Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN 1.

Diskriminasi Bunyi Tidak dapat membezakan bunyi dan menyebut bunyi dengan tepat merupakan salah satu masalah besar yang dialam oleh pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran. contohnya kanak-kanak Disleksia, di mana kanaka-kanak ini mengalami masalah menyebut atau mengaitkan bunyi dengan perkataan. Selain itu, kanak-kanak pendidikan khas kebiasanya mengalami masalah menyebut huruf konsonan dengan betul iaitu huruf k menjadi l contohnya perkataan makan menjadi malan. Dengan itu, kaedah untuk mengatasi masalah ini ialah kaedah Diskriminasi Bunyi. Salah satu cara yang boleh dilakukan melalui kaedah ini ialah membina perkataan dengan menggunakan dua huruf kosonan yang berbeza dalam satu ayat : huruf (s), (l) Salam Seluar saling semalam

2. Pemintal Lidah Salah satu masalah yang serius dihadapi oleh pelajar pendidikan khas ialah menyebut perkataan yang bunyinya hampir sama. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini kaedah Pemintal Lidah merupakan satu latihan yang dapat mengurakan masalah yang dihadapi. Dalam kaedah ini, guru menyediakan perkatan yang hampir sama bunyinya, tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi konsonan dan vokal, perbezaan ini akan menghasilkan maksud yang berbeza bagi setiap perkataan tersebut. kaedah ini merupakan satu latih tubi menyebut perkataan yang dilakukan secara berulang-ulang. Melalui cara ini, secara tidak langsung dapat membantu murid mengahafal, menyebut dengan betul dan tepat. Selain itu, perkataan yang disebut berulang kali ini akan kekal dalam ingatan pelajar tersebut dan selanjutnya membantu murid menyebut perkatan dengan betul.

Contonya : 1. 2. 3. 4. 5. Baba beli baju baru seluar biru buat bibi senyum selalu Tatu tata tepi mata kena bata banyak luka Jojo jumpa jaja jalan jalan jaya jusco Mama mia masam muka macam cuka nampak duka Lala lambat lalu lari laju langgar lori luka kaki

3. Ayat Berima Kaedah ayat berima merupakan salah satu kaedah yang baik untuk membantu kanak-kanak pendidikan khas yang menghadapi masalah dalam bahasa. Melalui aktiviti ini kanak-kanak lebih berminat untuk terus belajar. Salah satu contoh aktiviti menyanyi, berpantun dan sebagainya. Kaedah ini sangat sesui kerana murid dapat melatih diri dengan bimbingan guru untuk menyebut perkataan. Aspek yang penting dalam kaedah ini ialah guru hendaklah memilih Ayat Berima yang diminati oleh pelajar contonya lirik lagu. Setelah itu guru juga haruslah bijak untuk merancang aktiviti ini agar perkataan yang perlu dikuasi oleh pelajar dapat dimasukan ke dalam aktiviti ini. Contonnya : Aktiviti Pantun Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Dua tiga bolehku cari Mana nak sama si adiku sorang

Aktiviti Menyanyi : Rasa sayang eh, Rasa saying-sayang eh, Hey, lihat nana jauh, Rasa saying-sayang eh, Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami murid baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan,

Anda mungkin juga menyukai