Anda di halaman 1dari 16

CERPEN: PAHLAWAN BUNTUNG ( S.

Othman Kelantan )

TEMA Kesengsaraan hidup dan trauma dan kematian yang dialami manusia kesan dari peperangan Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung Pulau Pak Amat. Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom tentera Jepun. Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua.

PERSOALAN

1. Kesan buruk peperangan kepada manusia Tentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak Amat menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri Banyak nyawa terkorban..Contoh: Mak Esah dua beranak mati setelah rumahnya terbakar akibat ledakan bom. 2. Kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain/keberanian Pak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai /mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.

3. Kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah/menyelamatkan diri dan orang lain. Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung....Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka. Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali. 4. Keberanian menentang kejahatan/mempertahankan hak Pak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba mendarat di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan seluruh penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.

5. Semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat. Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun. Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat. Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.

6. Penghargaan terhadap jasa warga tua


Khalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan mereka semasa serangan tentera Jepun. Sehingga akhir hayat ayah Khalid sentiasa menyebut nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak Husain sebagai pahlawan di kampung mereka.

7.

Hormat akan warga emas/tua

Khalid amat menghormati Pak Husain. Ketika bertemu semasa temasya menyambut ulang tahun kemerdekaan , Khalid menyapa Pak Husain dan mereka berbual-bual serta bertanya khabar masing-masing. Khlalid menjemput Pak Husain untuk berkunjung ke rumahnya di Jalan Bayam

Perwatakan Pak Hussain


Berusia 60 tahun dan anak jati Kampung Pulau Pak Amat Tabah menghadapi cabaran

Semangat patriotisme yang tinggi

Bijak mengatur strategi

Berani menghadapi musuh

Khalid

Hassan

Anak Hassan iaitu rakan Pak Hussain


Abangnya bernama Salim, adiknya bernama Fatimah Berusia 46 tahun Sangat menghargai jasa Pak Hussain

Ayah kepada Khalid,Salim dan Fatimah serta rakan baik Pak Hussain

Penyayang dan bertanggungjawab

Bersikap berani

Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi

1. LATAR MASYARAKAT Penduduk perkampungan nelayan Tentera Jepun Mayarakat yang zalim-tentera Jepun Masyarakat yang tinggi ikatan setikawan mereka 2. LATAR MASA Masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Zaman pasca kemerdekaan (1973) Waktu malam Hampir pagi Pagi

3. LATAR TEMPAT Di tapak temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan Di kampung Pulau Pak Amat Di Kuala Pak Amat Pangkalan Kampung Dal Hospital Kota Bharu Di sebuag warung Sungai Gali

NILAI
1. KEBERANIAN 2. KEPRIHATINAN 3. SETIAKAWAN/KESETIAAN 4. KEBIJAKSANAAN 5. KASIH SAYANG 6. TANGGUNGJAWAB 7. BERHEMAH TINGGINILAI 1. KEBERANIAN 2. KEPRIHATINAN 3. SETIAKAWAN/KESETIAAN 4. KEBIJAKSANAAN 5. KASIH SAYANG 6. TANGGUNGJAWAB 7. BERHEMAH TINGGI

PENGAJARAN

1. Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain 2. Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri. 3. Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah negara kita 4. Kita mesti bijak menggunakan akal untuk mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi. 5. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa mempertahankan keselamatan rakyat.

PLOT 1. PERMULAAN Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara. Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun. 2. Perkembangan Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.

3. Perumitan Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut lalu memelukm erat ibu mereka. Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut.

4. Puncak Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak. 5. Peleraian Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.

Anda mungkin juga menyukai