Anda di halaman 1dari 33

1.

Pengenalan

Tajuk bagi mata pelajaran ini adalah Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Justeru, melalui semester ini, kami diperkenalkan kepada subjek ini. Hal ini adalah kerana kami tidak mempunyai sebarang asas mengenai bidang ini. Kami juga diperkenalkan tentang definisi pendidikan khas, golongan kanakkanak bekeperluan khas bermasalah pendidikan khas, ciri-ciri kanak-kanak

bekeperluan khas dan sebagainya. Selain itu juga, melalui subjek ini, kami didedahkan mengenai akta-akta yang terlibat dalam penguatkuasaan Pendidikan Khas dan sejarah bagaimana Pendidikan Khas ini diwujudkan. Tambahan lagi, kami juga didedahkan mengenai trenda mengenai pendidikan khas kini. Isu-isu berkaitan pendidikan khas juga didedahkan kepada kami bagi menghadapi segala cabaran masa hadapan. Seperti mana yang diketahui, sebagai seorang guru yang bagus, kita perlu mengambil satu tapak ke hadapan agar kita lebih mengetahui dan arif dalam segala bidang yang diterajui. Jika dahulu saya hanya mengetahui mengenai syndrom down sahaja, kini melalui subjek ini, saya didedahkan mengenai golongan kanak-kanak bekeperluan khas yang lain seperti hiper aktif, autisme, lembam, dan lain-lain. Saya juga mendapat pendedahan yang lebih jelas semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lepas. Kesimpulannya, Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang sangat luas dan memberikan makna yang mendalam kepada saya kerana bagi saya kanak-kanak berkeperluan khas merupakan mutiara yang harus kita gilap dan jaga kerana mereka amat memerlukan bantuan kita dalam menguruskan hidup mereka dan ingatlah bahawa mereka juga tidak ingin dilahirkan demikian.

2.0

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Slavin (1997) mendefinisikan pendidikan khas sebagai Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.

Manakala, dalam buku Definition Of Special Education mendefinisikan pendidikan khas sebagai special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of an exceptional student yang bermaksud pendidikan khas bermakna program yang direka khas di mana kita bertemu atau mengajar keperluan kepada murid bekeperluan khas.

Pendidikan khas juga merujuk kepada satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek,fizikal,sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan danpenyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripadarancangan sekolah biasa. (Chua, 1992).

Menurut Gearhart dan Weishman(1980) pula, pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar- pelajar dan belia bersifat luar biasa.

Hallahan dan Kauffman (2006) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Gargiulo (2003) mendefinisikan pendidikan khas sebagai program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Friend (2005) mendefinisikan pendidikan khas sebagai pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.

Mansor (2005) menyatakan bahawa program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluankeperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa." (Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)

Murid pendidikan khas adalah murid yang mempunyai ciri-ciri khusus yang memiliki ciri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti pembelajaran seperti murid-murid normal. Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan, fizikal, mental, deria dan tingkahlaku menjuruskan mereka dalam kategori bermasalah pembelajaran. Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.

Kesimpulannya, bagi saya, pendidikan khas merupakan satu bidang yang sangat luas yang di dalamnya terangkum kaedah dan cara-cara pengajaran kepada muridmurid bekeperluan khas serta merangkumi mata pelajaran yang mampu meningkatkan lagi kemahiran murid bekeperluan khas dalam mengurus diri serta meningkatkan taraf hidup semasa dewasa kelak.

Selain itu, pendidikan khas juga menjamin individu mampu mengurus diri tanpa menyukarkan orang lain apabila meningkat dewasa. Pendidikan khas bermakna satu program yang direka khas yang diperlukan oleh murid bekeperluan khas dari segi mata pelajarannya dan cara pengajarannya.

3.0

Perundangan Dan Dasar-Dasar Pendidikan Khas Di Malaysia

Dalam Buku Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2008 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelididkan Jabatan Pendidikan Khas berdasarkan Akta Pendidikan 1996, peratuan ini dipanggil sebagai PeraturanPeraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2008.

Dalam peraturan ini, murid bekeperluan khas didefinisikan sebagai murid yang mempunyai masalah penglihatan, atau masalah pendengaran atau masalah

pembelajaran atau yang cacat anggota atau murid dengan kecacatan pelbagai.

Manakala program pendidikan khas pula diertikan sebagai satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid pendidikan khas. Selain itu, pendidikan khas juga dapat diertikan sebagai satu program yang disediakan di sekolah biasa bagi murid pendidikan khas yang dikenali sebagai Program Pendidikan Khas Integrasi. Program ini juga boleh diertikan sebagai suatu program pendidikan

Kurikulum pendidikan khas pula diertikan sebagai kurikulum kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid dan kurikulum alternatif yang bermaksud kurikulum yang dibina khusus atau apa-apa kurikulum latihan kemahiran yang digunakan oleh institusi latihan kemahiran lian yang dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid bekeperluan khas.

Dari segi pelaksanaannya pula, terdapat tiga tempat di mana Program Pendidikan Khas ini dapat dilaksanakan iaitu di sekolah khas, di sekolah biasa iaiatu di Program Pendidikan Khas Integrasi dan juga di sekolah biasa di Program Pendidikan Khas Integrasi.

Program Pendidikan Khas juga merupakan satu program yang menyediakan pendidikan kepada murid bekeperluan khas pada peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan lepasan menengah.

