Anda di halaman 1dari 21

Bongai

Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Alat muzik yang biasa digunakan di dalam sesuatu persembahan adalah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat-alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya.

http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php? option=com_content&view=article&id=119%3Abongai&catid=71%3Amuzik&Itemi d=110&lang=bm


Home Budaya Bongai - Seni Persembahan Tradisi Minang

Bongai - Seni Persembahan Tradisi Minang


Isnin, Ogos 09, 2010

Sesuai dengan peredaran zaman, sebahagian penggiat bongai kini menggunakan lirik-lirik lagu irama Minangkabau seperti Mudiak Arau dan Ayam Den Lapeh dengan iringan peralatan muzik moden seperti akordion serta gitar.

Menurut Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, istilah bongai berasal daripada cantuman perkataan 'abong' iaitu panggilan manja masyarakat Minangkabau untuk anak perempuan serta partikel 'ai'. Beliau berkata, bongai yang juga dikenali sebagai 'rentak kuda' merupakan satu bentuk hiburan semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan. Jelasnya, pada zaman dahulu, penduduk kampung yang berada di lokasi majlis perkahwinan berbalas pantun antara satu sama lain sambil memainkan biola dan 'tumbuk kallang'.

''Tema pantun yang dinyanyikan berkisar tentang kasih sayang, keindahan alam serta nasihat," kata Khalid kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Program Jejak Budaya 2 anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar di Kampung Lonek dekat sini baru-baru ini. Beliau menambah, selain majlis perkahwinan, bongai turut dimainkan dalam majlis berkhatan serta majlis menyambut kelahiran anak. Jelas Khalid, rentak irama muzik bongai yang mengiringi seloka pantun dimainkan mengikut kesesuaian majlis dan kreativiti pemain alat muzik. Katanya lagi, persembahan bongai yang pernah sepi seketika dihidupkan kembali selepas kerajaan negeri memulakan penganjuran Pesta Persekutuan Adat Perpatih pada 1999. Menurut Khalid, sejak itu, usaha menjejak penggiat-penggiat bongai berpengalaman di sekitar negeri ini dijalankan bagi membantu mengaktifkan semula seni persembahan tersebut. ''Pesta Persekutuan Adat Perpatih 1999 turut mengenengahkan persembahan penggiat bongai terkenal iaitu Pak Din Bongai," jelas beliau. Sementara itu, Khalid berharap lebih ramai golongan muda akan tampil mempelajari seni persembahan warisan masyarakat Minangkabau tersebut. Kata beliau, langkah berkenaan akan membantu memberi nafas serta tenaga baru yang boleh melonjakkan populariti 'bongai' di kalangan masyarakat. ''Namun, sebaik-baiknya keaslian bongai perlu dipelihara agar identiti seni persembahan tersebut dapat dikekalkan. ''Penggiat-penggiat bongai generasi baru digalak menggunakan peralatan muzik asal seperti biola dan tumbuk kallang serta pantun-pantun tradisional," katanya. Menurut Khalid lagi, sekiranya perlu, penggiat bongai boleh menambah peralatan muzik caklempong seperti bonang, 'gereteh' dan tingkah serta tetawak.

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2010/08/bongai-seni-persembahan-tradisiminang.html#ixzz1yi2SRVOy Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com http://zonfiniti.blogspot.com/2010/08/bongai-seni-persembahan-tradisiminang.html

Sanjungan Terhadap Bongai


I 30 Sept 2004 - PEN dengan kerjasama Ujana Ilmu Enterprise mengadakan jualan buku dan pameran PEN di Hotel Royal Adelphi (Hilton Seremban) sempena Bengkel Apresiasi Bahasa dalam Lagu Tradisional Negeri Sembilan (Bongai). Hampir 100 orang guru dan pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban datang berguru dengan satu-satunya guru Bongai dari Tanjung Ipoh - Pak Din Bongai. Seronok tengok guru-guru itu seperti anak-anak kecil samasama belajar menyanyi irama Bongai. Lagu-lagu seperti Cantik Manih dan Umpan Anak Bocek sebenarnya mempunyai irama yang biasa didengar. Cuma kita tidak diberitahu sepertinya irama itu dipetik daripada lagu tradisional Bongai. Masih ingat lagu "Apo Kono Eh Jang" nyanyian Ali Nor dan Mastura? Nah, irama / pantun yang dinyanyikan oleh "Ujang" dalam lagu itu yang berbunyi seperti di bawah, walaupun liriknya diubah, masih dinyanyikan dalam irama Bongai yang asal : "Batu Kikir jambatan bosi, Gulai udang sebelango Cubo mak pikir dalam hati Ayo ni bujang udah lamo, eh aiiih..." Apa itu Bongai? Mungkin ada yang akan bertanya. Usah risau kalau ada yang tidak pernah mendengarnya. Bukan orang luar Negeri Sembilan yang tidak pernah mendengarnya, hatta orang Negeri Sembilan sendiri pun belum tentu tahu menyanyikan irama Bongai. Beberapa orang penggiat Bongai antaranya, Encik Udin b. Hussin mempercayai lagu Bongai ini berasal dari Negeri Sembilan. Akan tetapi bagi kebanyakan pengjaji pula berpendapat Bongai berasal dari Sumatera Barat, Indonesia yang dibawa oleh orang-orang Minangkabau semasa berhijrah ke Negeri Sembilan satu ketika dahulu. Ini terbukti bahawa terdapat persamaan dengan lagu kesenian rakyat Minangkabau yang bernama "Berbilang Panjang". Perkataan "Bongai" juga mempunyai beberapa pengertian menurut pandangan penggiat dan pengkaji yang berlainan. Contohnya, Encik Udin bin Hussin yang lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai, mengatakan bahawa nama Bongai berasal daripada perkataan "Bong" dan "lai" yang bermaksud "sayang". Abdul Latif Oyek, seorang tokoh budaya tempatan pula berpendapat bahawa "bongai terbahagi kepada dua perkataan iaitu "bong" dan "aye". Perkataan "bong" membawa maksud "seseorang yang dihormati; manakala "aye" bererti saya." Sehubungan dengan itu, "Berbongai" pula boleh dirumuskan sebagai berbalas pantun yang disampaikan dalam bentuk lagu oleh para penuturnya, sama ada secara solo, berduet atau beramai-ramai iaitu berkumpulan. Oleh sebab Bongai dinyanyikan setelah penat bekerja di siang hari dan juga untuk melekakan orang kampng yang sedang sibuk membuat persiapan dalam majlis perkahwinan, majlis keramaian mahupun menyambut kedatang pembesar, maka bonga dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk bersantai dan bergembira, juga untuk mengeratkan rasa persaudaraan dan semangat bermasyarakat. Ada buku berjudul Bongai dijual di Ujana Ilmu. Kalau ingin tahu lebih lanjut, apatah lagi ingin mengkaji, silakan ke sana.

II Sudah ada seorang dua yang bertanya sama ada saya akan mengirim novel ke Hadiah Sastera Utusan tahun ini. Setakat ini, jawapan saya masih "tidak / belum". Memang itu pun jawapan sejujurnya. Dengan masa yang sudah agak suntuk ini, tak mungkin rasanya saya menyiapkan apa-apa manuskrip. Tak tahulah kalau satu dua minggu nanti, tiba-tiba datang rangsangan yang luar biasa untuk menulis. Pun, saya yakin hal itu tidak akan berlaku. Tak mengapalah, saya menulis bukan untuk menang. Apatah lagi untuk menang besar. Saya menulis kerana saya ada tanggungjawab untuk menulis. Saya menulis kerana ada sesuatu yang ingin saya kongsi dengan pembaca. Tulisan-tulisan saya masih ada di Tunas Cipta (novel bersiri) dan sesekali di Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera (esei undang-undang dan sastera). Saya masih menulis dan menyumbang ke arah pembangunan sastera dengan cara saya yang tersendiri. III PEN sekali lagi akan mengadakan bengkel cerpen intensif secara tertutup dan terhad pada 10 Oktober 2004. Tertutup ini maksudnya, saya tidak menghebahkannya seperti tahun lepas, melalui akhbar-akhbar utama. Siapa yang dengar tentang bengkel ini dan betul-betul berminat untuk berkongsi pengalaman penulisan dipersilakan ke majlis ini. Tarikh : 10.10.2004 (Ahad) Masa : 9.00 pagi - 5 petang. Tempat : Pejabat Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan Yuran : RM50 (termasuk makan minum, fail dan edaran) Syarat : mesti hantar sekurang-kurangnya sebuah cerpen untuk dibincangkan Hantar sebelum 8 Oktober 2004, jika boleh. Andainya tak sempat, bawa 10 salinan untuk dikongsi dengan peserta-peserta lain. Sesi ini bukanlah sesi ceramah ataupun pembedahan karya oleh orang perseorangan. Ia lebih kepada majlis perkongsian ilmu dan pengalaman. Saya jemput juga penulis-penulis mapan seperti Mahaya Mohd Yassin dan ada seorang dua lagi selain saya sendiri sebagai moderator. Insya Allah, Editor Kanan Utusan Publications & Distributors, Puan Nor Azah Aziz, akan turut sama berkongsi tips dan pengetahuan penyuntingan yang penting untuk penulis juga. Saya jemput sesiapa sahaja yang terbaca tulisan ini. Kalau sempat dan berminat, hubungi saya untuk saya uruskan penginapan (jika perlu) dan urusan menjemput dan menghantar peserta. Emel saya : annyss@hotmail.com. Kalau nak telefon saya pun, e-mel saya untuk dapatkan nombornya. Ini sahajalah sumbangan kecil saya dalam meneruskan kelangsungan dunia sastera tanah air.

http://annyss.blogspot.com/2004/10/sanjungan-terhadap-bongai.html kat desktop tajuk eh adat: http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_03782. pdf

KEGIATAN KEBUDAYAAN

1) Kumpulan Budaya Kampung Lonek (KPKL) Kumpulan Budaya Kampung Lonek yang berkonsepkan Bongai telah banyak membuat persembahan dan mendapat undangan di sekitar kawasan dan juga negeri-negeri lain. Penubuhan kumpulan budaya yang berkonsepkan Bongai ini adalah untuk memelihara kesenian warisan dan budaya tradisi masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi muda/remaja di Kampung Lonek untuk mewarisi warisan budaya asli Negeri Sembilan. Kumpulan budaya ini menerima tempahan membuat persembahan di majlis-majlis keraian seperti kenduri kahwin, jamuan, majlis perpisahan dan sebagainya.

2) Bongai

Bongai adalah suatu kesenian yang tidak asing bagi masyarakat di Negeri Sembilan. Bongai boleh diketegorikan sebagai lagu-lagu tradisi untuk masyarakat Negeri Sembilan khasnya, dan Malaysia amnya. Ia boleh disama tarakan dengan:-

'DONDANG SAYANG' di Negeri Melaka, 'GHAZAL' di Negeri Johor, 'DIKIR BARAT' di Negeri Kelantan, 'BORIA' di Pulau Pinang

Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Bongai merupakan satu bentuk berbalas pantun yang disampaikan dalam bentuk lagu oleh para pemantunnya. Namun, konsep persembahan adalah, hanya seorang sahaja boleh menyanyi atau berpantun dalam satu-satu masa, manakala orang lain tidak boleh menyanyi atau mengacau ketika lawan atau pasangannya sedang menyanyi. Jika persembahan dibuat beramai-ramai, ia mengekalkan konsep asal, iaitu hanya seorang sahaja boleh menyanyi dalam satu-satu masa, yang kemudiannya disahut atau disambut oleh orang lain dalam kumpulan yang sama.

Asal Perkataan Bongai

Encik Udin bin Russin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai, iaitu salah seorang penyanyi bongai yang aktif di Negeri Sembilan, mengatakan bahawa nama bongai berasal daripada perkataan bong dan lai' yang bererti 'sayang'. Seorang Tokoh budaya tempatan Abdul Latif Oyek, memberi pengertian bahawa

perkataan 'bongai' adalah dicipta dari dua perkataan, iaitu perkataan 'bong' dan perkataan 'aye'. Perkataan 'bong' memberi maksud 'seseorang yang dihormati', sementara perkataan 'aye' bererti saya.

http://kglonek.pjk.com.my/index.php? option=com_content&task=view&id=27&Itemid=61&limit=1&limitstart=4

Bongai
Ia adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Alat muzik yang biasa digunakan di dalam sesuatu persembahan adalah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat-alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya. Alat Muzik Bongai Berbongai http://muziknori.blogspot.com/2007/03/bongai.html

BONGAI- LAGU TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN


Share TAJUK INI BOILEH DIGUNAKAN UNTUK UJIAN KEBUDAYAAN

PENGENALAN Bongai adalah suatu kesenian yang tidak asing bagi masyarakat di Negeri Sembilan. Bongai boleh dikatogerikan sebagai lagu-lagu tradisi untuk masyarakat Negeri Sembilan khasnya, dan Malaysia amnya. Ia boleh disama taratkan dengan 'Dondang Sayang' bagi Negeri Melaka, 'Ghazal' bagi Negeri Johor, 'Dikir Barat' bagi Negeri Kelantan, 'Boria' bagi Pulau Pinang dan berbagai kesenian dalam bentuk 'lagu' di negeri-negeri lain.

Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Namun, dalam dekad 1980 an dan 1990 an, Bongai kurang mendapat perhatian daripada jenerasi muda, kerana saingan dengan lagu dan muzik moden yang semakin berleluasa ketika ini. Walau bagaimanapun, bagi masyarakat lama yang pernah mengalami dan merasai kehidupan dalam zaman kegemilangan Bongai, sekitar tahun-tahun sebelum 1970an, persembahan Bongai seolah-olah menjadi suatu nostalgia bagi mereka. Lantaran itu, mereka masih memerlukan Bongai untuk persembahan pada hari perkahwinan anak-anak mereka.

