Anda di halaman 1dari 27

TOPIK 1 : PENGENALAN PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1.

1 DEFINISI PSIKOLOGI - berasal dari tamadun Greek purba, iaitu dari perkataan psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa dan logos bermaksud kajian mengenai sesuatu. - Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. 1.2 MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA - Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-konsep tingkah-laku manusia. Antara pendekatan ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik dan pendekatan kognitivisme. 1.2.1 Pendekatan Behaviorisme - Watson, seorang ahli behaviorisme, mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah-laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman. Idea-idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah-laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. - Thorndike (1874-1949) memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya. prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. - Skinner (1904-1990) pula terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan. 1.2.2 Pendekatan Psikoanalitik - Pendekatan psikoanalitik adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar, yang kita sendiri tidak sedar. - Sigmund Freud (1856-1939) adalah pelopor ahli teori psikoanalitik yang paling terkemuka. Idea-ideanya terus mempengaruhi lain-lain ahli teori psikoanalitik. Teori struktur personaliti beliau membahagikan struktur psikik kepada tiga bahagian: id, ego dan superego.

1.2.3 Pendekatan Kognitivisme - Pendekatan kognitivisme dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti ahli-ahli psikologi Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Pendekatan kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus berkaitan proses-proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi. RUMUSAN Psikologi boleh didefinisikan sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan, pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-konsep berkaitan tingkahlaku manusia ialah pendekatan behaviorisme, psikoanalitik dan kognitivisme. Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental (sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah-laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Pendekatan psikoanalitik adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa tingkah-laku manusia dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar, yang kita sendiri tidak sedar. Pendekatan kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus berkaitan proses-proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain. Kanak-kanak masalah pembelajaran memerlukan pembelajaran yang berstruktur serta guru-guru perlu memberi bimbingan (scaffolding). TOPIK 2 : PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA - Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitaran. Mereka sering mempersoalkan sama ada baka atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia.

2.1 DEFINISI DAN KONSEP PERTUMBUHAN - Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat bahawa perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. - Slavin (1997) pula berpendapat bahawa perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa. - Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. 2.2 PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Proses Pertumbuhan Proses Perkembangan Aspek (Perubahan Kuantitatif) (Perubahan Kualitatif) Jasmani Tinggi, saiz, berat dan Bertambah kemahiran menggunakan bilangan gigi bertambah. anggota seperti mengangkat, berjalan, berlari dan melompat. Mental Berkembangnya Berkembangnya kemahiran keupayaan memikirkan menggunakan perkataan bahasa, tentang banyak perkara. angka, pemikiran penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Sosial Mula berinteraksi dengan Menyedari perbezaan antara lelaki ahli-ahli bukan keluarga dan perempuan serta peranannya, seperti jiran, rakan sebaya kepentingan disiplin kumpulan serta dan guru. penyesuaian dengan rakan sebaya. Emosi Tumbuhnya perasaan Berupaya menguasai perasaan dan suka, duka, marah, sayang mengawal perasaan ketika marah dan sebagainya. atau cemburu. 2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA 2.3.1 Faktor Endogen

Baka Dari segi fizikal, individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut, temperamen dan sebagainya (Buss & Plomin, 1997). Pemakanan Pemakanan yang seimbang dan cukup merupakan satu keperluan bagi ibu dan fetus dalam kandungan. Zat makanan yang tidak mengcukupi akan menyebabkan kadar perkembangan sel otak janin yang lambat. Saiz otak janin boleh menjadi kecil dan perkembangan intelektual terbantut. Kesihatan Ibu Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang seimbang dan mengurangkan penggunaan gula dan garam untuk mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia (Shryock, 1991). Dadah dan Alkohol Ibu yang hamil harus mengelakkan daripada mengambil dadah. Jika tidak, bayi yang lahir akan cacat atau terencat akal. Pengambilan dadah seperti heroin, kokein dan metadon juga boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus. Merokok Jika ibu yang mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan meningkatkan kandungan karbon dalam hemoglobin ibu. Keadaan ini mengurangkan pengoksidaan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen. Ini boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilitan kepala yang kurang (Miller, 1986). Faktor Rh darah Apabila perempuan yang berdarah Rh negatif berkahwin dengan lelaki berdarah Rh positif, biasanya anak yang dilahirkan adalah berdarah Rh positif. Semasa hamil, ibu yang berdarah Rh negatif akan menghasilkan antibodi yang berupaya untuk memusnahkan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya. Pada kehamilan pertama, tiada apaapa yang serius berlaku. Tetapi pada kehamilan yang kedua dan ketiga, mungkin terdapat antibodi yang cukup dalam darah ibu dan ia akan memusnahkan sel darah fetus sehingga mengakibatkan anemia (penyakit kurang sel darah merah).

Kesan X-Ray Kajian menunjukkan kesan X-Ray pada ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan pada fetus yang dikandungnya. Selain itu, sinaran laser (untuk rawatan kanser) dan radioaktif juga boleh menyebabkan kecacatan bayi. Emosi Ibu Emosi seperti marah, kebimbangan dan kecemasan akan merangsangkan penghasilan hormon adrenalin ibu dan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada janin. Umur Ibu Umur ibu yang mengandung ada berkaitan dengan risiko kematian janin (Kessner, 1973). Semakin muda umur ibu, semakin tinggi risiko mengalami keguguran, anak tidak cukup bulan atau kematian anak. Ibu yang berumur antara 20 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak (Jas Laile Suzana Jaafar, 1996). Teratogenik dan Penyakit Ibu Teratogen ialah sebarang bahan yang menyebabkan perubahan dalam kod genetik menyebabkan keabnormalan. Ia adalah bahan dalam persekitaran dan bukan gen yang diwarisi daripada ibu atau ayah. Ia boleh berbentuk fizikal seperti radiasi, jangkitan seperti rubela dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida. 2.3.2 Faktor Eksogen Pemakanan Pemakanan yang berkhasiat adalah amat penting dalam pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi segala khasiat dan membekalkan antibodi yang diperlukan oleh bayi. Keluarga Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka. Menurut Baumrind (1995), cara asuhan yang efektif ialah autoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan yang perlu diikuti. Ini kerana cara autoritatif dapat membentuk anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian.

Rakan Sebaya Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain daripada adik-beradiknya. Menurut Berk (1989), rakan sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Melalui rakan sebaya, individu memperoleh kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Individu belajar menghormati hak individu lain, bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikannya dan mematuhi peraturan kumpulan dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam kumpulan. Individu mempelajari kemahiran tersebut berperingkat-peringkat dan melalui permainan (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2002) (Rujuk Rajah 2.4). Sekolah Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih luas lingkungannya yang melibatkan rakan sebaya, rakan lain umur dan jantina, guru dan sebagainya. Di sekolah, individu boleh mempelajari tentang norma dan peraturan dalam kumpulan yang besar, hampir sama dengan masyarakat. Individu dapat belajar tentang nilai-nilai moral dengan lebih mendalam dan cara bergaul dalam masyarakat. Individu akan memenuhi kehendak masyarakat dengan mengamalkan tingkah laku yang baik dan mengetepikan yang buruk (rujuk Rajah 2.5). Tempat Tinggal Tempat tinggal merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia dari segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini termasuklah sistem moral dan nilai serta world view seseorang. Secara amnya, tempat tinggal dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan bandar adalah lebih terbuka fikirannya, optimistik, bertenaga dan bercita-cita tinggi seperti ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala individu di kawasan luar bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan individu yang lain dan mementingkan nilai-nilai murni. Individu di kawasan bandar adalah lebih individualistik berbanding dengan individu kawasan luar bandar. Media Elektronik dan Sebaran Am Pada masa kini, perhubungan manusia adalah tidak terbatas dengan kewujudan komputer. Manusia dapat bertukar maklumat dan berkomunikasi melalui internet. Dengan kata lain, manusia adalah lebih maju dalam perhubungan dan maklumat. Seorang individu boleh terpengaruh dengan

media elektronik ini seperti cara pergaulan, berpakaian, pemakanan dan sebagainya. Pusat Ibadat Kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tempat ibadat akan terdedah kepada falsafah, ajaran-ajaran cara hidup dalam pembentukan nilai, moral, pergaulan dan sebagainya. Misalnya, individu yang tinggal di Kelantan, yang dikenali sebagai serambi Mekah, sangat kuat berpegang kepada agama Islam, melarang sama sekali remaja berjudi atau minum arak. Persekitaran Dunia Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang berlaku di seluruh dunia telah menyedarkan kita untuk mewujudkan keamanan di seluruh dunia. Hasilnya, ialah individu dan rakan sebaya yang prihatin mengutip derma untuk membantu mereka. Ini bermakna, nilai individu telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi dalam skala penaakulan moral Kohlberg. TOPIK 3 : PERKEMBANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK Ciri Perkembangan Contoh Proses yang berterusan sepanjang Seorang yang sudah berumur 80 hayat. tahun juga mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dengan cucucucunya. Proses perubahan yang berlaku Apabila kaki seorang kanak-kanak akibat tindakan saling kait antara telah kuat dan mampu memikul perkembangan jasmani dan berat badan sendiri, barulah dia pembelajaran bersedia untuk belajar berjalan. Perubahan yang dialami adalah dari Seorang kanak-kanak yang belajar segi fungsi jasmani, emosi, mental merangkak meluahkan perasaan dan sosial. gembira, mempelajari bertutur dan bergaul dengan kanak-kanak lain Dipengaruhi oleh baka dan Seorang kanak-kanak dilahirkan persekitaran. Baka menentukan had dengan bakat melukis tetapi tanpa perkembangan manakala persekitaran yang memupuk bakat persekitaran akan menolong ini, dia mungkin tidak boleh perkembangan mencapai tahap yang mencapai potensinya sebagai maksimum. seorang pelukis terkenal. Proses perubahan ke arah sifat-sifat Semua kanak-kanak di dunia boleh

yang sejagat dan mengikut aturan merangkak pada peringkat umur semulajadi serta menuju ke arah satu tahun, berjalan pada umur dua yang tertentu dan dijangkakan. tahun dan bertutur pada umur tiga tahun. Ada tugas terpadat dalam semua Kanak-kanak dari kebudayaan yang kebudayaan dan timbul pada masa berlainan dapat belajar berjalan yang lebih kurang sama walaupun sebelum mencapai umur dua tahun. dalam kebudayaan yang berlainan. Ada tugas yang wujud pada umur Dalam kebudayaan rakyat Malaysia, yang berlainan mengikut tugas perkahwinan berlaku lebih kebudayaan atau kelas sosial. awal di kalangan kelas sosial bawahan berbanding dengan individu dari kelas pertengahan. Ada tugas yang berkait rapat dengan Kanak-kanak di negara yang sedang kebudayaan. membangun memasuki alam pekerjaan pada umur 15 tahun atau kurang berbanding dengan kanakkanak di negara-negara barat yang mula bekerja pada umur 18 atau lebih Ada tugas yang wujud mengikut Di negara-negara barat, terdapat keperluan kebudayaan. ramai pemandu lori atau bas yang terdiri daripada kaum wanita berbanding di negara kita. Ada tugas yang dipelajari sedikit Seseorang individu mempelajari demi sedikit dan memakan masa peranan jantina yang bermula dari yang agak lama. peringkat awal kanak-kanak sehingga awal dewasa dan apabila berkahwin, pasangan suami-isteri perlu mempelajari sedikit demi sedikit peranan seorang suami dan isteri. Ada tugas yang perlu dipelajari Seorang kanak-kanak perlu sedikit sahaja. mempelajari cara berjalan sekali sahaja. 3.2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA REMAJA 3.2.1 Awal Kanak-kanak (Bayi 6 Tahun) Perkembangan Fizikal Menurut Havighurst, kebanyakan kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 bulan sudah boleh berjalan. Otot, tulang dan saraf di kaki dan badan telah mencapai perkembangan yang sesuai. Setelah pandai berjalan,

kanak-kanak itu akan belajar berlari dan melompat. Dengan peningkatan umur, sistem penghadaman akan beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Ketika lahir, urat saraf dan otot alat-alat pertuturan sudah terbentuk. Menurut Piaget, kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dengan lebih baik. Ini jelas kelihatan pada tulisan mereka yang lebih kemas dan kemampuan mereka bermain alat muzik serta menggunakan pelbagai jenis alat pertukangan. Perkembangan seterusnya akan melibatkan ketinggian, penambahan berat badan yang akan dapat di lihat jika kanak-kanak tidak mempunyai permasalahan kesihatan. 3.2.2 Perkembangan Kognitif Teori Perkembangan Kognitif Piaget, kanak-kanak pada peringkat 0 hingga 2 tahun mengalami peringkat deria motor, iaitu kanak-kanak banyak menggunakan deria motor seperti memegang dan menghisap untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanakkanak itu tidak mempunyai konsep kewujudan objek. Ini bermakna apabila satu-satu objek yang telah dilihatnya disimpan, dia tidak akan berusaha untuk mencarinya. Perkembangan intelek pada peringkat ini adalah cepat tetapi keupayaan mental adalah terhad kepada objek yang dapat dilihat oleh kanak-kanak itu. Menurut beliau, kanak-kanak mengalami peringkat praoperasi apabila berumur antara 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak itu mula menggunakan simbol untuk mewakili pelbagai aspek persekitarannya tetapi belum berupaya untuk memanipulasinya secara mental. 3.2.3 Perkembangan Sosio-Emosi Teori Perkembangan Psikososial Erikson, bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya sejak lahir sehingga umur 1 tahun. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya, terutama dari ibu. Sebaliknya, jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna, akan wujud perasaan tidak mempercayai orang lain pada tahap ini. Tahap kedua adalah tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi, iaitu daripada umur 2 hingga 3 tahun. Kanak-kanak sudah mula mahu melakukan sesuatu perkara dengan sendiri. Mereka mula belajar makan sendiri, memakai pakaian sendiri dan dapat dilatih ke tandas. Pada tahap ini, mereka juga mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu secara bebas tanpa bergantung pada orang lain. Pada tahap tiga, tahap inisiatif lawan rasa bersalah bermula dari umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak lebih terdedah kepada pelbagai cabaran kerana mereka mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitarannya. Mereka

mengambil banyak inisiatif sendiri untuk meneroka serta melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. TOPIK 4 : PERKEMBANGAN PERSONALITI 4.1 PENGERTIAN DAN KONSEP PERSONALITI Teori Freud: Freud menyatakan bahawa personaliti akan berkembangan mengikut struktur pada masa yang sepatutnya dan personaliti juga terdapat tiga komponen iaitu id, ego dan superego. Id merupakan gejala yang semula jadi yang sedia ada dalam pemikiran seseorang dan wujud sejak lahir lagi dan berorientasikan berkehendakkan kepuasan (gratification). Ego pula dalam pandangan Freud sebagai sebahagian daripada personaliti yang menjadi panduan. Teori Erikson: Erikson berpendapat bahawa tahap-tahap psikososial seseorang individu adalah sebahagian daripada basic trust, autonomy, initiative, industry, identity, intimacy, generativity and ego integrity. Plomin (2001) pula berpendapat bahawa faktor keturunan atau baka memberi kesan yang penting kepada perkembangan personaliti seseorang, di mana tiap individu lahir dengan ciri-ciri genetik yang berkemungkinan mempengaruhi personaliti individu tersebut. Dalam erti kata lain, personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang yang mungkin diwarisi daripada baka dan keturunannya. 4.2.1 Definisi dan Elemen Personaliti Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang. Ia dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara ia menyelesaikan masalah. Sementara itu, Murugian (1996) pula telah menghuraikan personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. 4.2.2 Jenis Personaliti Kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka. Eysenck dan Cookson (1961) telah membuat kajian di kalangan pelajar sekolah rendah di Staffordshire, dan beliau mendapati pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ektrovert. Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot, 1972; Anthony, 1977 dan

Riding 1979). Dalam kajian lain, Johnson (1997) juga mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dengan pencapaian akademik. Melalui kajian, pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding dengan pelajar perempuan. Kajian awal Eysenck (1965) ke atas kanak-kanak berumur 7-16 tahun menunjukkan bahawa kanak- kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar perempuan. Bagi pelajar yang introvert, Rita Dunn et al, (1989) menunjukkan bahawa pelajar pintar cerdas terdiri daripada pelajar yang introvert, di mana mereka lebih cenderung belajar bersendiri daripada belajar berkumpulan.

harian. Individu yang mempunyai kecerdasan tinggi biasanya lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan sementara individu yang mempunyai kecerdasan yang rendah akan mengalami perkembangan personaliti yang negatif. Emosi juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti kerana ia tindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Persekitaran Dari aspek persekitaran, peranan rakan sebaya, pengaruh sekolah dan guru, pengaruh keluarga, masyarakat serta pengalaman awal kanak-kanak amat penting dalam membawa perubahan kepada personaliti seseorang itu. 4.3 MEMAHAMI PERSONALITI PELAJAR Memahami Pelajar Bermasalah Pendekatan Menangani Pelajar Bermasalah Strategi Mewujudkan Perkembangan Konsep Diri yang Positif dalam Darjah TOPIK 5 : PERBEZAAN INDIVIDU 5.1 DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU Daripada definisi diberi dapat difahami bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu, seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Temperamen adalah tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagian besar diwarisi daripada ibu bapa seseorang. Sekiranya ibu bapa mempunyai tingkah laku yang bersopan santun, anak-anak akan mewarisi tingkah laku yang sama. Tahap tenaga pula merujuk kepada keadaan fizikal seseorang semasa terlibat dalam aktiviti, sama ada bertenaga, berstamina atau mudah penat. Misalnya, ketika kegiatan sukan dilakukan, terdapat individu yang mudah penat dan tidak mampu bersukan melebihi tahap tertentu.

4.2.3 Perubahan Personaliti Genetik Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1987), bentuk tubuh badan boleh mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak langsung. Kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti seseorang kerana membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah

Manakala, pola persahabatan merujuk kepada aktiviti persahabatan dalam sesuatu kumpulan. Menurut Moreno (1953), persahabatan boleh diukur melalui teknik sosiometri dan beberapa pola persahabatan boleh dikenal pasti dan boleh dipetakan dalam bentuk rajah sosiogram. Pola-pola persahabatan itu ialah seperti bintang, dyad, klik, rantai, pencilan dan singkiran. Pola-pola ini akan dijelaskan kemudian.

5.2 ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Dalam kajian tentang perkaitan antara skor ujian kecerdasan dan kebolehan akademik umum, Maccoby dan Jacklin (1974) (dalam Banks & Thompson, 1995) mendapati pelajar perempuan lebih baik dari segi kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara itu, pelajar lelaki pula lebih baik dalam tugasan membaca peta, teka silang kata, tekateki atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki juga mempunyai pencapaian yang baik dalam matematik, seperti dalam tugasan geometri. 5.2.2 Fizikal

Sheldon (1942) (dalam Roediger et al. 1996) misalnya telah mengkategori temperamen mengikut bentuk badan. Menurutnya, ada tiga kategori bentuk badan: (i) Endomorf, iaitu individu yang bertubuh bulat; (ii) Mesomorf, iaitu individu yang mempunyai tubuh dengan otototot yang kuat; dan (iii) Ektomorf, iaitu individu yang kurus dan tinggi. 5.2.3 Kognisi Kajian menunjukkan individu adalah berbeza dari segi kebolehan kognitif seperti menaakul, berfikiran logis, kebolehan berbahasa, mengira dan berimaginasi. Plato pernah berbincang tentang perbezaan individu dari segi kecerdasan, seawal 2000 tahun yang lalu. Begitu juga Galton (1865) serta Alfred Binet, Simon dan Terman (1916), yang mendapati individu berbeza dari segi kecerdasan. Alfred Binet (1905) mengatakan seseorang yang cerdas ialah orang yang keupayaan mentalnya lebih daripada kawan-kawan yang sama umur dengannya. Piaget pula mengaitkan kecerdasan dengan cara individu mengadaptasi kepada persekitaran. Menurut Woolfolk (1997), teori-teori kecerdasan yang awal membincangkan, pertamanya tentang keupayaan untuk belajar; kedua, keseluruhan pengetahuan yang telah individu peroleh; dan ketiganya, kebolehsuaian seseorang kepada situasi atau persekitaran baru.

5.2.1 Jantina Perbezaan jantina sangat penting dalam masyarakat Asia. Kanak-kanak lelaki sejak kecil lagi telah ditanamkan dengan sifat berani dan dianggap ketua keluarga. Keluarga yang tiada anak lelaki dianggap satu kekurangan besar dalam sesetengah masyarakat Asia. Oleh itu, biasanya ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi kepada anak lelaki untuk berjaya dalam pelajaran.

5.2.4 Personaliti Perkataan personaliti adalah berasal daripada perkataan pesona yang bermakna topeng muka. Tafsiran kepada topeng muka ialah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk (Mohd. Saleh Lebar, 1994). Seterusnya, Adler (1948) mendefinisikan personaliti sebagai gaya atau stail hidup seseorang manusia. Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai penyusunan sistem psiko fizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. Freud pula telah mengemukakan facets of personality yang mengandungi id, ego dan superego. 5.2.5 Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat, sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Witkin (1940) telah mengenal pasti dua gaya kognitif, iaitu gaya belajar bergantung latar (field dependence) dan gaya belajar bebas latar (field independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global, sementara individu yang bergaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Grasha dan Reichmann melihat gaya belajar dalam enam dimensi, iaitu gaya belajar: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) bergantung, bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing, dan melibat diri.

(ii) pemerhatian reflektif, (iii) perkonsepan abstrak, dan (iv) percubaan aktif. 5.2.6 Kesihatan Sebahagian besar pelajar terdiri daripada pelajar yang sihat, riang, cerdas dan normal. Antara sifat pelajar yang sihat dan normal ialah kelihatan cergas, riang, suka bertanya dan suka membaca, mendengar pengajaran guru dengan penuh perhatian, menjawab soalan dengan betul, suka menulis dan melukis, aktif dan suka melibatkan diri dalam permainan, pandai bersosial dan mempunyai sahabat, mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, kreatif serta bercita-cita tinggi. Pelajar yang tidak sihat pula selalu kelihatan lemah, kurang bertenaga untuk belajar, lemah dalam pencapaian akademik, malas menulis, tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran guru, tidak mempunyai kawan dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Pelajar juga ada kalanya kurang sihat jika mereka mempunyai penyakit seperti asthma atau lelah, talassemia, hepatitis B, hemofilia, anemia, alahan dan lain-lain. 5.2.7 Sosial Pelajar sekolah rendah dan menengah memang suka bermain dan melalui permainan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, pelajar yang suka bermain dan aktif biasanya mempunyai lebih ramai kawan daripada yang tidak suka bermain atau tidak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau kesenian. Di dalam bilik darjah terdapat beberapa pola persahabatan yang boleh dikenal pasti melalui soalan sosiometri. 5.2.8 Bangsa/Bahasa Akibat daripada migrasi ini, penduduk di sesebuah negara terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa, berbeza dari segi bahasa pertuturan, kebudayaan, gaya hidup, agama serta sistem kepercayaan dan nilai. Ramai ahli psikologi dan pendidik di Amerika Syarikat berpendapat sudah tiba masanya diperkenalkan kurikulum yang berbilang budaya (multicultural) dan juga subjek silang budaya supaya timbul persefahaman antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Selain itu, tibalah masanya pihak-pihak berkuasa memberi layanan yang sama rata kepada semua rakyat, termasuk kumpulan minoriti. 5.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN INDIVIDU 5.3.1 Faktor Baka

Keenam-enam gaya belajar ini adalah berdasarkan kepada 3 skala bipolar, iaitu: (i) sikap terhadap pembelajaran; (ii) pandangan dan reaksi terhadap guru dan rakan sebaya; dan (iii) prosedur bilik darjah. Kolb (1984) pula telah mengemukakan teori pembelajaran pengalaman yang mengandungi gaya belajar dalam empat peringkat pengalaman, iaitu: (i) pengalaman konkrit,

Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya. Setiap orang akan mewarisi sebahagian besar paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Baka diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka semasa percantuman sel sperma yang mengandungi 23 kromosom dengan sel ovum yang mengandungi 23 kromosom untuk membentuk sel anak yang terdiri daripada 46 kromosom. (a) Ibu bapa Authoritarian Mengenakan peraturan dan hukuman kepada anak-anak mereka. Mahukan anak-anak patuh dan menghormati mereka. Pertuturan lisan antara ibu bapa dengan anak adalah terhad dan tidak digalakkan. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga begini biasanya tidak dapat bersosial dengan baik. Mereka bimbang tentang pertandingan, gagal menunjukkan inisiatif dalam aktiviti dan kurang kemahiran dalam komunikasi. (b) Ibu bapa Authoritatif Menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka. Anak-anak dibenarkan bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak mereka. Anak-anak yang dibesarkan dengan cara ini menunjukkan tingkahlaku bersosial yang baik. Kanak-kanak tersebut dapat berdikari dan bergaul dengan baik dengan rakan sebaya, bersabar dan mempunyai harga diri yang tinggi. (c) Ibu bapa Mengabaikan Anak Mereka bertindak permisif, iaitu tidak terlibat dengan kehidupan anak-anak mereka. Mereka sibuk dengan hal lain dan tidak sedar tentang tingkah laku anakanak mereka. Anak-anak daripada keluarga begini tidak dapat bersosial dengan baik. Mereka tidak dapat mengawal diri jika diberi kebebasan dan tidak bermotivasi pencapaian. (d) Ibu bapa Indulgent Ibu bapa terlibat dengan anak-anak tetapi kurang mendisiplinkan anak-anak mereka.

5.3.2 Faktor Persekitaran Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Ini bermakna persekitaran merupakan perkaraperkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu (Papalia, 2001). Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat.

Ibu bapa begini percaya bahawa, dengan membenarkan anak-anak mereka berbuat sesuka hati, ia akan menghasilkan anak-anak yang kreatif dan berkeyakinan tinggi. Akibatnya, anak-anak mereka gagal mengawal tingkah laku apabila berada dalam masyarakat. Ini disebabkan mereka tidak menitik-beratkan perkembangan individu yang menyeluruh, iaitu seseorang boleh diberi kebebasan, tetapi perlu ada had. Kanak-kanak perlu diajar mematuhi peraturan dan berdisiplin sebab hidup bermasyarakat memerlukan peraturan supaya wujud keadaan yang harmonis. 5.4 TEORI BERKAITAN PERBEZAAN INDIVIDU 5.4.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner sistem mikro, Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lainlain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina persekitaran tersebut. sistem meso, Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. sistem ekso, Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu persekitaran (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka

dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajarpelajar di daerah tersebut. sistem makro, dan Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir atau Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggung jawab yang sama antara lelaki dengan perempuan. sistem krono. Sistem krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar. Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru media, generasi post-sexual-revolution dan generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar (dispersed, deconcentrated cities). 5.4.2 Teori Perkembangan Pergerakan (Motor) Arnold Gesell (a) Peringkat Pertama (Lahir 1 Tahun) Umur 1 bulan bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti tangisan ketika lapar, lampin basah dan perlukan belaian. Umur 4 bulan mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak. Umur 6 bulan bayi boleh menggenggam objek. Umur 7 bulan bayi boleh duduk dan merangkak. Umur 12 bulan bayi boleh berdiri dengan berpaut pada kerusi. (b) Peringkat Kedua (1 - 2 Tahun) Mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuh. Mula memahami makna jangan. Umur 2 tahun bayi boleh berjalan. (c) Peringkat Ketiga (2 - 3 Tahun)

Kanak-kanak boleh makan sendiri. Kanak-kanak boleh bercakap menggunakan ayat mudah. Kanak-kanak boleh berlari. (d) Peringkat Keempat (3 - 4 Tahun) Kanak-kanak boleh menunggang basikal beroda tiga. Kanak-kanak boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. (e) Peringkat Kelima (4 - 5 Tahun) Kanak-kanak mula bersosialisasi. Kanak-kanak mula mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanak-kanak bersedia untuk ke kelas prasekolah atau tadika. 5.4.3 Teori Tugas Perkembangan Havighurst Tugas perkembangan bermaksud jangkaan dan harapan ibu bapa serta masyarakat tentang pencapaian sesuatu tingkah laku oleh seseorang kanakkanak pada peringkat umur tertentu (Atan Long,1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat bahawa tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran. Dalam hayat seseorang, daripada lahir hingga ke dewasa dan tua, dia harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat atau budaya di mana seseorang individu itu tinggal. Teori Havighurst (1952) menegaskan bahawa perkembangan seseorang kanakkanak sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Perbezaan individu terjadi disebabkan oleh pengaruh persekitaran yang berbeza. 5.4.4 Teori Perkembangan Psikososial Erikson Mengikut Erikson (1902-1994), seseorang kanak-kanak akan melalui lapan tahap perkembangan sepanjang hayatnya, yang penuh dengan krisis. Tahap 1 - Percaya Lawan Tidak Percaya Pada tahap ini bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya, terutama daripada ibu. Sebaliknya, jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna, akan wujud perasan tidak mempercayai orang lain pada tahap ini. Menurut Erikson, sikap kepercayaan ini akan memudahkan seseorang individu berhadapan dengan masalah dan mencari jalan penyelesaian. Ini

bermakna, cara penjagaan bayi oleh ibu bapa amat penting dalam mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut. Tahap 2 - Autonomi Lawan Rasa Malu/Sangsi Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula mahu melakukan sesuatu perkara dengan sendiri. Mereka sudah mula belajar makan sendiri, memakai pakaian sendiri dan sudah dapat dilatih ke tandas. Pada tahap ini juga mereka mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu secara bebas tanpa bergantung pada orang lain. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Ibu bapa perlu memberi galakkan dan dorongan kepada kanak-kanak tersebut dan membantu mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Tahap 3 - Inisiatif Lawan Rasa Bersalah Kanak-kanak pada tahap ini lebih terdedah kepada pelbagai cabaran kerana mereka mula terdedah dan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Mereka mengambil banyak inisiatif sendiri untuk meneroka serta melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Ada kalanya mereka akan cuba melakukan sesuatu perkara yang tidak setimpal dengan usia mereka, seperti cuba membantu ibu memasak, membasuh dan sebagainya. Keadaan ini juga disebabkan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak pada tahap ini juga telah bertambah. Ibu bapa yang suka mengkritik atau mengenakan dendaan terhadap tingkah laku kanak-kanak, yang disebabkan perasaan ingin tahu ini, akan menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai perasaan rasa bersalah pada diri dan tidak berinisiatif dalam melakukan sesuatu aktiviti. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan suka mengasingkan diri dan akan menimbulkan masalah apabila kanak-kanak tersebut mula memasuki alam persekolahan. Tahap 4 - Industri Lawan Rasa Rendah Diri Pada tahap ini, kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, iaitu berada di sekolah rendah. Pada tahap ini, guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak tersebut kerana sebahagian besar masa kanak-kanak tersebut dihabiskan di sekolah dan bermain. Pemikiran mereka mulai mencapai tahap operasi konkrit dan mereka berupaya membuat transformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan dan mula berfikiran logik. Sekiranya kanak-kanak pada tahap ini diberi sesuatu tugasan atau aktiviti, mereka akan melakukannya dengan penuh minat dan ketekunan. Guru dan ibu bapa perlulah sentiasa memupuk dan membimbing kanak-kanak tersebut, kerana dengan cara ini akan dapat memupuk sikap rajin dalam diri kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, jika

