Anda di halaman 1dari 3

Kasihan, inilah yang aku boleh katakan bila melihat set gambar di bawah.

Apa yang anda lihat ialah sekumpulan kanak-kanak yang diselamatakan oleh NGO Bachpan Bachao Andolan (Pergerakan Menyelamatkan Kanak-Kanak) di New Delhi. Badan sukarelawan ini melakukan serbuan terhadap kilang tekstil, batu-bata, dobi dan bengkel bagi menyelamatkan mereka dari menjadi pekerja dibawah umur. Dianggarkan di New Delhi sahaja 50 000 kanak-kanak menjadi pekerja bawah umur, Bachpan Bachao Andolan berharap aktiviti sukarelawan mereka ini dapat mengubah nasib kanak-kanak malang ini. Mereka tahu adalah sukar untuk menghentikan amalam mengambil kanak-kanak sebagai pekerja kerana masalah kesempitan wang yang dihadapi kebanyakkan keluarga. Apakah yang sanggup anda lakukan jika anda seorang sukarelawan? Meneyelamatkan flora dan fauna Malaysia? Menolong golongan gelandangan dari kelaparan? Atau menyekodeng pasangan berdating di sekitar uni dan kemudian berlgak menjadi JAIS? Lucky for you di Malaysia program Sukarelawan Siswa bakal dilancarkan 15 haribulan akan datang. Apakah yang dirancangkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa ini dan apa yang anda boleh lakukan jika menyertainya? Well sila ke WWW.1M4Youth.com.my untuk sedikit sneak peak!

Anda mungkin juga menyukai