ASAL PERKATAAN BONGAI Berbagai pandangan telah dibuat mengenai Bongai. Ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Bongai adalah perkataan yang tersendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana perkataan pun. Encik Udin Bin Russin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai, iaitu salah seorang penyanyi Bongai yang aktif di Negeri Sembilan, mengatakan bahawa nama Bongai berasal daripada perkataan 'Bong dan Lai' yang bererti 'sayang'. Ismail Abdul Hadi didalam bukunya, mengulas : Seorang tokoh budaya tempatan Abdul Latif Oyek, memberi pengertian bahawa perkataan 'bongai' adalah dicipta dari dua perkataan, iaitu perkataan 'bong' dan perkataan 'aye'. Perkataan 'bong' memberi maksud 'seseorang yang dihormati', sementara perkataan 'aye' bererti saya ". (Lihat, Ismail Abdul Radi, 'Bongai , Nyanyian Tradisional Negeri Sembilan', Grup Penulis Guru Negeri Sembilan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Seremban, 1996, halaman 4).

Walau apapun asal usul perkataan 'Bongai' tersebut, namun yang paling utama ialah, persembahan Bongai mempunyai keunikannya yang tersendiri dan telah diterima sebagai identiti lagu bagi Negeri Sembilan (mulai 1997) serta telah mula diterima oleh kebanyakan masyarakat di negeri ini.

SEJARAH ASAL USUL Bongai dipercayai satu-satunya lagu rakyat yang asli kepunyaan masyarakat Negeri Sembilan. Begitulah pendapat yang penuh meyakinkan yang diberi oleh Encik Udin Bin Russin, atau Pak Din Bongai salah seorang penggiat Bongai yang masih terdapat di Negeri Sembilan. Pendapat ini telah disokong oleh ramai ahli kumpulan Bongai Seri Petasih di Kampong Kepis, Kuala Pilah.

Namun bagi kebanyakan pengkaji, Bongai dikatakan berasal daripada Sumatra Barat,

Indonesia, yang dibawa masuk oleh orang-orang Minangkabau, semasa mereka berhijrah ke Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Keadaan ini disebabkan oleh wujudnya persamaan antara lagu kesenian rakyat Minangkabau yang diberi nama 'Berbilang Panjang' dengan 'Lagulagu Bongai'. Persamaan ini meliputi inti dan cara ia dipersembahkan.

APA ITU BONGAI Dalam pemahaman mudah, 'Berbongai' bererti berbalas pantun yang disampaikan dalam bentuk lagu oleh para pemantunnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Namun, konsep persembahan adalah, hanya seorang sahaja boleh menyanyi atau berpantun dalam satu-satu masa. Orang lain tidak boleh menyanyi atau mengacau ketika lawan atau pasangannya sedang menyanyi. Persembahan secara solo boleh dinyanyikan oleh samada lelaki atau wanita. Begitu juga, jika dipersembahkan secara berduet, ia boleh menggunakan pasangan lelaki dan wanita atau lelaki kedua-duanya atau wanita kedua-duanya. Jika persembahan dibuat beramairamai, ia Mengekalkan konsep asal, iaitu hanya seorang sahaja boleh menyanyi dalam satu-satu masa, yang kemudiannya disahut atau disambut oleh orang lain dalam kumpulan yang sama.

Rajah 2 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan bagaimana Pembongai berbalas pantun.

Pembongai Pertama adalah orang yang memulakan nyanyian dan ia harus bijak memulakan nyanyiannya dengan pantun yang indah. Pembongai Pertama ini bertanggungjawab memilih,

1. lrama yang ingin dinyanyikan seperti lrama Petasih. Budu Landai. Cantik Manih dll. Dan

2. Tema persembahan seperti cinta, adat dll.

Pembongai Kedua pula akan menjawab pantun yang di jual oleh Pembongai

Pertama tadi. Semasa menjawab pantun, ia mestilah menggunakan irama dan tema yang sama. lrama dan tema yang digunakan oleh Pembongai Pertama tidak harus atau tidak boleh ditukar oleh Pembongai Kedua. lrama dan Tema mesti dikekalkan biar pun berbongai hingga ke pagi. Irama dan Tema hanya boleh ditukar apabila sesuatu lagu baru dimulakan. Untuk pantun ketiga ia boleh dijawab oleh sama ada Pembongai Pertama semula atau Pembongai Ketiga. lrama dan Tema masih dikekalkan dan tidak boleh ditukar. Begitulah seterusnya.

Rajah 2 : Carta memberi gambaran bahawa Irama dan Tema Bongai mesti sama di dalam sesuatu lagu yang dipersembahkan walaupun mereka berbongai hingga ke dini hari. Rajah 3 : Pantun-pantun yang dijual semasa berbongai boleh dijawab oleh sesiapa sahaja daripada kalangan Pembongai

NAMA LAIN Di tempat-tempat tertentu, di Negeri Sembilan, perkataan Bongai kurang popular dikalangan penggiatnya kerana mereka mempunyai nama yang tersendiri bagi lagu t.radisional tersebut. Di kawasan Kepis umpamanya, lagu-lagu bongai lebih popular dengan panggilan 'Lantak Kudo' yang sama maksudnya dengan 'Rentak Kuda'.

Selain itu, nama 'Petasih' juga sering digunakan bagi menggantikan nama Bongai. Namun, ketika ini, iaitu dekad 1990an, masyarakat Negeri Sembilan mula memanggil lagu-lagu tradisional ini dengan nama 'Bongai' iaitu istilah yang diguna dan diterima pakai oleh pihak kerajaan Negeri Sembilan.

MASA DINYANYIKAN

Bongai tidak dapat dipisahkan daripada majlis perkahwinan di Negeri Sembilan. Namun ia bukanlah suatu kemestian yang wajib dilaksanakan apabila kenduri kahwin hendak dilangsungkan. Sehingga tahun-tahun 1950 an, 'berbongai' didalam kenduri dan adat perkahwinan adalah suatu yang amat perlu, dan seolah-olah tidak lengkap jika tidak berbongai.

Didalam sesuatu majlis perkahwinan, berbongai biasanya dilangsungkan mulai jam sepuluh atau sebelas malam hinggalah kesubuh, iaitu sebelum tarhim atau azan di surau. Ketika ini, Bongai berperanan sebagai penghibur, dan seterusnya mengelakkan kebosanan kepada orang ramai yang sedang sibuk membuat persiapan kenduri kahwin tersebut.

BENTUK atau TEMA Usik mengusik, berkasih sayang, asam garam rumah tangga dan kehidupan sekampung adalah merupakan tema yang popular di dalam sesebuah persembahan bongai. lni bermakna bahawa, para pembongai akan mencipta dan menyanyi berasaskan kepada tema yang dimulakan oleh penyanyi yang pertama atau penjual pantun yang mula-mula. Keadaan ini berlaku kerana, setiap pantun yang dijual dan yang dibeli oleh pembongai harus mempunyai kaitan dan kesinambungan bagi sesuatu irama yang dipilih. Tema-tema yang berat seperti peperangan, kepahlawanan, kepimpinan dan sebagainya amat jarang menarik minat pembongai.

TEMPAT PERSEMBAHAN Bagi kebanyakan kesenian lain, persembahannya sudah pasti memerlukan tempat yang sesuai agar ia kelihatan lebih menarik. Namun bagi Bongai, tidak ada tempat khusus untuk persembahannya. Bongai boleh dipersembahkan di atas rumah, atau tempat-tempat yang terbuka dan boleh didengari serta ditonton.

Serambi atau bahagian hadapan rumah adalah tempat yang sering digunakan untuk persembahan Bongai. Sesuatu tempat persembahan Bongai tidak perlu dihias sebegitu rupa. Memadai dengan hamparan sehelai tikar mengkuang. Para pembongai biasanya akan hanya duduk bersila, sambil menyanyi atau bermain alat muzik yang diperlukan.

ALAT MUZIK Terdapat berbagai alat muzik didalam sesuatu persembahan Bongai mengikut kesesuaian persembahan dan penyanyinya. Namun alat muzik yang biasa digunakan didalam sesuatu persembahan adalah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat -alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi.

IRAMA atau LAGU Di dalam sesuatu persembahan Bongai, terdapat berbagai irama yang didendangkan oleh penyanyinya. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya.

SENIKATA atau PANTUN Senikata bagi lagu-Iagu Bongai mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri yang amat jelas membezakannya dengan lagu-Iagu lain. Bongai, biasanya dinyanyikan dengan menggunakan pantun-pantun tradisi yang dicipta oleh penyanyi Bongai sendiri dengan tujuan yang tertentu, seperti sindiran, usikan, gurauan, kasih sayang, dan lain-lain lagi. Namun, tujuan dan maksud pantun amat jarang sekali berniat hasad dengki atau memburuk-burukkan sahabat sesama mereka. Malah, pada pantun yang akhir sekali biasanya Pembongai akan memohon kemaafan sekiranya tersalah dan terkasar bahasa semasa berbongai tadi.