kanak-kanak tersebut sentiasa dimarahi dan dikritik dalam segala tugasan yang diberikan dan kerja-kerja yang dihasilkannya tidak dihargai, ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa rendah diri dan kurang yakin kepada kebolehannya. Tahap 5 - Identiti Lawan Kekeliruan Peranan Tahap ini melibatkan remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Pada tahap ini, remaja akan cuba berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Menurut Erikson, pada tahap ini remaja mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan kepada persoalan Siapa aku?. Mereka juga mula memikirkan diri mereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Usaha remaja mencari identiti mungkin menjadi bertambah sukar dengan terdapatnya pelbagai pilihan yang mungkin. Sekiranya usaha mereka ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat. Tahap 6 - Kemesraan Lawan Pengasingan Diri Menurut Erikson, pada tahap ini individu mula membentuk hubungan yang akrab dan rapat, terutama dengan rakan berlainan jantina. Mereka mula memikir soal teman hidup, percintaan, hinggalah membawa kepada dunia perkahwinan. Bagaimanapun, mereka yang gagal dalam membina hubungan yang akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan; akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian. Tahap 7- Generativiti Lawan Pemusatan Kendiri Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha mencapai tahap generativiti. Pada tahap ini, individu akan mula memikirkan soal-soal yang berkaitan dengan kekeluargaan, mula mengambil berat tentang orang lain dan mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan generasi akan datang. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna sekiranya mereka berjaya membentuk anak-anak menjadi orang yang berjaya dan berguna kepada bangsa dan negara. Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa Tahap ini merupakan tahap akhir dewasa. Pada tahap ini, individu akan mula memikirkan kembali apa yang telah berlaku dalam kehidupannya selama ini. Sekiranya individu tersebut berjaya mengatasi konflik pada tahap-tahap yang sebelum ini, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan dalam dirinya dan sebaliknya, jika kehidupannya dipenuhi dengan kegagalan dan peristiwa-peristiwa yang pahit, ini akan mewujudkan perasaan rasa putus asa dalam diri individu tersebut. 5.5 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran dibincangkan dari segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran, tingkahlaku mengganggu pengajaran, perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar dan perbezaan personaliti. Kesediaan Belajar Oleh kerana pelajar-pelajar dalam satu kelas mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama pelajar-pelajar yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan akan menjadi students at risk, iaitu pelajar yang berkemungkinan besar akan gagal dan menjadi pelajar tercicir. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak merasa bosan. Tingkahlaku Mengganggu Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkah laku disruptif atau destruktif, yang akan mengganggu perhatian pelajar-pelajar lain semasa pengajaran dan pembelajaran. Contoh tingkah laku disruptif ialah hiperaktif, bising, agresif, ketawa kuat. Contoh tingkah laku destruktif pula ialah vandalisme, permusuhan nyata terhadap guru, tidak menghormati guru dan merosak harta benda guru yang tidak disukai; menjadi anggota kumpulan samseng atau kongsi gelap di luar sekolah, mengugut untuk mencederakan pelajar lain, menumbuk dan memukul pelajar lain, membuli dan memeras ugut wang dari pelajar yang lebih kecil atau lemah. Ada juga pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku mengganggu yang positif seperti menyudahkan kerja cepat, selalu bertanya, proaktif dan hendak tahu mengenai sesuatu tajuk pelajaran yang belum diajar. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbeza-beza. Ada yang belajar secara audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal (rujuk Jadual 3.2). Terdapat pelajar yang cepat menghantar tugasan dan terdapat juga pelajar yang selalu lambat menghantar tugasan. Perbezaan Personaliti Guru juga akan mendapati pelajar-pelajar di kelasnya berbeza dari segi personaliti. Ada yang pintar tetapi pendiam, ada pula yang pintar dan ramai kawan, ada juga pelajar yang peramah dan ramai kawan, terdapat juga pelajar yang suka bersendirian dan pendiam. Selain itu, terdapat pelajar yang berfikiran terbuka, riang dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam kumpulan. Sebaliknya, terdapat pula pelajar-pelajar yang suka membuat kerja sendirian dan memandang orang lain kurang berkebolehan daripadanya. Oleh itu, terdapat pelajar yang bermasalah untuk menyesuaikan dirinya dengan kawan- kawan lain. 5.6 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU Peranan guru dalam menghadapi perbezaan individu dibincangkan dari segi kaedah kumpulan, program pengayaan dan pemulihan, pengajaran terancang/modul/bahan multi-media, pembelajaran koperatif, peneguhan positif dan negatif, pengagihan tugas mengikut minat dan kebolehan, pengajaran dan pembelajaran individu, mempelbagaikan bentuk penilaian, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

Kaedah Kumpulan Oleh kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan, guru bolehlah membentuk kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka. Ini memudahkan guru untuk menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap pelajarnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian pelajar perlu dicatat dari masa ke masa. Program Pengayaan dan Pemulihan Untuk kumpulan-kumpulan yang diagihkan mengikut tahap keupayaan, setelah pelajar-pelajar menyudahkan latihan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru bolehlah menyediakan bahan pengayaan untuk kumpulan cerdas dan bahan pemulihan untuk pelajar yang lambat. Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multi-media Guru juga boleh menyediakan modul-modul pembelajaran terancang atau perisian e-learning dalam komputer, bersesuaian dengan pelajar cerdas, sederhana dan lambat. Kaedah ini dapat memenuhi keperluan individu yang berbeza. Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat pelajar cerdas dan pelajar lambat. Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat. Pelajar cerdas akan berusaha membantu pelajar lambat bersungguh-sungguh, kerana markah yang diperoleh setiap individu dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Semangat bekerjasama semakin tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana pelajar yang cerdas akan membimbing pelajar yang lambat dalam zon perkembangan proksimal. Ada kalanya pengajaran oleh rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh rakan pelajar yang lebih mahir. Peneguhan Positif dan Negatif Tahap ini melibatkan remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Pada tahap ini, remaja akan cuba berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Menurut Erikson, pada tahap ini remaja mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan kepada persoalan Siapa

aku?. Mereka juga mula memikirkan diri mereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Usaha remaja mencari identiti mungkin menjadi bertambah sukar dengan terdapatnya pelbagai pilihan yang mungkin. Sekiranya usaha mereka ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat. Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan Guru hendaklah menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir dan berkembang seterusnya. Pengajaran dan Pembelajaran Individu Guru perlu mengadakan bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk pelajar yang lambat. Aktiviti pengajaran-pembelajaran harus sesuai dengan keupayaan dan minat pelajar. Contohnya, untuk pelajarpelajar Tahun 4 dan 5, mereka suka membuat latihan yang menyeronokkan, seperti teka silang kata. Sekiranya mereka lemah dalam bahasa, guru boleh menyediakan latihan berbentuk teka silang kata bahasa. Ada kalanya membuat model bersama pelajar akan menambahkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Contohnya, belajar bahasa Inggeris bagi sesetengah pelajar adalah membosankan, tetapi sekiranya guru membuat model rumah bersama pelajar menggunakan kotak dan selepas itu dilabelkan dalam bahasa Inggeris untuk tempat-tempat di dalam rumah tersebut, ini akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan kepada pelajar. Mempelbagaikan Bentuk Penilaian Penilaian kertas dan pensil tidak akan dapat menggambarkan kecerdasan sebenar seseorang pelajar. Untuk menggalakkan kreativiti, guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, menilai hasil kerja pelajar, buku skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-lain. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Guru harus mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti perbincangan dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Memulakan pelajaran dengan induksi set yang menarik, seperti tayangan video, bercerita, mendengar lagu, bernasyid dan lain-lain. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar

Pembelajaran melalui akhbar dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda pelajar berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati dalam surat khabar. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, seperti penyampaian maklumat melalui transparensi, melalui web atau pencarian internet, menyampaikan maklumat melalui carta dan lain-lain. Ini adalah sesuai kerana dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestetik. TOPIK 6 : PERSONALITI DAN PEMBELAJARAN 6.1 APAKAH ITU PERSONALITI? Personaliti atau sahsiah boleh ditafsirkan sebagai ciri-ciri yang miliki oleh seseorang yang mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingakah lakunya dalam pelbagai situasi (Ryckman, 2004). Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin persona yang bermakna topeng. Kita kerap mendengar orang seseorang itu mempunyai personaliti peramah atau dia seorang lemah lembut dan baik hati. Sebaliknya, kita memerihalkan seorang sebagai mempunyai personaliti agresif sekiranya dia menunjukkan tingkah laku agresif. 6.2 KLASIFIKASI PERSONALITI Ahli falsafah dan psikologi telah cuba mengklasifikasi personaliti. Contohnya, ahli falsafah Yunani awal telah mengelaskan personaliti kepada EMPAT jenis tertakluk kepada banyaknya cecair badan (bodily fluids). 1. Sanguine (orang yang mudah bercampur gaul, sangat minat dan puas dengan apa yang dimiliki), 2. Melancholic (orang yang sedih, resah, bimbang dan serius), 3. Choleric (orang yang mudah panas baran) and, 4. Phlegmatic (orang yang pasif, tenang dan terkawal).

Tugas pembelajaran yang melibatkan kerja kumpulan dan kolaborasi Tugas pembelajaran yang terbuka dan melibatkan inkuiri

2. Pelajar Introvert berkemungkinan tinggi berjaya dalam: Tugas pembelajaran yang berstruktur dan tersusun Tugas pembelajaran yang melibatkan analisis dan penyelesaian masalah Tugas pembelajaran yang diselesaikan perseorangan 6.4 KONSEP KENDIRI Konsep kendiri fizikal melibatkan pertanyaan seperti Saya seorang cantik, Saya suka rambut saya. Konsep kendiri sosial melibatkan pertanyaan seperti; Saya disukai oleh kawan-kawan saya. Konsep kendiri akademik melibatkan pertanyaan seperti; Saya diantara pelajar terbaik dalam kelas, Rakan-rakan saya menganggap saya seorang yang pandai dalam matematik. Mempertingkatkan Konsep Kendiri Kanak-Kanak Konsep kendiri dipelajar. Tidak sesiapa yang dilahirkan dengan sesuatu konsep kendiri. Ia wujud awal lagi dan dibentuk akhibat daripada pelbagai pengalaman yang dilalui. Oleh kerana konsep kendiri dipelajar ia boleh diubah atau pertingkatkan. Konsep kendiri kanak-kanak oleh dipertingkatkan sekiranya dia melihat dirinya: Diterima oleh orang lain Sebagai boleh melakukan sesuatu Lebih yakin Selamat Disayangai Disanjung tinggi Boleh berdikari TOPIK 7 : PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN KERENCATAN MENTAL 7.1 DEFINISI BERMASALAH PEMBELAJARAN PENGENALAN Samuel Kirk (1963) Mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.

