Good Boss, Better Boss: (Edisi Bahasa Melayu) Model Kepimpinan Praktikal untuk Kejayaan Pasca-COVID
Oleh Steven Coyle
5/5
()
Tentang eBuku ini
Model-model kepimpinan dan pengurusan praktikal beserta tip, contoh dan kisah berkaitan cara untuk memimpin pasukan yang mempunyai kepelbagaian dan personaliti yang berbeza di dalam buku ini akan membantu anda mencapai hasil yang lebih baik dan menjadi seorang bos yang lebih baik dalam era pasca COVID masa
Steven Coyle
Steve merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang telah menetap di Malaysia sejak tahun 1995. Beliau merupakan Managing Consultant ServiceWinners International Sdn Bhd (www.servicewinners.com), iaitu sebuah syarikat perundingan dan latihan. Beliau dan pasukannya berkhidmat di rantau Asia Pasifik dan banyak lagi. Berpengalaman dalam bidang perbankan dan telekomunikasi, beliau kerap berkongsi idea-idea dan teknik-teknik dari negara Barat dan Timur. Karya terbarunya, 'Good Boss, Better Boss' telah dihasilkan dengan matlamat untuk mengubah dunia dengan melahirkan seorang demi seorang bos yang lebih baik.
Terkait dengan Good Boss, Better Boss
E-book terkait
Pengurusan Diri Sendiri (Edisi Bahasa Melayu): Harvard Business Review's 10 Must Reads, #1 Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Kecerdasan Emosi (Edisi Bahasa Melayu): Harvard Business Review's 10 Must Reads, #2 Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Talent Conversation: What They Are, Why They're Crucial, and How to Do Them Right (Bahasa Indonesian) Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Memjadi Pemimpin Yang Memberi Dampak: Bagaimana Pengaruh Anda Dapat Mengubah Dunia Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Rahsia Seorang Usahawan Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Excellent Insight: Motivasi Diri dan Tips Wirausaha Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Feedback That Works: How to Build and Deliver Your Message, First Edition (Bahasa Indonesian) Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Menanam Pohon Emas Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Analisis swot dalam 4 langkah: Bagaimana menggunakan matriks SWOT untuk membuat perbedaan dalam karir dan bisnis Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Tujuh Prioritas Kehidupan Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Pengembangan Karakter untuk Anak: Panduan Pendidik Penilaian: 3 dari 5 bintang3/5Motivasi: Sebuah perjalanan ke dalam perilaku termotivasi, mulai dari studi tentang proses batin hingga teori neuropsikologis terbaru Penilaian: 0 dari 5 bintang0 penilaianCara Berdoa Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Jalan Menuju Kesuksesan, Kebahagiaan dan Kebesaran Penilaian: 0 dari 5 bintang0 penilaianPara pembujuk digital: Cara mempertahankan diri Anda dari teknik penjualan persuader tersembunyi di web Penilaian: 0 dari 5 bintang0 penilaianKeindahan Manajemen Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Jadi Miliarder dalam 1000 Hari Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Tips memulai dan Mengembangkan Wirausaha IT Penilaian: 4 dari 5 bintang4/54 Cara Mendapatkan Uang dari Instagram Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5Anda Bisa Menjadi Jutawan Dengan 100 Ide Bisnis Ini Penilaian: 0 dari 5 bintang0 penilaianSeni Kepemimpinan (Edisi Ketiga) Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5100 Cara Menghasilkan $10,000 Setiap Bulan Penilaian: 0 dari 5 bintang0 penilaianEtika Pelayanan Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Instalasi, Konfigurasi & Administrasi Openstack Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5Manajemen Hosting Berbasis WHM/cPanel Penilaian: 4 dari 5 bintang4/5
Ulasan untuk Good Boss, Better Boss
1 rating1 ulasan
- Penilaian: 5 dari 5 bintang5/5An interesting and suitable book to be used as a reference by the leaders of an organization
Pratinjau buku
Good Boss, Better Boss - Steven Coyle
Para Penyelia, Pemimpin, Pengurus, CEO. Pernahkah anda terfikir…?
Bagaimana untuk mendorong dan memimpin pasukan anda untuk mencapai hasil yang lebih baik?
Apakah model-model praktikal dan mudah untuk digunakan bersama pekerja anda?
Bagaimana untuk meningkatkan nilai jabatan anda bagi menunjukkan kepentingan apa yang anda lakukan?
Bagaimana untuk meningkatkan nilai anda dalam organisasi untuk menjadi lebih berjaya?
Bagaimana untuk berkomunikasi, memimpin dan memotivasikan pasukan anda pasca-COVID?
Bagaimana untuk menarik dan mengekalkan pekerja berprestasi tinggi untuk memenangi perebutan bakat?
Buku ini menjawab kesemua persoalan ini dan banyak lagi. Ia dipenuhi dengan pelbagai idea dan model kreatif serta PRAKTIKAL untuk memastikan anda menjadi seorang pemimpin yang baik. Penulis berkongsi tip-tip yang dipelajari dari negara Barat dan Timur tentang cara untuk memimpin pasukan pelbagai kaum yang berjaya semasa pasca-COVID.
Sekiranya anda seorang:
Penyelia
Pengurus
CEO (atau mana-mana ‘C’)
Pegawai tentera
Pengarah sektor kerajaan
Pekerja profesional
Pemilik perniagaan
Ahli politik
Atau sesiapa sahaja yang memimpin atau akan memimpin orang lain suatu hari nanti
Model-model praktikal dan mudah yang terdapat di dalam buku ini akan membantu anda untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dan mencapai hasil yang lebih baik.
Seminar-seminar yang kami tawarkan:
ServiceWinners International Sdn. Bhd.
Changing the world, one better boss after another
Steven Coyle
Tel: +60 12-2000-998
E-Mail : steve@servicewinners.com
Laman Web: www.servicewinners.com
Nota: Walaupun buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis, nama-nama seperti rakan sekerja, pelanggan, penyelia dan mentee telah diubah untuk melindungi privasi mereka.
Di dalam buku ini, perkataan pemimpin
dan penyelia
digunakan secara bergantian. Sekiranya anda melihat salah satu daripadanya, ia membawa maksud yang sama.
Buku ini perlu dibaca dengan pemahaman bahawa penulis tidak terlibat dalam memberi nasihat atau khidmat undang-undang. Sekiranya nasihat atau khidmat undang-undang diperlukan, sila dapatkan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan. Tiada sebarang jaminan dinyatakan sama ada secara tersurat atau tersirat.
Diterbitkan oleh:
ServiceWinners International Sdn. Bhd.
No. 3-33, Jalan Puteri 4/8
Bandar Puteri
47100 Puchong
Selangor DE, Malaysia
Laman web: http://www.servicewinners.com
Copyright © 2021 by Steven F. Coyle
steve@servicewinners.com
All Rights Reserved.
Terbitan Pertama: 2021
Cetakan Kedua: 2021
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa-apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada penulis.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Coyle, Steven F., 1959-
Good Boss, Better Boss: Model Kepimpinan Praktikal Untuk Kejayaan Pasca-COVID / Steven F. Coyle. – (Edisi Bahasa Melayu)
eISBN: 978-967-19831-2-6
1. Leadership.
2. Development leadership.
3. Industrial management.
4. Personnel management
5. Electronic books.
I. Judul.
658.4092
Diedit oleh: Augustine Chay
Reka bentuk dan prepress oleh: HMDpublishing.com
Terjemahan oleh: Siti Razali
Kepada COVID-19,
Tanpa anda, buku ini tidak
akan pernah ditulis.
Prakata
Sebagai seorang penyelia, saya sering meminta idea-idea yang bernas dan praktikal daripada mereka yang berada dalam bidang penyeliaan. Ada kalanya saya merujuk kepada buku, tetapi kebanyakannya ditulis oleh ahli-ahli akademik dan perunding-perunding yang tidak mempunyai banyak pengalaman dalam menyelia atau memimpin pasukan. Buku ini ditujukan kepada mereka yang sering memimpin dan menyelia orang lain. Saya akan berkongsi banyak model yang mudah diingat dan menjimatkan masa yang boleh anda gunakan semasa melaksanakan tugasan harian anda.
Buku ini mengfokuskan kepada bahagian yang paling sukar dalam tugas anda: berkomunikasi dan menguruskan orang lain. Ia juga menyentuh tentang cara untuk berjaya dalam organisasi anda dengan memajukan diri anda. Anda akan diajar teknik-teknik untuk berhadapan dengan rakan sekerja, bos, pengurusan kanan, pembekal, pelanggan dan juga pesaing untuk meningkatkan nilai anda dalam organisasi.
Saya pernah mengetuai pelbagai jenis pasukan sama ada kecil dan besar di mana kami sama-sama mencapai kejayaan dan kadang-kadang menemui kegagalan. Saya akan berkongsi pengalaman-pengalaman saya untuk menjadikan anda penyelia dan pemimpin yang lebih baik. Saya amat bertuah kerana berpeluang bekerja bersama pasukan dan bos yang hebat. Saya juga pernah bekerja dengan beberapa orang bos yang teruk, tapi mereka inilah yang mengajar saya tentang sikap yang perlu saya hindari. Saya percaya bahawa kita semua boleh menjadi bos yang lebih baik.
Sekiranya anda mempunyai sebarang komen, teknik atau persoalan berkaitan dengan kepimpinan, sila hubungi saya.
Terima kasih,
Penghargaan
Saya ingin berterima kasih kepada editor saya Augustine Chay, untuk kritikannya yang profesional dan membina. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengamal perniagaan berpengalaman (yang mana merupakan contoh bos-bos yang hebat) yang telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya.
Mereka adalah:
Australia: Andrew Gan
Kanada: Alexander Montagano and Tim Paulsen
Jerman: Daniel Ord
Laos: Anthony Chin
Malaysia: Albert Khoo, Barry Spencer, Jude Louis, Sasheedran Raman, Peter Butler, Adzhar Ibrahim, Nora Manaf, Cabrini Lee Lay Wun, Tay Yow Hong, Tham Mon Li, Farid Reizal Anual, Khalipah Mastura Abd Rahim, Suhana Abd. Rahim, Mohd Huzaini Hamdi, Christina Yap, Santhi Sukumaran, Kiang Chew Peng, Azmi Ujang, dan Kue Kit Man.
Poland: Pawel Miller
Thailand: Dean Hughson
Amerika Syarikat: Steve Akrish, Michael Kinneman, DeDe Herbert, Colleen Cowhick, Nick and Marianne Boechler, Tom Hehir, Rene Villa, Doug Faber, Charlie Klever, J. Kirby Pain, David T. Payne, Ronald L. Riecks, Brooks Berry, Tom Magrath, dan Elizabeth C. Coyle.
Pengenalan
Anda membaca buku ini kerana anda ingin menjadi sama ada pemimpin atau penyelia yang lebih baik — atau anda membelikannya untuk seorang pemimpin atau penyelia, atau untuk seorang bakal pemimpin atau penyelia. Saya mendapati kebanyakan buku tentang kemahiran kepimpinan dan penyeliaan terlalu bersifat teoretikal. Ia biasanya ditulis oleh ‘pakar’ yang dibayar sebagai seorang pakar dan bukan sebagai seorang pemimpin atau penyelia.
Di dalam buku ini, saya akan berkongsi banyak contoh, teknik dan model yang menjadikan saya bos yang baik. Sudah tentu ada pekerja yang memanggil saya bos yang teruk (atau lebih teruk daripada itu). Seorang penyelia tidak boleh menyenangkan hati semua orang, tapi sekiranya pekerja anda yang berprestasi rendah—yang tidak berubah walaupun dengan bantuan daripada anda—masih memanggil anda bos yang teruk, itu bermakna mereka adalah pekerja yang bermasalah.
Akan tetapi sekiranya pekerja anda yang berprestasi tinggi memanggil anda bos yang teruk, anda berada dalam bahaya. Anda HARUS segera mengubah gaya, teknik, dan sikap anda atau anda akan dipecat. Ini kerana, pekerja yang berprestasi tinggi lebih bernilai daripada anda kerana mereka lebih banyak memberi sumbangan kepada organisasi.
Saya berpengalaman bekerja dalam bidang perbankan, telekomunikasi, dan pendidikan di A.S., Poland, dan Malaysia. Sejak tahun 2003, saya telah mengetuai pasukan perunding yang berpangkalan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan di seluruh dunia. Saya pernah menetap, bekerja, dan mengembara ke 40 negara. Dalam masa yang sama, saya juga berpeluang bekerja dengan beberapa organisasi dan pasukan yang hebat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Teknik-teknik yang terdapat di dalam buku ini boleh digunakan oleh penyelia bawahan sehingga pengurusan kanan berpangkat ‘C’. Kita semua merupakan seorang penyelia tidak kira apa pun jawatan kita. Saya merupakan seorang jurulatih korporat dan kebanyakan model-model saya menggunakan mnemonics untuk menjadikannya lebih mudah diingati.