Sesuatu yang amat menarik ialah, pantun-pantun dalam Bongai biasanya dicipta secara spontan, iaitu semasa Pembongai sedang menyanyi. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan bahawa seseorang Pembongai adalah juga seorang yang berbudi bahasa dan 'sasterawan'. Malah jauh daripada itu ialah, beliau seharusnya juga mempunyai ciri-ciri berikut :

Penyabar, kerana pihak lawan mungkin menggunakan perkataan yang kurang disenangi semasa berpantun Bersuara merdu dan lunak untuk mengindahkan lagi lagu-Iagu Bongai yang dinyanyikan.

Mempunyai nafas yang panjang, untuk disesuaikan dengan irama Bongai

Mempunyai kebolehan untuk mendapatkan perkataan-perkataan yang tepat dan indah, tetapi mempunyai maksud yang bukan sahaja selapis, bahkan dua lapis, tiga lapis dan seterusnya

Berani dan bersemangat, terutamanya semasa menyanyikan lagu-Iagu Bongai, kerana penonton atau pendengar akan mencemuh atau mengejek jika pantun kurang tepat atau tidak wajar. Sikap penakut akan menyebabkan persembahan Bongai tidak berseri pada malam tersebut

Tidak dapat dinafikan bahawa pantun-pantun yang dicipta oleh Pembongai boleh dikategorikan sebagai puisi Melayu lama dalam bentuk syair, gurindam, seloka, pantun dan lain-lain lagi. la dicipta sebegitu indah dan halus dengan menggunakan perkataan-perkataan tertentu dalam bentuk pantun dua kerat, empat kerat atau enam kerat. Pantun-pantun ini boleh disesuaikan mengikut rentak dan irama lagu yang ingin dinyanyikan serta tema yang sedang diperkatakan. Antara pantun yang sering diperdengarkan atau dinyanyikan di dalam acara-acara berbongai adalah seperti berikut :

Ikan sepat mudik ke hulu Anak haruan putih dadanya Siapalah cepat dapatlah dahulu Siapalah kemudian putihlah matanya

Umbut-umbut dalam paya Kalau hilir bawa lumut Nak berebut saya tak terdaya Kalau cicir saya boleh pungut.

Kelaut mencari gunja Dapat gunja setengah kati Kalau den hidup nak jadikan jua Kalau mati luar janji

Kain perai bajunya perai Pakaikan anak kelasi tongkang Nyawa dibadan lagikan bercerai lnikan pula kasih menumpang

Rakit-rakit pergi ke tepi Budak-budak tumpang menyeberang Hati sakit kerana budi Budi abang tak dikenang orang

Cili api memang pedas Buat rendang sedap rasanya Abang berbudi tak hendak dibalas Kalau kau kenangkan apa salahnya

Ikan sepat memang mudek ke hulu Umbut-umbut dalam paya Sapa cepat ambillah dahulu Nak berebut saya tak terdaya

Buah keranji di tengah laman Kalau berbuah bertaut muda Sudah berjanji berjabat tangan Kalau berubah mati muda

Sari-sari ke Tanjung Jati Pasang racik kena murai Carilah dik oi ubat tak mati

Supaya kasih jangan bercerai

Tidaklah dapat sihendak padi Dedak jua ditumbuk luluh Tidak dapat sikehendak hati Kehendak Allah jua yang sungguh

Tanam ubi disimpang empat Tanam mari rapat-rapat Abang berbudi elok mencari tempat Selalu berbudi balasnya tak dapat

Tanam ubi bulan purnama Cahayanya sampai hingga pagi Budi abang saya dah terima Menjadi kenangan sampai ke mati

Api-api terbang lima Hinggap seekor dicelah daun Budi tuan sangat berguna Menjadi kenangan bertahun-tahun.

Kurang minyak diperminyakkan Minyak ditaruk tengah laman Kalaulah burung tengah jinak Boleh makan ditapak tangan

Sirih kuning junjungan inai Gajah bersila diuratnya

Putih kuning gemuk gemunai Geli hati dibuatnya

Kedarat mencari bingkat Dapat bingkat pecah belah Terbang melayang burung nak dipikat Hinggap ke dahan abang pasang getah.

Kalau ada buah-buahan Nak menebang kayu berduri Kalau ada mudah-mudahan Burung Terbang menyerah diri.

Apa tanda hari nak petang Anak merebah terciap-ciap Apa tanda abang nak pulang Parah didada terkirap-kirap.

Bukan minyak sebarang minyak Minyak bercampur dua pati santan Macam mana burung nak jinak Burung tidak diberi makan. Hitam tampuk hitam tangkai

Patah ditanduk dek kerbau jantan Sebulan mabuk setahun lolai Baru tahu berkasih sayang. Tinggi bukit kampung Melayu

Kain pelikat dari seberang Tuan umpama burung dikayu Nak dipikat ia dah terbang. Pagi-pagi motong getah

Potong mari tiga penjuru Kalau tak dapat burung ku getah Hanyut pula petuan guru Tinggi bukit gunung senanti

Air dalam berkala-kala Adik tu ulit boleh dinanti Kalau tak mahu apakan daya Kedarat mencari rotan

Tiada rotan elokkan akar Pandang diluar tak berkesan Hati didalam kelusuh bakar. Burung puchung terbang tinggi

Dia membawa sebatang damak Sudah terlangsung kita kemari Mengikut perintah orang yang banyak. Pergi mengail kelubuk batu

Dapat seekor ikan haruan Kalau dapat budak itu Bayarkan niat ke Tanjung Tuan Sari-sari pergi ke rimba

Nampak pelanduk menggaru papan Petang-petang hatiku hiba Nasiku senduk tidak termakan. Ke daik membeli lada

Batu pahat kuala deli Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali.

Hancur luluh padi dek balam Sayang selasih akan berderai Hancur luluh hati di dalam Kasih sayang akan bercerai

Nak berderai-berderai limpato Berdekat padi ditengah laman Nak bercerai, bercerai dimato Bercerai dihati, itulah jangan

Bukan senang selasih berderai Mentadak dimuka pintu Bukan senang kasih nak bercerai Macam budak bercerai susu.

Sungai baru sungai layang Rama-rama di Kampung Tinggal Dapat yang baun kepalang sayang Tapi yang lama akan tinggal

TUJUAN DAN PERANAN Bongai dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja disiang hari. Secara umumnya, terdapat dua tujuan utama, persembahan bongai iaitu :

i) Suatu masa dahulu, Bongai dipersembahkan sebagai 'pelepas penat', setelah berkerja sepanjang hari. Dalam hal ini, penduduk kampung akan menyertai aktiviti Bongai samada
?

Sebagai peserta yang turut berpantun atau Sebagai penonton

ii) Bongai juga dipersembahkan bagi tujuan menghiburkan dan melekakan orang kampung yang sedang sibuk membuat persiapan di dalam sesuatu majlis, seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian, majlis menyambut kedatangan pembesar dan lain-lain lagi. Dengan cara ini,Bongai boleh berperanan sebagai 'hiburan yang mengasyikan dan melekakan' kepada orang yang sedang bergotong royong, sehingga mereka tidak sedar hari telah subuh.

KESAN-KESAN Sesuatu persembahan Bongai biasanya boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat pengamal dan khalayak pendengarnya atau penontonnya. Kesan secara langsung yang dapat disenaraikan ialah :
?

Sesuatu persiapan persediaan makan minum untuk majlis perkahwinan boleh diadakan menjelang subuh iaitu satu malam sahaja.
?

Para pembongai akan merasa seronok dan terhibur, serta dapat melepaskan perasaan atau sesuatu yang 'terbuku' dihati mereka kepada orang ramai. Selepas berbongai, mereka akan merasa puas

Kesan secara tidak lansung ialah :

? Berbongai boleh mengeratkan lagi rasa persaudaraan dan semangat bermasyarakat dikalangan penduduk sesebuah kampung. Keadaan ini berlaku kemana Bongai itu sendiri mempunyai unsur-unsur dan tujuan memupuk persaudaraan dan kemasyarakatan di kalangan penggiatnya. Malah, diakhir Sesebuah persembahan Bongai, mereka akan saling bermaafan sama ada melalui kata-kata di dalam pantun atau secara bersalaman antara mereka. ? Bongai juga boleh mencantumkan atau menyambungkan semula persahabatan yang telah renggang atau terputus. Malah yang amat menarik ialah terdapatnya pasangan suami isteri yang 'rujuk' semula perkahwinan yang telah runtuh, hanya kerana pujuk rayu yang penuh perasaan melalui Bongai. Dalam hal ini, biasanya pantun-pantun yang digunakan adalah dalam bentuk pujukan mendayu-dayu yang boleh menimbulkan keinsafan apabila dinyanyikan dalam irama Bongai yang tertentu. ? Bongai dipercayai sebagai 'penemu jodoh' antara pasangan lelaki dan perempuan. Semasa berbongai mereka akan usik mengusik dan saling bertanya hal masing-masing melalui pantun-pantun yang dicipta. Akhirnya, usik mengusik ini tidak tamat semasa berbongai sahaja, sebaliknya ia telah membuahkan bibit-bibit cinta dan sayang, yang akhimya membawa kepada perkahwinan. Dalam sesetengah masyarakat dikampungkampung,orang yang pandai dan berkebolehan berbongai dianggap sebagai 'hero' untuk menawan hati wanita yang diidaminya.

KUMPULAN-KUMPULAN BONGAI Suatu masa dahulu, tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat banyak kumpulan-kumpulan Bongai di seluruh Negeri Sembilan. Namun akibat perubahan dan perkembangan zaman, kumpulan Bongai semakin berkurangan dan hilang kerana merosotnya bilangan penggiat danpengemarnya. Sehingga, ini (1998), hanya terdapat tiga kumpulan bongai yang aktif di Negeri Sembilan.

Kumpulan pertama ialah Kumpulan Bongai Seri Poron, Kuala Pilah, yang diketuai oleh Encik

Udin Bin Russin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai. Kumpulan ini telah bergerak aktif dalam menghidupkan lagu-lagu Bongai di Negeri Sembilan sejak awal tahun 1990 an. Kumpulan ini disertai oleh beberapa orang dari kampung Purun Kuala Pilah, termasuk Pak Din sendiri yang bertindak sebagai penyanyi Bongai dan pemukul rebana atau gendang, Pak Basir atau nama penuhnya Md. Sil Bin Khamis, sebagai pengesek Violin dan beberapa orang anak cucu kepada Pak Din. Ahli lain dalam kumpulan ini ialah, Leha Binti Kassim, Noor Zam Bin Mohd Zaman dan Esah Binti Suboh. Kumpulan kedua ialah Kumpulan Bongai Kampung Tengkek, Batu Kikir, Kuala Pilah, yang diketuai oleh Encik Mohd Shah bin Hj Abdul Rahman. Kumpulan ketiga pula ialah Kumpulan Bongai Seri Petasih, Kampung Kepis Hilir, Kuala Pilah, yang di ketuai oleh Encik Dsoh Bin Abdul Ghani. Kumpulan ini sebenarnya memang telah sedia ada di Kampung Kepis Hilir, namun kebanyakan mereka hanya bergerak secara bersendirian dan menyanyi apabila berpeluang. Meraka tidak mempunyai sebuah persatuan yang khas, yang boleh mengketengahkan mereka. Tahun 1997 dan 1998, mereka mula menubuhkan persatuan atau Kumpulan Bongai Seri Petasih, yang diketuai oleh Encik Usoh Bin Abdul Ghani, Encik Kadiran Bin Muhamad (Setiausaha), Encik Abdullah Mihat (Bendahari), sementara ahli-ahli kumpulan ialah Encik Salleh Bin Rashid Encik Mohd Nor Bin Abdullah, Encik Wan Ahmad Kamal Bin Wan Hanid, Encik Rahmad Bin Abdul Ghani, Encik Abas Bin Udin, Encik Buyong Bin Wok, Encik Ali Bin Yassin, Encik Samah Bin Yassin, Encik Muhamad Bin Akhir dan Encik Muhamad Bin Manaf. Kumpulan-kumpulan Bongai ini adalah merupakan kumpulan yang sememangnya menyanyikan lagu-lagu Bongai sahaja, tanpa mencampur adukan dengan lagu-lagu lain. Selain yang disenaraikan di atas, terdapat juga kumpulan-kumpulan lain, yang juga menyanyikan lagu-lagu Bongai, tetapi tidak menjadikannya sebagai aktiviti utama mereka. Sebaliknya, lagu Bongai hanya dijadikan sebagai lagu-lagu selingan dalam persembahan mereka. Antara kumpulan tersebut ialah :
?

Kumpulan Caklimpung Pesbudi, Lenggeng.


?

Kumpulan Caklimpung Putrasari, Rembau.


?

Kumpulan Tumbuk Kallang Seri Duanda, Jelebu.


?

Kumpulan Tumbuk Kallang Seri Tajjali, Jelebu.


?

Kumpulan Persada, Seremban

Kumpulan Anak Desa, Kuala Pilah.


?

Kumpulan Gebano Seri Perpatih, Kuala Pilah


?

Kumpulan Sinar Kallang, Gemencheh.


?

Kumpulan Tumbuk Kallang Warisan, Palong Enam, Jempol. . Kumpulan Anak Desa, Kuala

Pilah http://latihkrsn9.blogspot.com/2011/09/bongai-lagu-tradisional-negerisembilan.html

Anda mungkin juga menyukai