Anda di halaman 1dari 3

1. Apakah maksud Israk? Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (perjalanan darat) 2.

Apakah maksud Mikraj? Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (perjalanan langit) 3. Apakah kenderaan yang ditunggangi oleh Rasulullah semasa Israk dan Mikraj? Buroq 4. Apakah hadiah terbesar yang diperolehi oleh Rasulullah s.a.w semasa Israk Mikraj? Solat 5 waktu sehari semalam 5. Sebutkan 2 peristiwa sebelum Rasulullah s.a.w diIsrak dan diMikrajkan Kematian bapa saudaranya Abu Talib, kematian isterinya Khadijah bt Khuwailid, dibedah dadanya 6. Berapa kalikah Rasulullah s.a.w berulang alik untuk meminta kurang bilangan waktu solat? 9 kali 7. Siapakah yang menasihati Rasulullah s.a.w agar meminta kurang bilangan waktu solat? Nabi Musa a.s 8. Apakan pilihan yang ditawarkan oleh Jibril kepada Rasulullah s.a.w semasa di Baitilmaqdis? Susu dan arak 9. Kubur siapakah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w yang begitu wangi sekali? Masyitah 10. Siapakah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w membawa obor api ketika Israk?

Jin Ifrit 11. Di manakah Rasulullah s.a.w mengimamkan solat bersama para rasul dan nabi? Di Masjidil Aqsa 12. Di dalam surah apakah, Allah menceritakan peristiwa Israk? Surah al-Israk. 13. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam syurga? Orang-orang miskin 14. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam neraka? Golongan wanita 15. Bilakah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj? 27 Rejab tahun ke 10 kebangkitan 16. Berapa lamakah tempoh perjalanan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Israk dan Mikraj? Satu malam 17. Di manakah terletaknya Masjid al-Aqsa? Di Palestin 18. Sebutkan satu keistimewaan Masjid al-Aqsa? Kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina selepas Masjidil Haram, 3 masjid yang digalakkan untuk disembahyang di dalamnya, bumi Israk 19. Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas Buroq sebaik tiba di Masjil al-Aqsa? Mengikatnya 20. Bagaimanakah gambaran tunggangan yang dinaiki Rasulullah s.a.w semasa Israk dan Mikraj?

Binatang yang lebih besar daripada keldai dan lebih kecil daripada baghal (kuda+keldai), binatang berwarna putih, bergerak sepantas kilat

Anda mungkin juga menyukai