Anda di halaman 1dari 28

1) PENDAHULUAN Permainan tradisional merupakan aktiviti bagi perkembangan fizikal yang kita warisi sejak dahulu lagi.

Peraturan permainan dalam permainan tradisional ini agak mudah, sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki mahupun kanak-kanak perempuan. Biasanya permainan tradisional lebih interaktif dan perlu melibatkan sekumpulan kanak-kanak. Peraturan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran bersosial dengan rakan. Di samping itu, permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Permainan tradisional Melayu kebanyakan dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat orang Melayu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional yang boleh dimainkan secara perseorangan. Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat Melayu, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategistrategi yang bijak untuk memenangi permainan itu

1.1 Contoh-contoh permainan tradisional di Malaysia 1) Batu Seremban a) Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Cara permainan Batu Seremban ialah buah Satu iaitu kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip. Buah Dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja. Buah Tiga iaitu ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak. Buah Empat iaitu buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai

dengan serentak. Buah Lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut. Buah Enam iaitu pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai. Buah Tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

b) Faedah dari segi : i. Fizikal ii. Melatih daya fokus pemain Melatih kordinasi mata dan tangan Membentuk kemahiran motor halus

Kognitif Pemikiran strategi permainan akan membuatkan pemain berasa seronok untuk meneruskan permainan

iii.

Sosial Menggalakkan pergaulan sihat dan merapatkan silaturahim

c) Gambar permainan Batu Seremban

Permainan dimainkan dalam kumpulan

2) Congkak a) Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Cara permainan congkak ini adalah permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masingmasing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

b) Faedah i. Fizikal - Melatih daya fokus dalam permainan - Pemain akan dapat melihat keupayaan diri sendiri terhadap kecekapan meletakkan guli / buah dengan pantas di dalam lubang congkak ii. Kognitif - Menggalakkan pemikiran spontan dalam tindakan

- Melatih kemahiran mencongak dalam matematik iii. Sosial - Menggalak kemahiran sosial yang positif kerana permainan dimainkan secara berpasangan - Melatih kemahiran interpersonal dan merapatkan silaturrahim - Mewujudkan persaingan sihat antara lawan c) Gambar permainan congkak

Pemain adalah dua orang dalam setiap permainan.

c) Layang-layang a) Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara. b) Faedah i) Fizikal - Menggalakkan aktiviti fizikal yang aktif semasa menaikkan layang-layang seperti berlari dan melompat ii) Kognitif - Membina keyakinan diri - Menghilangkan stress dan tekanan mental kerana ianya mendekatkan kita dengan alam semulajadi iii) Sosial - Dapat berkongsi maklumat dan cara menghias layang-layang sesama rakan yang sama minat

a) Gambar permainan Layang-layang

Anak-anak seronok menerbangkan layang-layang pelbagai rupa dan warna

b) a)

Guli Permainan guli merupakan permainan yang memerlukan pemain melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Jumlah pemain yang sesuai untuk permainan ini biasanya tidak melebihi lima orang. Cara bermain ialah setiap pemain perlu meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Giliran permainan dikira dengan mengukur guli yang terhampir dengan lubang induk. Pemain pertama ini akan menjentikkan gulinya agar guli lain yang berada di sekitarnya terkeluar dari kawasan bulatan. Sekiranya jentikan tersebut tidak mengena guli yang lain ianya dikira mati dan pemain kedua akan mengambil giliran pula atau pemain lain memasukkan gulinya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Setiap kali berlaku pertukaran giliran, pemain yang mengambil alih giliran tersebut perlu memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum menjentik guli lawan. Sekiranya guli tersebut tidak berjaya dimasukkan maka giliran tersebut akan diberikan kepada pemain berikutnya. Kiraanmata pemenang adalah berdasarkan jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Kepentingan permainan guli adalah permainan ini memerlukan kebolehan kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran tangan bagi melontar guli tepat mengenai sasaran. Koordinasi matatangan juga sangat penting untuk memastikan guli yang dilontar bergerak paling hampir dengan lubang induk. Selain itu, pemain juga memerlukan kemahiran melontar untuk mengeluarkan guli lawan keluar dari kawasan bulatan. b) Faedah i) Fizikal - Kanak-kanak memperolehi kemahiran menjentik iaitu motor halus yang bagus - Latihan permainan guli boleh dijadikan latihan motor halus dan kasar untuk perkembangan fizikal kanak-kanak - Koordinasi mata dan tangan dalam pergerakan

ii)

Kognitif - Permainan ini merangsang daya fokus dan kebolehan kanak-kanak mengatur strategi

iii)

Sosial - Permainan ini dimainkan dalam kumpulan dan ianya menggalakkan kanak-kanak untuk bersosial dan bersain secara sihat - Mengelakkan prasangka dan ketidak adilan dalam permainan dengan bersama-sama mengira jumlah mata dalam permainan guli.

c)

Gambar permainan Guli

Kanak-kanak asyik dan fokus menjentik guli

3) PERBEZAAN PERMAINAN TRADISIONAL DAN KOMERSIAL Perbezaan antara permainan tradisional sebenar dengan yang dikomersialkan ialah permainan tradisional dapat menyatupadukan masyarakat. Hal ini bererti bahawa jalinan muhibah dan rasa persaudaraan wujud dalam kalangan masyarakat. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasanrohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Keadaan ini berlaku kerana pemainnya menggunakan gerakan otot, seperti lengan, kaki, dan mata. Contohnya, permainan Wau, sepak raga dan galah panjang. Selain itu, apabila permainan itu dipertandingkan, makamereka akan bersatu tenaga untuk memenangi sesuatu permainan dengan ini dapat melahirkan badan yang sihat serta membentuk sifat mulia seperti tolong menolong, bersatu padu, bertolak ansur, dan bertanggungjawab di samping semangat ingin mencapai kejayaan tertanam dalam jiwa mereka.kepentingan permainan tradisional juga ialah melatih kanak-kanak bergaul denganrakan sebaya. Hal ini demkian kerana sewaktu bermain mereka terpaksa berhubung denganrakan sebaya dan secara tidak langsung melatih mereka bergaul. Perbualan spontan antaramereka akan menambahkan perbendaharaan kata. Selain itu, permainan kanak-kanak jugadapat melatih mereka untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin. Mereka akan akur pada ketua dan syarat pertandingan. Sifat bertolak ansur dan bertanggungjawab dapatdipupuk. Lagu yang ada dalam permainan kanak -kanak akan melatih mereka menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Latihan mengira turut ada dalam permainan, contohnya,dalam selambut dan congkak. Permainan ini memerlukan kepintaran bertindak dan kecekapanakal. Setiap gerakkan, walaupun nampak mudah, iaitu sekadar mengambil dan mengatur kembali biji guli dari lubang ke lubang, tetapi ianya mempunyai maknanya yang tersendiri.Selain itu, permainan tradisional mampu melahirkan masyarakat yang kreatif yang penuh dengan nilai kesenian kerana untuk menghasilkan sesuatu alat permainan, sepertigasing dan wau, kemahiran dan ketelitian diperlukan. Gasing atau wau yang baik bergantung pada pembuat dan pemain. Secara tidak langsung, hal ini "memaksa" masyarakat berfikir untuk menghasilkan kelainan. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional banyak membawa manfaat dan

peranan kepada masyarakat umumnya. Dalam bidang pelancongan, permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuaiuntuk

mengetengahkan kepelbagaiannya. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa. Pada hari ini, dapat dilihat masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapisemakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh golongan muda di negara ini yang terlalumengutamakan permainan moden seperi permainan video game. Peminggiran permainantradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagimemandang tinggi permainan budaya sendiri. Ini merupakan cabaran yang terpaksa ditempuhdalam mengekalkan permainan tradisional.

Perbezaan permainan congkak

Tradisional Ciri : Menggalakkan komunikasi antara satu sama lain Bilangan Pemain : Cara bermain : Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. Dua orang

Komersial Menggalakkan komunikasi serta pemikiran kritis matematik Dua orang

Cara permainan yang sama dengan permainan congkak tradisional. Pengubahsuaian adalah pada bahan permainan dan pengiraan mata. Boleh dijadikan permainan matematik kerana pemain digalakkan mengira buah permainan. Selain itu, ianya boleh dikomersialkan menjadi permainan di dalam kelas mata pelajaran Matematik.

Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Jenis bahan : Tempat :

Papan kayu berlubang 7 Di halaman rumah

Plastik berlubang 7 Disekolah dan di dalam kelas

Gambar :

Perbezaan permainan batu seremban

Tradisional Ciri : Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Bilangan Pemain : Cara bermain : Batu Seremban ada 8 peringkat buah : Buah Satu: Dua orang atau lebih

Komersial Tetap dimainkan secara berkumpulan atau berpasangan. Catatan markah dibuat dan ianya boleh dijadikan aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Dua orang atau lebih

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.

Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai. Lambung seketul batu seremban ke atas sambil mengambil seketul batu

Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat

seremban di bawah. Tangkap batu yang dilambung sebelum ia jatuh ke lantai. Buat begini untuk semua batu di atas lantai. Buah Dua:

lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Ulangi Batu Satu tetapi kutip dua batu dalam satu masa. Buah Tiga:

Ulangi Buah Satu. Kali kedua batu seremban dilambung, kutip ketiga-tiga batu seremban di lantai. Buah Empat:

Ulangi Batu Satu tetapi ambil kesemua batu seremban di lantai Buah Lima:

Genggam kelima-lima batu seremban. Lambungkan seketul batu seremban ke atas dan letakkan batu seremban yang digenggam ke lantai. Tangkap batu yang dilambung dan ulangi Batu Empat. Buah Enam:

Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai. Ambil dua batu.

Lambung satu batu ke atas sambil menukarkan batu seremban dalam genggaman dengan satu lagi batu yang terletak di atas lantai. Buat yang sama untuk batu-batu yang lain. Buah Tujuh:

Sambung pada Buah Enam. Lambung dua batu yang terletak di akhir peringkat enam. Kutip satu batu dengan tangan kanan dan tangkap batu yang akan jatuh di tangan yang berlainan. Buat begini sehingga ada tiga batu di dalam tangan kiri dan dua batu di dalam tangan kanan. Lambung kedua-dua batu di tangan kanan dan tangkap seketul batu seremban di tangan kiri dan seketul di tangan kanan. Lambung batu-batu yang di tangan kanan dan tangkap dengan tangan yang ada empat batu. Buah Lapan:

Campakkan kelima-lima batu di atas lantai. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa

menggerakkan batu yang lain. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus Timbang:

Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.

Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. Tangkap batu seremban yang ada di tangkap Batu yang dapat ditangkap = 1 mata Batu yang dijatuhkan = 0 mata Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain. Jikalau ahlinya gagal untuk

menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Jenis bahan :

Objek kecil sama saiz seperti batu atau guli.

Menggunakan pundi-pundi kacang kecil yang dijahit kemas dan sama saiznya

Tempat :

Dimainkan dikawasan yang lapang dan rata

Dimainkan di dalam kelas sewaktu mata pelajaran matematik dan rekreasi

Gambar :

Perbezaan permainan sepak takraw

Tradisional Ciri : 1. pemain tidak boleh menyentuh bola dengan tangan 2. pemain atau kumpulan hanya boleh menyentuh bola 3 kali berturut-turut sahaja 3. posisi pemain bertahan tidak bertukar

Komersial Sepak takraw adalah sebiji bola tradisional yang diperbuat dari lilitan bilah kulit buluh atau bamboo yang ditimang menggunakan sebarang anggota tubuh badan kecuali tangan dan lengan. Terdapat dua jenis sepak takraw: bulatan dan jaring. Sepak raga bulatan adalah bentuk asli permainan ini di mana pemain berdiri dalam bulatan dan berusaha selama mungkin menimang bola tanpa terjatuh ke tanah.

Bilangan Pemain : Cara bermain :

9 orang

Minumum 9 orang, maksimum 12 orang Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang. Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang. Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau

Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua

atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan bahagian hadapan gelanggang. dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk

lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing. Sepak takraw jaring adalah bentuk moden permainan ini yang mana bola tersebut ditujah melepasi jaring yang tinggi ke sebelah pihak lawan.

Jenis bahan :

Diperbuat dari buluh rotan berjalinan bulat

Diperbuat dari buluh rotan da nada yang diperbuat daripada plastic sintetik agar lebih tahan lama

Tempat :

Dimainkan di halaman rumah

Dimainkan di kejohanan antarabangsa dan juga dipantai

Gambar :

Perbezaan permainan layang-layang

Tradisional Ciri :

Komersial

Layang-layang menggunakan bahan Layang-layang tidak terhad diperbuat kertas ringan dan lidi. Ianya dimainkan diwaktu petang berangin daripada bahan kertas. Pada masa kini, layang layang diperbuat dari bahan

di tanah lapang atau kawasan sawah plastik ringan dan berwarna warni serta padi. Ianya juga dikenali sebagai wau. Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding. pelbagai rupa bentuk.

Bilangan Pemain : Cara bermain :

Seorang atau berkumpulan

Seorang atau berkumpulan

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon. 3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Pelbagai bentuk dan corak layanglayang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Jenis bahan :

Bahan kertas kilat dan ringan, buluh Bahan plastik, buluh dan tali nilon dan tali nilon

Tempat :

Dimainkan dikawasan lapang di padang atau sawah padi

Kini dikomersilkan di mainkan di padang atau tempat tempat pertunjukan yang luas.

Gambar :

Perbezaan permainan guli

Tradisional Ciri : Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Bilangan Pemain : Cara bermain : Tidak melebihi 5 orang

Komersial Ciri-ciri yang sama dengan ciri permainan guli tradisional. Keadaan gelanggang boleh diubah suai menjadi permainan dalaman. Pada masa kini, permainan guli boleh dijadikan set induksi pembelajaran untuk merangsang daya fokus murid dalam kelas.

Tidak melebihi 5 orang

Pada zaman dahulu, potongan-potongan Untuk memulakan permainan setiap kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam pemain hendaklah meleretkan biji guli untuk dijadikan sebuah guli. Selepas masuk ke dalam lubang induk. Guli Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari yang masuk ke dalam lubang induk

bahan kapur yang diadun dengan simen. atau yang terhampir adalah dikira Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli sebagai pemain yang pertama diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan memulakan permainan dan diikuti oleh ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran guli-guli kedua hampir dan seterusnya. jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki. Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain

sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli.

diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Jenis bahan :

Guli kapur, biji getah, gelanggang pasir

Guli kaca, bebola kaca, gelanggang pasir, gelanggang buatan

Tempat : Gambar :

Halaman rumah, padang

Halaman rumah, padang

4) PENUTUP Sesungguhnya permainan tradisional merupakan suatu warisan seni budaya turun temurun kerana telah mendapat tempat di hati masyarakat sejak zaman dahulu lagi. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Oleh itu, sebagai sebahagian daripada gfenerasi baru, kita seharusnya mengutamakan permainan tradisional ini terhadap perkembangan kanak-kanak kerana setiap permainan yang dipermainkan sejak zaman dahulu kala ini mempunyai ciri serta falsafah uniknya yang tersendiri. Ianya juga boleh memupuk nilai-nilai murni dan kemasyarakatan dalam diri kanak-kanak yang bermain permainan tradisional ini.

RUJUKAN

Permainan Sepak Raga , http://id.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw, tarikh ambil 10 Jun 2012

Pemodenan permainan takraw, http://bukitsiguntang.blogspot.com/2011/11/sepak-takraw-danglobalisasi.html tarikh ambil 12 Jun 2012

Permainan tradisional di Malaysia , http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/224jenis-jenis-sukan/5499-permainan-tradisional.html, tarikh ambil 12 Jun 2012

Undang-undang permainan Takraw Malaysia, http://sepaktakraw.my/undang-undangpermainan-sepaktakraw/, tarikh ambil 12 Jun 2012

Anda mungkin juga menyukai