Anda di halaman 1dari 1

Pada hari Sabtu yang lalu,ayah dan ibu tiada dirumah kerana menghadiri majlis perkahwinan.

Mereka menyuruh aku agar menjaga adik-adik yang masih kecil dirumah.Akumenyuruh adik-adikku bermain diruang tamu agar senang diawasi. Tiba-tiba,aku terdengar jeritan adik kecilku yang bernama NurSofiya.Aku berlari ke arahnya untuk mengetahui apa yang berlaku.Rupa-rupanya,adikku terluka dan kakinya patah akibat terjatuh daripada basikal kesayangannya. Tanpa membuang masa,aku pun mengangkatnya lalu meletakkannya di atas sebuah sofa diruang tamu.Aku mencuba untuk memujuknya supaya berhenti menangis.Aku ke dapur lalu membuat sebotolsusu untuk diminum oleh NurSofiya.Beberapa minit kemudian,adikku berhenti menangis. Setelah itu,aku ke bilik untuk mengambil peti kecemasan yang disediakan dirumah.Aku mengelap darah yang keluar mengalir daripada kaki adikku dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari di sekolah.Tambahan pula,aku adalah salah seorang daripada ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Melihat keadaan kaki adikku sebegitu,aku ke rumah jiran sebelahku untuk meminta pertolongan.Aku meminta Encik Zamri menghantar kami ke klinik berhampiran agar adikku dapat dirawat.Setengah jam di klinik tersebut,kaki adikku siap dibalut oleh doktor yang bertugas.Selepas itu,kami pun pulang ke rumah. Tiba dirumah,ayah dan ibu telah berada disana.Mereka berasa sangat terkejut lalu menanyakan apa yang terjadisetelah melihat keadaan adik.Aku menceritakan apa yang terjadi ketika ayah dan ibu tiada dirumah.Mereka memuji atas tindakan beraniku itu.Ayah juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Zamri kerana sudi menghantar aku dan adik ke klinik.Disebabkan itu,ayah dan ibu berjanji untuk membawa kami ke mana sahaja mereka pergi.

Anda mungkin juga menyukai