Anda di halaman 1dari 15

Deklarasi Langkawi Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan.

Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi. Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah

menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka England- Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_tropika)

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992) Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara. Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini berlangsung adalah melalui Agenda dan 21Protokol Kyoto.

Apa itu Agenda 21? Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini)

seterusnya

mengadakan

laporan

khusus

(tahunan)

tentang

perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21)

Pembangunan Mapan (Green City)

Latar belakang Agenda 21: Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan; Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka 21 menandakan abad ke-21; Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21

bertajuk Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21

Apa Itu Protokol Kyoto? Menurut kenyataan media Program Alam Sekitar PBB: Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990. Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon/CFC, dan perfluorokarbon/PFC. Manakala tahap pengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10% untuk Britain. Protokol Kyoto ialah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Hanya pihak yang bersekutu dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau mengesahkan Protokol Kyoto. Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang disenaraikan dalam Annex I oleh UNFCCC (kerana negara-negara maju yang paling

banyak

membebaskan

gas-gas

rumah

kaca).

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Protokol_Kyoto)

Kesan Rumah Kaca

Bab 9 - Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama


BAB 9: MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama ( 1914-1918) -Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan Negara-negara yang ingin membuktikan kekuasaan masing-masing dengan memperluas tanah jajahan mereka -Persaingan imperialisme dan ekonomi ts elah menyebabkan Negara-negara berkenaan mula bersaing untuk memperluas pengaruh masing-masing -Persaingan tersebut menyebabkan beberapa Negara yang membentuk system pakatan akhirnya telah mewujudkan dua pakatan yqang bermusuhan antara satu sama lain, iaitu Pakatan Bertiga dan Perikatan Kuasa Tengah -Faktor segera tercetusnya PD1 adalah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand,waris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Faktor Berlakunya Perang Dunia Kedua ( 1939-1945) -Perjanjian Versailles gagalmenyelesaikan masalah perang dengan baik disebabkan : 1. timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan rakyat Jerman yang kemudian melanggar Perjanjian Versailles i8ni dan menjadi factor penting tercetusnya PD2 2. Liga Bangsa yang ditubuhkan hasil daripada perjanjian Versailles gagal

memainkan peranan -Kemelesetan ekonomi yang berlaku akhir tahun 1929 dan awal 1930an merupakan akibat perbelanjaan yang besar bagi PD1 Blok Dunia Maksud: pembahagian dunia kepada dua buah blok yang berasaskan pegangan dan fahaman politik serta amalan system ekonomi negara-negara berkenaan Dalam hal ini, dunia terbahagi kepada Blok Komunis yang diterajui Soviet Union dan Blok Kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Kedua-dua blok ini telah mewujudkan pertelingkahan dalam usaha mengembangkan pengaruh masingmasing Blok Dunia ini terbentuk kerana wujudnya prasangka antara satu sama lain dan masing-masing menganggap pegangan dan amalan mereka adalah yang terbaik Perbandingan Ideologi Aspek Blok Kapitalis Blok Komunis Politik Negara Demokratik Pemilihan kerajaan melalui pilihanraya Pemerintahan oleh dictator Parti Komunis sahaja diiktiraf Ekonomi Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian Perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja Sosial Kebebasan individu sepenuhnya Kebebasanindividu dilindungi dan dikawal Perang Dingin Berlaku sejak tamatnya PD2 sehinggalah tahun 1989 apabila system komunis Soviet Union hancur. Berlaku disebabkan idoelogi dan fahaman politik yang berbeza. Ia merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis diketuai oleh Soviet Union Dikenali sebagai perang dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Tetapi kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing. Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masingmsing di Eropah dan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan Kesan Perang Dingin Pembentukan Blok Dunia Penubuhan NATO Pakatan Warsaw

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara ( SEATO) Perlumbaan senjata Negara-negara Dunia ketiga Tidak bersekongkol dengan mana-mana Negara daripada blok komunis ( Negara dunia Kedua) mahupun blok Kapitalis ( Negara dunia Pertama) dan mengamalkan sikap berkecuali Semasa Perang Dingin, blok komunis dan blok kapitalis berusaha mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar iaitu AS dan Soviet Union dan kemudiannya disertai China. PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA Dasar Luar Malaysia: berbaik-baik dengan semua negara Matlamat yang ingin dicapai : Menjamin keselamatan rakyat dan Negara Memelihara kepentingan nasional Mengekalkan kedaulatan Negara Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa Menjadi warga global Bentuk hubungan : Bilateral: hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu (Singapura, Thailand, Indonesia,Vietnam dll) Multilateral: hubungan dalam bantuk kumpulan (ASEAN,Komanwel,OIC,PBB,NAM dll) Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia -Faktor Sejarah Zaman KMM China,Arab,Siam,Negeri-negeri di Kepulauan Melayu Komanwel- Britain, Australia,New Zealand Semasa ancaman Komunis Pro Barat -Faktor Ekonomi Pengeluar utama bijih timah dan getah(penjajahan British) Britain, Amerika Syarikat Perlukan modal dan pasaran, pelaburan asing , peluang pekerjaan ( selepas merdeka )- Britain, Amerika Syarikat Dasar Pandang ke Timur Jepun dan Korea Bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan pelaburan- Negaranegara sedang membangun , negara-negara Islam -Faktor politik Keamanan sejagat PBB -Faktor Geografi Kedudukan strategic dan bersempadan singapura, Thailand, Indonesia, Filipina , Brunei -Faktor demografi

Hubungan baik dengan Negara Islam OIC Dasar Apartheid Negara di Afrika Selatan PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA 1. Tahap Pertama : Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970) 2. Tahap Kedua : Tun Abdul Razak ( 1972-1976) dan Tun Hussein Onn ( 19761981) 3. Tahap Ketiga : Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ( 1981-2003) Tahap Pertama Pro barat yang anti komunis Berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel Ancaman komunis dari negara-negara AT dan dalam negara melalui PKM. Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand Bagi meyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu ( Anglo-Malayan Defence Treaty AMDA ) pada 1956 Dasar berbaik-baik dengan dengan negara jiran , selepas konfrontasi dengan Indonesia -1963-1965) ( terputusnya hubungan dengan Filipina 1963-1965 ; keluarnya Singapura daripada Malaysia 1965) : 1. Perjanjian menubuhkan ASA pada tahun 1961 bersama Thailand dan Filipina 2. MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina 3. ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi kerana (Malaysia anggota blok Sterling- guna mata wang paun sterling) Tumpuan kepada dua hasil utama iaitu getah dan bijih timah dengan harapkan sepenuh permintaan daripada Negara Barat termasuk Britain Pelabur Britain masihn menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia dalam bidang perladangan dan perindustrian Mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan Negara-negara lain seperti AS,Jepun,Spura dan Jerman Barat Tahap Kedua Dasar Berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara i) selepas kurangnya peranan AMDA ii) kurangnya pengaruh Britain di Timur iii) Pergolakan yang berlaku di Vietnam melibatkan dua kuasa besar iaitu AS dan China Beberapa usaha dilakukan : a. Istiharkan ZOPFAN bersama dengan anggota ASEAN b. Menjalin hubungan dengan Negara berfahaman komunis seperti China,Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia Tahap Ketiga Kekalkan dasar-dasar tahap kedua dengan memberi penekanan kepada aspek ekonomi

Berkaitan dengan isu-isu perdagangan , pelaburan, pembangunan di kalangan negara membangun Hubungan lebih erat dengan ASEAN seperti selesaikan masalah krisis Vietnam dan Kampuchea Dasar Pandang Ke Timur ( 1982) dengan menggunakan Jepun dan Korea sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia Juga bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai baik seperti semangat mencintai Negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika penmgurusan kerja yang baik Hubungan dua hala melalui lawatan ke Negara Afrika, Amerika Selatan , Caribbean dan Pasifik Selatan Lawatan ke negara negara Dunia Ketiga

MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABNGSA 1. KOMANWEL dibentuk pada tahun 1931 terdiri drpd Negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka 54 anggota Negara maju dan sedang membangun Secretariat komanwel ditubuhkan pada 1965 dan beribu pejabat di London Matlamat: membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota mewujudkan kerjasama dalam segala bidang Selepas merdeka , negara-negara Komanwel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam menyekat pengaruh PKM Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semas Malaysianberkonfrontasi dengan Indonesia Antara faedah Komanwel kepada Malaysia: Kerjasama pertahanan CHOGM diadakan setiap 2 tahun membaincangkan kepentingan bersama CHOGM 1989 di Malaysia mengisytiharkan Deklarasi Langkawi Malaysia lantang bersuara menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia Dari segi perdagangan , eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakancukai yang rendah ( sehingga Britain menjadi anggota EU) Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945 Ibu pejabat di san Francisco (asal) berpindah ke New York 1946 Peringkat awal 51 buah anggota 189 buah 2002 Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian

antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa Terdapat 4 matlamat Piagam PBB Matlamat Piagam PBB Menjamin keamanan dan keselamatan dunia Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota PERANAN MALAYSIA DALAM PBB Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran Iraq Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara Menjadi ahli Bank Dunia Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO) Peranan Malaysia Dalam PBB Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan 1999 Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) Ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin Ahlinya negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan Terdiri daripada 113 buah negara, 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara tetamu jemputan Matlamat penubuhan :-

Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana-mana blok barat atau blok komunis Dasar berbaik-baik dengan semua negara Prinsip Perjuangan NAM Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara Menghormati kedaulatan sesebuah negara Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman Menghormat hak asasi manusia PERANAN MALAYSIA DALAM NAM Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988 Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003. Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM deklarasi Kuala Lumpur usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi Idea Tunku Abdul Rahman Semasa ditubuhkan 57 buah negara dan tiga negara sebagai pemerhati Matlamat : Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari Sumbangan OIC Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah spt : Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan, Bosnia dan Afghanistan Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan

kewangan kepada negara anggota SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC pertama Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003 Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam 2002 Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi Faedah Yang Diperoleh Daripada OIC Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam

NEGARA-NEGARA SELATAN Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga. Persamaan dari segi latar belakang ekonomi. Pernah dijajah oleh kuasa barat Matlamat : Mengatasi harga eksport bahan mentah Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dikalangan negara anggota Mengurangkan pergantungan kepada negara maju. Ciri-Ciri Negara-Negara Selatan(NNS) Pernah menjadi tanah jajahan kuasa Eropah. Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Ini kerana NNS tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dikawal oleh negara maju. Menanggung kadar faedah yang tinggi akibat pinjaman yang dibuat daripada negara maju Peranan Malaysia Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan(idea Dr.Mahathir semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe) Menubuhkan kumpulan 15(G15) 1989 Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur pada 1990

Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur(SITTDEC) Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global(GDTP) Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan. MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASA) Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina. Setelah merdeka, negara Malaysia dan serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis PKM diharamkan dan melancarkan gerakan gerila menjatuhkan kerajaan Di negara-negara jiran Thailand dan Filipina turut menghadapi ancaman komunis Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung ancaman komunis Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA Diharapkan ASA dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial 31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan

MATLAMAT ASA Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau ASA dibubarkan pada tahun 1963 MAPHILINDO Dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia Tujuannya: Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia berkaitan dengan cadangan pembentukan Malaysia Indonesia tidak bersetuju menganggap sebagai neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru Tentangan Filipina menuntut Sabah yang didakwa masih menjadi hak milik negara mereka Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia penubuhan MAPHILINDO

Mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia PBB menghantar perwakilan pada tahun 1963 diketuai oleh Lawrence V.Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah Hasilnya majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak berfungsi lagi

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN) Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada Deklarasi Bangkok Matlamat : Mengekalkan kestabilan politik dirantau Aia Tenggara Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindusterian. Memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan Mengadakan perhubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971. Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea. Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear. Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992. Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika Syarikat dan negara-negara maju.

Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3 Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3(China,Jepun dan Korea) Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri - Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian. Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio. Menganjurkan Sukan SEA. Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

Globalisasi Globalisasi - Perubahan dunia tanpa sempadan kerana kepesatan atau kepantasan IT. Segala aspek penting kehidupan seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat. Perubahan ini semua kerana kemajuan teknologi khasnya ICT. Dua pandangan tentang globalisasi; Berfaedah (kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan). Tidak Berfaedah (meningkatkan jurang Bandar/luar Bandar dan negara maju/membangun, menyekat peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan menghindarkan perkembangan sosial). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ICT - kaedah/peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan. Bagi menyahut cabaran ini Malaysia telah menyediakan prasarana ICT dan menjalankan promosi penggunaan ICT. Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020, Projek MSC memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. Peralatan ICT baru seperti internet, teknologi telekomunikasi telefon mudah alih kini menjadi pemangkin hubungan antara manusia dan antara negara, dan ia berlaku dalam jangkamasa yang singkat. Koridor Raya Multimedia (MSC) Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT kerana perlaksanaan k-ekonomi akan berjalan lancar dan seterusnya ekonomi negara membangun dan meletakkan Malaysia terbaik pada era globalisasi ini. MSC yang dilancarkan pada 27 Jun 1998, ialah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City Center (KLCC) sehingga ke KLIA.

MSC dibangunkan berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara. Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT dan multimedia global, seterusnya melahirkan masyarakat bermaklumat. K-ekonomi K-ekonomi, ialah ekonomi berlandaskan pengetahuan merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan. Sebelum ini, dunia mengukur kekayaan negara berdasarkan simpanan emas, tanah jajahan dan sumber semula jadi. Kemudiannya beralih kepada jumlah hasil barangan pertanian atau industri. Ciri K-ekonomi Bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan, teknologi dan industri berasaskan pengetahuan akan menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, pekerjaan dan perkongsian pintar. Sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja berpengalaman. Modal intelek boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan, dan semangat daya saing yang tinggi. Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan. Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). R&D akan menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten. K-masyarakat K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa membaiki dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Prasarana K-Masyarakat khasnya pendidikan di Malaysia ditumpukan contohnya Sekolah Wawasan (memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang berdaya saing) dan Sekolah bestari pula lengkap dengan IT. Kurikulum turut diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis, kritis dan analitis. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi.