Anda di halaman 1dari 2

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

SOALAN OBJEKTIF 1. i) mengurus rutin bilik darjah. ii) memastikan murid-murid menjalankan tugas mereka didalam kelas. iii) menyelia dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. iv) mempunyai kompetensi mengurus kelas dan kecekapan memotivasi muridmurid belajar. Berikut adalah Peranan Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah kecuali............. a) i b) ii c) iii d) iv jawapan : D

2. Berikut adalah jenis teknik ujian untuk mengumpulkan maklumat pelajar kecuali a) Ujian Minat b) Ujian Pencapaian Akademik c) Soal Selidik d) Ujian Aptitud Khas Jawapan : C

3. Cikgu Amran ingin mengetahui tentang butir-butir diri Saiful. Beliau bertanya dan berbual dengan Saiful mengenai latar belakang keluarganya. Apakah jenis teknik bukan ujian untuk mengumpul maklumat pelajar yang sedang digunakan oleh Cikgu Amran? a) Temu Bual b) Rekod Anekdot c) Sosiometri dan Sosiogram d) Kajian dokumen Jawapan : A

SOALAN SUBJEKTIF Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi suasana bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan meja-kerusi murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Suasana bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta gambar dan alat bantu mengajar dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan. Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai