Anda di halaman 1dari 12

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA SELANGOR

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

SABTU 24 MAC 2012 ANJURAN UNIT DISIPLIN & PENGAWAS UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

NAMA PROGRAM HARI TARIKH TEMPAT DAMANSARA PESERTA 1.0 :

: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012 : SABTU

: 24 MAC 2012 DEWAN SRIKANDI, SK SEKSYEN 11 KOTA

: PENGAWAS (TAHUN 2, 3, 4, 5 & 6)

PENGENALAN Kursus Kepimpinan Pengawas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai kepimpinan dan pembangunan sahsiah di kalangan para pengawas sekolah. Secara umumnya, kursus ini juga berbentuk Experienial Learning untuk membuka minda dan menimba pengalaman di samping memupuk nilai sahsiah diri yang unggul di kalangan para peserta dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, kecemerlangan minda, prestasi kerja dan jati diri. Kursus ini juga dapat menggembeleng usaha ke arah peningkatan dan pembangunan sahsiah diri serta aspek ketahanan mental di kalangan kepimpinan pelajar muda.

2.0

KEKUATAN 2.1 Fasilitator Perlaksanaan modul telah dikelolakan oleh fasilitator luar yang telah dilantik oleh pihak sekolah dan berjalan dengan lancar. Manakala, guru pembimbing unit disiplin dan pengawas pula bertindak membantu fasilitator luar yang dilantik semasa aktiviti modul dijalankan serta memastikan perjalanan fasilitator program telah berjalan lancar. modul Secara dengan keseluruhannya, menyampaikan

berkesan kepada para peserta kursus kepimpinan pengawas ini.

2.2

Peserta Murid-murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 telah terlibat sepenuhnya yang telah dirancang. Semua murid amat teruja dan

seperti

memberikan kerjasama dengan baik sepanjang program ini dijalankan seperti berkumpul awal di Dewan Sri Kandi dan membawa alatan yang diperlukan semasa program yang berlangsung. tinggi dan Para jitu pengawas terhadap juga kursus menunjukkan komitmen

kepimpinan pengawas ini dan hampir 98% para pengawas sekolah telah menghadiri kursus ini. Kebanyakkan peserta memberi respon yang positif terhadap kursus kepimpinan pengawas ini dan menyatakan kursus ini perlu diadakan pada setiap tahun dan keinginan untuk mengikutinya lagi. 2.3 Modul Para peserta disediakan modul kursus kepimpinan pengawas ini semasa program berlangsung terlebih dahulu. Hal ini membantu para peserta untuk lebih memahami modul yang akan dilaksanakan dan mempunyai bahan kursus selain catatan sendiri semasa mengikuti kursus kepimpinan pengawas ini. Selain itu, modul yang disediakan juga tidak tertumpu kepada bahan slaid atau ceramah berkaitan kepimpinan pengawas sahaja malah modul ini juga mengandungi latihan stimulasi atau praktikal yang boleh dipraktikan oleh pengawas dalam meningkatkan jati diri sebagai seorang pengawas dan mempunyai disiplin serta sahsiah diri yang baik.

3.0

KELEMAHAN 3.1 Kelewatan kursus bermula Kursus kepimpinan pengawas ini bermula agak lewat daripada masa yang telah dirancang berikutan fasilitator yang tersesat mencari lokasi sekolah. Kursus bakal bermula pada pukul 8.30 pagi seperti yang dirancang dalam tentatif program namun berikutan hal yang tidak dapat dielakkan kursus ini telah bermula agak lewat sejam daripada masa yang telah dijadualkan. 3.2 Modul Modul yang disediakan turut mengandungi modul yang tidak selaras dengan matlamat kursus kepimpinan pengawas iaitu terdapat modul teknik belajar kepada para peserta. Kursus ini dirancang awal bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas tentang disiplin dan jati diri sebagai seorang pengawas atau pemimpin pelajar di sekolah yang harus mereka contohi dan teladani serta praktikkan kepada para murid yang lain. 3.3 Keterlibatan guru dalam program Sepanjang program ini berlangsung didapati guru-guru unit disiplin & pengawas kurang dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan pengawas ini. Guru-guru tidak dapat menunjuk ajar atau memberi contoh teknik atau teladan kepada para pengawas untuk dicontohi dalam menangani kes-kes didiplin oleh murid-murid di sekolah.

4.0

PENAMBAHBAIKKAN 4.1 Kelewatan kursus bermula Fasilitator boleh dimaklumkan lebih awal tentang lokasi sekolah dan penyelaras program juga boleh meminta fasilitator untuk lebih menepati masa program yang telah ditetapkan agar program yang dirancang ini dapat dimulakan tepat pada masanya. 4.2 Modul Modul yang disediakan juga hendaklah selaras dengan matlamat program dan fasilitator boleh mengubahsuai modul tersebut dengan sasaran program yang dikehendaki oleh penganjur. Penganjur juga boleh memaklumkan akan matlamat atau sasaran program yang ingin dilaksanakan. 4.3 Keterlibatan guru Guru-guru Unit Dispilin & Pengawas perlu dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan pengawas ini dan dicadangkan untuk program kursus kepimpinan pengawas yang akan datang perlu diadakan slot khas untuk para guru menunjukkan contoh bagaimana untuk menangani kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid kepada pengawas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka seharian.

5.0

KESIMPULAN Kursus Kepimpinan Pengawas Tahun 2012 ini telah berjaya mencapai

objektif yang disasarkan kepada murid-murid seperti meningkatkan dispilin diri yang utuh dan kemahiran komunikasi yang boleh para pengawas pelajari. Oleh itu, program ini amat perlu diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berbeza dan lebih menarik kerana bukan sahaja amat membantu pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah memberi pendedahan idea kepada para pengawas tentang kepimpinan yang harus mereka contohi dan teladani selain meningkatkan jati diri sebagai seorang pengawas serta mempraktikkan disiplin yang baik. Disediakan oleh :

........................................................... (PN. HUSNA MAHIRAH BINTI HASAN) Setiausaha Unit Disiplin & Pengawas SK Seksyen 11 Kota Damansara Disahkan oleh :

................................................. (DATIN JAYANTHI A/P DEVAN) Penolong Kanan HEM SK Seksyen 11 Kota Damansara Disemak oleh :

....................................................... (PN. MUSALMAH BINTI AB. GHANI) Guru Besar SK Seksyen 11 Kota Damansara

GAMBAR PROGRAM

Para pengawas telah berkumpul di dewan pada pukul 8.00 pagi

Datin Jayanthi sedang menyampaikan pesanan kepada para pengawas

Fasilitator sedang menyampaikan modul program

Peserta melakukan aktiviti untuk slot 1

Fasilitator sedang bertanyakan sesuatu kepada peserta

Perserta sedang membaca ak modul yang telah disediakan

Para peserta kelihatan gembira mengikuti kursus kepimpinan pengawas ini

Para peserta sedang membuat latihan stimulasi

Para peserta sedang membuat latihan dalam kumpulan kecil

Para peserta diakhiri program dengan mengikuti lagu Gemuruh yang membawa penuh pengertian dan semangat

Anda mungkin juga menyukai