Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN KIOSK USAHAWAN PPKI

KELAB USAHAWAN

PPKI

1. PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon kebenaran dari pihak sekolah SMK Sultan Ibrahim Dua untuk membuka Kiosk Kelab Usahawan PPKI. Kelab Usahawan PPKI telah ditubuhkan sejak tahun 2010. Sejak dari penubuhannya, Kelab Usahawan telah berusaha menerapkan ciri-ciri usahawan dan pendidikan keusahawanan secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar PPKI yang berpotensi. Selain itu Kelab Usahawan juga terlibat secara langsung dalam program-program keusahawaan peringkat sekolah seperti pada Hari Koperasi serta Hari Ko-Kurikulum. Oleh sebab yang demikian pihak PPKI merasakan adalah perlu untuk membuka sebuah Kiosk Usahawan PPKI. Kiosk ini diharapkan agar dapat menjadi tapak kepada Kelab Usahawan PPKI menjadi lebih aktif dan berdaya maju.

2. RASIONAL
Penubuhan Kiosk Usahawan PPKI diharapkan dapat membuka potensi pelajar keperluan khas dalam; 2.1 Melatih sikap usahawan dalam diri pelajar 2.2 Menjadi tapak praktikal kepada pelajar yang berpotensi 2.3 Mendedahkan kepada pelajar urusan jual beli yang sebenar 2.4 Membiasakan serta mengurangkan perasaan kekok dan rendah diri dalam diri pelajar untuk berurusan dengan masyarakat sekeliling 2.5 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar khas mendapat pendedahan keusahawanan semaksimum mungkin yang boleh diberikan oleh pihak sekolah kepada mereka 2.6 Merapatkan jurang interaksi antara pelajar aliran perdana dan pelajar khas supaya objektif pendididikan khas integrasi tercapai 2.7 Memastikan pelajar khas mendapat pengalaman yang bermakna semasa berada di sekolah sesuai dengan keupayaan mereka

3. PERLAKSANAAN

3.1 Lokasi cadangan Kiosk Usahawan PPKI ialah di bahagian belakang PPKI (Rujuk lampiran) 3.2 Kiosk Usahawan PPKI akan beroperasi sekali seminggu iaitu pada hari Ko kurikulum (Rabu) 3.3 Produk jualan meliputi makanan dan minuman segera serta produk masakan keluaran kelas masakan PPKI

4. PENUTUP
Pihak PPKI amat berharap agar cadangan untuk membuka Kiosk Usahawan PPKI dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebaikan anak-anak syurga ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Selain itu, Kelab Usahawan PPKI juga amat berharap agar mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak sekolah untuk membawa PPKI SMK Sultan Ibrahim Dua ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.

LAMPIRAN
PELAN CADANGAN LOKASI KIOSK USAHAWAN

KIOSK USAHAWAN PPKI KOLAM IKAN

BENGKEL BATIK

BENGKEL BATIK

KELAS PPKI

BENGKEL BATIK KANTIN SEKOLAH

MAKMAL KOMPUTER

Disediakan oleh:

(NOOR AL DIYANA BT. NOORAL BILAD SATRIA) Guru Penasihat Kelab Usahawan PPKI

Disemak oleh:

.. (ROHANI BT. IBRAHIM) Penolong Kanan, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Sultan Ibrahim (2)

Disahkan oleh:

(HAJAH NORIAH BT MOHD NOOR) Pengetua, SMK Sultan Ibrahim (2)

Anda mungkin juga menyukai