Anda di halaman 1dari 8

http://www.scribd.

com/doc/93991529/Bab-1-Strategi-Dan-Penempatan-Pelajar

ISU PENEMPATAN MURID PENDIDIKAN KHAS


Isu Strategi Dan Penempatan Pelajar.
Isu ini merupakan antara yang sering dibahaskan di peringkat sekolah antara guru Pendidikan Khas, Guru Pemulihan dan pihak pentadbir serta ibu bapa. Bagi sebahagian ibu bapa masih tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka perlu dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas. Oelh yang demikian kriteria dan instrumen pemilihan perlu sesuai dengan kepelbagaian katogeri murid. Setiap orang murid adalah berbeza dari aspek kognitif, emosi dan afektif. Mereka perlu dinilai dengan cara yang berbeza dan sesuai dengan tahap keupayaan mereka. Meskipun ada instrumen penempatan yang disediakan oleh kementerian tetapi tidak boleh digunakan kepada semua murid. Terutama sekali bagi murid dari katogeri slow learner atau lembam. Cadangan penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar yang berkelayakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pada tahun 90an hanya doktor pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri sahaja yang layak membuat ujian penempatan. Ianya mengambil masa dari dua minggu hingga ke sebulan sebelum mengesahkan kecacatan yang dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa siri pemeriksaan murid tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan tahap kematangan pemikirannya akan dikukur. Begitulah sukarnya mendapatkan kelulusan dari pihak doktor. Isunya ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari doktor boleh mengesahkan penempatan untuk murid. Ibu bapa selalu merungut pihak hospital tidak menjalankan rawatan secara terperinci . Lebih malang lagi ada doktor yang tidak ada pengetahuan langsung dalam bidang Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada sebahagian murid yang dari katogeri lembam atau slow learner ditandakan sebagai terencat akal. Malahan ada murid down sindrom ditandakan sebagai slow learner. Hal yang sedemikian mendatangkan masalah dalam kalangan guru menentukan kumpulan belajar atau kelas bagi murid tersebut. Sangat meragukan pula ialah kenapa sekarang mana-mana doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa merujuk kepada pakar-pakar yang berkelayakan. Senario inilah yang menjadikan masalah utama dalam penempatan murid Pendidikan Khas. Kita tidak mempertikaikan kewibaan doktor tersebut tetapi masih kedengaran rugutan dari penjaga bahawa tidak ada sebarang pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai dengan instrument yang dibekalkan oleh pihak guru. Kebimbangannya ialah salah penempatan akan menyebabkan murid tersebut dibafikan hak mereka dalam mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Contohnya isu mengenai murid pemulihan yang ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau sebaliknya. Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana keputusan penempatan yang tidak sesuai. Kebanyakan doktor tidak faham program yang berkaitan dengan perkataan integrasi, inklusif, masalah pembelajaran, kelas biasa, kelas pemulihan dan Pemulihan Dalam Komuniti.

Mutakhir ini kebanyakan sekolah mengajar status Sekolah Cemerlang, Berprestasi Tinggi dan sebagainya. Rata-rata guru besar mempunyai target untuk mencapai citacita tersebut. Isunya ialah belum tamat bulan Januari sudah ada murid tahun satu dikeluarkan dari sekolah mereka kerana tidak pandai membaca dan menulis dengan baik. Guru Besar kini sudah pandai promosi kelas Pendidikan Khas kepada penjaga yang ada anak sedemikian. Ini semuanya bertujuan untuk mengecilkan data murid tegar pada pertengahan tahun nanti. Hak murid untuk belajar dan dididik dinafikan kerana mereka belum berpeluang pun untuk merasai suasana persekolahan yang sebenar. Ini kerana pada awal Januari biasanya program transisi dijalankan sebelum mereka disaring dalam ujian LINUS saringa 1, 2 dan 3. Sedangkan pihak kementerian telah mengeluarkan pekeliling mengenai penempatan murid tahun 1 ke kelas Pendidikan Khas hanya selepas saringan ke 3. Pihak jabatan pula kurang peka dalam hal ini dan kadangkala urusan penempatan pun tidak sesuai dengan Program Integrasi. Pernah berlaku murid cacat pendengaran di tempatkan di kelas masalah pembelajaran. Alasannya ialah atas permintaan penjaga. Seharusnya pihak jabatan perlu memaklumkan kepada penjaga tersebut penempatan yang sesuai untuk anak mereka. Kesilapan yang beginilah yang menyebabkan guru Pendidikan Khas rasa terbeban dan sukar menjalankan proses pengajaran dengan berkesan.

Cadangan mengatasinya:
Pihak Jabatan Pelajaran dan Kumpulan Pelbagai Disiplin termasuk pihak hospital perlu berganding bahu dan saling bekerjasama dalam isu ini. Kedua pihak perlu melakukan penyebaran ilmu dan pengetahuan yang mereka ada mengenai murid berkeperluan khas. Kedua pihak perlu berbincang dan menetapkan keperluankeperluan dan strategi yang lebih sesuai dalam isu penempatan ini. Pembinaan ujian soalan diognostik juga perlu diselaraskan dan dikeluarkan oleh satu badan yang bertauliah supaya tidak berlaku penyelewengan ataupun penindasan terhadap murid. Pelbagai aspek berkaitan murid perlu diambil kire sebelum memulakan proses penempatan murid berkenaan ke kelas kelas pendidikan khas untuk mengelakkan masalah muncul setelah murid ditempatkan. Selain itu panel-panel yang terlibat semasa proses penempatan pelajar seharusnya menjalankan tugas dengan penuh professional untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik. Ibu bapa sekarang sentiasa peka mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian mereka yang terlibat perlu telus dan menghormati hak individu untuk mendapatkan keperluan rawatan yang sesuai.

Pentadbir sekolah juga perlu amanah dalam mentadbir program integrasi ini. Mengejar kecemerlangan biarlah dengan cara yang professional juga. Hak murid untuk mendapatkan pendidikan dan pelajaran perlu diambil kira. Bagilah mereka peluang menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka terlebih dahulu sebelum dihantar ke kelas Pendidikan Khas. Ibu bapa juga perlu mempertahankan hak untuk anak-anak mereka. Mereka perlu tahu kriteria yang ditentukan untuk masuk ke kelas Pendidikan

Khas kerana belum pasti cadangan dan pendapat pihak sekolah adalah benar selagi belum mendapat pengesahan pakar yang berkelayakan. Pihak Jabatan Pelajaran pula perlu lebih peka dan selari dengan dasar dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Jangan mengharapkan pihak sekolah sahaja yang melaksanakan dasar-dasar tersebut sedangkan di peringkat jabatan banyak perkara yang terlepas pandang. Sokongan sedemikian sangat penting supaya guru-guru diperingkat sekolah tidak merasa tertekan dan diperlekehkan begitu sahaja.

RUMUSANNYA:
Isu-isu yang dibincangkan adalah merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas. Meskipun segala keperitan yang dilalui tersebut mencabar keprofesionalisma dalam keguruan tetapi guru Pendidikan Khas tetap berdiri teguh bersama anak muridnya. Bilangan mereka saban tahun semakin bertambah cukup membuktikan kepercayaan dan tanggapan positif terhadap keperluan pendidikan kepada semua kanak-kanak. Cabaran tersebut menjadikan guru-guru Pendidikan Khas semakin matang dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri supaya opsyen ini tidak lagi menjadi pilihan terakhir dalam bidang keguruan. Cabaran cabaran yang mendatang merupakan satu impak yang besar dalam bidang ini kerana ianya telah membuka ruang yang lebih luas untuk meningkatkan kualiti opsyen Pendidikan Khas. Secara tidak langsung ianya memberikan ruang kepada Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pelajaran mengatur program dan dasar yang meningkatkan kualiti Pendidikan Khas. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Harapannya semua pihak akan yang terlibat akan memberikan kerjasama yang terbaik dan memberi sumbangan idea dalam meningkatkan mutu Pendidikan Khas. Kecemerlangan tidak berjalan dengan sendiri tanpa sokongan padu semua pihak . Tanggungjawab mendidik murid Pendidikan Khas adalah tugas bersama dalam satu komuniti sekolah. Penerimaan masyarakat sekolah terhadap golongan ini akan memberikan keyakinan untuk berpimpingan tanagan bersama mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-penempatan-murid-pendidikan-khas.html

ISU INDIVIDU INKLUSIF Lyin Gow (1990) menyatakan bahawa kanak-kanak ketiadakeupayaan belajar bersama-sama

rakan sebaya dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka Stainback & Stainback (1990) menyatakan bahawa inklusif merupakan program menempatkan kanak-kanak ke dalam bilik darjah sebagaimana kawan yang tidak mempunyai kecacatan

Rasional inklusif

Memberi peluang untuk berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak Memberi peluang untuk kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat Berkongsi kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya

lain

Ciri-ciri pelajar yang diinklusifkan

Mempunyai kemahiran 3M Tiada masalah tingkah laku Boleh mengikut arahan Boleh berkomunikasi

Jenis-jenis inklusif a) Inklusif penuh

mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid-murid biasa senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas

guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan guru pendidikan khas sekiranya ada masalah dari segi pembelajaran atau tingkah laku pelajar pendidikan khas tahun 6 boleh mengambil peperiksaan

b) Inklusif separuh

mengikuti pembelajaran kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja senarai nama murid pada daftar program pendidikan khas

guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa

Kebaikan pendidikan inklusif

Wujud hubungan interaksi yang baik Mengurangkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel Mengurangkan stigma terhadap pelajar berkeperluan khas

Kelemahan pendidikan inklusif

Berlaku pengasingan daripada kanak-kanak biasa Guru biasa mengalami bebanan dan tanggungjawab yang lebih

INTERGRASI Intergrasi ialah program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan Objektif pendidikan khas intergrasi

menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid pendidikan khas menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

khas

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PENYESUAIAN

Definisi Perbezaan individu didefinisikan sebagai ketidaksamaan individu dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial

Murid pk vs murid normal

Fizikal dan kesihatan Emosi dan sosial Kesediaan belajar Pengamatan

Aspek perbezaan

Jantina Fizikal Personaliti Kesihatan Gaya belajar

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN KUMPULAN Konsep

Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan pelajar

Tujuan

Murid dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka

Prinsip pengajaran kumpulan

Pelajar bergerak bebas dan berbincang Alat dan bahan disediakan Perhatian guru penting Ahli kumpulan tidak semestinya tetap Melantik ketua kumpulan Arahan guru mestilah jelas

Kaedah pengajaran kumpulan

Persembahan Rumusan Sumbang saran Main peranan Simulasi Teknik jigsaw

Kebaikan pengajaran kumpulan

Meningkatkan komitmen individu terhadap pembelajaran Pelajar yang lemah akan dibimbing dan pelajar cerdas akan terus maju Memperkembangkan kemahiran komunikasi Memupuk semangat positif seperti tolak ansur dan kerjasama

Kelemahan pengajaran kumpulan

Menimbulkan perasaan rendah diri Memerlukan penglibatan aktif murid Guru yang tidak cekap akan mengalami masalah kekangan masa

PENGAJARAN INDIVIDU Definisi

Turut dikenali sebagai self-direct, independent atau autonomous learning (Fry, 2003)

Menekankan sistem pembelajaran yang fleksibel yang mengambil kira perbezaan individu dan gaya pembelajaran individu Murid banyak bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pembelajaran mereka dan mempunyai motivasi yang tinggi

Kaedah pembelajaran individu

Pengajaran kendiri melalui bahan media Pembelajaran berasaskan komputer dan multimedia Tugasan atau projek individu

Kekuatan pengajaran individu

Mempunyai penyataan objektif pembelajaran yang jelas untuk dicapai Melibatkan penglibatan aktif murid dalam memberi respon kepada bahan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar lemah untuk mendapat perhatian yang diperlukan Hubungan guru dan murid erat kerana berlakunya maklum balas

Kelemahan pengajaran individu

Memerlukan komitmen dan motivasi yang tinggi daripada murid Masalah logistik kerana perlu mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran

http://belognurna.blogspot.com/2011/11/strategi-dan-penempatan-pelajar.html

Anda mungkin juga menyukai