6.3 PERSONALITI DAN PEMBELAJARAN Keresahan Keresahan ialah suatu keadaan emosi yang terdiri daripda perasaan ketegangan, was-was dan ketakutan (Spielberger, 1972). Keadaan emosi ini boleh menjejaskan pembelajaran dan dipamerkan oleh tangan berpeluh, kadar tekanan darah yang tinggi, kegelisahan dan juga kemarahan. Keresahan juga mempunyai aspek positif kerana ia menggalakkan minat dan membantu pelajar belajar dengan lebih kuat. Kajian yang dijalankan oleh Sarason (1959, 1961) menunjukkan bahawa keresahan yang melampau boleh menjejaskan pembelajaran. Keresahan wujud sebagai satu kontinum dari Keresahan Tinggi kepada Keresahan Rendah. Keresahan Tinggi Gelisah Bercampur gaul Impulsif atau tergesa-gesa Sukar menumpukan perhatian Tidak suka prosedur kompleks Berorientasikan tugas Terpengaruh oleh pendapat umum Keresahan Rendah Tenang Mengasingkan diri Tidak impulsif Mudah menumpukan perhatian Suka prosedur kompleks Berorientasikan konseptual Terpengaruh oleh nilai sendiri

Ekstrovert-Introvert dan Pembelajaran Penyelidikan yang mengaitkan ekstrovert-introvert dengan pembelajaran tidak konsisten. Bagaimana pun, secara umum: 1. Pelajar Ekstrovert berkemungkinan tinggi berjaya dalam: Tugas pembelajaran yang memerlukan pemprosesan maklumat yang pantas

Akta Masalah Pembelajaran Spesifik , 1969 Kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dan kekurangan persepsi, Kecederaan otak, Ketidakfungsian otak yang minima, Disleksia dan lain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya, 1997 Kebolehan mendengar yang tidak sempurna, Kebolehan berfikir yang tidak sempurna, Kebolehan bertutur yang tidak sempurna, Kebolehan membaca yang tidak sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) Mentakrifkan bermasalah pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan kognitif; Tingkah laku sosial; Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan; Penguasaan membaca; dan Kemahiran matematik. 7.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN 7.3 KERENCATAN MENTAL Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang, dan tidak dapat memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Takrifan ini terlalu umum kerana ia juga memerihalkan kelemahan yang dialami oleh individu biasa atau normal tetap tidak dikategorikan sebagai kerencatan mental

Penentuan Kendiri

Selain kemahiran hidup, kurikulum untuk pelajar kerencatan mental perlu memberi perhatian kepada memperkembangkan penentuan-kendiri (selfdetermination). Penentuan-kendiri ialah tahu memilih, tahu apa yang dihendaki dan tahu bagaimana mendapatkannya (Martin & Marshall, 1995). Untuk mempertingkatkan kebolehen ini, pelajar kerencatan mental mesti diberi peluang untuk membuat pemilihan sendiri, bebas memilih untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, tinggal dengan siapa sahaja yang mereka ingini, kuasa untuk menentukan barang yang ingin dibeli, tanggungjawab mengurus masa dan sebagainya. 7.5 KAEDAH MENGAJAR PELAJAR KERENCATAN MENTAL Analisis Tugas: Sesuatu kemahiran yang hendak diajar dijelaskan dengan terperinci dan di bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, bahagian-bahagian kecil tersebut disusun mengikut urutan yang dapat meningkatkan kefahaman. Juga, bagi setiap bahagian, tempoh masa untuk menguasinya dinyatakan. Penilaian: Penilaian kerap dilakukan untuk memastikan sama ada sesuatu bahagian kecil itu dikuasai atau tidak. Sekiranya, penilaian tidak dilakukan, kesilapan yang dibuat oleh pelajar tidak dapat dikesan. Jika dibiarkan, pelajar akan terus melakukan kesilapan tersebut tanpa mengetahui. Bagi pelajar kerencatan mental ini boleh membawa kesan yang buruk kepada dirinya. Kurikulum Berfungsian Clark (1994) mencadangkan bahawa guru boleh menentukan apakah yang patut ditekankan dalam kurikulum dengan mencari jawapan kepada soalansoalan berikut: Sejauh manakah pengetahuan dan kemahiran yang hendak dipelajari itu difikir penting oleh pelajar untuk masa kini dan masa depannya? Adakah ibu bapa berpendapat sesuatu pengetahuan dan kemahiran itu penting untuk masa kini dan masa depan anak mereka? Sejauh manakah pengetahuan dan kemahiran yang hendak diajar itu bersesuaian dengan umur dan tahap kefungsian intelektual pelajar? Apakah akibatnya jika pelajar tidak menguasai pengetahuan dan kemhiran tersebut? Gerak Balas Aktif: Menentukan bahawa pelajar terlibat secara aktif dan setiap gerak balas pelajar dicatat. Contohnya, bilangan perkataan yang disebut, bilangan masalah matematik yang diselesai dan bilangan ayat yang ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur untuk menggalakkan pelajar memberi respons yang dipantau dengan rapi supaya maklum balas yang bermakna dapat diberikan. Maklum Balas: Pelajar kerencatan memerlukan makluma balas serta merta tentang usaha mereka. Maklum balas merupakan pujian atau peneguhan positif lain bagi jawapan atau tingkah laku yang betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar diberi galakkan dan peluang untuk membetulkannya. Maklum balas hendaklah tepat, serta merta, positif dan kerap. Contohnya, Kamu dapat membaca 90 perkataan hari ini. Itu 10 lebih daripada semalam. Bagus. Kadang kala, pelajar kurang upaya tidak sabar mencuba berkali-kali untuk mendapat jawapan yang betul. Adalah dicadangkan guru membantu

7.4 KURIKULUM UNTUK PELAJAR KERENCATAN MENTAL

pelajar mendapat jawapan yang betul. Lama-kelamaan, bantuan itu dikurangkan hingga pelajar mencuba sendiri. Pemindahan Pembelajaran: Pemindahan berlaku apabila sesuatu kemahiran atau tingkah laku yang dipelajari digunakan dalam situasi yang berlainan. Bagaimana ini dapat digalakkan? Salah satu cara ialah untuk memberi pelajar peluang mengamal seusuatu kemahiran dalam situasi berlainan. Contohnya, pelajar dibawa ke padang permainan untuk mempraktik kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah. TOPIK 8 : PSIKOLOGI MASALAH EMOSI, AUTISME DAN SINDROM DOWN 8.1 DEFINISI PELAJAR BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA, 1990) menggunakan istilah gangguan emosi (emotional disturbance). Seseorang didefinisikan sebagai mengalami gangguan emosi mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang dan hal tersebut mempengaruhi pencapaian akademiknya. Ketidakupayaan untuk belajar yang tidak ada kaitan dengan kekurangan kebolehan intelektual (seperti kerencatan mental), kekurangan sesuatu deria (seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran) atau faktor kesihatan (seperti penyakit sawan). Ketidakupayaan untuk membina hubungan sosial yang berkekalan dengan rakan sebaya dan guru. Mudah merasai sedih dan kerap mengalami depresi. Menunjukkan simpton-simpton fizikal (seperti pening kepala, muntah, sakit perut) serta ketakutan kepada sesuatu. 8.2 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU 1. Tingkah Laku Luaran dan Tingkah Laku Dalaman Heward (2003) menyifatkan kanak-kanak bermasalah emosi sebagai mereka yang mempamerkan tingkah laku yang melanggari nilai-nilai norma masyarakat. Terdapat dua dimensi tingkah laku yang dipamerkan; iaitu, tingkah laku luaran dan tingkah laku dalaman. Yang penting ialah, kedua-dua dimensi tingkah laku ini mempengaruhi pencapaian akademik dan hubungan sosial. Tingkah Laku Luaran: Bentuk tingkah laku yang biasa dilakukan oleh kanak bermasalah emosi adalah tingkah laku antisosial atau tingkah laku luaran (external behaviour). Contohnya, kerap membangun dari tempat duduk, menjerit, bercakap kuat, memaki hamun, mengganggu rakan, memukul, bergaduh, tidak menghiraukan guru, kerap mengadu, bertengkar

keterlaluan, menipu, merosakkan harta benda, tidak mematuhi peraturan, kerap merajuk, tidak mengikuti arahan guru dan tidak menyiapkan kerja sekolah (Walker, 1997). Tingkah laku yang tidak mematuhi peraturan atau tidak mengendahkan arahan (noncomplicance) merupkan ciri utama tingkah laku kanak-kanak bermasalah emosi (Rhode, Jensen & Reavis, 1998). Tingkah Laku Dalaman: Tidak semestinya semua kanak-kanak bermaslah emosi, mempamerkan tingkah laku yang kita dapat lihat. Segolongan kanakkanak bermasalah emosi mempamerkan tingkah laku dalaman (internal behaviour) seperti mengasingkan diri, duduk perseorangan dan tidak mahu bercampur gaul dengan orang lain atau bermain dengan rakan-rakan mereka. Lazimnya, mereka tidak mempunyai kemahiran sosial yang diperlukan untuk mencari kawan. Mereke lebih gemar melibatkan diri dalam dunia khayalan dan fantasi. Kadang kala mereka mengadu sakit, tertekan dan takut pada sesuatu tanpa sebab. 2. Pencapaian Akademik Jika dilihat dari segi akademik, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku mempunyai tahap intelektual yang sederhana dan tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Ramai di antara mereka tidak dapat membaca pada tahap yang memuaskan. Mereka menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran dan kurang memberi tumpuan kepada tugasan-tugasan yang diberi (De Paepe, Shores, Jack, & Denny, 1996). Ini disebabkan oleh tabiat kerja yang tidak memadai serta kemahiran memberi perhatian yang tidak memuaskan. 3. Hubungan Sosial Kanak-kanak bermasalah emosi menghadapi kesukran bercampur gaul atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku luaran seperti keganasan dan keagresifan mungkin dilakukan terhadap rakan sekelas. Kanak-kanak ini tidak mempunyai kemahiran untuk membataskan tingkah laku mereka. 4. Jenis-jenis Masalah Emosi Spesifik
Ciri-ciri Mudah panik, sakit kepala, sakit perut, menangis dan ketawa tanpa sebab. Ketakutan keterlaluan terhadap sesuatu objek atau situasi (seperti takut kepada sekolah, ketinggian). Menanggap diri sebagai gemuk dan tidak menarik. Badan yang kurus, kulit kering, rambut gugur, tidak selera makan dan menyorok makanan.

Jenis Masalah Masalah Keresahan Fobia (Phobia) Anorexia

Bulimia Membisu secara terpilih (Selective Mutism) Skizofrenia (Schizophrenia)

Makan berlebihan tetapi sengaja memaksa diri untuk muntah apa yang dimakan. Sengaja tidak mahu bercakap, kadang kala hingga beberapa bulan. Halusinasi (mendengar suara dalam minda), terlalu takut tanpa sebab, merasa diri dianayai, kurang bercakap.

8.3 INTERVENSI PENDIDIKAN 1. Pengajaran Kemahiran Sosial Kemahiran sosial adalah komponen kurikulum yang penting untuk pelajar bermasalah emosi dan tingkah laku. Ramai dari kanak-kanak ini mempunyai masalah untuk berbual dengan kawan, menunjukkan perasaan mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan dan memberi respons dengan cara yang positif dan membina. Mereka sering terlibat dalam pergaduhan kerana kurang kemahiran sosial atau menghadapi dengan tenang peristiwa yang kurang menyenangkan. 2. Pengajaran Kemahiran Akademik Pengajaran kemahiran akademik kepada pelajar bermasalah emosi harus ditekankan dan tidak boleh diabaikan. Kebanyakan pelajar bermasalah emosi lemah dalam kemahiran akademik terutama bagi kemahiran membaca, menulis dan mengira. 3. Pengurusan Tingkah Laku (a) Pendekatan Mendisiplin Pelajar: Secara tradisional, disiplin di sekolah hanya memberi fokus kepada penggunaan denda dalam usaha untuk mengawal tingkah laku yang tidak sesuai. Penggunaan denda tidak berkesan dalam pengurangan salah laku untuk jangka panjang dan ia tidak membantu pelajar belajar tingkah laku yang diharapkan oleh masyarakat. Kini pendekatan mendisiplin pelajar telah berubah dengan penekanan diberi kepada mendefinisi, mengajar dan menyokong tingkah laku positif atau yang baik. Tingkah laku yang dijangkakan diterangkankan dan diajar. (b) Pengurusan Bilik Darjah: Guru mereka bentuk dan mengurus persekitaran bilik darjah bukan hanya untuk mengurangkan tingkah laku antisosial tetapi juga meningkatkan kekerapan interaksi antara guru dan murid sebagai asas kepada pembinaan tingkah laku positif dan kejayaan akademik. Kebanyakan masalah tingkah laku di dalam kelas boleh dikawal dengan menggunakan pengurusan tingkah laku yang proaktif.

(c) Pengurusan-Diri: Kebanyakkan pelajar bermasalah emosi berpendapat mereka tidak dapat mengawal diri mereka. Ini tidak benar, kerana mereka boleh diajar mengurus tingkah laku sendiri dan berjaya dalam kehidupan seharian. Antara teknik pengurusan diri yang terkenal ialah pemantau-diri (self-monitoring). Melalui teknik ini, pelajar memerhati dan merekod sama ada sesuatu tingkah laku ditunjukkan atau tidak ditunjukkan olehnya. Kajiankajain telah menunjukkan bahawa pelajar bermasalah emosi boleh memantau tingkah laku mereka dan seterusnya mengawal tingkah laku mereka (Heward, 2003). 8.4 SINDROM DOWN Ciri-ciri Dianggarkan terdapat kira-kira 50 tanda klinikal kanak-kanak Sindrom Down, tetapi jarang sekali seseorang itu mempunyai semua ciri-ciri tersebut. Antara ciri-ciri fizikal yang ketara ialah: Kepala yang kecil, leher yang pendek serta mata sepet Hidung leper, telinga dan mulut yang kecil Tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan ibu jari kaki yang pendek Otot yang lemah Badan yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak biasa Selain memiliki ciri-ciri fizikal tersebut, kanak-kanak Sindrom Down juga mungkin mengalami masalah kesihatan seperti kesukaran bernafas, masalah penglihatan, masalah pendengaran dan kesukaran bertutur. Kanak-kanak Sindrom Down bermungkinan menjadi obese atau gemuk. Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif kanak-kanak Sindrom Down berbeza dan oleh itu kebolehan kognitif mereka pun berbeza dan oleh itu kejayaan di sekolah juga berbeza. Kanak-kanak Sindrom Down dapati sukar berbahasa manakala kemahiran pergerakan halus dan kemahiran pergerakan umum juga lewat bertumbuh. Pendidikan Intervensi Apabila dikenal pasti seorang kanak-kanak itu menghadapi Sindrom Down, dia harus didedahkan kepada suatu program intervensi awal yang teratur. Lazimnya, program-program intervensi ini menumpukan kepada penguasaan bahasa, peningkatan kemahiran kognitif dan sosial serta mengajar kanak-

kanak itu menjaga diri sendiri. Latihan senaman ditekankan untuk memperkuatkan otot dan kelincahan pergerakan. Penyelidikan menunjukkan bahawa rangsangan yang diberikan pada awal perkembangan mempertingkatkan peluang kanak-kanak Sindrom Down realisasi sepenuh potentsinya. 8.5 AUTISME Autisme ialah masalah nuerobiologikal yang berlaku sepanjang hayat seseorang. Beberapa ciri tingkah laku kanak-kanak autistik

8.6 INTERVENSI AWAL Tidak ada satu rawatan yang sesuai untuk semua kanak-kanak autistik tetapi antara intervensi yang lazim digunakan ialah: Penggunaan Analisis Tingkah Laku (Applied Behavior Analysis), Terapi Floortime Intervensi Perkembangan Hubungan Terapi Pertuturan Kaedah TEACCH

1. Penggunaan Analisis Tingkah Laku Kaedah ini diperkenalkan oleh B.F. Skinner pada tahun 60an dan menekankan penggunaan prinsip peneguhan positif dalam memperkukuhkan sesuatu tingkah laku. Peneguhan positif telah digunakan untuk memperkukuhkan komunikasi, hubungan sosial, pencapaian akademik serta pengurangan tingkah laku yang tidak diingini di kalangan kanak-kanak autistik. Melalui pendekatan ini, kemahiran yang ingin digalakkan diperincikan kepada beberapa langkah kecil. Kanak-kanak diberi peluang untuk mempelajari dan mengamalkan kemahiran berkenaan dalam pelbagai situasi dan sentiasa diberi peneguhan positif apabila kemahiran yang ingini dipamerkan atau dilakukan. Prestasi diukur berterusan melalui pemerhatian dan intervensi diubahusai jika data yang diperolehi menunjukkan pelajar tidak membuat kemajuan yang memusakan. Tujuan penggunaan analisis tingkah laku ialah untuk membolehkan pelajar berkenaan berfungsi dengan tidak bergantung kepada orang lain dan berjaya dalam pelbagai situasi atau persekitaran. 2. Terapi Floortime , 1969 Terapi Floortime diperkenalkan oleh pakar psikiatri kanak-kanak, Stanley Greenspan. Pendekatan ini berdasarkan kepercayaan bahawa kanak-kanak autistik boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan seorang dewasa. Dewasa berkenaan hendaklah bermula pada tahap kanak-kanak itu berada dan membawanya ke tahap seterusnya dengan menggunakan kekuatan kanak-kanak itu. Oleh kerana kanak-kanak autistik bercenderong untuk mengasingkan diri, terapi Floortime bertujuan untuk membawa kanak-kanak autistik melalui 6 tahap penting yang menekankan perkembangan emosional seperti berikut:

Pengawalan kendiri dan menimbulkan minat terhadap dunia sekeliling. Dewasa dan kanak-kanak menjadi lebih rapat dan melahirkan keinginan berinteraksi dengan orang lain. Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dua-hala dimana kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya membawa reaksi kepada orang lain. Mempertingkatkan mengendalikan komunikasi kompleks. Idea emosional, iaitu kebolehan melahirkan perasaan terhadap sesuatu. Pemikiran emosional, iaitu kebolehan berfikir tanpa beremosi Dewasa berkenaan akan meyakinkan kanak-kanak autistik itu untuk beredar daripada hanya bersendirian kepada interaski lebih kompleks dengan orang lain. Terapi Floortime mementingkan perkembangan emosional dan dipanggil Floortime ialah kerana dewasa berkenaan akan turun ke lantai dan berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah itu pada tahapnya. 3. Intervensi Pembinaan Hubungan Intervensi Pembinaan Hubungan (Relationship Development Intervention) diperkenalkan oleh ahli psikologi Steven Gutstein yang berfokus kepada peningkatan kualiti hidup individu autistik pada jangka panjang. Intervensi in melibatkan ibu bapa dan bertumpu kepada masalah mencari kawan, merasa empati, menunjukkan kasih sayang dan kebolehan berkongsi pengalaman dengan orang lain. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, Gutstein dapati kanak-kanak autistik kekurangan kemahiran mengurus persekitaran yang sentiasa berubah. Beliau menyifatkan kemahiran dan kebolehan ini sebagai kecerdasan dinamik yang terdiri daripada aspek-aspek seperti berikut: Rujukan Emosional (Emotional Referencing): Kebolehan menggunakan sistem maklum balas emosi untuk mempelajari daripada pengalaman orang lain. Kordinasi Sosial (Social Coordination): Kebolehan memerhati dan mengawal tingkah laku seseorang untuk membolehkannya bercampur gaul dengan orang lain dan berkongsi emosi. Bahasa Deklaratif (Declarative Language): Menggunakan bahasa dan komunikasi bukan bahasa untuk berkongsi pengalaman dan perasaan dengan individu lain.

Pemikiran Fleksibel (Flexible Thinking): Kebolehan menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah dan mengaturkan strategi yang sesuai dengan keadaan yang berlainan. Refleksi (Reflection): Kebolehan mengimbas kembali dan menggunakan pengalaman lampau untuk menjangka senario masa depan. Menurut Gutstein, tujuan pendekatan ini ialah pengawalan diri, memperkukuhkan interaksi sosial dan memperkembangkan pemikiran fleksibel. 4. Terapi Pertuturan Masalah komunikasi yang dihadapi kanak-kanak autistik berbeza. Ada di antara mereka yang dapat bercakap dengan lancar terutama bagi topik-topik yang mereka minat. Sebaliknya terdapat kanak-kanak autistik yang tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan. Lazimnya, mereka tidak mempunyai masalah menyebut perkataan tetapi menghadapi masalah menggunakan bahasa. Contohnya, mereka menghadapi masalah menggunakan bahasa yang betul apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka mungkin menyebut sesuatu yang tidak ada kaitan dengan situasi. Yang lain pula mengulang sebutan yang mereka telah mendengar atau sebut berulang-kali sesuatu yang mereka telah hafal. Sesetengah kanak-kanak autistik bercakap dengan nada yang tinggi atau bercakap seperti robot. Oleh itu, usaha menggunakan terapi pertuturan hendaklah bermula dengan penaksiran kemahiran bahasa kanak-kanak berkenaan oleh pakar pertuturan dan patologis bahasa. Terapi pertuturan berfokus kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial seperti tumpuan mata apabila bercakap dengan orang lain. Terapi ini juga memberi perhatian kepada penggunaan gerak tangan dan bahasa bukan verbal ketika bertutur dengan orang lain. Bagi sesetengak kanak-kanak ini boleh dicapai dengan menggunakan bahan visual. 5. TEACCH TEACCH (Training and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children) ialah program pendidikan khas yang digubal khusus untuk kanak-kanak autistik. Program latihan ini diamalkan sejak tahun 60an oleh Schopler, Reichler dan Lansing. Tujuan program latihan ini ialah untuk melahirkan kanak-kanak yang boleh berdikari dan tumpuan ialah kepada kewujudan suatu persekitaran fizikal dan sosial yang menggalakkan

komunikasi. Persekitaran dibina dengan mengambil kira kesukaran yang hadapi kanak-kanak autistik dan melatih mereka bertindak dengan cara yang sesuai dan diterima masyarakat. TOPIK 9 : PSIKOLOGI KANAK-KANAK HIPERAKTIF DAN BERMASALAH KOMUNIKASI 9.1 DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Komunikasi ialah salah satu kemahiran yang kompleks. Komunikasi yang berkesan (pertutuan, bahasa, membaca, menulis) memerlukan pelbagai bahagian otak berfungsi dengan berkesan yang melibatkan pendengaran, penglihatan, mulut dan kotak suara. Malangnya, 7% kanak-kanak menghadapi masalah komunikasi dan bahasa disebabkan oleh penyakit, kemalangan atau faktor genetik yang menyebabkan mereka hilang kemahiran berkomunikasi. 9.2 CIRI-CIRI MASALAH KOMUNIKASI Secara umum kanak-kanak bermasalah bahasa menghadapi masalah dalam penggunaan LIMA komponen bahasa iaitu aspek fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan pragmatik. 1. Fonologi Menurut Frister dan Llyod, (1979) 70% daripada kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami masalah untuk mengeluarkan kata-kata. Ini berdasarkan masalah yang mereka hadapi iaitu masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh masalah artikulasi, kognitif, masalah auditori atau sistem saraf mulut yang tidak normal. Dengan demikian, kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak cerebral palsy. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah bahasa tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai. Kadang-kadang mereka bercakap dengan nada yang terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan konteks ayat. Ini kerana mereka tidak dapat membezakan ciri-ciri prosodi. Contohnya kanak-kanak Autisme. 2. Morfologi

Kanak-kanak bermasalah bahasa kebanyakannya tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Keadaan ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak tersebut amat kurang. Mereka juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah. Kanak-kanak bermasalah bahasa juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul. Tafsiran makna ayat juga berdasarkan turutan perkataan erana kebiasaan menggunakan peraturan ayat ringkas (subjek-aksi-objek). Kanak-kanak ini juga kurang menggunakan imbuhan akhiran dan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Contohnya, makanan akan jadi makan sahaja dan minuman akan jadi minum sahaja. Di samping itu, mereka juga mengalami kelewatan di dalam memulakan kombinasi perkataan. 3. Sintaksis Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah bahasa mengalami kesukaran dalam pertuturan dan perbualan. Mereka jarangjarang sekali ingin bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut. Mereka akan lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. 4. Semantik Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa. Mereka juga sukar memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna, menggunakan perkataan yang berhubung seperti antonim, sinonim serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Masalah ini akan semakin serius dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Masalah kekurangan perbendaharaan kata juga turut mengundang masalah untuk mempelajari perkataan baru secara tidak formal. Mereka lebih mudah mempelajari konsep-konsep yang berkait seperti saiz dan ruang. 5. Pragmatik

Dalam perbualan yang normal, seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan mendengar kemudian baru menjawab mengikut giliran (turn taking) tanpa menyampuk di tengah-tengah perbualan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Kanak-kanak bermasalah bahasa mendapati sukar untuk meneruskan perbualan dengan tajuk yang diberikan dan kerap daripada tajuk yang dibualkan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka mempunyai masalah dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari daripada persekitaran pengajaran ke situasi lain. Kanak-kanak bermasalah bahasa memerlukan masa yang agak lama untuk menganalisa apa yang disampaikan kepada mereka secara lisan. Gagap merupakan masalah pertuturan sebutan yang mana kebiasaannya huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-mm-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ini biasanya berlaku dengan fonem bermula dengan /p/, /b/ atau konsonen plosive yang lain. Masalah kelancaran bermaksud seseorang mempunyai masalah dalam menghabiskan struktur perkataan yang diperkatakan. Sebagai contoh perkataan pensel akan menjadi sebutan pen.......sel. Sebutan pen menjadi lebih panjang sebelum menyebut perkataan sel. Selalunya perkara sebegini sering terjadi ke atas kanak-kanak yang baru mengenal benda yang baru dilihat. Ini kerana mereka telah diajar oleh ibu bapa supaya menyebut dengan perlahan-lahan setiap perkataan dengan tidak menyedari perkara ini boleh menyebabkan anak-anak tidak lancar menyebut sesuatu perkataan. 9.3 INTERVENSI PENDIDIKAN Setelah mengetahui sebab-sebab yang mendorong seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah bahasa dan komunikasi, kita seharusnya mempunyai cara-cara atau method yang tersendiri demi mencegah masalah ini daripada terus menjadi semakin teruk. Dalam penulisan ini di senaraikan beberapa cara yang boleh di praktikkan ke atas kanak- kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Di antaranya ialah intervensi dan peranan yang

dimainkan oleh ibu bapa. Kanak-kanak yang telah dikesan dari awal mengalami perkembangan yang lambat jika dibandingkan dengan kanakkanak yang sebaya dengannya. Intervensi Bahasa Intervensi bahasa merangkumi pelbagai aspek bahasa yang digabungkan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi (Snow 1984). Intervensi bahasa bermula sebaik sahaja ujian pediatrik dijalankan ke atas bayi yang baru lahir (Harris, 1998). Matlamat utama intervensi bahasa ialah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak agar lebih berkesan serta menyeluruh. (a) Fonologi Masalah yang dihadapi di dalam aspek ini ialah sukar untuk mengeluarkan bunyi atau menyebut sesuatu perkataan. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada berinteraksi kerana malu dan berasa rendah diri. Oleh itu langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta latihan pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Jalankan latihan secara latih tubi untuk menyebut sesuatu perkataan dengan jelas. Selain daripada itu latihan menyebut perkataan juga boleh dibuat dalam bentuk permainan. Contohnya, permainan fonetik bingo agar kanak-kanak lebih berminat untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu teknik back-word-chaining dan Pro-ed-Program Remediation of Common Phonological juga boleh digunakan untuk kanak-kanak yang bermasalah dari aspek fonologi. Sekiranya proses ini dijalankan secara intensif akan memberikan kesan yang amat positif. (b) Morfologi Kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam aspek morforlogi memperlihatkan ciri-ciri kelewatan di dalam perkembangan pertuturan, sukar memahami dan mengingat arahan serta sukar mengingat perkataan yang baru dipelajari. Intervensi yang dirancangkan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa yang terbantut dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang lebih berkesan. Antara kaedah yang boleh dijalankan ialah dengan menggunakan kaedah skil pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komesil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

Selain daripada itu kaedah reformulate perkataan juga turut membantu murid yang bermasalah ini. Contohnya guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang. Guru perlu dedahkan kepada murid perkataan tersebut melalui pertuturan harian mengikut situasi dan konteks yang betul agar murid lebih memahami makna perkataan tersebut. Apabila murid memahami makna perkataan, barulah mereka dapat menggunakan perkataan tersebut mengikut situasi dan konteks yang betul. Latihan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran juga perlu diberi penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contohnya, latih tubi murid menggunakan imbuhan yang sesuai di dalam perkataan tertentu. ( Imbuhan mem dan an) saya saya Saya Saya .beli makan. .beli makan. di kantin. beli minum. ... beli minum di kantin.

Saya lihat buku nipis itu. Buku nipis itu berwarna merah. (d) Semantik Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam aspek semantik seperti bahasa yang digunakan tidak konsisten, mengambil masa untuk memahami dan menyatakan pendapat serta tiada tindak balas terhadap arahan. Langkah-langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan kepada aspek kognitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi. Aktiviti yang membantu perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata ialah memberi pendedahan kepada perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus. Apabila murid sudah biasa dengan penggunaan perkataan tersebut di dalam perbualan harian, mereka boleh sesuaikan penggunaan perkataan tersebut mengikut konteks ayat yang betul dan secara tidak langsung boleh memahami maksud perkataan tersebut. (e) Pragmatik Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam aspek pragmatik pula menghadapi kesukaran dari aspek memahami pertuturan, lewat atau tiada langsung perkembangan bahasa serta menghadapi kesulitan menggunakan bahasa. Antara intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan perlu menekankan kepada aspek tingkah laku, psikolinguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinte raksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Antara aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan ialah latihan komunikasi melalui main peranan atau pun lakonan menggunakan puppet untuk menghidupkan watak. Aktiviti ini akan mendorong murid untuk melibatkan diri secara aktif dan lebih cenderung untuk berkomunikasi bagi menghidupkan watak dan suasana. Melalui aktiviti ini murid akan lebih berminat untuk belajar menggunakan bahasa dalam komunikasi dan interaksi. Selain daripada itu latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan. Guru juga perlu membimbing murid supaya dapat membezakan soalan dan permintaan. Contohnya seperti ayat berikut:

(c) Sintaksis Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam aspek sintaksis pula mengalami kesukaran di dalam aspek penguasaan bahasa lisan dan lemah di dalam pembacaan. Intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan anjakan daripada konsep tradisional iaitu daripada belajar secara individu kepada pembelajaran berkumpulan. Fokus pengajaran perlu lebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa. Contohnya, guru ingin memperkenalkan kata nama dan kata sifat. Seseorang pemain harus mengenalpasti objek yang berada di dalam sebuah bilik dengan memfokus kepada nama objek dan ciri atau sifat objek tersebut seperti keras, lembut, berwarna merah, tebal, nipis, panjang atau pendek. Kemudian guru meminta murid membina ayat berdasarkan objek dan sifatnya. Contohnya, objek yang dilihat ialah buku dan sifatnya ialah nipis. Ayat yang boleh dibentuk ialah:

Pukul berapa sekarang? Boleh awak tutup pintu itu? Bolehkah awak menyiapkan kerja tersebut? Adakah paip tidak ditutup? Boleh atau tidak awak duduk diam-diam? Berdasarkan ayat di atas murid perlu mengamati dan mengenalpasti yang manakah permintaan dan yang manakah ayat tanya. Peranan Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam membantu anak-anak yang menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Ini kerana ibu bapa menghabiskan hampir keseluruhan masa mereka dengan anak-anak di rumah. Oleh yang demikian ibu bapa merupakan pihak yang amat penting bagi mengatasi masalah ini. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencipta suasana yang dapa membantu seorang anak ialah jangan terlalu memaksa anak bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Sebaliknya biarkan anak bercakap dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan. Selain itu juga, manfaatkan waktu makan bersama untuk melatih kelancaran ketika anak bercakap. Dalam keadaan ini, hindarkan dari bunyi bising yang boleh mengganggu seperti televisyen dan radio. Ibu bapa juga tidak boleh mengkritik anak-anak sekiranya mereka bercakap tidak lancar mahupun gagap kerana ini boleh menjadikan anak-anak berasa tertekan dan tidak mahu membetulkan kesilapan mereka. Di samping itu, ibu bapa tidak boleh menyuruh anak-anak mengulangi katakata yang baru diucapkan. Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak sering lupa apa yang diperkatakan dan sekiranya kita sebagai orang dewasa memaksa mereka mengingati semula akan menimbulkan perasaan rendah diri dalam diri sekaligus menyebabkan anak-anak tergagap-gagap ketika bercakap. Ibu bapa digalakkan menatap mata anak apabila bercakap dengannya. Jangan memandang ke arah lain dan jangan sesekali menunjukkan kekecewaan di hadapannya kerana boleh menjejaskan emosi anak 9.4 MASALAH KURANG TUMPUAN HIPERAKTIVITI (ADHD)

Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktivit atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ialah suatu keadaan yang wujud di kalangan kanak-kanak sejak prasekolah dan di sekolah rendah. Kanak-kanak ini dapati sukar mengawal tingkah laku mereka serta tidak dapat menumpukan perhatian. Dianggarkan 3-5% kanak-kanak mengalami ADHD. Masalah ini mula diperihalkan oleh Dr. Heinrich Hoffman pada tahun 1845. Pada than 1902, Sir George Still menerbitkan satu siri kuliah yang menceritakan tentang sekumpulan kanak-kanak impulsif yang menghadapi bermacam-macam masalah kelakuan. Menurutnya, kelakuan kanak-kanak ini disebabkan oleh disfungsi genetik dan bukan disebabkan oleh asuhan kanak-kanak yang salah. Kanak-kanak ADHD menghadapi pelbagai masalah dan memerlukan bantuan daripada ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat keseluruhannya. 9.5 CIRI-CIRI MASALAH KURANG TUMPUAN HIPERAKTIVITI (ADHD) Ciri utama ADHD ialah kesukaran memberi tumpuan, hiperaktivity dan impulsiviti atau bertindak tergesa-gesa. Bagaimana pun, ciri-ciri ini terdapat di kalangan kanak-kanak normal, tetapi ia tidak berlaku pada tahap yang begitu kerap dan serius. Dalam bilik darjah, guru lebih memberi perhatian kepada kanak-kanak hiperaktif kerana tingkah laku yang dipamerkan menggangu kelas. Manakala kanak-kanak yang pasif atau enggan bergerak diabaikan. Kedua-dua golongan kanak-kanak ini menghadapi ADHD. Tingkah laku kanak-kanak ADHD menggangu ketenteraman kelas dan juga di rumah serta hubungan sosial di antara pelajar. Menurut the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders2 (DSMIV-TR), terdapt tiga jenis ADHD: Jenis Hiperaktif-Impulsif jenis ini tidak menunjukkan tidak memberi perhatian. Jenis Kesukaran Memberi Perhatian jenis ini tidak menunjukkan kelakuan hiperaktiviti-impulsif. Jenis Kombinasi jenis ini melibatkan kelakuan hiperaktiviti-impulsif serta tidak memberi perhatian. Kanak-kanak HIPERAKTIF tidak boleh berdiam diri tetapi sentiasa bergerak. Mereka berlari dan mengejar dalam kelas. Kanak-kanak ini sentiasa gelisah dan menyentuh segala yang berdekatan. Kanak-kanak IMPULSIF tidak berfikir sebelum bertindak. Mereka menjawab tergesa-gesa dan meluahkan perasaan mereka dalam situasi yang tidak sesuai. Mereka tidak mahu menunggu untuk giliran mereka.

Simptom ADHD Simptom kanak-kanak jenis ADHD yang tidak dapat menumpukan perhatian adalah seperti berikut: Kerap tidak memberi perhatian kepada perkara-perkara kecil kerap membuat kesilapan dalam kerja sekolah dan aktiviti lain. Kerap tidak dapat menumpukan perhatian dengan lama dalam aktitivit kerja sekolah dan semasa bermain Kerap tidak mendengar apabila guru bercakap Kerap tidak mengikuti arahan yang diberikan dan tidak menghabiskan kerja sekolah atau tugas-tugas yang diberikan Kerap mengahadap masalah menyusun tugas dan aktiviti Kerap menghilang benda-benda seperti pensel, buku, permainan, peralatan dan sebagainya. Kerap lupa membuat kerja-kerja harian Simptom kanak-kanak jenis ADHD yang hiperaktif-impulsif adalah seperti berikut: Kerap gelisah Kerap bangun daripada tempat duduk dan duduk di tempat lain Berkejar, berlari dan memanjat Dapati sukar bermain dengan orang lain Bercakap berlebihan dan berterusan Menjawab sebelum soalan dikemukakan atau ditanya Enggan menunggu giliran Kerap menyampuk dalam perbualan atau permainan Ramai kanak-kanak biasa juga mempamerkan simpton-simpton yang disenaraikan di atas. Yang membezaankan ialah tingkah laku yang tunjukkan oleh kanak-kanak ADHD menggangu pelajar lain dan tidak sesuai bagi peringkat umur kanak-kanak itu. Juga, tingkah laku ini lebih kerap berlaku dan mungkin berterusan selama beberapa bulan atau selama beberapa tahun sama ada di sekolah atau di rumah. Perlu ditegaskan iaitu, kanakkanak ADHD tidak mempamerkan semua simpton yang disenaraikan tetapi simpton yang dipamerkan menjejaskan perkembangan sosial, psikologi dan pendidikan pelajar berkenaan. Apakah yang Menyebabkan ADHD?

Kebanyakkan kes ADHD dikaitkan dengan faktor neurobiologi dan genetik. Bagaimana pun, faktor alam sekitar juga diambikira sebagai salah satu faktor yang menyebabkan ADHD. Ahli saintist sedang mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan ADHD dan cara merawat kanak-kanak yang mengalami masalah ini. Kecederaan Otak Segolongan kecil kanak-kanak menunjukkan simptonsimpton ADHD setelah mengalami kemalangan yang mencederakan bahagian otak mereka. Pemakanan Terdapat pandangan yang mengaitkan makanan gula sebagai punca ADHD. Kajian-kajian menunjukkan hubung kaitan di antara makanan dan ADHD tidak konsisten. Alam Sekitar Kajian-kajian menujukkan kemungkinan terdapat kaitan di antara merokok dan alkohol dengan ADHD tetapi keputusan yang diperolehi tidak konsisten. Genetik Oleh kerana ADHD terdapat di kalangan ahli keluarga, genetic merupakan satu faktor penting dalam penentuan masalah ini. Kajian-kajian menggunakan kanak-kanak kembar, menyokong pendapat bahawa genetik memainkan peranan penting dalam penentuan ADHD. 9.6 INTERVENSI AWAL Kanak-kanak ADHD boleh dibantu dan TIGA cara yang lazim digunakan ialah: Terapi Tingkah Laku Kanak-kanak ADHD memerlukan bantuan mengorganisasi diri mereka seperti berikut: Penjadualan: Tentukan bahawa kanak-kanak ini melakukan perkara-perkara yang sama sejak mereka bangun hingga tidur malam. Jadual yang disusun hendaklah menyatakan masa mereka patut membuat kerja rumah, bermain di luar dan di dalam seperti bermain komputer). Letakkan jadual itu dimerata tempat supaya mereka boleh merujuk. Sekiranya, jadual itu terpaksa ditukar, beritahu mereka awal. Peraturan: Kanak-kanak ADHD memerlukan peraturan yang ketat dan konsisten yang mereka mudah mengikuti. Contohnya, pastikan mereka meletakkan barang seperti permainan, buku di tempat yang ditetapkan.

Sekiranya, peraturan dipatuhi, kanak-kanak berkenaan perlu diberi ganjaran seperti pujian. Penyusunan: Galakkan kanak-kanak ADHD mencatatkan dengan menulis tugas-tugas yang perlu dilakukan. Psikoterapi Psikoterapi membantu kanak-kanak ADHD menerima masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan untuk mengurangkan kesannya. Ia tidak merujuk kepada apa yang menyebabkan ADHD atau simpton-simpton. Kanak-kanak membincang bersama terapist tentang pemikiran dan perasaaan yang ada pada diri mereka. Mereka digalakan melihat diri sendiri dan cara pemikiran mereka. Tujuan ini ialah untuk mencari jalan lain mengurus emosi dan perasaan mereka. Sambil bercakap dengan terapist, mereka dibawa memahami diri sendiri dan bagaimana mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Latihan Kemahiran Sosial Latihan kemahiran sosial dapat membantu kanak-kanak mempelajari tingah laku atau kelakuan baru. Seorang terapist akan membincang dan cuba model tingkah laku yang memadai atau sesuai untuk mengekal hubungan sosial yang baik. Antara tingkah laku berkenaan ialah; menunggu mengikut giliran, berkongsi bahan permainan, meminta pertolongan dan sebagainya. Dalam program latihan kemahiran sosial kanak-kanak diajar bagaimana membaca gerak-geri badan dan intonasi suara orang lain sebagai tanda sesuatu tingkah laku dan cara bertindak. Latihan kemahiran sosial penting untuk membantu kanak-kanak mencari jalan bercampur gaul dan bermain dengan kanakkanak lain.