Anda di halaman 1dari 8

Bilis Masak Asam Bahan-bahan ( semangkuk khas untuk ibu )

7 ulas bawang merah (nak lebih pun takpe) #

3 ulas bawang putih (blh juga dilebihkan) #

1 inci/lbh halia #

1/2 cawan ikan bilis halus (yg besar sambal jd kasar-x sedap)

1 sudu teh serbuk lada hitam

sedikit pati ayam (saya guna Knorr) *tak letak pun takpe

secekak daun pegaga -dipotong halus

2 cawan air

saya tak guna garam/gula sbb guna kiub pati ayam..kalau tak letak kiub tu blh tambah garam ye

Cara-cara

1. Bahan-bahan # dimayang halus.

2. Panaskan kuali & masukkan air bersama pegaga, bawang,halia,serbuk lada hitam dan air asam jawa.

3. Biarkan mendidih, guna api perlahan je..

4. Setelah mendidih, masukkan ikan bilis yg dah dibasuh bersih, pati ayam dan serbuk perasa.

5. Masak sehingga bahan menjadi pekat dan bolehlah dihidangkan, makan ngan nasi panas..

6. *Sambal ni boleh di masak & disimpan dlm peti ais, bila nak mkn je cuma panaskan, tambahkan air jika dah pekat*

7. *Sesuai utk yg berpantang sendirian & suami bekerja, ada masa suami blh masakkan & simpan, blh tahan seminggu*

8. *gambar asal dari majalah sbb masa buat untuk pantang x ambil gambar pun*

Daging Goreng Lada Hitam (Marinated) Bahannya: Daging hihiris halus Lada hitam secukup rasa Halia Bawang besar Bawang putih Sos Cili/Cili mesin Sos tomato Sos tiram Kicap pekat

Garam/serbuk perasa Caranya: i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat. ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar. SUP AYAM Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak. SUP KENTANG Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak HARUAN PANGGANG HALIA Bahan-bahan: 1 ekor ikan haruan 1 biji limau nipis [ambilkan jusnya] 2 s/b minyak 1/2 cawan air 1 s/k cuka 1 helai daun kunyit [mayang halus] garam bahan tumbuk 5 ulas bawang putih 6 sm halia 4 sm kunyit hidup bahan rempah - tumbuk 1 s/k jintan manis 1 s/k jintan putih 1 s/k lada hitam Cara 1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan. 2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan. 3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak. 4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat. 5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit. 6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar. 7. Hidangkan dan makan semasa panas.

SAWI TUMIS AIR Sedikit ikan bilis 3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 pokok sawi dicuci dan potong Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api KERABU PEGAGA 1 biji bawang besar dihiris 2 biji cili merah ditumbuk sedikit garam seikat daun pegaga dihiris Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati. SUP IKAN TENGGIRI 1 Ketul ikan tenggiri sedikit minyak bijan 4 ulas bawang putih dicincang seulas halia diketuk 1 biji tomato sedikit daun sup Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

Ikan tenggiri goreng halia

Bahan-bahannya :

1 keping ikan tenggiri

4ch halia di hiris dan di goreng

2 sudu makan minyak bijan

1-2 sudu makan kicap manis

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

Ayam masak bijan

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan

4cm halia tua - di hiris

3 sudu makan minyak bijan

1/2 sudu makan kicap manis

Sedikit garam

Air secukupnya

Cara membuatnya

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan haruan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan

2 cawan air

2 sudu makan minyak jagung

1 sudu makan lada hitam - di tumbuk

3 ulas bawang merah - di tumbuk

2 ulas bawang putih - di tumbuk

2 cm halia - di tumbuk

1 keping asam keping

Garam secukup rasa

Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara membuatnya

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Ayam Golek Simple' Bahan-Bahan 3 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 15 tangkai cili kering 3 batang serai 1 inci halia dan lengkuas 1 sudu besar serbuk kari 1 ekor ayam 1 cawan santan

1.rebus ayam separuh masak bersama garam dan serbuk kunyit.

2.tos kan ayam lalu digoreng hingga masak.atau bakar bersama2 dengan bahan2 tumis

3. mesin semua bahan2 lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.

4. masukkan santan dan ayam atau selepas tumis bahan2 tadi lumurkan bahan tumis pada ayam dan

5. ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam dan gula secukup rasa

Anda mungkin juga menyukai