Anda di halaman 1dari 2

Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon

yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan penampilan baginda telah pun mewarnai diri Rasulullah. Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim penjunjung kesksamaan, warga pendidik bestari, seterusnya warga intelektual penerus warisan Negara. Assalamualaikum wbt dan salam apreasasi. Berdirinya Usman Awang kerana puisinya, berdirinya Malaysia kerana rakyatnya. Berdirinya saya di dewan yang indah adalah untuk menyampaikan sebuah pidato buat pencetus minda generasi hari ini yang bertajuk Generasi Muda Penyambung Warisan. Generasi di sini membawa maksud suatu kaula yang dapat membawa revolusi bagi semua ummat. Warisan pula membawa maksud tersendiri. Menurut Budayawan Negara, Datuk Radin warisan dari sudut budaya ialah apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Dari sudut sejarah pula, warisan menjurus pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu. Sidang dewan sekalian, Bicara yang pertama ialah Batik Malaysia warisan khazanah bangsa. Peribahasa ada mengatakan tak kenal maka tak cinta, sifat ini ialah tabii manusia yang sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Nilai estetika yang terdapat pada batik sering kali dipandang sepi oleh segelintir masyarakat kita. Pada tahun 2003 kerajaan telah membelanjakan berjuta- juta ringgit untuk memasarkan jualan batik hingga ke peringkat antarabangsa. Pada tahun yang sama, impak jualan batik ialah RM33 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM39.7 juta pada tahun 2004 berkat fakulti dan usaha Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood. Oleh itu, generasi muda hari ini dan akan datang merupakan wajahwajah baru yang akan menjadi penerus kepada usaha Allahyarham. Hadirin hadirat sekalian, Bicara yang kedua ialah permaianan tradisional warisan turun-temurun. Sudah terang lagi bersuluh. Dasawarsa ini, permainan tradisional dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula. Contohnya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah hingga antarabangsa. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang.

Saudara saudari sekalian, Bicara ketiga pula ialah budi bahasa warisan nenek moyang. Pepatah ada mengatakan, bahasa jiwa bangsa,. Maka jelaslah di sini menunjukkan bahawa asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya dapat mengangkat martabat masyarakat di negara kita. Tiada kata secantik bahasa,. Itulah antara seni kata senandung oleh Allahyarham P.Ramlee. Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Sekalipun kita angkat senjata pastikan kita berbudi bahasa. Perpaduan juga dapat terjalin melalui bahasa yang baik. Hal ini dapat dilihat apabila Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj membuat rundingan yang baik supaya permohonan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu berjalan dengan lancar. Akhirnya, melalui jalinan perpaduan antara Tunku Abdul Rahman dengan pihak British telah membuahkan impak yang baik. Secara tuntasnya, janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi biar mati anak, jangan mati adat. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh warga bumi bertuah, kita bangkit mempertahankan warisan , kita bersama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan. Insyaallah. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai