Anda di halaman 1dari 1

Contoh Surat Pertukaran Politeknik/Universiti Amer hamzah Bin Yaakob No p-34,Tingkat 4 Flat rendam kupong, 05420,pantai johor,alor star,kedah

13 MEI 2015 Kementerian Pengajian Tinggi No. 2, Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya Malaysia Tuan/Puan, RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN POLITEKNIK/UNIVERSITI Merujuk kepada maklumat di atas saya Amer hamzah Bin Yaakob telah berdaftar sebagai pelajar di institusi pihak tuan ingin membuat rayuan pertukaran politeknik di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat saya elakkan. 2. Untuk makluman tuan,saya amat berminat dengan kursus program yang telah ditawarkan kepada saya,walaupun begitu disebabkan lokasi pengajian yang ditawarkan agak jauh dari kediaman saya,harapan menggunung melanjutkan pengajian di institusi tuan/puan mungkin hanyalah impian semata-mata. Bukanlah kehendak diri untuk tidak rela tinggalkan keluarga,namun sebagai anak bongsu saya tidak sampai hati berjauhan dengan ibu bapa yang sudah lanjut usia dan tambahan pula adik beradik yang lain juga tinggal berjauhan di perantauan negara lain. 3.Dengan kelulusan pertukaran ini,saya pasti dapat menumpukan perhatian sepenuhya didalam jurusan ini disamping memastikan perhatian dan kasih terhadap kedua orang tua saya terjaga. Dengan ini saya sertakan segala lampiran sebagai sokongan surat rayuan saya dan juga sebagai rujukan pihak tuan. kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian,terima kasih Yang Benar

Amer

Anda mungkin juga menyukai