1. Pendahuluan
1.1 Kami mengucapkan syabas dan tahniah atas langkah besar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengkaji dan menilai semula sistem pendidikan negara agar selaras dengan perkembangan dunia. Kajian terakhir terhadap sistem pendidikan adalah lebih daripada tiga puluh tahun dahulu dalam laporan jawatankuasa kabinet, 1979. Justeru, kajian semula sistem pendidikan ini dilihat amat wajar dilakukan apa lagi dunia sudah melalui abad yang baru, abad ke-21. Dunia pendidikan masa kini seharusnya dilihat dalam konteks misi pembebasanpencerahan (tahriry-tanwiriy); Maka perlu ada keberanian membangun sistem pendidikan yang berbeza daripada hari ini yang membawa semangat memperkasa, membangun, membebas dan mencerahkan. Selama ini, sistem konvensional melahirkan generasi yang lemah, meminta-minta (pekerjaan), tidak mampu mencipta pekerjaan, dan tidak mandiri (independence). Anak-anak diasuh menjadi generasi penakut, mementingkan diri, hipokrit, dan berpandangan sempit. Tidak sedikit generasi yang telah mengalami pemandulan dan pembonsaian daya kreatif, penumpulan sikap kritis, dan tidak lagi mempunyai idealisme. Keresahan dan kebimbangan terhadap pendidikan yang tidak lagi mendidik adalah akibat daripada politisasi dan komersialisasi yang melampaulampau sehingga mengakibatkan pendidikan telah kehilangan esensinya sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan. Watak dan jati diri bangsa Malaysia sebenarnya telah disuratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai seorang yang percaya kepada tuhan, berilmu dan berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab kepada diri, masyarakat dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan harmonis, serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Sesungguhnya, landasan pendidikan perlulah menjadi wadah yang terbaik dan utama dalam pembentukan apa yang dipanggil insan baik, soleh (good man) dan seterusnya mewujudkan keluarga, masyarakat dan negara yang baik. Justeru, krisis sosial yang melanda negara pada masa ini, adalah refleksi kepada pengamalan sistem pendidikan negara yang dilaksanakan pada hari ini. Penyimpangan pendidikan dalam sistem persekolahan telah menjadi proses dehumanisasi secara terang-terangan dan tersusun selama sedekad murid-murid berada di dalam sistem pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah. Kekaguman melampau kepada penjajah menjadi esensi palsu sebagai ejen penyimpang; digalas dan diteruskan walaupun sudah lebih setengah abad negara merdeka.
1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
Pembinaan watak dan citra bangsa harus meliputi usaha memelihara nilai luhur warisan bangsa, menyegarkan yang telah layu dalam pertukaran musim. Sesuai dengan era globalisasi, kita harus mampu tampil sebagai global players, maka kita harus punya kompetensi kelas dunia. Bagaimanapun, kita tidak perlu bersaing dalam semua bidang. Kita hanya perlu bersaing dalam kebajikan dan dalam bidang-bidang yang relevan dengan keutamaan kita. Justeru, memahami keutamaan adalah sangat penting bagi penggubal dasar dan pelaksana sistem pendidikan kebangsaan; keutamaan yang membawa kepada keharmonian, perpaduan, budaya ilmu, dan kemajuan mengikut citra warna Malaysia; walau bagaimanapun, dokumen Malaysia: The Way Forward menggariskan konsep negara maju model acuan Malaysia (Wawasan 2020) sebagai, ... sebuah negara yang membangun sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya; Yang pasti, jelas tidak terhad kepada bidang ekonomi atau negara berpendapatan tinggi sahaja. Mempersiapkan diri dengan peningkatan kompetensi dan daya saing tidak harus disamakan dengan amalan meniru-niru gaya dan lagak orang lain. Sikap mahu ada apa yang orang lain ada, tanpa memperhitungkan hakikat siapa kita dan siapa mereka, adalah sikap yang tidak sihat. Kita harus menjadi orang berjaya, yang benar-benar berjaya, bukan berlagak dan memperaga diri seperti orang berjaya walhal kita belum berjaya. Orang yang tampil dengan lagak melebihi hakikat dirinya, sebenarnya adalah penderita penyakit rendah diri yang berusaha menutup-nutupi kekurangan dirinya dengan menampilkan citra palsu. Lantas, transformasi pendidikan memerlukan transformasi yang bukan bersifat kosmetik, palsu (artificial) dan cetek (superficial) malah mampu memaparkan budaya dan citra Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
1.7
2. Penilaian Umum
2.1 Prestasi Malaysia secara umumnya adalah membanggakan terutama dalam bidang
pendidikan semenjak merdeka pada tahun 1957 dan merupakan antara negara Dunia Ketiga yang berjaya. Pendemokrasian pendidikan telah menjadikan perkembangan dan penyebaran peluang pendidikan dapat dicapai di seluruh negara. Pendemokrasian pendidikan tidak bersifat bilangan kuantitatif sematamata, malah secara kualitatif, masyarakat mendesak kepada kualiti pendidikan secara menyeluruh, dari aspek keguruan, kurikulum, prasarana, pentadbiran, dan lain-lain.
2.2 Masyarakat di bandar dan di luar bandar masih lagi mempunyai jurang dari
pelbagai aspek di atas sekaligus mengakibatkan jurang pencapaian dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum, dan akhirnya peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik serta membaiki taraf hidup turut terjejas.
2.3 Matlamat utama sistem pendidikan negara, seperti dihasratkan semenjak merdeka
adalah menjadi wadah pemersatu dan perpaduan rakyat. Maka, sekolah kebangsaan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menyatukan pelbagai murid berbilang-bilang kaum untuk bersama berinteraksi. Ia bagaimanapun hanya berlaku di sekolah menengah dan menggunakan bahasa inggeris. Maka, bermula tahun 1976, dengan pelaksanaan alih bahasa daripada bahasa inggeris ke bahasa melayu di sekolah aliran inggeris, pada tahun 1982, kesemua sekolah pada peringkat menengah akhirnya menggunakan bahasa melayu.
2.5 Bahasa adalah merupakan isu yang sangat sensitif kepada setiap kaum/bangsa
kerana bahasa merupakan identiti dan jati diri serta kebanggaan setiap kaum/bangsa. Namun demikian para pemimpin terdahulu sedar bahawa negara ini yang unik dan majmuk perlu memiliki bahasa kebangsaan yang menjadi alat komunikasi umum, identiti dan jati diri. Justeru, mereka telah bersetuju dan sepakat bahawa untuk kepentingan perpaduan kaum bahasa Melayu/bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar utama, dan berperanan untuk menjadi alat komunikasi bersama dan saranan perpaduan. Maka, bahasa Melayu telah dijadikan salah satu dasar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.
2.7 Namun, pada masa yang sama, terdapat pelbagai usaha yang berterusan untuk
menggugat taraf dan kedudukan bahasa Melayu, dan isu yang sangat kontroversi ialah mengenai pelaksanaan tergesa-gesa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2002. Pada masa ini pula, terdapat suara-suara yang menuntut diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris, secara jelas suatu langkah ke belakang.
2.8 Masyarakat melihat bahawa terdapat kecenderungan untuk melakukan perubahanperubahan dalam pendidikan, terutamanya kurikulum, tanpa melakukan kajian yang
3
mendalam (research-based policy), tanpa mengadakan projek-projek rintis yang mantap, dan tanpa membuat persiapan-persiapan yang mencukupi untuk melaksanakan perubahan-perubahan tersebut. Banyak contoh boleh dikemukakan, dan antaranya ialah projek sampoa, sekolah bestari, dan yang mutakhir ialah PPSMI. Akibatnya, ramai murid dan guru mengalami kekangan dan masalah untuk melaksanakan perubahan-perubahan tersebut. Pengajaran guru dan pembelajaran murid turut terjejas. Pendek kata prestasi, murid dan guru, terjejas. Selain itu projek/program tersebut menelan perbelanjaan yang besar dan akibatnya berlaku pembaziran yang besar.
2.9 Isu yang lama dan berpanjangan hingga kini ialah berkaitan dengan orientasi
sistem pendidikan yang berlebihan terhadap peperiksaan. Walaupun terdapat gesaan-gesaan yang kuat untuk mengurangkan tekanan terhadap peperiksaan, namun keadaan yang wujud masih lagi menampakkan dengan jelas orientasi sistem pendidikan kepada peperiksaan. Pusat-pusat tusyen masih lagi bercambah di mana-mana, terutamanya di bandar-bandar, dan ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak mereka ke pusat-pusat tusyen. Kesemuanya mahu anak-anak mereka mencapai kecemerlangan, namun pada masa yang sama membebankan anakanak mereka dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berlebihan. Akibatnya anakanak tidak dapat membesar secara normal dan menikmati kehidupan yang sebenarnya. Akhirnya, guru dan murid berjaya secara teknikalnya, memperoleh kaedah pantas, dan mudah secara latih tubi (rote learning) untuk memperoleh A dan A+ tanpa mengikuti proses pembelajaran.
2.10 Satu lagi isu yang telah lama diutarakan dan masih berterusan hingga kini ialah
berkaitan dengan guru. Peranan guru adalah sangat penting dan kritikal kerana tugas dan tanggungjawab mereka adalah untuk membangunkan insan, masyarakat dan negara. Guru merupakan tonggak dalam sistem pendidikan dan arkitek dalam pembangunan bangsa dan negara. Namun isu-isu yang tidak kunjung padam mengenai profesyen keguruan ialah yang berkaitan dengan calon-calon memilih profesyen ini sebagai pilihan akhir, imbalan yang kurang memuaskan, peluang kenaikan pangkat yang terhad, dan beban tugas yang berat.
2.11 Tugas utama guru ialah mendidik, namun guru banyak menggunakan masa untuk
menjalankan tugas-tugas bukan mendidik, termasuk aktiviti-aktiviti keupacaraan (ceremonial).
3. Perkara-Perkara Utama
Berikut dikemukakan beberapa perkara atau bidang utama yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan bahawa hasrat untuk memperkasa sistem pendidikan negara bersifat komprehensif dan menepati hasrat FPK, dasar-dasar pendidikan, pembangunan insan dan negara maju menurut acuan Malaysia.
3.1
3.1.1.2
3.1.1.3
Semenjak merdeka, terdapat usaha-usaha yang tidak seragam dengan matlamat perpaduan dan kemajuan bangsa Malaysia selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan. Malah, dewasa ini, terdapat pola pemikiran yang ketara dalam mewujudkan sekolah bersifat elitis, eksklusif dan rabun dekat (short sighted) dalam melihat agenda perpaduan dan pembangunan negara dalam jangka panjang.
5
3.1.2.2
Dasar bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah sering dan masih terganggu-gugat; malah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri melaksanakan dasar PPSMI secara tergesa-gesa tanpa mempedulikan sensitiviti keilmuan yang cukup mendasar. Jati diri umat yang lemah dengan kekaguman kepada kebudayaan inggeris secara keterlaluan mengakibatkan pandangan sarwa turut berkiblatkan inggeris dan beranggapan segala amalan masyarakat inggeris adalah baik belaka. Malah terdapat kumpulan-kumpulan ini secara terus-terusan memberi desakan untuk mewujudkan kembali sekolah aliran inggeris usai kerajaan memansuhkan PPSMI. Susulan pemansuhan PPSMI, perlaksanaan pemulihan untuk kembali ke landasan yang tepat seperti yang sepatutnya, dilihat seperti dilengah-lengahkan dengan memperkenalkan dasar pemulihan MBMMBI sehingga tahun 2020. Oleh yang demikian, tindakan tergesa-gesa menukar suatu dasar tanpa pengkajian yang teliti (research-based policy) mengakibatkan kerugian kepada negara dalam aspek kewangan dan sumber manusia, termasuk wawasan negara pada jangka panjang. Berkaitan dengan FPK pula, penekanan kepada pembangunan insan yang menyeluruh, seimbang dan sepadu dilihat tidak lagi menjadi agenda penting apabila daripada unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), unsur intelek diberi penekanan yang keterlaluan dalam penilaian murid. Ini bermakna, pembentukan watak dan jati diri bangsa Malaysia yang unggul dan luhur telah diabaikan. Kefahaman guru sebagai pelaksana kurikulum tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menerapkan elemen falsafah tidak dapat dijelmakan pada mata pelajaran yang diajar, apatah lagi nilai yang merentasi kurikulum. Akhirnya, keghairahan dan semangat FPK telahpun padam ditelan keutamaan peperiksaan awam yang telah hilang ruh dan semangat FPK.
3.1.2.3
3.1.2.4
3.1.2.5
3.1.2.6
3.1.3.2
Hasrat utama pendidikan negara adalah sebagai ejen perpaduan, ejen pembangunan modal insan, dan ejen pembangunan negara dalam menyediakan landasan terbaik untuk negara menjadi negara maju. Lantas, hasrat ini perlu diusahakan dan disempurnakan dengan menambah baik mana-mana aspek yang lemah, terutama aspek pelaksanaan kurikulum; bukan disalah tafsir dengan langkah-langkah yang mengundur ke belakang. Daya pencapaian suatu bangsa perlu dilihat dengan memperkasa budaya ilmu. Budaya ilmu pula terkait rapat dengan sejauh mana bahasanya mampu menjadi bahasa ilmu. Dalam kaitan ini, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu harus dilihat sebagai bahagian daripada agenda besar pemerkasaan budaya ilmu lantaran budaya ilmu inilah yang dapat membangkitkan keghairahan menguasai ilmu. Tanpa landasan motivasi budaya ilmu yang kuat, penguasaan bahasa Inggeris akan tetap lemah. Berapa ramai orang yang tidur-bangun dalam bahasa Inggeris, mimpi dan mengigau dalam bahasa Inggeris, memaki dan mencarut dalam bahasa Inggeris, tetapi dari segi ilmu tetap muflis. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan sebagai panduan dalam menggariskan hala tuju dan profil murid setelah tamat persekolahan. Pembangunan elemen JERI merupakan jaminan pembentukan insan, dan masyarakat yang baik dan berguna. Tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan manusia yang beradab dengan erti kata tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya atau dipanggil manusia budiman (good man); bukan sekadar warga budiman (good citizen). Kegagalan membangunkan insan (memanusiakan manusia) mengundang risiko besar terhadap masa depan negara. Justeru, pilihan yang ada adalah untuk menzahirkan pendidikan yang menyeluruh dan seimbang dengan seutuhnya. Pendidikan kebangsaan melalui FPK digarap untuk melahirkan pemimpin berwibawa pada masa depan dengan keterampilan dan watak jati diri yang utuh. Pemimpin tidak lahir dalam kekosongan. Mereka terbentuk dalam iklim dan persekitaran zaman dan lingkungan. Maka, persekitaran kondusif diperlukan terutama kebebasan dan kemerdekaan. Malaysia punya kemerdekaan, tapi masih mengikat potensi dan bakat murid dalam konotasi pendidikan/belajar yang sangat sempit iaitu dari aspek akademik semata-mata. Calon pemimpin perlu diberi ruang dan kebebasan yang luas untuk mengembangkan bakat; membina kemampuan berfikir dan memperkasa daya juang. Persekitaran budaya yang penuh sekatan, belenggu dan kongkongan tidak akan melahirkan pemimpin yang kritis, kreatif, cerdas dan berwawasan luas. Justeru,
7
3.1.3.3
3.1.3.4
3.1.3.5
yang dapat dilahirkan dari iklim yang tidak mencerdaskan itu hanya budak-budak suruhan yang patuh, pasif dan submisif.
3.1.4.2
3.1.4.3
3.1.4.4
3.1.4.5
3.1.4.6
3.1.4.7
rohani, emosi dan intelek (JERI) dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran, serta menyemai dan mempraktis elemen kemahiran, afektif, psikomotor, sosial, dan insaniah (soft-skills) berdasarkan model berikut dan ditambah baik mengikut citra FPK dan tempatan: i. Model Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (a) Murid perlu menyiapkan kajian/projek ilmiah, saintifik atau lapangan dalam tempoh masa tertentu, dan membuat persembahan serta pameran dan menulis laporan kajian sebagai syarat lulus. (b) Pada tempoh tertentu (kebiasaannya 1 minggu penuh), murid perlu menguruskan dan melibatkan diri dengan sesuatu program kemasyarakatan atau kesihatan/kesukanan seperti program anak angkat, program motivasi belajar, minggu Ko-Q, dan yang seperti dengannya. (c) Peluang kepemimpinan murid dilatih secara sistematik dengan terdapat organisasi murid yang mempunyai autoriti dalam bidang kuasa tertentu disamping membantu guru dan pentadbir menguruskan murid-murid lain. a. Badan Perwakilan Pelajar (BWP) Dipilih oleh muridmurid lain melalui sistem pilihan raya dan bertanggungjawab dengan portfolio/bidang aktiviti murid yang utama seperti akademik, sukan, kebudayaan, makanan, kerohanian, dan sebagainya. b. Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) Dipilih oleh guru melalui pemilihan berasaskan pencapaian akademik dan sifat tertentu. Badan ini bertanggung-jawab dengan hal disiplin dan pengurusan teknikal sekolah. c. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Dipilih oleh murid PRS senior melalui temu duga dan sifat tertentu. Badan ini bertanggung-jawab dengan Kaunselor sekolah sebagai rakan motivator, pembimbing isu dan hal afektif murid-murid lain. ii. Model International Baccalaureate (IB) (a) Elemen bidang Interaksi (Area Of Interaction) memberi peluang untuk murid mengaplikasi nilai JERI serta elemen sosial, afektif, dan insaniah dalam mencapai makna kehidupan
seperti yang ditulis dalam FPK dalam beberapa sub bidang seperti: a. b. c. d. e. Pendekatan pembelajaran Khidmat Komuniti Pendidikan kesihatan dan sosial Alam sekitar Kepintaran insan
Aspirasi murid untuk berpengetahuan dan berminda keantarabangsaan (international mindedness) serta memahami budaya setempat (cultural awareness) menjadi salah satu keutamaan misi IB. Apa yang menjadikan model ini berkesan, adalah masa yang besar diperuntukkan untuk pelaksanaan setiap elemen.
(b) Murid IB meletakkan standard profil sebagai matlamat akhir kesan daripada pembelajaran di institut IB, iaitu mempunyai kriteria seperti berpengetahuan, pemikir dan penduga ilmu, mampu berkomunikasi dengan baik, berprinsip, pengasih, sentiasa refleksi diri, mengambil risiko, dan seorang yang seimbang dalam jasmani, emosi dan intelek. Sub profil tambahan yang perlu diterapkan bersama adalah keseimbangan dari aspek kerohanian yang berteraskan ketuhanan. Program IB dikatakan mempunyai kombinasi bidang yang dinamik dalam pengetahuan, kemahiran, pemikiran kritis dan kreatif, serta berminda keantarabangsaan (international mindedness). Dalam konteks tempatan, adaptasi dan memperibumikan model ini, mampu melahirkan murid yang kompetetif pada peringkat antarabangsa dengan jati diri tempatan yang utuh.
iii. Model Pondok Moden Gontor, Indonesia (a) Pondok Moden Gontor mengupayakan penggunaan bahasa inggeris dan bahasa arab sebagai bahasa pengantar dengan pembudayaan bahasa selama 6 bulan. Dalam tempoh tersebut, kesemua murid dan guru memerlukan latihan serius dan disiplin yang keras bagi penguasaan bahasa.
10
Malaysia boleh mengambil pendekatan yang sama dengan adaptasi latihan bahasa ketiga (bahasa inggeris, bahasa arab, dan bahasa antarabangsa lain) pada aras selepas tingkatan 5 (pre-U) sebelum murid-murid keluar ke pelbagai lapangan termasuk kursus asas sebelum menceburi bidang pembelajaran utama (contoh, model Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Rasionalnya, pada aras ini, disiplin kandungan ilmu yang asasi telah dikuasai serta persediaan mental dan kematangan yang mencukupi. (b) Setiap murid perlu membuat latihan komuniti dalam tempoh tertentu sebagai guru / pendidik masyarakat sekitar secara praktikal sama ada di sekolah kerajaan mahupun sekolah swasta atau sekolah agama tempatan sebagai syarat graduasi. Secara tidak langsung, latihan pembinaan insaniah (soft-skill) dijana dengan begitu bersahaja tetapi formal dan secara tidak langsung memberikan khidmat yang diperlukan masyarakat pada hari ini, iaitu pembantu guru.
3.2
Struktur Pentadbiran
3.2.2.2
11
3.2.2.3
Sekolah yang menjadi pelaksana menerima arahan dari pelbagai lapisan (Kementerian-JPN-PPD) hingga menyebabkan berlakunya kerja yang sama diulang berkali-kali sekaligus membebankan dan membuang masa, tenaga dan sumber. Sistem yang berpusat secara berlebihan ini mengekang daya usaha dan kreativiti pada peringkat pelaksana dengan tugasan nonakademik secara berlebih-lebihan.
3.2.2.4
3.2.3.2
3.2.3.3
3.2.4.2
3.2.4.3
12
3.3
Kurikulum
3.3.1.2
3.3.1.3
3.3.1.4
3.3.1.5
3.3.1.6
Pentaksiran ini menggunakan rujukan norma (norm-reference) sebagai kayu ukur dan menjadi alat penentu murid-murid dalam pemilihan pada peringkat pembelajaran yang seterusnya, termasuk pemberian biasiswa dan peluang belajar ke luar negara.
3.3.1.7
Peranan peperiksaan awam yang dominan apa lagi digula-gulakan dengan hadiah berupa wang ringgit, serta diberi kedudukan (ranking) yang memberi penarafan tertentu kepada sekolah, pentadbir dan warga guru akhirnya mempengaruhi pemikiran seluruh masyarakat hingga menganggap keputusan cemerlang peperiksaan awam adalah segala-galanya.
3.3.2.2
3.3.2.3
3.3.2.4
3.3.2.5
3.3.2.6
Warga sekolah (guru, pentadbir dan murid) tersepit dengan kehendak FPK, bebanan tugas-tugas non-akademik yang berat, dan desakan masyarakat yang mengorientasikan peperiksaan sebagai segalasegalanya. Ini mengakibatkan guru-guru secara kreatif, memilih kaedah latih-tubi (rote-learning) dan mengajar murid secara teknik menjawab soalan peperiksaan awam lantas mengabaikan pemahaman konsep, konteks, unsur nilai, afektif dan menjadikan pembelajaran tiada nilai (value-less), kering dan seterusnya sesuatu yang membosankan, menyukarkan dan membebankan (untuk murid, dan juga guru). Institusi sekolah secara keseluruhan dilihat adalah institusi yang hilang makna budaya-pendidikan; Murid-murid diternak, bukan dididik! Murid-murid dilambakkan dengan masa akademik yang berlebihlebihan sehingga melahirkan budaya pusat tusyen, budaya kelas tambahan, budaya program motivasi jawab peperiksaan, dan lain-lain lagi budaya yang melemahkan struktur sosial masyarakat yang memerlukan anak muda yang aktif, terlibat dengan masyarakat, berpartisipasi dalam organisasi kepersatuanan, dan lain-lain budaya yang langsung tidak mencerminkan misi budaya pendidikan dijelmakan. Akhirnya, masa muda murid dilesukan secara berlebihlebihan dan secara tidak langsung mengakibatkan kenaikan taraf hidup masyarakat semakin mendesak. Keputusan peperiksaan SPM diumumkan setiap tahun secara besarbesaran dengan penumpuan media perdana secara keseluruhannya dengan peningkatan saban tahun. Murid yang mendapat A dan A+ semakin bertambah, namun keputusan peperiksaan ini mula dipertikaikan. Prestasi yang dicapai murid-murid tidak mencerminkan pencapaian sebenar. Pensyarah di universiti mendapati murid yang cemerlang dalam SPM tidak memahami konsep asas suatu disiplin imu. Justeru, ada pandangan yang menilai bahawa standard peperiksaan telah direndahkan.
3.3.2.7
3.3.2.8
3.3.3.2
kandungan kurikulum dengan organisasi kurikulum secara mengufuk (horizontal) dan mencancang (vertical) perlu secara falsafah dan praktisnya ke arah murid untuk berfikir (thinking classroom); bukan pemberatan secara mendalam (in-depth) secara tangkap muat dan tergesa-gesa.
3.3.3.3
Adaptasi model kurikulum Tyler, 1963 yang diamalkan selama ini menjadikan kurikulum kebangsaan terlalu bersifat berpusat, dengan pengalaman pembelajaran tidak dapat menjelaskan hasrat FPK. Model Kurikulum Taba, 1965 pula memberikan kelonggaran kepada agensi pusat dengan menegaskan pemilihan dan organisasi pengalaman pembelajaran perlu diberi perhatian secara eksplisit disamping pemilihan dan organisasi kandungan yang memungkinkan pelaksanaan P&P perlu secara teliti disusun mengikut keupayaan guru pada peringkat akar umbi (decentralised). Kurikulum perlu bersifat luwes (flexible) dan dapat menampung unsurunsur setempat (localizing) lantas memupuk, menyerlah dan memelihara kebudayaan serta kreativiti tempatan. Ini perlu disesuaikan dengan keadaan prasarana dan kemudahan setempat. Sesuatu pentaksiran adalah penting bagi mengukur tahap perkembangan diri murid di samping memberi maklumat tentang pengajaran guru. Peperiksaan awam pula memberikan maklumat mengenai tahap pendidikan negara untuk menentu dasar dan menyediakan kurikulum masa depan. Justeru, gambaran keseluruhan sistem pendidikan perlu dijelmakan dengan sistem pentaksiran yang juga perlu secara menyeluruh, tidak terhad kepada domain kognitif. Di samping penilaian sumatif, penilaian bersifat formatif dengan aplikasi pentaksiran tulen (authentic assessment) dalam Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) perlu diketengahkan sebagai intervensi kurikulum berfikrah (thoughtful curriculum) seperti yang dihasratkan dalam kurikulum kebangsaan. Lantas, PBS perlu diberikan wajaran seimbang berbanding peperiksaan awam. Peperiksaan awam perlu terhad kepada satu peperiksaan tunggal untuk persekolahan rendah dan satu untuk persekolahan menengah. Ini bertujuan untuk pembuat dasar menentukan kurikulum masa depan di samping perbandingan kajian antarabangsa; Tujuan ini penting namun bukan sebagai wajaran utama pemilihan ke IPTA mahupun aliran bidang pembelajaran seterusnya. Lantas, kaedah penilaian dan penyoalan perlu dilihat relevan dengan tujuan peperiksaan berkenaan.
3.3.3.4
3.3.3.5
3.3.3.6
3.3.3.7
16
3.3.3.8
Penilaian yang bersifat minat dan kecenderungan murid perlu diberi perhatian dalam menjuruskan murid dalam aliran pembelajaran serta mempengaruhi pemberian biasiswa, kemasukan ke IPTA dan lainlain.
3.3.4.2
3.3.4.3
3.3.4.4
3.3.4.5
sebarang penambahan adalah tidak diperlukan memandangkan penggubalan dan pembangunan kurikulum dibuat secara teliti sebelum disebar luas ke seluruh negara disebabkan tempoh penggubalan adalah munasabah dan tidak tergesa-gesa.
3.3.4.6
Kitaran kurikulum adalah dalam tempoh sesudah kohort pertama telah menamatkan persekolahan menggunakan sistem kurikulum berkenaan, dan perlu berubah dan ditambah baik. Justeru, sekiranya sistem persekolahan adalah 10-12 tahun, maka tempoh penggubalan dan pembinaan kurikulum adalah 10-12 tahun. (Tempoh ini adalah sama seperti diamalkan negara maju) Guru perlu diberikan latihan praktikal (hands-on) secara berterusan bagi memastikan penilaian formatif dan berasaskan tempatan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Latihan termasuk integriti, sahsiah dan keperibadian guru sebagai pendidik umat bagi menjamin kredibiliti guru sebagai Muallim, Muaddib dan Murabbi. Justeru, fungsi PPD-sekolah sekali lagi menjadi kunci perubahan ini. Malahan, latihan berterusan guru sehingga ke peringkat falsafah dijadikan kriteria utama kenaikan pangkat dan imbuhan kerjaya. Aspek sahsiah dan watak diri murid dijadikan bahagian penting dalam sistem pentaksiran negara. Kriteria pemilihan murid menyambung pengajian di sekolah tertentu dan mendapat biasiswa tidak sematamata berlandaskan peperiksaan awam, malah mengambil kira aspek sahsiah dan watak diri murid sebagai pemberat yang munasabah. Kredibiliti sistem pentaksiran terutama peperiksaan awam perlu dipertahankan dengan memperkenalkan penilaian bercorak kriteria (criterian reference) dan bukan bercorak normatif (norm reference).
3.3.4.7
3.3.4.8
3.3.4.9
pemikiran dan jawapan menumpu (convergent thinking) yang terdapat dalam soalan peperiksaan awam pada hari ini.
3.3.4.12 Budaya kelas tusyen dan kelas tambahan untuk menambah waktu
pembelajaran akademik perlu disekat dan dipantau perkembangannya. Masa murid-murid perlu dipenuhi dengan pendidikan dengan erti kata yang sebenarnya merangkumi perkembangan JERI dalam elemen sosial, insaniah, kemahiran, afektif dan psikomotor.
3.4
Kualiti Guru
3.4.1.2
3.4.1.3
3.4.2.2
19
3.4.2.3
Guru yang baru menamatkan latihan keguruan masih memerlukan bimbingan dan pemantauan yang rapi semasa ditempatkan di sekolah. Lazimnya, amalan terbaik, idealisme dan kreativiti guru baru akan segera pudar kerana budaya sekolah yang tidak mesra perubahan. Kadar guru wanita jauh melebihi guru lelaki, dan keadaan ini menimbulkan masalah di sekolah menengah kerana sukar untuk mengawal disiplin murid-murid. Selain itu, gaya pengajaran guru wanita tidak lagi sesuai untuk murid lelaki peringkat menengah dan ini merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tumpuan dan prestasi murid lelaki.
3.4.2.4
3.4.3.2
3.4.3.3
3.4.3.4
Singapura, atau Taiwan, telah meletakkan syarat asas untuk menjadi guru dengan mempunyai kelayakkan sekurang-kurangnya ijazah sarjana. Malahan, bagi mereka yang mempunyai ijazah doktor falsafah, diletakkan untuk mendidik kanak-kanak di peringkat prasekolah. Malah, kerjaya keguruan menjadi idaman dan cita-cita utama anak-anak kecil di sana.
3.4.3.5
Dalam SBPA dan kini SSM Yang Ditambah Baik, skim yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam dalam sektor pendidikan, bermula dari lepasan PMR, sehingga ijazah pertama sahaja. Ini bermakna, sekiranya seorang guru di sekolah mempunyai ijazah yang melebihi ijazah pertama, gred gaji yang diterima adalah sama, tidak mendapat apa-apa kenaikan tangga gaji atau apa-apa kelebihan dari aspek senioriti atau kekananan. Ini sangat ironi kerana dalam sektor pendidikanlah sewajibnya meletakkan standard yang tinggi untuk pendidik dan pada masa yang sama menyediakan dan mengiktiraf peluang kenaikan pangkat berasaskan kesarjanaan yang sudah pastinya berlandaskan faktor keilmuan. Guru juga perlu fokus terhadap tugas utamanya iaitu mendidik, dan tugas-tugas bukan pengajaran perlu dikurangkan. Justeru, sistem pentadbiran di sekolah perlu diubah dengan mewujudkan jawatan pembantu guru / pembantu tadbir bagi tugas-tugasan pendokumentasian / pengkeranian / pengurusan borang-borang tertentu yang melemaskan. Bilangan guru lelaki perlu ditingkatkan di peringkat menengah untuk memastikan kawalan disiplin dapat ditingkatkan dan gaya pengajaran guru dapat membantu murid lelaki mengikuti pelajaran dengan berkesan.
3.4.3.6
3.4.3.7
3.4.4.1.1
21
i.
Laluan berasaskan masa perlu skim yang berbeza daripada tingkatan sekarang (8-8-6-3) contoh: 41(biasa)44(kanan)-48(kanan)-52(wibawa)-54&Jusa(Pendeta Guru) kepada tingkatan yang lebih panjang dan menarik bagi menjana prestasi tinggi dan jumlah guru yang ramai di samping memahami implikasi kewangan kepada negara seperti contoh: 41444850-5254Jusa(Pendeta guru) dengan formula masa (5-5-5-5-5-5) (selang 5 tahun untuk tingkatan selanjutnya) Kualiti pengajaran dan ilmu pengurusan tertentu perlu ditingkatkan apabila mencapai tingkatan yang selanjutnya dengan diberikan kursus khusus yang berkaitan. Syarat kenaikan berasaskan masa perlu diiringi dan diimbangi dengan prestasi semasa yang diukur oleh sumbangan akademik dan non-akademik di sekolah melalui tugasan berbentuk tambah nilai (value-added) seperti Kajian Tindakan, Lesson Study, tesis lapangan, pembentangan kertas kerja di dalam seminar dalam dan luar negara, dan khidmat komuniti mendidik masyarakat sekitar seperti dalam organisasi masyarakat (bukan tusyen atau kelas tambahan).
ii.
iii.
3.4.4.1.2
Laluan kerjaya pentadbiran kependidikan pada peringkat KPMJPN-PPD-sekolah perlu ditambah baik dengan pilihan yang menarik dan bersifat adil dengan diberi pilihan kenaikan berasaskan masa atau kenaikan berasaskan perjawatan yang lebih dihormati, seterusnya menarik untuk pegawai/guru berpengalaman dan pakar pendidikan untuk berkhidmat di KPMJPN-PPD. Laluan kerjaya keguruan pakar mata pelajaran (subject-matter expert) perlu diwujudkan segera dengan autoriti pemilihan daripada KPM-JPN-PPD seterusnya ditempatkan sebahagian besarnya di PPD secara kenaikan tingkatan di JPN dan seterusnya di KPM (dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum yang telah ditambah baik dan diperluaskan struktur dan fungsinya) serta lain-lain pusat latihan pendidikan seperti IPGM dan Institut Aminudin Baki (IAB).
3.4.4.1.3
3.4.4.2
Calon guru hendaklah diambil daripada murid-murid cemerlang sebagai tarikan kepada laluan kerjaya yang menarik setanding dengan profesional lain.
22
3.4.4.3
Skim keguruan perlu bermula daripada lepasan STPM / Diploma sehinggalah kepada Ijazah doktor falsafah. Justeru, guru/pegawai pemegang ijazah sarjana diberikan insentif kenaikan tangga gaji tertentu, 5 hingga 8 tahun atau permulaan DG48, dan kenaikan 8 hingga 10 tahun untuk pemegang ijazah doktor falsafah atau permulaan DG52. Alternatif lain mungkin ada laluan kerjaya lain seperti cadangan di atas. Kursus latihan keguruan perlu menumpukan kepada Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge) berbanding pengetahuan kandungan ilmu (content knowledge) atau dalam nisbah 70:30 supaya guru dapat peluang sebanyak mungkin untuk mempelajari pelbagai teknik penyampaian terbaik dalam suatu kandungan ilmu. Ini termasuk penyerapan FPK dalam P&P dan elemen nilai merentasi kurikulum. Kursus latihan keguruan perlu menumpukan kepada pembudayaan baru amalan terbaik P&P dengan membawa idealisme perjuangan penambah-baikan secara kreatif, kritis, dan inovasi dalam pendidikan; bukan semata-mata sekadar mampu mengikut sistem sedia ada di sekolah. Dengan kata lain, guru baru yang ditempatkan di sekolah perlu membawa budaya penyegaran dan pencerahan, bukan ditenggelami dengan budaya sedia ada di sekolah. Jawatan pembantu guru / pembantu tadbir guru perlu diwujudkan bagi skop tugas membantu tugas-tugas dokumentasi berkaitan keperluan guru seperti pengurusan borang-borang tertentu, data-data tertentu, penyediaan bahan-bahan P&P, dan yang seumpamanya. Tugastugasan sebegini semakin menjadi keutamaan terutama apabila datangnya arahan-arahan dari KPM-JPN-PPD yang memerlukan tindakan segera, dan berulang-ulang kali secara berterusan. Bilangan guru lelaki perlu ditingkatkan terutama pada peringkat sekolah menengah supaya menyeimbangi nisbah bilangan murid lelaki:perempuan di sekolah serta atas tujuan kawalan keselamatan dan disiplin di samping memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih sesuai dengan murid lelaki.
3.4.4.4
3.4.4.5
3.4.4.6
3.4.4.7
23
4. Penutup
Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dan kritikal untuk membangunkan generasi yang berupaya memelihara tradisi murni, maruah dan martabat bangsa. Pada masa yang sama, mampu memacu negara ke arah masyarakat Malaysia yang bertamadun dan maju mengikut acuan tempatan. Justeru, FPK adalah acuan yang serasi dengan hasrat dan aspirasi kita bagi menjayakan sistem pendidikan negara. Perhatian utama transformasi adalah kepada pendekatan secara kreatif dan kritis dalam soal pentadbiran sistem pendidikan, penggubalan dan penulisan kurikulum termasuk pentaksiran, dan yang paling utama adalah pelaksanaan kurikulum itu sendiri. Lantas, islah dan tajdid terhadap pandangan sarwa dunia pendidikan di Malaysia perlu kepada dinamika yang menghubungkan nilai ketuhanan dan nilai dalam tamadun tinggi dunia yang menyumbang kepada umat manusia. Pada masa yang sama, memahami dan menggarap secara reflektif sumber budaya dan tamadun kita sendiri. Sesungguhnya, pendidikan merupakan amanah yang sangat penting yang mesti dilaksanakan dengan sepenuh jiwa raga.
Sekretariat Pendidikan Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Selangor Disetujui Bersama: ABIM Daerah Kuala Langat ABIM Daerah Klang ABIM Daerah Serdang ABIM Daerah Gombak ABIM Daerah Shah Alam ABIM Daerah Sabak Bernam ABIM Daerah Tanjung Karang ABIM Daerah Hulu Selangor
24