Kelayakan bagi memasuki Program Pendidikan Khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah murid boleh mengurus diri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan murid yang mempunyai masalah tingkah laku yang tidak berbahaya kepada diri sendiri. Selain itu, bagi murid cacat anggota pula, mereka boleh bergerak tanpa bantuan orang lain dan mereka perlulah disahkan oleh satu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pelajaran dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan

kebangsaan. Suatu tempoh percubaan tiga bulan juga dikenaka kepada murid yang dinyatakan bagi menilai kesesuaian penempatan murid yang batu berdaftar atau untuk memastikan mereka benar-benar layak mengikut Program Pendidikan Khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Keputusan kelayakan akan ditentukan oleh panel yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pengetua atau Guru Besar, dan Penyelaras Program Pendidikan Khas berasaskan laporan prestasi murid yang disediakan oleh penyelaras atau dikompilasi oleh guru pendidikan khas murid berkenaan.

Tempoh persekolahan bagi murid bekeperluan khas pula boleh dilanjutkan kepada dua tahun maksimum sama ada di peringkat rendah atau menengah atau kedua-duanya sekali.

Dari segi pelaksanaan kurikulum bagi murid bekeperluan khas adalah menggunakan kurikulum yang diguna pakai di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang menjalankan Program Pendidikan Khas. Kurikulum yang diguna adalah kurikulum kebangsaan bagi muris bekeperluan khas yang berkemampuan mengikuti kurikulum itu atau kurikulum yang diubah suai mengikut kecacatan murid itu. Selain itu juga, terdapat kurikulum alternatif di mana guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran ,masa dan suasana aktiviti, atau mata pelajaran atau bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.

Rancangan Pengajaran Individu (RPI) digunakan dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru.

Menurut Undang-Undang Malaysia Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008, bahagian IV Bab 1 iaitu kebolehaksesan, orang kurang upaya diberikan akses dalam kemudahan, ameniti, perkhidmatan, perkhidmatan dan bangunan awam. Selain itu juga, mereka turut mendapat akses dalam penggunaan kemudahan awam dan pendidikan. Justeru, adalah wajib bagi kerajaan Malaysia untuk menyediakan pendidikan kepada mereka.

Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas 1997) Bab 8, menteri hendaklah mengdakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat.

Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas adalah tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan yang menetapkan tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas, kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas , kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas dan apa-apa perkara difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah

pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah Berta sekolah menengah teknik / vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Pada masa kini Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas pula ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, manakala Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional ditadbir oleh Bahagian Pendidikan Teknikal.

Bahagian Pendidikan Khas adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara - perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisian bagi Program Pendidikan Khas. Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun. Manakala tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh

dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana -mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan( Pekeliling lkhtisas Bil. 16 / 2002 ) Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid dan kurikulum alternatif . Kurikulum alternatif yang diguna pakai bagi murid-murid pendidikan khas adalah kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK) dan kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa di arus perdana. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa. Selain itu juga, ia bertujuan untuk mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid pendidikan khas. Semua murid pendidikan khas yang mengikut kurikulum kebangsaan mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi pasca menengah. Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif seperti Latihan Industri, akan mengikuti Penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan jika memenuhi syarat akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas, akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah clan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah Sijil Khas Vokasional.

Dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 & Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, telah dinyatakan bahawa kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-

murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid ini adalah rendah dan peningkatan pencapaian adalah lambat.

Untuk memenuhi keperluan individu ini, Kurikulum Alternatif digunakan sebagai pendekatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan sedia ada murid ini.

Beberapa bidang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran digubal bagi memenuhi keperluan individu murid-murid dengan mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu mereka. Aktiviti pembelajaran dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pemilihan pengalaman melalui bidang berikut.

Dalam bidang satu iaitu bidang pengurusan dan kehidupan, terdapat empat komponen utama iaitu komponen pengurusan diri, komponenkemahiran manipulatif, komponen pengurusan tingkah laku dan komponen kemahiran hidup.

Manakala dalam bidang dua iaitu bidang akademik berfungsi, terdapat tiga komponen utama iaitu komponen Bahsa Melayu, Komponen Matematik dan Komponen Bahasa Inggeris.

4.0

Laporan Mengenai Subjek Kajian

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah selama empat hari di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong Satu Pahang pada 21 hingga 24 Mac 2011. Sepanjang PBS, saya telah membuat pemerhatian mengenai tugasan yang perlu saya laksanakan.

Tugasan kali ini meminta agar saya mengumpul maklumat mengenai profil, latar belakang keluarga, ciri-ciri, perkembangan diri, punca kecacatan dan lain-lain aspek mengenai subjek kajian. Saya telah memilih Ahmad Fauzan Imtiyaz Bin Khairan sebagai subjek kajian. Subjek mengalami autisme mild dan kini berada di kelas Pra Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di SKKS. Subjek kini berusia 6 tahun dan mula didaftarkan di kelas itu sejak 8 Februari 2010 dahulu.

Subjek merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Subjek kini menetap di E16, Taman Perumahan Guru, SMK Bandar Tun Razak, Rompin Pahang iaitu bersama keluarganya. Bapa subjek merupakan seorang guru Pendidikan Agama Islam di SMK Keratong dan juga merupakan seorang ustaz kepada saya dahulu. Manakala ibu subjek juga seorang guru di SMK Bandar Tun Abdul Razak Pahang. Subjek dilahirkan pada 21 Januari 2005.

Melalui temu bual yang dilakukan oleh saya bersama bapa subjek, bapanya menjelaskan kepada saya bahawa beliau mula perasan anaknya mempunyai masalah pada usia tiga tahun. Hal ini adalah kerana dikatakan subjek tidak memberikan tindak balas kepada bunyi yang dikeluarkan dan juga subjek dikatakan lambat berkembang dari segala segi seperti merangkak dan berjalan. Justeru beliau membuat keputusan bagi menemui pakar kanak-kanak, pakar pendengaran, psikiatrik dan Speech Specialist

pada usia subjek 3 tahun di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Melalui pertemuan itu, anak subjek telah disahkan mengalami autisme mild oleh pakar perubatan. Bapa subjek juga mengatakan bahawa subjek seperti bayi yang bermasalah pendengaran sewaktu berusia seawal 2 tahun kerana subjek dikatakan tidak memberikan respons kepadanya ketika bermain. Justeru, beliau mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pakar berhubung perkara ini.

Pada usia empat tahun, subjek masih lagi tidak boleh bercakap dan hanya bergaul dengan ahli keluarganya sahaja. Apabila melibatkan situasi sosial, subjek mula berasa tidak senang dan memastikan ahli keluarganya seperti kakaknya berada dekat dengannya. Pada usia 5 tahun, subjek dimasukkan ke kelas Pra Integrasi Pendidikan Khas di SKKS. Sejak memasuki kelas itu, subjek kini mampu berkomunikasi dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Subjek juga sudah mula bergaul dengan komuniti lain selain daripada ahli keluarganya.

Melalui temu ramah bersama bapa subjek, subjek dikatakan tidak mempunyai apa-apa punca yang menyebabkan kecacatan ini. Subjek tidak pernah menghadapi demam panas dan juga tidak mempunyai keturunan yang mempunyai kecacatan ini. Justeru, bapa subjek menganggap kecacatan ini berlaku secara semula jadi dan ketentuan.

Keluarga subjek merupakan keluarga pendidik. Hal ini adalah kerana ibu dan bapa subjek merupakan guru sekolah menengah. Keluarga subjek mempunyai taraf kehidupan yang seimbang dan stabil. Hal ini adalah kerana keluarga ini mempunyai pedapatan bersama yang tinggi dan hanya mempunyai empat orang tanggungan. Subjek mempunyai dua orang kakak iaitu Farhani Ibtisam (10 tahun), Faqihah Irdhina (8 tahun) dan seorang adik perempuan bernama Fakhirah Insyirah (4 tahun). Subjek merupakan anak tunggal lelaki di dalam keluarganya.

Dari segi perkembangan fizikal, subjek mempunyai perkembangan fizikal yang sama seperti murid normal yang lain. Jika kita melihat, kita pasti mengatakan bahawa subjek tidak mempunyai apa-apa masalah dan normal seperti kanak-kanak lain.

Manakala dari segi perkembangan kognitif, subjek menghadapi kelambatan dari segi perkembangan kognitifnya. Bapa subjek menyatakan bahawa subjek hanya mula memahami bahasa pada usia 5 tahun. Jika murid normal yang lain, mereka akan mula memperoleh bahasa seawal umur 3 tahun. Subjek dikatakan amat lambat dalam perkembangan bahasa. Selain daripada itu,subjek juga dikatakan sukar mempelajari perkara-perkara baharu secara abstrak semata. Hal ini bermaksud subjek perlu mendapat penerangan secara visual dan dibuktikan melalui pemandangannya. Hal ini dapat dibuktikan semasa subjek mempelajari ilmu fardhu ain, subjek kerap kali bertanya kepada bapanya, apakah maksud ailf ba dan seterusnya. Subjek tidak mempercayai perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuh.

Subjek amat gemar dalam melukis dan mewarna. Melalui pemerhatian saya di kelas Pra Integrasi tersebut, subjek amat pandai mewarna berbanding kanak-kanak hiper aktif. Subjek sangat teliti dalam mewarna sehingga menyebabkan hasil karyanya begitu cantik. Subjek juga kini boleh membaca dua suku kata seperti ba-ca, bo-la dan ba-ta. Subjek juga dikatakan amat arif dalam matematik dan boleh memahami matematik dengan cepat berbanding kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain. Subjek juga boleh berbahasa Inggeris setelah dihantar ke Program Pra Integrasi Pendidikan Khas di SKKS. Hal ini dibuktikan lagi melalui temu bual bersama bapa subjek. Subjek dikatakan dapat menggunakan ayat seperti I want to go to the toilet berulang kali selepas belajar di kelas pra berkenaan.

Subjek juga amat gemar melihat buku terutamanya buku yang mengandungi banyak visual. Bapa subjek mengatakan subjek boleh menghabiskan masa selama

maksimum 3 jam dalam membelek buku yang mempunyai visual yang menarik tanpa mengalihkan perhatiannya. Selain itu, subjek turut menunjukkan minatnya terhadap kereta dan blok mainan. Hal ini dibuktikan melalui perlakuannya di rumah di mana subjek lebih menumpukan perhatian dalam bermain blok berbanding bermaindi luar rumah dan sebagainya. Selain itu juga, subjek kerap kali mengajukan soalan yang sama kepada bapa dan ahli keluarganya yang lain. Soalan lazim yang diajukan adalah apabila bertemu dengan orang yang tidak pernah ditemuinya adalah ayah,itu saudara kita ya sebanyak kali yang dia mampu. Contoh lain pula adalah apabila mempelajari sesuatu perkara seperti abjad jawi, subjek kerap kali bertanyakan kepada bapanya apakah huruf itu dan maknanya. Manakala dalam proses pengajaran dan penbelajaran pula, subjek juga dikatakan sering kali bertanyakan perkara yang sama beulang kali seperti dalam waktu aktiviti mewarna, subjek akan bertanya pada guru pembimbing warna apakah yang sesuai terhadap sesuatu gambar itu.

Subjek juga dikatakan sukar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Subjek kerap kali bertanyakan kepada individu lain bagaimana caranya untuk subjek menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seprti contoh ketika ingin membaca, subjek akan mula bertanya bagaimana ingin membaca, harus bermula dari mana dan sebagainya. Manakala contoh lain yang dapat saya keutarakan adalah semasa mempunyai masalah dalam mata pelajaran matematik, subjek mula berasa tidak tentu arah dan mula bimbang tanpa memikirkan jalan keluar dari masalah itu. Seterusnya, subjek akan meminta pertolongan daripada individu lain bagi menolongnya

menyelesaikan masalah tersebut. Secara kesimpulannnya, subjek memang sukar menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.

Sifat lain yang terdapat dalam komponen perkembangan kognitif bagi subjek yang dikaji adalah subjek sukar menghafal sesuatu perkara yang baru dipelajari dan juga mudah hilang fokus terhadap perkara yang tidak menarik minatnya. Seperti contoh, apabila subjek sedang diajar subjek berkaitan fardhu ain, subjek akan lebih

mudah hilang fokus berbanding diajar melukis dan mewarna. Selain daripada itu, melalui maklumat yang telah diberikan oleh bapa subjek kepada kami, subjek amat gemar bermain deripada belajar. Apabila terdapat masa terluang, maka subjek akan melakukan susunan blok daripada mengaji al-Quran. Namun, apa yang menariknya adalah melalui susunan blok yang telah dibuat oleh subjek, terdapat satu keistimewaan yang tidak terdapat pada murid normal yang lain iaitu kecantikan kekreativitiannya. Kadang kala blok yang dibina seolah-olah sama seperti rekaan sebuah bangunan yang dibina oleh arkitek. Satu lagi keistimewaan subjek adalah mat cepat dalam melakukan kerja. Seperti contoh, jika subjek disuruh untuk mewarna, subjek akan

menyelesaikannya dalam selang masa yang singkat. Contoh lain, apabila subjek diarahkan untuk mengemaskan bilik tidurnya, subjek akan mengemaskan dengan secepat mungkin dan sekemas yang termampu.

Dari segi emosi pula, subjek amat suka apabila dipeluk dan dimanja. Sebagai contoh, apabila subjek dimarah oleh bapanya, subjek akan merajuk dan pergi ke bapanya agar bapanya memujuk subjek kembali. Hal ini menunjukkan bahawa subjek amat manja dengan bapanya. Selain daripada itu, subjek juga amat manja dengan ibunya. Hal ini dibuktikan lagi dengan perlakuan yang dilihat oleh saya di mana subjek amat suka dipeluk dan dibelai dengan penuh kasih walaupun di hadapan orang lain.

Subjek juga merupakan seorang yang suka memendam perasaan di mana apabila subjek ingin marah, subjek akan memendam perasaan itu dan melupakan perasaan itu selepas itu. Selain daripada itu, subjek juga boleh diajak bergurau dan kini subjek mula bergaul dengan masyarakat sekelilingl subjek juga merupakan seorang murid yang kreatif dalam pemikirannya di mana tahap kreatifnya boleh dikatakan melebihi murid yang seusia dengannya.

Subjek juga merupakan seorang yang mudah mengadaptasikan diri dengan persekitaran baharu. Hal ini dapat dikesan apabila subjek dihantar ke sekolah Pra Integrasinya. Pada hari pertama, subjek berasakan sekolah itu merupakan penjara baginya dan menangis sedaya yang mungkin. Namun, pada hari kedua, subjek mula bergaul dengan rakan sekelasnya yang lain dan bersifat seperti biasa kembali. Tiada lagi tangisan dan juga pekikan ingin pulang ke rumah. Subjek juga dikatakan seorang yang amat gemar mengikut rutin. Seperti mana yang telah diberitahu oleh penyelaras Program Pra Integrasi Pendidikan Khas Di SKKs iaitu Puan Asbahani, subjek amat gemar mengikut rutinnya. Selepas dihantar oleh bapa ke sekolah, subjek akan mula bermain daripada pukul 8 hingga pukul 8.45. pada pukul 8.45 subjek akan mula berasa penat dan merehatkan dirinya seketika sebelum proses pembelajarannya bermula. Selepas itu dalam sekitar jam 9 pagi, subjek akan mula belajar dan mewarna kertas yang disediakan. Tepat jam 9.30, subjek akan dibawa ke kantin sekolah bagi mengambil sarapannya dan makan sarapannya di sana. Pada pukul 10 pagi, subjek akan kembali ke kelas dan mula bermain kembali. Subjek akan berhenti bermain tepat jam 10.30. selepas 10.30, subjek akan menyambung kerjanya dan setelah jam 11.30, subjek akan menonton rancangan kegemarannya sehinggalah jam 11.30 pagi dan pulang ke rumah. Begitulah rutin sehariannya sepanjang berada di kelas Pra Integrasi itu.

Subjek juga dikatakan seorang yang amat gemar bersaing dan mudah marah apabila keinginannya tidak dipenuhi oleh sesiapa pun. Seperti contoh, apabila ingin pergi ke mana-mana, subjek akan bersaing dengan kakaknya untuk menaiki kereta. Apabila kakaknya mendahuluinya, subjek akan mula menangis dan marah kepada kakaknya itu. Selain itu, dalam kelas, subjek juga amat suka bersaing dengan rakan sekelasnya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Apabila subjek sudah mula bersaing, maka fokusnya bagi menjadikan rekaannya itu menarik tidak lagi di ambil kira. Jika dahulu subjek merupakan seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap dengan sesiapa, kini selepas dihantar masuk ke sekolah, kemahiran komunikasinya semakin baik dan kini subjek mampu bergaul dengan semua orang di kelasnya itu.

Perkara-perkara lain yang berkaitan subjek kajian adalah subjek amat gemar makan makanan yang mempunyai unsur ayam. Dahulu subjek memang tidak pandai untuk makan makanan selain daripada ayam, namun setelah diajar oleh keluarganya, subjek kini sudah tahu makan makanan lain. Namun, subjek tetap menggemari ayam berbanding makanan lain.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang mengalami masalah autisme sememangnya mempunyai sikap dan ciri-ciri seperti subjek yang saya kaji. Justeru, teknik dan intervensi awal perlu dilakukan bagi menangani sebarang masaah berkaitan kanakkanak ini.

5.0

Peranan Pelbagai Pihak Untuk Membantu Kehidupan dan Pendidikan Subjek Kajian

Dalam Undang-Undang Malaysia Akta 685 iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008 Bahagian II, terdapat satu majlis yang akan mengelolakan orang kurang upaya iaitu dikenali sebagai Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya.

Akta Kurang Upaya 2008 merupakan suatu akata untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya , penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini mengiktiraf bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dewngan orang kurang upaya.

Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya ini berperanan dalam meneyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya. Selain daripada itu, Majlis juga berperanan untuk membuat syor kepada Kerajaann mengenai semua aspek orang kurang upaya termasuk perkaraperkara yang berhubungan dengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya. Mereka juga bertindak untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkenaan.

Selain itu juga mereka bertugas dalam memantau dan menilai kesan dasar, program dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dan dalam berbuat demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkan perlu.

Selain itu, Majlis juga berperanan untuk menerima langkah pakai yang berkesan dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan mereka di tempat kerja dan pasaran buruh. Selain daripada itu, Majlis juga memupuk sikap hormat menghormati hak orang kurang upaya pada semua peringkat sistem pendidikan, termasuk pada peringkat awal kanak-kanak.

Antara pihak lain yang turut membantu dalam membantu subjek dalam kehidupan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini meliputi kanak-kanak, orang kurang upaya(OKU) , warga emas, orang papa, mangsa bencana, komuniti dan juga skim bantuan kebajikan. Jabatan ini turut berperanan dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan statistik jumlah OKU melalui pendaftaran yang di lakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat JKM. Antara keistimewaan atau bantuan dari JKM adalah rawatan perubatan, khidmat pemulihan, rawatan lanjut dan latihan vokasional. Selain daripada itu, JKM turut membantu dalam pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu. Bantuan kewangan, peralatan tiruan dan alat-alat kemudahan lain turut menjadi tanggungjawab JKM untuk membantu warga OKU seperti subjek. Selain itu, subjek juga akan mendapat Elaun Pekerja Kurang Upaya apabila dewasa kelak. Subjek juga akan mendapat pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan dan latihan di institusi JKM/NGO dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) selain daripada mendapat peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Selain daripada itu, selaras dengan Kempen Masyarakat Penyayang, Kerajaan telah menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membantu golongan istimewa serta kurang upaya ini. Antaranya ialah kemudahan galakan pelepasan cukai. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. OKU sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000. Tambahan daripada itu, mereka turut mendapat akses kepada kemudahan pengangkutan awam yang disediakan. Terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), PUTRA-LRT dan semua pengangkutan dengan bas Transnasional.

Selain daripada itu, mereka juga diberikan kemudahan perumahan dimana DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah-rumah pangsa atau kos rendah pada kadar sewa yang istimewa. Pengecualian bayaran rawatan perubatan di Hospital Kerajaan tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga , bayaran pakar dan ubat-ubatan. Manakala dalam aspek kemudahan pendidikan, terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan dengan elaun bulanan RM300.

Kemudahan dalam aktiviti harian pula terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi OKU ke Bangunan Awam, supaya mesra OKU dengan penyediaan ram,railing,laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain. Insentif lain adalah seperti daripada Telekom Malaysia Berhad (TM), kemudahan memulakan perniagaan a\kecil dengan bantuan geran RM 2700, kemudahan pencen terbitan dan sebagainya.

Peranan lain dalam untuk membantu OKU ialah ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya tidak menghina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan seperti kita. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak mentertawakan golongan tersebut. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU. Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.

Selain daripada itu, guru-guru juga berperanan dalam mebentuk kanak-kanak autism seperti subjek. Guru-guru perlu melakukan intervensi awal kepada subjek supaya subjek tidak menghadapi banyak kesukaran di masa akan dating.

Selaindaripada itu, kanak-kanak seperti subjek juga memerlukan perhatian yang lebih semasa berada dalam proses pengajaran dan pembeljaran. Hal ini adalah kerana subjek amat mudah hilang focus terhadap perkara yang dilakukan. Justeru, sebagi guru kita harus peka sama ada murid kita sedang menumpukan perhatian ataupun tidak.

Persatuan Autisme Malaysia juga perlu menjalankan peranan mereka sebaik yang mungkin. Hal ini adalah kerana selepas kanak-kanak autisme keluar daripada alam persekolahan setelah meningkat dewasa, mereka juga memerlukan kerja bagi menampung kos hidup mereka. Persatuan ini seharusnya berjuang habis-habisan bagi membantu golongan ini untuk berjaya dalam hidup. Selain daripada itu juga, pihakpihak swasta lain perlu memberikan kuota pekerjaan kepada golongan seperti ini. Hal ini adalah kerana sememangnya golongan seperti subjek tidak mempunyai masalah tingkah laku ganas yang mampu mencederakan orang lain. Justeru, mereka harus diberikan peluang untuk bekerja bersama-sama dengan golongan normal yang lain.

Selain daripada itu, syarikat-syarikat gergasi seperti Celcom Dan Maxis juga perlu memberikan peluang pekerjaan kepada golongan seperti subjek untuk mendapat pekerjaan di mana-mana bahagian dalam syarikat mereka. Hal ini adalah kerana syarikat-syarikat gergasi ini sememangnya mempunyai cawangan yang sangat besar dan seharusnya mereka perlu menetapkaan kuota untuk golongan OKU bagi bekerja dengan mereka.

Secara kesimpulannya, semua pihak perlu memberikan kerjasama bagi membantu subjek dan golongan lain sepertinya dalam kehidupan dan juga pendidikan. Usaha ini seharusnya berterusan sehinggah mereka mendapat kestabilan dalam hidupnya. Hal ini adalah kerana secara kebiasaanya, selepas tamat zaman persekolahan, mereka tidak lagi mendapat perhatian yang wajar dari pihak-pihak yang sepatutnya memberikan perhatian kepada mereka.

Peranan media massa dalam memperkenalkan mereka dan hasil kraftangan mereka juga perlu dipergiat bagi memasarkan produk yang mereka hasilkan. Bankbank juga haruslah memberikan perkhidmatan pinjaman kepada golongan ini bagi emmudahkan mereka membuka perniagaan dengan bayaran bunga yang rendah. Kita haruslah merendahkan hati kita bagi membentu golongan seperti ini kerana mereka juga insane biasa yang mempunyai hak yang sama rata seperti kita. Justeru, penindasan terhadap golongan ini perlulah ditangani segera dalam usaha memupuk semangat bekerjasama yang padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira normal mahupun golongan kurang upaya.

Selain daripada itu, dalam aspek pembinaan kabinet, kerajaan seharusnya memikirkan satu jawatan bagi OKU untuk memerintah kerana apabila nterdapat menteri yang seperti ini, maka nasib golongan sepertinya dapat dibela dengan lebih efektif lagi. Kerajaan juga haruslah memandang berat terhadap pernyataan ini kerana tiada apa

yang dapat mengukuhkan sesuatu pimpinan itu selain daripada kerjasama dan tanggungjawap sesama insan.

Peranan dari pihak-pihak swasta juga adalah amat dititik beratkan kerana mereka berperanan dalam membentuk satu organisasi yang lengkap dengan mengira keperimanusiaan sesame insan yang ada di Malaysia. Sebagai satu negara yang aman dan saksama, kita haruslah memandang berat ke atas nasib insan lemah ini agar negara kita tidak dipandang hina oleh negara luar yang begitu mengambil berat akan golongan seperti ini di sana.

Kerajaan Malaysia juga seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari UNESCO bagi mendapatkan khidmat pakar serta peralatan khas terkini yang dapat membantu golongan bekeperluan khas dalam negara kita.

6.0

Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas di Malaysia

6.1

Tandas Bagi Golongan OKU

Kebanyakan tandas awam di negara kita kini telah dilengkapi dengan tandas khas bagi golongan OKU. Namun, tandas itu kerap kali dilihat kosong dan tidak

digunakan. Hal ini menimbulkan kemusykilan kepada masyarakat lain mengapa tandas ini dibiarkan tidak berguna. Tandas ini mempunyai kemudahan pengepam tandas yang senang dicapai dan keluasannya muat bagi kerusi roda untuk dibawa masuk. Namun, ia jarang kali digunakan.

Justeru, masyarakat dengan sewenang-wenangnya menggunakan tandas itu atas anggapan lebih baik guna daripada tidak digunakan. Namun, tindakan itu sudah semestinya salah dan tidak bertanggungjawab. Hal ini adalah kerana kemudahan itu telah dibekalkan kepada OKU. Dan Oku itu merupakan insan yang mempunyai kelainan upaya berbanding manusia normal. Justeru adalah salah bagi kita untuk mengambil hak mereka sebagai golongan kurang upaya. Hal ini adalah kerana mereka juga tidak mengambil hak kita dalam kehidupan harian. Justeru, fikir-fikirkanlah.

6.2

Tempat letak Kereta Khas Bagi Golongan OKU

Berdasarkan gambar rajah di atas telah terpampang tanpa tersebut hanya kepada golongan OKU sahaja. Namun, masyarakat kita di Malaysia amat kurang prihatin terhadap perkara sedemikian.