Terus terang saya katakan: Apabila mendengar perkataan ‘pemimpin’, saya segera terbayangkan pengurusan kanan atau ahli politik. Dalam kebanyakan kes, mereka ini banyak mengecewakan saya. Apabila saya mendengar perkataan ‘jurulatih’, saya berasa lebih positif kerana jurulatih — dalam kehidupan saya — lebih prihatin tentang diri saya berbanding seorang pemimpin. Apabila saya mendengar perkataan ‘penyelia’, rasanya seperti makan sayur. Bagus untuk kesihatan, tetapi ada kalanya tidak begitu enak.
Mungkin kerana saya tinggal di negara Asia, saya lebih suka perkataan bos
dan saya kerap menggunakannya di dalam buku ini.
Kisah Saya Tentang Pengurusan Kanan
Semasa saya bekerja sebagai seorang pekerja bawahan di sebuah syarikat telekomunikasi tanpa wayar di A.S., syarikat saya telah dibeli oleh syarikat pesaing yang lebih besar. Saya dan rakan-rakan sekerja berasa bimbang dengan perubahan pemilikan baru syarikat. Majikan kami telah memanggil kami ke dewan untuk menerangkan bagaimana penggabungan itu akan memberikan kesan kepada pekerjaan kami. CEO saya mempunyai penampilan seperti seorang pelakon Hollywood: jaket sut tanpa butang, tidak memakai tali leher, loafers, dan rambut hitam yang rapi.
Pada akhir pembentangannya, beliau membuka ruang untuk bertanya soalan.
Salah seorang dari kami bertanya, Jim, adakah awak akan kekal dengan kami?
Beliau menjawab, Ya.
Semua yang berada di dalam dewan berdiri dan memberikan tepukan gemuruh.
Dua minggu kemudian, beliau berhenti kerja untuk menubuhkan sebuah syarikat start-up. Beliau mungkin sudah merancang perkara ini sejak beberapa bulan, atau mungkin beberapa tahun yang lalu.
Apabila saya melihat orang ramai berdiri untuk memberi tepukan kepada seorang pemimpin, saya mula membayangkan pelbagai perkara buruk yang boleh berlaku (berdasarkan sejarah lampau saya). Saya tidak suka mereka yang memanggil diri mereka ‘pemimpin’, kerana bagi saya mereka hanyalah manusia biasa yang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Di dalam mana-mana organisasi, pemimpin hanyalah seorang pekerja yang mempunyai gred gaji atau pangkat yang lebih tinggi daripada orang lain. Sebagai seorang manusia, matlamat utama mereka bukanlah syarikat, ataupun anda, tapi kehidupan mereka dan keluarga. Akan tetapi anda tidak boleh menyalahkan mereka. Anda juga akan melakukan perkara yang sama.
Walau bagaimanapun, sebagai manusia kita gemar mengagung-agungkan orang lain. Jadi, kenapa tidak ambil kesempatan sebagai seorang pemimpin? Anda boleh mendapat lebih banyak wang dan pengiktirafan. Anda juga boleh menambah kemahiran serta kenalan baharu. Anda akan menjadi lebih bernilai.
Setiap pemimpin adalah seorang penyelia. Setiap penyelia adalah seorang pemimpin. Bezanya hanyalah gaji, kuasa dan pengaruh. Tugas yang sama — cuma skala yang berbeza. Sudah semestinya, ada bos yang lebih baik daripada bos yang lain.
Walaupun penyelia dan pemimpin pada dasarnya adalah sama, tapi perkataan ‘kepimpinan’ merupakan kata kunci dalam pengurusan organisasi masa kini. Saya telah menghabiskan sebahagian besar masa saya dalam dunia latihan korporat. Saya sedar bahawa jurulatih yang mempunyai pendapatan yang paling lumayan merupakan pakar dalam ‘latihan kepimpinan’.
Apakah yang dimaksudkan dengannya?
Kisah Saya Tentang Latihan Kepimpinan
Rakan kejurulatihan saya, Jude Louis, telah mengundang saya ke majlis networking yang dianjurkan oleh kedutaan Australia di Kuala Lumpur, Malaysia. Majlis tersebut diadakan di sebuah pusat peranginan dalam hutan yang terletak di luar Kuala Lumpur. Ia merupakan majlis pertemuan di antara jurulatih-jurulatih korporat. Dalam majlis tersebut, delegasi jurulatih dari Australia telah dibawa untuk berkenalan dengan jurulatih-jurulatih dari Malaysia.
Walaupun pihak kedutaan mempunyai niat yang baik, saya tahu bahawa ini semua hanyalah membuang masa. Ini kerana jurulatih bekerja secara individu. Jurulatih tidak bekerjasama dengan baik. Mereka sepatutnya mengadakan majlis pertemuan di antara jurulatih dari Australia dan pengurus latihan korporat dari Malaysia. Ini kerana, pengurus latihan korporat tidak bekerja secara individu. Mereka mempunyai akses kepada peruntukan latihan sesebuah syarikat. Mereka juga mempunyai kuasa untuk mengupah jurulatih. Walau bagaimanapun, disebabkan Jude adalah kawan baik saya, saya telah pergi ke majlis tersebut.
Lokasi dan hidangan yang disediakan sangat mengagumkan. Oleh kerana ia merupakan majlis anjuran pihak Australia, terdapat banyak minuman keras. Ketika delegasi jurulatih mereka tiba, masing-masing kelihatan cantik dan kacak seperti patung Barbie dan Ken. Gigi yang putih, rambut yang kemas dan pakaian yang segak. Tiada seorang pun yang kelihatan berusia lebih daripada 45 tahun. Sedangkan saya berumur 55 tahun, memiliki tubuh berisi, dan kepala hampir botak.
Terdapat sepuluh orang dalam delegasi tersebut. Saya mengajukan soalan yang sama kepada setiap orang, Apakah jenis latihan yang anda laksanakan?
Di mana semua menjawab Kepimpinan.
Akan tetapi masing-masing memberikan jawapan yang berbeza apabila saya bertanya Apakah jenis latihan kepimpinan yang anda laksanakan?
Ada yang menjawab kemahiran bekerja dalam pasukan, nilai kepimpinan, kemahiran grooming, kemahiran penyampaian, dan ada yang memberi jawapan yang tidak jelas seperti untuk mencipta inspirasi bagi mencapai sasaran organisasi.
Akan tetapi saya terfikir, bukankah seorang penyelia yang baik harus melakukan semua itu?
Apabila mereka bertanya jenis latihan yang saya laksanakan, saya menjawab Kemahiran penyeliaan.
Mungkin disebabkan saya berasa kurang yakin dengan penampilan saya di hadapan mereka, tapi saya berani bersumpah bahawa mereka hanya menjawab Oh.
Mereka turut memandang saya dengan pandangan simpati, seakan-akan, ‘Oh, saya teringat waktu saya pernah berada di tempat lelaki ini, kasihan.’ Walaupun majlis ini sangat menyeronokkan (apa yang lebih menyeronokkan daripada makanan dan minuman percuma?), tetapi ia tidak produktif dan tidak menyumbang kepada apa-apa.
Secara ringkasnya, saya akan mengfokuskan kepada aspek penyeliaan yang lebih artistik—dan lebih sukar. Saya juga akan berkongsi pelbagai model, tip, idea dan pengalaman. Matlamat buku ini adalah untuk membantu anda menjadi seorang pemimpin, penyelia, komander, pengurus, CEO (atau apa sahaja jawatan anda) yang baik. Bagaimana anda akan menjadi bos yang lebih baik? Anda akan melakukannya dengan meningkatkan kemahiran komunikasi anda, memilih pekerja yang betul untuk bekerja dalam pasukan anda, membimbing dengan betul dan—yang paling penting—mewujudkan persekitaran kerja yang betul untuk mencapai hasil. Pada masa kini, COVID-19 merupakan cabaran baharu kepada kita semua. Walaupun beberapa tugas penyelia masih kekal, tetapi kehadiran pandemik ini sudah semestinya mengubah banyak aspek.
Saya akan jelaskan secara ringkas sembilan bab dalam buku ini:
Bab 1: Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kepimpinan Yang Baik?
Pandangan saya tentang kepimpinan yang baik mungkin berbeza dengan anda. Dalam bab ini, saya akan menerangkan dua kualiti yang perlu dimiliki oleh pemimpin yang baik. Sama ada anda memilikinya sekarang atau pun tidak.
Untuk memenuhi matlamat buku ini, saya menganggap anda sudah memiliki kedua-dua kualiti ini.
Bab 2: Siapa Anda? Siapa Mereka?
Kita mulakan dengan memahami empat jenis personaliti utama yang dimiliki oleh anda dan orang lain. Memahami personaliti orang lain dapat memudahkan kita untuk berhubung dan mendorong mereka untuk mencapai hasil yang diimpikan.
Bab 3: Membangunkan Sistem dan Proses Yang Betul
Seperti di alam semulajadi, cara manusia hidup dan bekerja dipengaruhi oleh persekitarannya. Penting untuk kita membangunkan sistem dan proses yang betul untuk mewujudkan persekitaran kerja berasaskan prestasi yang kreatif dan menyenangkan serta mencerminkan nilai anda, pekerja dan organisasi. Sekiranya anda mewujudkan persekitaran kerja yang salah, anda akan gagal.
Bab 4: Komunikasi
Manusia adalah makhluk sosial. Kejayaan anda sebagai seorang penyelia bergantung pada cara anda berkomunikasi dengan semua orang daripada pelbagai kedudukan. Contohnya pekerja bawahan, rakan sekerja, pihak atasan, pelabur, ahli lembaga pengarah dan pelanggan. Kerja keras dan kepintaran sahaja tidak mencukupi. Kemahiran komunikasi anda yang akan membantu anda memimpin pasukan untuk mencapai hasil. Kemahiran komunikasi yang baik juga membantu anda mendapatkan pekerjaan dan kenaikan pangkat.
Bab 5: Menguruskan Pekerja
Penyeliaan merupakan salah satu tugas yang paling sukar kerana kebanyakan orang tidak suka diberitahu apa yang perlu dilakukan. Kita akan membincangkan cara untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada pekerja sambil mewujudkan persekitaran kerja yang bermotivasi, terutama semasa pasca-COVID.
Bab 6: Membimbing
Manusia sensitif semasa menerima maklum balas dan bab ini akan mengfokuskan kepada cara memberikan maklum balas untuk mengekalkan sikap yang ‘baik’ dan mengubah sikap yang ‘buruk’. Saya akan berkongsi ‘Model Rumah’ 5 Langkah saya. Penyelia yang memberikan maklum balas dengan cara yang salah akan merosakkan sinergi dan motivasi pasukan. Anda perlu menguasai kemahiran ini dengan baik agar anda tidak menyusahkan pekerja anda.
Bab 7: Menangani Masalah
Sebahagian besar daripada tugasan harian kita adalah mengendalikan aduan dan menyelesaikan masalah. Memang mudah untuk memimpin pekerja ketika ‘laut tenang’. Akan tetapi memimpin pekerja semasa ‘laut bergelora’ akan menunjukkan sama ada anda seorang pemimpin yang baik atau tidak.
Bab 8: Persediaan Untuk Fasa Seterusnya
Kita akan mengfokuskan kepada cara untuk membantu anda menjadi lebih maju dalam kerjaya.
Bab 9: 7 Soalan Penyeliaan Yang Biasa Ditanya berserta Jawapan
Jawapan ringkas kepada soalan-soalan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kebanyakan penyelia.
Saya berharap buku ini berguna kepada anda. Mudah-mudahan anda berjaya memperbaiki diri untuk menjadi bos yang lebih baik dan mendapat manfaat daripadanya.
Kita sentiasa boleh menjadi lebih baik dalam apa sahaja yang kita lakukan, terutamanya dalam dunia pasca-COVID ini.
Bab 1:
Apakah Maksud Sebenar Kepimpinan?
Seorang pemimpin adalah orang yang mengetahui jalan, menggunakan jalan itu dan menunjukkannya kepada orang lain"
– John C. Maxwell, pakar kepimpinan, pengarang dan penceramah Amerika
Semua orang mahu menjadi pemimpin pada masa ini. Kenapa tidak? Pemimpin mendapat lebih banyak pengiktirafan dan wang. Jurulatih kepimpinan menerima pendapatan yang lumayan. Penganjur konvensyen kepimpinan boleh menjadi jutawan. Manusia mendambakan seorang pemimpin, tapi kita tidak suka pada bos.
Bagaimana anda menggambarkan seorang pemimpin?
Beberapa institusi akademik dan latihan telah menggariskan beberapa kompetensi kepimpinan dalam usaha untuk mengukur kepimpinan dari sudut sains. Mereka memberi jaminan bahawa dengan menguasai 47 kompentensi ini akan menjadikan anda