Anda di halaman 1dari 1

4.

Pergerakan projektil satu dimensi (paksi-y sahaja) Situasi yang melibatkan projektil ialah: (i) (ii) Objek yang jatuh bebas ke bawah iaitu menuju tanah secara lurus ke bawah. Objek yang dilontar tegak (dengan lurus) ke atas dimana halaju akan berkurangan iaitu mengalami nyahpecutan. Pada ketinggian maksimum, objek mula mengalami jatuh bebas ke bawah.

4.3.1 Jatuh bebas di bawah kesan graviti tanpa rintangan udara Objek jatuh ke bawah kerana tindakan daya graviti. Oleh itu daya pecutan di sini ialah daya graviti, g. Semasa objek jatuh ke bawah, terdapatnya daya rintangan yang boleh mengganggu pergerakkan objek semasa jatuh seperti zarah udara, tiupan angin, dan sebagainya. Daya rintangan ini diabaikan dalam situasi di sini. Maka nilai g= 9.8 m/s2. Persamaan yang terlibat ialah:

Kuantiti vektor iaitu u, v, g, s adalah vektor. Oleh itu objek yang mengalami pergerakan ke bawah adalah bernilai positif. 4.3.2 Pergerakan tegak ke atas tanpa rintangan udara Objek yang dilontar tegak ke atas bergerak dengan menentang daya tarikan graviti. Halaju objek akan berkurangan dan objek mengalami nyahpecutan. Selepas mengalami ketinggian maksimum objek akan mula mengalami jatuh bebas ke bawah. Kuantiti vektor iaitu u, v, g, s. Oleh itu objek yang mengalami pergerakan ke atas adalah bernilai positif. Nilai g= -9.8 m/s2 samada objek sedang naik atau turun ke bawah, Yang penting lontaran awal mestilah tegak ke atas pada awalnya.

https://badafizik.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai