Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KARANGAN UPSR TAHUN ( 4,5,6) : PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

YANG KAMU SERTAI TELAH MENGADAKAN PERKHEMAHAN. TULIS SEBUAH


BERITA TENTANG PERKHEMAHAN TERSEBUT.

AKTIVITI PERKHEMAHAN

HULU HANGAT , 15 Disember – Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM )


Sekolah Rendah Sri Petaling telah mengadakan aktiviti perkhemahan di
Sungai Congkak. Semua ahli, iaitu seramai 124 orang menyertai
perkhemahan yang diadakan buat JULUNG kalinya.

Akiviti perkhemahan selama dua hari itu bertujuan memberikan


peluang kepada ahli – ahli untuk melatih dan MEMPRAKTIKKAN ilmu
rawatan kecemasan yang telah dipelajari.

Lima orang guru ditugaskan untuk MEMBIMBING dan membantu


para ahli. Pelbagai aktiviti seperti mempraktikkan rawatan kecemasan
bagi kecederaan di hutan, memasang khemah, dan mencari harta karun
diadakan.

Semangat bekerjasama dapat dilihat terutama semasa aktiviti


rawatan kecemasan dijalankan. Setelah tamat aktiviti aktiviti
perkhemahan, para peserta diberikan sijil penyertaan. OBJEKTIF
perkhemahan tercapai setelah kesemua ahli PBSM berjaya mempratikkan
ilmu dengan cemerlang.

PBSM sekolah tersebut akan mengadakan aktiviti perkhemahan


seumpama itu pada tahun hadapan.

GLOSARI.

1) Julung = pertamakali. 3.) membimbing =


mengajar.
2) Mempratikkan = mengamalkan. 4.) objektif = matlamat

“ THAT’ S ALL FOR TODAY!”


“ THANK YOU FOR VISIT MY ESSAY!”s

Anda mungkin juga menyukai