Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN Keluarga merupakan satu institusi sosial yang wujud hasil dari perhubungan biologi antara lelaki dengan

perempuan yang disahkan oleh masyarakat. Ibu dan bapa adalah gandingan asas dalam keluarga yang merupakan tunggak utama dalam mencetus kejayaan anak dan kesinambungan pewaris bangsa. Mereka mempunyai peranan penting dalam perkembangan serta pembentukan sikap anak-anak dengan didikan akademik, rohani dan mentarbiah anak tentang ilmu kehidupan untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai keperibadian unggul. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang bersih di mana ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada menjadi insan berakhlak mulia atau sebaliknya.

DEFINISI Menurut Kamus Dewan, 2005, keluarga bemaksud saudara mara, sanak saudara dan kaum kerabat. Keluarga juga didefinisikan sebagai sekalian orang yang mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak serta keluarga angkat. Dengan kata lain, sebuah keluarga adalah terdiri daripada suami atau bapa, isteri atau ibu dan anak-anak atau adik beradik yang mempunyai pertalian darah, perkahwinan atau angkat. Menurut perspektif Islam, keluarga dibina melalui ikatan perkahwinan yang sah. Menurut Burr, Hill, Nye dann Reiss, 1979, keluarga merupakan satu unit asas dalam masyarakat, ahli-ahlinya bergantung secara ekonomi dan emosi di antara satu sama lain dan setiap ahli bertanggungjawab untuk perkembangan, kestabilan dan perlindungan ahli-ahlinya. Keluarga asas dibentuk oleh 2 individu dewasa berlainan jantina, yang terikat dalam perhubungan yang disahkan masyarakat dan menghalalkan perhubungan seksual di antara mereka. Keluarga ini kelak akan dianggotai oleh seorang atau beberapa orang anak, ataupun anak angkat. Keluarga dianggap sebagai satu unit asas untuk mensosialisasikan setiap ahli dengan ajaran tentang nilai budaya dan penyesuaian terhadap masyarakat Manakala Murdock,1949, mendefinisikan keluarga sebagai satu kelompok sosial yang dicirikan oleh kesamaan dalam tempat tinggal,kerjasama dan ekonomi dan

pembiakan ahli-ahlinya. Dianggotai oleh individu dewasa berlainan jantina,perhubungan seksual diiktiraf masyarakat dan mempunyai anak kandung atau anak angkat. Kesimpulannya, keluarga merupakan unit asas terkecil sesebuah masyarakat yang dibentuk oleh dua orang yang berlainan jantina melalui perkahwinan. Keluarga ini kemudiannya akan dianggotai dengan anak kandung atau anak angkat.

KONSEP PENGLIBATAN KELUARGA Penglibatan merupakan usaha bersama-sama atau bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Menurut Rohani Abdullah (2007), penglibatan ibubapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan pencapaian kanak-kanak. Ibubapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak. Hal ini kerana sejak dari dalam kandungan lagi, anak telah mempunyai sangkutan (bonding) dengan ibu mereka. Oleh itu, ibubapa lebih mengenali dan memahami karenah anak mereka dan sekaligus dapat memudahkan tugas guru sebagai pemudahcara dalam pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak. Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

RASIONAL

DAN

KEPENTINGAN

PENGLIBATAN

KELUARGA

DALAM

PRASEKOLAH Penglibatan keluarga, khususnya ibubapa dalam pendidikan prasekolah mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibubapa itu sendiri. Antara faedah kepada kanak-kanak ialah, kanak-kanak mendapat perhatian secukupnya daripada ibubapa mereka. Secara amnya, kita mengetahui kebanyakan murid prasekolah yang bermasalah, biasanya terdiri daripada mereka yang menginginkan perhatian. Oleh itu, melalui penglibatan ibubapa ini, murid secara tidak langsung mendapat perhatian yang secukupnya daripada ibubapa mereka.

Selain itu, penglibatan ibubapa dalam pendidikan prasekolah ini telah memberi peluang kepada kanak-kanak dan ibubapa berkomunikasi dengan baik. Ibubapa mampu bersoal jawab tentang sesuatu konsep dan memberi contoh berdasarkan pengalaman mereka sendiri atau pengalaman semasa bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini membolehkan murid memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan mengeratkan hubungan antara anak dan ibubapa. Manakala kebaikan kepada ibubapa pula adalah, ibubapa dapat melihat sendiri tingkah laku anak mereka semasa di sekolah. Hal ini kerana, tingkah laku murid kadang kala berbeza di rumah dan di sekolah. Melalui penglibatan ibubapa ini, ibubapa dapat memantau anak mereka dan lebih memahami anak mereka. Ibubapa juga dapat mengetahui tahap keupayaan anak mereka dan sekaligus membantu guru memperbaiki kelemahan anak mereka. Selain itu, ibubapa juga dapat mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak mereka. Melalui pengalaman saya praktikum selama 3 bulan, kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tingkah laku adalah melalui sistem token ekonomi (Skinner). Melalui cara ini, ibubapa dapat mempraktikkan kaedah ini semasa di rumah dan tidak terlalu memanjakan anak mereka. Kebaikan kepada guru pula adalah, guru dapat berkongsi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak secara terbuka dengan ibubapa mereka. Sekiranya murid mempunyai masalah dalam pergaulan, guru dan ibubapa boleh berganding bahu mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Guru juga dapat memaklumkan perkemabangan atau kemajuan anak mereka secara terus-menerus kepada ibubapa. Melalui penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah, guru dapat mewujudkan hubungan baik dengan komuniti masyarakat. Perhubungan yang baikini memudahkan guru mendapat sokongan dalam setiap aktiviti yang ingin dijalankan, terutama aktiviti yang melibatkan tenaga kerja dan bantuan kewangan.

Anda mungkin juga menyukai