Anda di halaman 1dari 14

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO IDRIS, TANJONG IPOH 71500 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
HARI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEK. KEB. DATO IDRIS

TEMA SAYANGI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

TARIKH 9 JULAI 2012

MASA 7.30 PAGI 12.30 TENGAHARI

TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN DATO IDRIS

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi pertuturan dan bahasa (communication speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).

Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 MATLAMAT

Program Hari Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) anjuran Jawatankuasa Pendidikan Khas ini merupakan salah satu program yang telah dirancang sejak awal persekolahan. Ia merupakan salah satu cara bagi menjalinkan kerjasama antara murid-murid dan guru-guru aliran perdana bersama pihak sekolah dalam menjayakan Program Pendidikan Khas Integrasi ini bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang terlibat. Selain daripada itu, diharapkan dengan program ini dapat memupuk minat guru-guru dan murid-murid aliran perdana untuk bersama-sama membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi semasa kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam setiap ujian bulanan dan peperiksaan serta kemahiran berkomunikasi serta bersosial.

Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini, menjalinkan hubungan yang positif dalam kalangan murid-murid normal, guru-guru aliran perdana serta masyarakat sekolah dengan murid berkeperluan khas. Program ini juga diharap dapat meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak dan mewujudkan perasaan

dihargai serta disayangi oleh semua pihak dan warga sekolah yang terlibat. Dengan itu, Jawatankuasa Pendidikan Khas Integrasi berhasrat semoga matlamat ini dapat dicapai melalui kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa/ penjaga dan guruguru selain daripada usaha murid itu sendiri. Apa yang penting semoga impian pihak sekolah untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berpotensi untuk memajukan diri dan negara di masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

1. Menjalin ikatan dan kerjasama di antara 4 penjuru iaitu murid, ibu bapa/penjaga, Guru dan pihak sekolah. 2. Meningkatkan kesedaran berkenaan Pendidikan Khas kepada guru-guru biasa dan murid-murid aliran perdana. 3. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri murid semasa menyertai aktiviti yang disediakan 4. Memberi pengalaman kepada murid tentang aktiviti integrasi sosial dan dikongsi bersama-sama murid yang lain dan guru biasa. 5. Memupuk minat murid untuk datang ke sekolah dengan adanya pelbagai aktiviti menarik yang diajar dan diadakan. 6. Menyemai perasaan dihargai dan disayangi oleh semua warga sekolah.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN 09 Julai 2012

5.0 MASA 7.30 Pagi hingga 12.30 Tengahari

6.0 TEMPAT Sekolah Kebangsaan Dato Idris, Tanjong Ipoh

7.0 KUMPULAN SASARAN 7.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut: 7.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas) 7.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan 7.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk memeriahkan hari terbuka tersebut.

8.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

3 Julai 2012 Pertandingan Mewarna bagi Tahap i ( Pra Sekolah Tahun 1,2 dan 3) 4 Julai 2012 Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Tahap ii (Tahun 4 dan 5)

5 Julai 2012 Gotong Royong membersihkan kawasan Kelas Pendidikan Khas 6 Julai 2012 Pertandingan Kuiz Pendidikan Khas (Guru-guru SKDI) 09 Julai 2012 Perasmian Hari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Dato Idris 13 Julai 2012 Sambutan Hari Jadi Murid PPKI

10.0 ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

7.30 pagi

: Perhimpunan rasmi sekolah Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah Ikrar Guru dan Murid Bacaan Doa Ucapan Guru Bertugas Ucapan Alu-aluan juruacara Ucapan Guru Besar Perasmian Hari Program Pendidikan Khas SKDI - Gimik Pelancaran

8.00 pagi 8.15 pagi 9.00 pagi

: Persembahan Murid-murid Pendidikan Khas : Penyampaian Hadiah : P&P diteruskan seperti biasa.

Carta Gantt Perancangan Aktiviti

Aktiviti 1.0 AKTIVITI SEMPENA HARI TERBUKA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SKDI

Tarikh pelaksanaan 28/6 29/6 02/7 03/7 04/7 05/7 06/7 09/07 13/7

1.1 Perancangan Aktiviti

1.2 Pelantikan AJK

1.3 Pertandingan Mewarna Tahap i

1.4 Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Tahap ii

1.5 Gotong Royong

1.6 Pertandingan Kuiz Pendidikan Khas (Guru)

1.7 Perasmian Hari Terbuka Pendidikan Khas SKDI

1.8 Sambutan Hari Jadi

11.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI Jawatankuasa Hari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKDI

Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi i Naib Pengerusi ii Penyelaras Setiausaha

: Pn.Hjh.Mysiah binti Hj.Idris (Guru Besar) : En.Mohd Khidzari bin Mohd Ali (PK. Pentadbiran) : Pn.Normamisah binti Abd Rahman (PK.HEM) : En.Said Ramlan bin Ishak (PK.Kokurikulum) : En.Mohd Taufik bin Mohd Baharudin : Cik Tengku Nabila bt Tengku Mohamad Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

Bendahari Juruacara Bacaan Doa Siaraya

: Pn.Siti Rauhana binti Ahmad : Nur Nadia bt Ab Rahim : Tn.Hj.Nazri bin Dollah : En.Mohd Firdaus bin Abdullah En.Mohd Aznie bin Mohd Nor

Buku Program Persembahan Murid

: Pn.Norhidayah binti Mohd Zaini : Cik Tengku Nabila bt Tengku Mohamad Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

Kawalan Murid AJK Aktiviti AJK Dokumentasi

: Pn.Norhakimah bt Mohd@Mat Isa : Semua Guru Pendidikan Seni Tahun 1, 2, 3, 4, dan 5 : Pn.Nor Ezamawati bt Mohd Ezham

Penyampaian Hadiah

: Cik Jamilah binti Malek Pn. Norhidayah binti Mohd Zaini

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN ANGGARAN BELANJAWAN BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)

Sambutan Hari Jadi

Kek 1 kg Hadiah Hari Jadi (Tabung)

RM50.00 X 1 RM5.00 X 10

RM50.00 RM50.00

Pembalut/Reben Nugget/Fried Fries Topeng Muka Belon Topi Hari Jadi Mee Goreng

RM1.00 X 10 RM15.00 X 10 RM3.00 X 10 RM2.50 X1 RM2.50 X 10 RM2.00 X 20

RM10.00 RM15.00 RM30.00 RM2.50 RM25.00 RM20.00

Penyampaian Hadiah Set Alat Tulis Mug Pembalut hadiah

RM2.00 X 13 RM5.00 X 1 RM 1.00 X 5

RM26.00 RM5.00 RM5.00

JUMLAH: RM 238.50

13.0 SENARAI PERALATAN 1. LAPTOP 2. PEMBESAR SUARA 3. MIKROFONE 4. PLASTIK SAMPAH 5. MEJA 6. KERUSI

14.0 PENUTUP

Diharapkan program yang dirancangkan ini akan berlangsung dengan jayanya kerana ia memberi banyak manfaat kepada seluruh warga sekolah dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar perjalanan program berlangsung dengan lancar. Semua pihak diminta agar dapat memberi kerjasama dengan baik.

Disediakan Oleh: (Tengku Nabila binti Tengku Mohamad) Setiausaha Program Hari Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Dato Idris

(Nur Nadia bt Ab Rahim) Setiausaha Bersama, Program Hari Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Dato Idris

Disahkan Oleh:

(Hajah Mysiah Bt Haji Idris) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Idris

Anda mungkin juga menyukai