Pembinaan tempat letak kereta khas ini adalah berasaskan keselamatan kepada golongan ini dan mengambil kira pelbagai faktor lain. Justeru, apabila masyarakat menggunakan tempat ini, adalah menjadi kesukaran bagi mereka yang benar-benar memerlukan bantuan bagi meletakkan kenderaan mereka. Hal ini mungkin

menimbulkan masalah kepada mereka kerana mereka tidak mendapat hak ke atas apa yang sepatutnya mereka dapat.

Adalah lebih buruk lagi jika mereka mungkin mendapat kecelakaan apabila mereka meletakkan kenderaan di tempat letak kereta biasa bersama pemandu normal. Tempat letak kereta khas ini telah direka khas dan menggunakan ruang yang sudah dikaji dengan telitinya sebelum dibina.

6.3

Ramp Mudah alih OKU

Ramp

mudah

alih

OKU

kini

semakin

popular

diperkenalkan

bagi

mempermudahkan lagi kerusi roda untuk turun dari satu kawasan yang cerun dan bertangga.

Namun,

masyarakat

masa

kini

sememangnya

telah

bersikap

tidak

bertanggungjawab dan menjadikan ramp itu sebagi tempat untuk bermain papan luncur dan sebagainya.

Hal ini mungkin menimbulkan kerosakan kepada ramp tersebut. Adalah menjadi bahaya apabila warga khas ini menggunakan ramp yang telah rosak. Apabila mereka menggunakan ramp tersebut, mereka mungkin akan menemui kecelakaan dan sebaginya.

Justeru, kita haruslah berfikiran waras sebelum menggunakan kemudahan mereka ke arah yang tidak betul dan tidak bertanggungjawab.

6.4

Lif Khas OKU

Berdasarkan gambar di atas, kita sudah dapat meneka bahawa lif ini hanya boleh digunakan oleh OKU sahaja. Namun, kebanyakan masyarakat kita tidak peduli akan isu ini. Mereka tetap menggunakan lif ini dengan alasan sakit kaki, penat dan sebagainya.

Apakah pula nasib OKU yang sudah kita ketahui kurang upaya namun dibiarkan menaiki tangga kerana tidak rela menunggu lif yang digumakan oleh orang ramai sedangkan lif itu telah diperuntukkan untuk mereka.

Justeru, sebelum menggunakan apa-apa keperluan atau kemudahan Yng telah diperuntukkan kepada golongan ini, berfikirlah dahulu dengan sebijaknya.

6.5

Isu Pendidikan OKU

Isu

ini sering kali kita

dengar apabila

melibatkan murid bermasalah

pembelajaran. Antara masalah yang sering kita dengar adalah mereka akan membawa kepada penurunan gred purata sekolah dan sebagainya. Kesimpulannya, guru besar dan sekolah mendapat reputasi yang buruk mengenai keputusan yang diperolehi.

Namun, harus kita ingat, bahawa mereka juga mempunyai hak yang sama seperti kita. Dan mereka juga tidak pernah meminta dilahirkan seperti itu. Biarlah apa pun orang nak mengata, janji kita telah tunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur.

Berilah mereka peluang untuk merasa seperti mana murid normalrasai dan lalui. Kerana mereka juga sama seperti insan lain yang sentiasa inginkan perhatian dan pujian.

6.6

Isu Elaun Khas Guru Pendidikan Khas

Isu ini kerap kali kita dengar semasa berada di sekolah lagi. Mengapa guru yang mengajar Pendidikan Khas mendapat elaun tambahan sedangkan mereka yang mengajar lebih banyak kelas tidak mendapat elaun tambahan.

Namun, harus diperingatkan lagi sekali bahawa mengajar pendidikan khas adlah suatu perkara yang amat sukar. Kita bukan seperti guru lain yang mengajar kanakkanak yang mempunai pemikiran normal dan perkembangan kognitif yang normal.

Mengajar pendidikan khas merupakan satu cabaran yang terlalu besar di mana murid-murid yang diajar mengalami masalah kerencatan otak dan sebagainya. Jadi fikir-fikirkanlah. Adalah sebab mengapa guru pendidikan khas mendapat elaun tambahan tersebut. Elaun itu kebiasaanya digunakan bagi membuat ABM dan sebagainya untuk penambahan kefahaman pelajar.

6.7

Elaun Khas OKU

Elaun khas OKU merupakan satu peruntukan khas bagi semua warga yang layak menerimanya. Namun, terdapat segelintir ibu bapa yang menyalah gunakan wang ke arah yang tidak betul seperti membeli motosikal dan membina rumah.

Justeru berlaku penyelewengan wang dari ibu bapa murid itu sendiri. Maka dapat saya katakan di sini bahawa ibu bapa tidak mendapat penjelasan bagaimana wang itu harus digunakan dan bila harus digunakan.

Sikap seperti ini sebenarnya mengundang ketidak adilan kepada murid yang berhak menerima wang tersebut selain daripada pecah amanah yang dilakukan. Kesedaran yang mendalam harus ditanamkan dalam hati ibu bapa tersebut bagi mengelakkan penyelewengan daripada terus berlaku dan mengakibatkan ketidak adilan berterusan kepada murid tersebut.

Refleksi Oleh Nor Hasnaziah Binti Mohd Zaini (900806-06-5502)

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limah kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Semasa kali pertama mendapat tugasan ini, saya berasa amat gembira kerana saya dapat melihat bagaimana murid pendidikan khas di sekolah secara nyata dan realitinya. Namun, saya kemudian berasa tertekan kerana terdapat banyak tugasan lain yanh harus saya cari maklumat dan selesaikannya sekaligus. Namun, semua itu dapat saya atasi dengan bantuan dari rakan-rakan saya yang lain.

Antara kekangan yang dapat saya nyatakan dalam refleksi pada kali ini adalah kekangan masa. Hal ini adalah kerana saya hanya mempunyai masa selama empat hari sahaja bagi mengumpul maklumat bagi subjek kajian semasa di sekolah. Hal ini adalah kerana sekolah di mana tempat saya menjalani PBS sedang mengadakan Sukan Tahunan pada minggu itu. Guru-guru PKPB amat sibuk kerana mereka dibebankan dengan tugasan menguruskan pasukan dan sebagainya. Justeru, saya memilih untuk meminta bahan yang diperlukan pada masa mereka sedang merehatkan diri ketika di kelas PKBP itu. Alhamdulillah mereka memberikan kerjasama yang erat dan baik ketika saya meminta pertolongan tersebut.

Selain itu, saya juga mempunyai kekangan untuk melihat perkembangan subjek. Hal ini adalah kerana saya dan Atika terpaksa pergi ke padang bagi membantu proses pelancarean sukan. Kami menjadi penjaga masa dan bertindak sebagai

pendokumentasi Hari Sukan. Justeru, masa kami berdua lebih banyak dihabiskan di padang berbanding di dalam kelas.

Selain daripada itu, kami cuma berkesempatan untuk memasuki kelas selama dua hari sahaja. Hal ini adalah kerana pada hari ketiga dan keempat, terlalu banyak acara yang diadakan menyebabkan semua murid terpaksa berada di padang. Manakala pada hari kelima, sekolah di mana saya menjalani PBS mendapat cuti umum sempena Hari Sukan pada hari khamis itu.

Justeru, saya mengambil inisiatif lain dengan pergi menemui ustaz Khairan iaitu bapa kepada subjek kajian saya. Saya membuat temu janji dan pergi menemui beliau pada hari Jumaat tersebut. Melalui temu bual, saya juga dapat berjumpa dengan guruguru lama yang telah mengajar saya kerana untuk pengetahuan, subjek kajian merupakan anak kepada ustaz yang pernah mengajar saya. Pada awalnya, bapa subjek seperti tidak mahu bekerjasama dengan setiap soalan. Namun, setelah diterangkan dengan jelas, akhirnya beliau memberikan kerjasama yan cukup baik dan menjelaskan setiap soalan yang saya tanyakan.

Melalui tugasan pada kali ini, terdapat banyak pengalaman baharu yang dapat saya pelajari iaitu realiti kehidupan murid bekeperluan khas. Tidak semua teori dan ciriciri yang dinyatakan dalam buku rujukan bertepatan dengan murid yang mempunyai masalah yang tertera kepada kad OKUnya. Hal ini adalah kerana kebiasaannya murid yang mempunyai masalah pembelajaran akan mempunyai ciri-ciri lain lagi selain daripada apa yang tertera pada kad OKU nya. Justeru, ini membolehkan saya mengetahui bahawa kita tidak seharusnya tertumpu pada pembacaan semata. Proses pembelajaran juga mampu diperoleh dengan lebih jelas melalui persekitaran dan alam semula jadi.

Selain daripada itu, saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan baharu mengenai golongan kanak-kanak yang saya fokuskan iaitu autisma. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui satu ciri autisma yang utama iaitu suka berada dalam dunia

sendiri atau dengan kata lain terlampau asyik dengan sesuatu yang diminatinya, kini saya juga mengetahui ciri-ciri lain autisma seperti tidak suka dipeluk tapi suka dimanja dan amat kreatif dalam penciptaan lukisan mahupun binaan. Tugasan kali ini

sememangnya memberikan kelebihan pada saya dalam golongan kanak-kanak yang saya fokuskan.

Selain daripada itu, saya juga dapat mengenal jiwa insan pendidik Pendidikan Khas yang sebenar. Jika sebelum ini saya hanya mendengar ada guru yang sanggup bekorban demi anak muridnya, kini saya sudah nampak dengan jelas bagaimana keikhlasan hati dan kejujuran seorang guru di PKBP dalam mengajar dan mendidik murid-murid ini untuk berjaya. Beliau sanggup menghabiskan wangnya untuk membuat bahan bantu mengajar demi mendapatkan kefahaman anak didiknya terhadap subjek yang diajar. Selain daripada itu, beliau juga tidak lokek dari segi kewangan dan sanggup membelanjakan sejumlah besar wang bagi memastikan anak didiknya mendapat makanan yang secukupnya ketika berada di sekolah.

Secara kesimpulannya, dapat saya simpulkan di sini bahawa bukan mudah untuk menjadi insan pendidik yang benar-benar ikhlas dalam pengajarannya. Pendidikan khas merupakan satu bidang yang amat mulia dan penuh dengan cabaran. Namun cabaran yang lebih besar adalah cabaran bagi kita menhadapi yang maha Esa bagi menjawab bagaimanakah kita menjalankan tanggungjawab dan keikhlasan hati kita dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutama pada insan bekeperluan khas yang kita telah dipertanggungjawabkan.

Anda mungkin juga menyukai