cara sama ada elektronik, sawatan, Salinan foto, mekanik, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapatkan izin daripada penulis. Penulis memberi izin untuk menggunakan secebis ayat untuk tujuan promosi selagi tidak terlalu keterlaluan yang boleh membocorkan isi.

    Watak-watak yang terdapat di dalam buku ini hanyalah fiksyen dan rekaan semata-mata. Ia tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

    DATA-PENGKATALOGAN-dalam-Penerbitan

    Naurah Hazwany

    KUMPULAN CERPEN PELANGI YANG TIDAK TERGAPAI / NAURAH HAZWANY

    Malaysian fiction (Malay).

    Short stories, Malay.

    Malay fiction.

    I. Judul

    Editor : Naurah Hazwany, Muhammad Ariff, Alieya Shuhada

    Layout : Naurah Hazwany

    Cover : Cik Su Jaslin

    Contents

    Amarga

    Kacip Pinang

    Descendant of Fancy

    Rakus

    AMARGA

    [BERITA TERGEMPAR]

    "SELURUH dunia kini diselubungi panik akibat sebuah wabak yang sedang melanda dan menjangkiti manusia sehingga merentasi benua dan negara yang dikatakan boleh membawa maut. Saat ini, virus itu masih belum dikenal pasti. Tapi ramai pakar mengesyaki ia daripada satu keluarga virus Corona." lapor seorang wartawan bagi stesen TV 03.

    Berita itu turut disaksikan oleh ribuan penduduk, terutamanya di sebuah wilayah yang bernama Ayrith melalui skrin-skrin gergasi yang terpampang di bangunan-bangunan pencakar langit.

    Kini, usia Wilayah Ayrith sudah berusia 1000 tahun sejak penemuannya. Semenjak sepuluh abad yang lalu, Ayrith telah mencapai kemajuan yang sangat pesat pada akhir-akhir seratus tahun ini terutamanya.

    2120, tahun ini sangat sinonim dengan perubahan drastik bagi penduduk Ayrith. Pelbagai perkara telah berubah, dari segi seni bina, sains dan teknologi, pendidikan sehinggalah intelektual penduduknya. Kereta terbang juga sudah wujud pada ketika ini, malahan landasan kereta api juga sudah dinaiktaraf. Seolah dapat menggantikan jalan raya kerana merupakan sebuah terowong lut sinar yang boleh terus naik ke bangunan tinggi.

    Berita yang sangat mengejutkan itu telah menyebabkan penduduk kian panik. Masakan mereka boleh lupa 100 tahun lalu, virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meragut nyawa melebihi satu juta orang dan telah menjangkiti lebih lapan puluh juta manusia di tahun 2020.

    Di peringkat global pada ketika itu, semuanya mengalami kejatuhan ekonomi yang telah menjejaskan hampir semua sektor serta merta. Umat manusia ramai yang kehilangan pekerjaan dek perintah berkurung yang melarang sama sekali orang keluar dari rumah. Bagi sesetengah pihak yang tidak berkemampuan, ramai mati kebuluran dan tak kurang juga yang sanggup keluar juga bekerja walaupun terdedah kepada risiko tinggi untuk dijangkiti. Rela mati akibat virus berbanding tiada makanan untuk meneruskan kehidupan. Kesihatan mental penduduk juga turut merudum.

    Tanpa melengahkan masa, penduduk Ayrith berpusu-pusu menuju ke pasar-pasar dan gedung-gedung untuk membuat persiapan

    Menikmati pratinjau?
    Halaman 1 dari 1