Anda di halaman 1dari 17

HBPE1103

1.0 PENGENALAN 1.1 Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani telah digubal berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard kandungan ini ialah pernyataan spesifik tentang tentang perkara yang murid patut ketahui dan mampu lakukan dalam suatu tempoh masa persekolahan. Semua aspek ini merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran pula merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam setiap kandungan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah juga digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance ( ICHPER-SD ) sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah juga adalah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum ini turut menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.

HBPE1103

1.2 Matlamat dan Objektif KSSR Pendidikan Jasmani

Dari segi matlamat, Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan untuk membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Dari segi objektif pula, Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah adalah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut : a. Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep pergerakan. b. Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor. c. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan. d. Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan. e. Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala. f. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. g. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat. h. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. i. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

HBPE1103

2.0 ASPEK-ASPEK PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI KSSR

2.1 Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan

Dalam aspek ini, murid perlu menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui beberapa fokus pengajaran iaitu : a. Konsep Pergerakan Dalam aspek ini, murid diharap dapat menguasai kemahiran pergerakan seperti melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan. Selain itu, murid juga perlu meningkatkan kelajuan pergerakan semasa bergerak dalam melakukan sesuatu pergerakan.

b. Pergerakan Asas ( Lokomotor, Bukan Lokomotor, Manipulasi Alatan, Pergerakan Berirama ) Lokomotor Murid akan diajar untuk melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas seperti berjalan, berlari, mencongklang, menggelongsor dan melompat. Bukan Lokomotor Murid akan diajar untuk melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas seperti fleksi badan, meregang, membuai, meringkuk, mengilas, menolak, menghayun dan mengimbang. Manipulasi Alatan Murid akan didedahkan dengan kemahiran manipulasi alatan dengan teknik lakuan yang betul seperti melambung, menyambut, menggolek dan membaling bola, memukul belon dan sebagainya. Pergerakan Berirama Murid akan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak dengan menggunakan alatan serta mengikut tempo yang betul.

HBPE1103

c. Gimnastik Asas Dalam aspek ini, murid akan melakukan pelbagai aktiviti gimnastik asas seperti hambur ( spring ) dan pendaratan, kawalan badan serta sokongan dan putaran.

d. Akuatik Asas Dalam aspek ini pula, murid akan diterapkan tentang keyakinan dan keselamatan di dalam air yang meliputi peraturan asas semasa berenang. Malahan, murid juga akan ditekankan tentang kemahiran asas dalam berenang seperti tendangan keribas (flutter kick).

e. Rekreasi dan Kesenggangan Murid akan dilibatkan dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan seperti aktiviti menjejak dan mencari harta karun serta melakukan aktiviti permainan tradisional yang memerlukan murid melakukan pergerakan seperti memukul, membaling, mencongklang ( galloping ) dan menangkap.

HBPE1103

2.2 Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Dalam aplikasi pengetahuan ini, murid akan diterapkan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam

melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan fokus pengajaran berikut iaitu : a. Konsep Pergerakan Dalam aspek ini, murid diharapkan akan berkebolehan untuk melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan seperti membezakan pergerakan mengikut ruang dan tempo serta mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan.

b. Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Murid akan didedah dengan kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor seperti mengenal pasti, mengetahui kepentingan fleksi dan postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

c. Kemahiran Manipulasi Alatan Murid akan diterapkan dengan konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan seperti menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek, mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan dan mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul dan ditendang.

d. Pergerakan Berirama Dalam aspek ini pula, murid akan didedahkan dengan konsep pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak seperti mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan yang menggerak dan menghentikan objek, membezakan kelajuan mengikut tempo dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.

HBPE1103

e. Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan Murid diharap akan dapat memahami konsep hambur dan pendaratan dalam gimnastik assa serta mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat. Kawalan Badan dan Sokongan Murid juga akan diterapkan dengan konsep kawalan badan dalam pergerakan seperti mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan, mengenal pasti perkaitan antara imbangan dengan sokongan dan menyatakan situasi dalam kehidupan harian yang melibatkan imbangan dalam pergerakan lokomotor. Aspek ini amat penting untuk mendedahkan murid tentang aspek-aspek keselamatan dalam melakukan aktiviti gimnastik asas. Putaran Murid akan didedahkan pula dengan konsep putaran dalam pergerakan gimnastik asas seperti menyatakan variasi guling sisi dan mengenal pasti postur badan semasa melakukan guling depan.

f. Akuatik Asas Keyakinan dan Keselamatan Dalam Air serta Kemahiran Asas Renang Dalam aspek ini, murid akan diterapkan dengan konsep keyakinan ( water confident ) dan keselamatan dalam air seperti mengenal pasti peraturan di kolam renang, mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan lentang dan mengenal pasti teknik dirian selepas apungan lentang. Murid juga turut didedahkan dengan kemahiran asas renang seperti mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas ( flutter kick ).

g. Rekreasi dan Kesenggangan Dalam aspek ini pula, murid akan dapat menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan seperti mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun, mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta karun serta menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisional.

HBPE1103

2.3 Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Melalui aspek ini, murid akan berkeupayaan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan komponen berikut : a. Konsep Kecergasan Murid akan didedahkan dengan kebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan seperti melakukan aktiviti yang meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan, kadar nadi dan keanjalan otot.

b. Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik Murid diharap akan dapat melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kapasiti aerobik mereka.

c. Kelenturan Dalam komponen ini, murid akan berkebolehan untuk melakukan senaman kelenturan dengan betul seperti melakukan aktiviti regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot utama dengan teknik lakuan yang betul.

d. Kekuatan dan Daya Tahan Otot Dalam komponen ini pula, murid akan dapat melakukan senaman untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot seperti melakukan aktiviti ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkit kaki setempat, posisi separa cangkung ( half squat ), lentik belakang dari posisi merangkak, hamstring curl, bergayut dan meniti pada palang dengan menggunakan tangan.

e. Komposisi Badan Murid akan mengenal pasti komposisi badan seperti mengukur ketinggian dan menimbang berat badan sendiri serta merekod pertumbuhan diri dari segi ketinggian dan berat.

HBPE1103

3.0 ASPEK PEMBELAJARAN DALAM KOMPONEN KEMAHIRAN

3.1 Konsep Pergerakan

Dalam konsep pergerakan ini, murid akan diajar dan didedahkan dengan perlakuan pergerakan yang melibatkan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. Ini merangkumi perlakuan seperti pergerakan ke ruang am yang tertentu dan meningkatkan kelajuan pergerakan semasa bergerak.

3.2 Pergerakan Asas 3.2.1 Pergerakan Lokomotor

Melalui aspek ini, murid akan diajar dengan kebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan teknik yang betul. Antara aktiviti perlakuan lokomotor asas yang akan diajar ialah aktiviti berjalan, berlari, mencongklang ( galloping ), melompat, melompat sebelah kaki ( hopping ), skip dan melonjak ( leaping ). Murid juga akan diminta untuk melakukan dan mencipta pergerakan sendiri yang berasaskan pergerakan lokomotor ( Elemen Kreativiti & Inovasi ).

3.2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor Dalam aspek pembelajaran ini, murid akan diajar dengan kebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas seperti fleksi badan, meregang, membuai, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun dan mengimbang. Semua aktiviti ini akan dilakukan oleh murid dalam satu rangkaian pergerakan sama ada melibatkan penggabungan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aspek ini juga akan menguji kebolehan murid dalam melakukan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan yang sama.

HBPE1103

3.2.3 Manipulasi Alatan Murid akan diajar dengan kebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan menggunakan teknik yang betul dalam komponen ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid ialah melambung, menyambut, membaling, menggolek dan menendang bola. Selain itu, murid juga boleh melakukan aktiviti memukul belon, bermain dengan riben dan pelbagai lagi aktiviti manipulasi alatan yang sesuai dengan kemampuan murid.

3.2.4 Pergerakan Berirama Dalam komponen pembelajaran ini pula, murid akan didedahkan dengan kebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak. Antara aktivitinya ialah melakukan pelbagai rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan mengikut tempo yang tertentu.

3.3 Gimnastik Asas 3.3.1 Hambur ( spring ) dan Pendaratan Dalam komponen ini, murid akan diajar dengan aktiviti hamburan dan pendaratan dengan teknik yang betul. Antara aktivitinya ialah menghambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah dan melakukan hamburan di atas peti lombol serta mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut fleksi. Teknik lakuan yang betul turut akan ditekankan agar murid tidak melakukan teknik lakuan yang salah dan boleh membahayakan keselamatan mereka.

3.3.2 Kawalan Badan dan Sokongan Dalam kemahiran ini, murid akan diajar teknik pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan seperti melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan, melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan dengan menggunakan bahagian badan secara berpasangan serta melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik mengikut iringan muzik. Murid turut boleh didedahkan dengan pengetahuan dalam aspek anatomi ( elemen sains ) seperti otot-otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti imbangan.

HBPE1103

3.3.3 Putaran Murid akan diajar dengan kebolehan melakukan kemahiran putaran dengan teknik lakuan yang betul seperti melakukan gulingan sisi dan gulingan hadapan. Dalam aktiviti ini juga, murid akan sekurang-kurangnya mempunyai daya kelenturan badan yang baik melalui aktiviti gulingan yang akan dilakukan oleh mereka.

3.4 Akuatik Asas 3.4.1 Keyakinan dan Keselamatan Dalam Air Komponen ini akan membolehkan murid menguasai kemahiran keyakinan dan keselamatan di dalam air. Antara aspek yang akan dipelajari oleh murid ialah peraturanperaturan asas di sekitar kolam dan di dalam kolam renang, melakukan kemahiran apungan lentang dan berdiri dalam air dari posisi apungan lentang. Dalam aspek keyakinan pula, murid akan didedahkan dengan aspek keyakinan berada di dalam air ( water confident ) agar murid tidak mudah panik dan gementar apabila berada di dalam air atau menghadapi saat-saat kecemasan di dalam air.

3.4.2 Renang Asas Komponen ini pula akan membolehkan murid menguasai kemahiran asas renang dengan teknik lakuan yang betul seperti melakukan kemahiran tendangan keribas ( flutter kick ). Kemahiran ini amat penting untuk dikuasai oleh murid dalam memastikan mereka sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran untuk berenang yang asas. Malahan, dengan kemahiran renang asas ini juga diharap agar murid akan mempunyai kemahiran berenang yang betul disamping dapat mencungkil bakat mereka dalam bidang akuatik ini.

10

HBPE1103

3.5 Rekreasi dan Kesenggangan Aktiviti rekreasi dan kesenggangan ini akan melibatkan murid dengan pelbagai aktiviti seperti menjejak dan mencari harta karun, melakukan aktiviti permainan tradisional yang melibatkan kemahiran seperti mencongklang, memukul, membaling dan menangkap. Murid juga akan berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yangs sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi. Selain itu juga, aktiviti seperti ini juga akan dapat membentuk keupayaan murid dari segi kreativiti dan inovasi terutamanya melibatkan aktiviti mencari harta karun, menjejak atau aktiviti yang memerlukan murid lebih berfikir dan mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.

11

HBPE1103

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) PENDIDIKAN JASMANI

Mata pelajaran Kelas Bilangan Pelajar Masa Tema Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

: : : : : : : :

Pendidikan Jasmani Tahun 2 20 orang 8.00 pagi 8.30 pagi Rekreasi Dan Kesenggangan Menjejak Arah 1.11 Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. melakukan aktiviti menjejak

1.11.1 Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa dan mencari harta karun.

Bahan Bantu Pengajaran

Model jam, jam, kertas, pensel warna, bola ping pong, kad arahan, kad berbentuk bintang, sampul surat dan kon.

EMK

Kreativiti & Inovasi

12

HBPE1103

Aktiviti Pembelajaran Masa Langkah

: Aktiviti / Isi Pelajaran Fokus Pengajaran Organisasi Nilai Murni / EMK / BBP Kerjasama Kreativiti Kon

Set Induksi Memanaskan Badan (0710-0715)

-Permainan kecil ( Jalan Ikan ) -Murid dibahagikan dalam 2 kumpulan. Satu kumpulan menjadi jala dan satu lagi kumpulan 5.4.3 Bekerjasama dalam menjadi ikan. kumpulan. -Kumpulan yang menjadi jala akan cuba menangkap kumpulan ikan secara berkumpulan dengan memegang tangan kawan masing-masing. 1.11.1 Menggunakan -Murid diberikan penerangan dan tunjuk cara mencari konsep jam sebagai pandu harta karun. arah semasa melakukan -Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. aktiviti menjejak dan -Setiap kumpulan diberikan kad arahan. mencari harta karun.

Langkah 1 Gerak Kerja Kelas (0715-0720)

Tekun, teliti Kad Arahan, Kon Kerjasama, Kesungguhan

Langkah 2 Gerak Kerja Jumpulan (0720-0730)

-Guru memberi arahan mula dan mengambil masa. 2.10.2 Mentafsir maklumat -Murid mula bergerak dalam kumpulan masing-masing dalam aktiviti pandu arah serta mengikut arahan di semua CP ( check point ). dan mencari harta karun.

Kreativiti & Inovasi Kad Arahan, Model Jam, Bola Ping Pong, Sampul Surat, Kon

13

HBPE1103

Langkah 3 Kemuncak ( 0730- 0735 )

Penutup ( 0735-0740 )

-Murid menyerahkan tugasan kepada guru serta mencatat masa tamat. -Kumpulan murid yang dapat mengumpul harta terbanyak dan mencatat masa paling pantas dikira sebagai pemenang. -Guru mengumumkan kumpulan yang memenangi aktiviti mengumpul harta karun terbanyak. -Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dalam kumpulan masing-masing.

5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti. 5.2.3 Menghargai kemenangan dan kekalahan dalam permainan.

Jujur, Sabar Jam

Sabar, Tabah

Petunjuk :

Guru

Murid

Refleksi :

14

HBPE1103

4.1 Lampiran 4.1.1 Peta Laluan

CP5 CP7

CP6

TAMAT CP4 CP3

CP1

CP2

CP Check Point

4.1.2 Kad Arahan MULA 1. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 2. Bergerak 8 langkah. CP1 1. Cari 1 biji bola ping pong. 2. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 3. Menghadap ke arah pukul 3.00. 4. Bergerak 6 langkah. CP2 1. Dapatkan kertas dan pensel. 2. Lukis 2 bulatan. 3. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 4. Bergerak 3 langkah. CP3 1. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 2. Menghadap pukul 9.00. 3. Bergerak 12 langkah.

15

HBPE1103

CP4 1. Cari 3 keping kad berbentuk bintang. 2. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 3. Bergerak 7 langkah. CP5 1. Cari krayon berwarna merah. 2. Warnakan 2 bulatan menggunakan pensel warna yang dilukis di CP2. 3. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 4. Menghadap pukul 3.00 5. Bergerak 5 langkah. CP6 1. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 2. Menghadap pukul 6.00. 3. Bergerak 6 langkah. CP7 1. Dapatkan sampul surat bernombor 7. 2. Baca arahan ( TAHNIAH, SELESAI ) 3. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00. 4. Menghadap pukul 3.00. 5. Berlari ke arah TAMAT.

4.1.3 SENARAI SEMAK GURU MASA / CHECK POINT MASA MULA MASA TAMAT K1 K2 K3 K4 CATATAN

16

HBPE1103

5.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, proses transformasi KSSR Pendidikan Jasmani daripada KBSR Pendidikan Jasmani telah berjaya menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid terus dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan kehendak semasa. Terdapat juga beberapa elemen asas telah ditambah baik atau ditukar dalam menghasilkan KSSR Pendidikan Jasmani ini yang meliputi aspek-aspek seperti reka bentuk, bahan kurikulum, organisasi, elemen kreatif serta fokus 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

17

Anda mungkin juga menyukai