Anda di halaman 1dari 49

Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam

Pengaruh Rakan Sebelah di Dalam Kelas Mempengaruhi Minat dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Pelajaran
Nama Ahli : Too heng hao Ng hong sen Eden ang qi hau Joshua yee jun hao

Penjelasan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh rakan sebelah di dalam kelas dalam mempengaruhi minat dan presatsi pelajar. Hal ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada rakan sebelah di dalam kelas mampu memberi pengaruh dalam prestasi dan minat pelajar. Di samping itu, terdapat juga isu yang meyatakan bahawa personaliti rakan sebelah di dalam kelas itu mampu mempengaruhi dalam perkembangan minat dan seterusnya mempengaruhi prestasi pelajar.

Penghargaan
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama sekali kepada Puan Pengetua yang sudi memberi peluang kepada kumpulan kami untuk menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada guru guru Tingkatan Enam, khususnya Encik Nur Firdaus B. Mohamad Yusof yang telah banyak bertungkus lumus membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan kerana telah memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan. Tanpa kerjasama dari mereka semua, kami tidak mungkin akan dapat menyiapkan kajian ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Abstrak
Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada rakan sebelah di dalam kelas benarbenar memberikan pengaruh dalam minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Kami menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik kepada para pelajar tingkatan enam atas tahun 2012. Melalui respon soal selidik yang kami peroleh, kami mendapati bahawa majoriti pelajar tingkatan enam atas bersetuju bahawa individu yang duduk di sebelah di dalam kelas banyak mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Kajian ini penting dalam mengenal pasti sama ada personaliti rakan sebelah di dalam kelas ini dapat memberi impak dalam mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran.

MASALAH PENYELIDIKAN
Pengenalan kepada masalah penyelidikan Kajian ini penting untuk memberi pendedahan terhadap pengaruh rakan sebelah di dalam kelas ke atas minat dan tingkah laku yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti faktor sosial dan persekitaran fizikal. Kelas merupakan tempat yang terbaik untuk pelajar belajar, mengulangkaji serta tempat untuk menyiapkan kerja sekolah. Namun begitu, sekiranya keadaan persekitaran ini tidak memuaskan, perkara ini boleh memberi pengaruh yang negatif terhadap pelajar, khususnya dalam bidang akademik. Tambahan pula, setiap pelajar mempunyai tingkah laku dan tabiat masing masing, dan adakalanya mereka amat mudah terpengaruh dengan orang orang di sekeliling mereka. Oleh itu, pelajar yang berada di dalam persekitaran yang baik akan mendatangkan kesan positif ke atas diri mereka. Warga SMK Aminuddin Baki amat menggalakkan pertumbuhan sosial dan emosi yang baik dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Pelajar dididik dengan amalan yang baik di dalam kelas sejak dari peringkat sekolah agar menjadi perisai dalam menuju ke alam kedewasaan.

Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan kajian ini ialah : I. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. II. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas perubahan dan tingkah laku pelajar. III. Faktor gender mempunyai hubungan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. IV. Faktor gender mempunyai hubungan yang signifikan dalam perubahan tingkah laku pelajar.

Kekangan Penyelidikan
Kajian ini dilaksanakan ke atas 44 orang pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Aminuddin Baki. Jadi, kajian ini adalah terbatas kepada pelajar Tingkatan 6 Atas sahaja. Kajian ini hanya menggunakan kaedah soal selidik yang dijadikan sebagai instrumen kajian. Oleh sebab itu, keberkesanan kajian ini adalah sangat bergantung kepada sejauh mana kejujuran dan keikhlasan para pelajar dalam menjawab borang soal selidik yang diberikan.

RUJUKAN
Teori Menurut Hoel, Parker dan Rivenberg (2004), terdapat kesan yang tinggi antara kualiti akademik rakan sebaya atau rakan sebelah dengan pencapaian akademik pelajar. Penyelidik mendapati kelayakan akademik rakan sebaya atau rakan sebelah boleh merangsang dan mendatangkan kesan ke atas pencapaian pelajar sama ada dalam semester pertama mahupun semasa melalui zaman karier mereka. Penyelidik turut mendapati pelajar yang cemerlang dalam akademik berpunca daripada tabiat dan tingkah laku rakan sebelah dan juga rakan rakan. Laar, Levin, Sinclair dan Sidanius (2004 : 329) mendapati rakan sebelah dari latar belakang etnik yang berbeza, sama ada secara paksaan atau sukarela berpotensi untuk menyumbang tingkah laku yang negatif.

Piaget dan Erikson (1995) berpendapat bahawa persekitaran menolong remaja mencapai potensinya. Piaget menjelaskan bahawa masyarakat berperanan membantu remaja membina identiti yang positif. Individu pula tidak akan dapat berkembang langsung selepas peringkat pengendalian konkrit dalam masyarakat yang kurang maju. Erikson pula berpendapat identiti bergantung kepada sokongan yang diterima oleh generasi muda. Dusek (1995) pula menjelaskan bahawa pada tahap operasi formal ini, remaja boleh berfikir secara mendalam, membuat andaian dan berfikir tentang masa depan. Perkembangan kognitif pada remaja boleh membawa kepada pembentukan personaliti remaja.

Penyelidikan yang berkaitan


Sulaiman Shamsuri (1985, dalam Hasmaliza Husain 1990 : 8) menjelaskan bahawa kemajuan seseorang pelajar dari segi fizikal, mental dan psikologi bergantung kepada pelajar itu sendiri dan dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu latar belakang keluarga, pengalaman dan reaksi terhadap pengalaman itu sendiri. Menurut Baharuddin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002 : 73) pula, pengaruh rakan sebelah terhadap seseorang individu lebih banyak berbanding pengaruhnya dalam membentuk personaliti serta gaya tingkah laku positif atau negatif. Selain itu, pengaruh rakan sebelah juga boleh memahirkan lagi pembelajaran melalui perbincangan terutamanya bagi rakan yang cemerlang.

METOLOGI PENYELIDIKAN
Reka Bentuk Penyelidikan Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik . Kaedah ini digunakan kerana membolehkan penyelidik memahami keseluruhan skop kajian dengan sampel yang kecil serta dapat mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku responden ( Fox, 1986).

Populasi Populasi untuk kajian ini ialah seramai 44 orang responden pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Aminuddin Baki. Kaedah Penyelidikan Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu kajian deskriptif. Data deskriptif biasanya dikumpul dengan mentadbir soal selidik, menemu bual subjek, memerhatikan peristiwa atau menganalisis sumber sumber dokumentari. Kami juga mengedarkan sendiri borang soal selidik kepada responden yang terlibat untuk mendapatkan data.

Prosedur Pengumpulan Data


Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal selidik yang dibuat menerusi perbincangan dengan guru penasihat kami, iaitu Encik Nur Firdaus B. Mohamad Yusof. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu : Bahagian A : Soal selidik tentang maklumat peribadi pelajar Bahagian B: Soal selidik mengenai pengaruh rakan sebelah di dalam kelas mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Item item dalam bahagian A dibina untuk mengetahui maklumat peribadi responden manakala bahagian B pula digubal untuk mendapatkan maklumat mengenai hubungkait pengaruh rakan sebelah mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Item dalam bahagian B berbentuk soalan yang menggunakan skala dari Tidak Setuju hingga ke Sangat Setuju.

KEPUTUSAN PENYELIDIKAN
Maklumat Pemaklum Balas Minat

Tingkah laku

Dapatan Penyelidikan
A) Minat

Berdasarkan Jadual 1 dan graf 1,seramai 14 orang atau 31.8% responden sangat setuju rakan sebelah antara factor yang mendorong mereka berminat terhadap pelajaran,manakala 19 orang responden atau 43.2% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 15 orang responden atau 34.1% serta seramai 6 atau 13.6% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju perbincangan bersama rakan sebelah mempengaruhi prestasi pelajaran mereka.

Manakala dari segi gender pula,seramai 3 atau 6.8% orang responden lelaki sangat setuju rakan sebelah mempengaruhi minat pelajaran .Seramai 8 orang responden lelaki atau 18.2% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 4 atau 9.1% bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.
Untuk gender perempuan pula ialah seramai 11 orang responden atau 50% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setuju rakan sebelah antara factor yang mendorong mereka berminat terhadap pelajaran mereka serta 1 atau 2.3% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya mencatatkan 2 orang responden perempuan atau 4.5% dan sangat tidak setuju pula juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

Berdasarkan Jadual 3 dan graf 3,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setuju bahawa berasa gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah,manakala 21 orang responden atau 47.7% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 10 orang responden atau 22.7% serta seramai 4 atau 9.1% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju bahawa mereka gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah. Manakala dari segi gender pula,seramai 3 atau 6.8% orang responden lelaki sangat setuju bahawa mereka gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 4 atau 9.1% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan 3 atau 6.8% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki. Untuk gender perempuan pula ialah seramai 4 orang responden atau 9.1% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 10 orang responden perempuan atau 22.7% setuju mereka berasa gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah serta 6 atau 13.6% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya mencatatkan 1 orang responden perempuan atau 2.3% dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

Berdasarkan Jadual 4 dan graf 4,seramai 5 orang atau 11.4% responden sangat setuju mereka tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaran,manakala 22 orang responden atau 50% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 10 orang responden atau 22.7% serta seramai 5 atau 11.4% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju bahawa mereka tidak pernah berasa jemu apabila berbincang dengan rakan sebelah mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaran.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa mereka tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan pelajaran oleh rakan sebelah.Seramai 10 orang responden lelaki atau 22.7% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan 3 atau 6.8% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.
Untuk gender perempuan pula ialah seramai 3 orang responden atau 6.8% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 12 orang responden perempuan atau 27.3% setuju mereka tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaran oleh rakan sebelah serta 4 atau 9.1% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya mencatatkan 2 orang responden perempuan atau 4.5% dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

Berdasarkan Jadual 5 dan graf 5,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setuju mereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalan tentang pelajaran,manakala 18 orang responden atau 40.9% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 14 orang responden atau 31.9% serta seramai 2 atau 4.5% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 3 orang atau 6.8% responden sangat tidak setuju bahawa mereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalan berkaitan tentang pelajaran.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa mereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalan tentang pelajaran oleh rakan sebelah.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan 2 atau 4.5% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3 orang responden lelaki.
Untuk gender perempuan pula ialah seramai 5 orang responden atau 11.4% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setuju mereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah meengemukakan soalan-soalan tentang pelajaran oleh rakan sebelah serta 8 atau 18.2% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden perempuan.

Berdasarkan Jadual 6 dan graf 6,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setuju mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah mengulangkaji pelajaran,manakala 18 orang responden atau 40.9% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 14 orang responden atau 31.9% serta seramai 2 atau 4.5% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 3 orang atau 6.8% responden sangat tidak setuju mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah mengulangkaji pelajaran. Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah mengulangkaji pelajaran.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 2 atau 4.5% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki. Untuk gender perempuan pula ialah seramai 5 orang responden atau11.4% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setuju bahawa mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah mengulangkaji pelajaran, serta 8 atau 18.2% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden perempuan.

Berdasarkan Jadual 7 dan graf 7,seramai 13 orang atau 29.5% responden sangat setuju prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi rakan sebelah untuk mereka berusaha bersungguh-sungguh,manakala 19 orang responden atau 43.2% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 4 orang responden atau 9.1% serta seramai 4 atau 9.1% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 4 orang atau 9.1% responden sangat tidak setuju bahawa prestasi akademik rakan sebelah mempengaruhi mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh.

Manakala dari segi gender pula,seramai 7 atau 15.9% orang responden lelaki sangat setuju bahawa prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh, manakala kurang setuju tidak mencatatkan sebarang bilangan responden dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 4 atau 9.1% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden lelaki.
Untuk gender perempuan pula ialah seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 10 orang responden perempuan atau 22.8% setuju bahawa prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh, serta 4 atau 9.1% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 4 atau 9.1% orang responden perempuan.

Berdasarkan Jadual 8 dan graf 8,seramai 4 orang atau 9.1% responden sangat setuju bahawa mereka mengulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secara sukarela,manakala 22 orang responden atau 50% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 12 orang responden atau 27.3% serta seramai 4 atau 9.1% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan sebanyak 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju bahawa mereka mengulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secara sukarela. Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa mereka megulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secara sukarela,setuju pula mencatatkan sebanyak 11 orang responden atau 25%, manakala kurang setuju hanya berjumlah 5 atau 11.3% bilangan responden dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 3 atau 6.9% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki. Untuk gender perempuan pula ialah seramai 2 orang responden atau 4.5% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 11 orang responden perempuan atau 22.8% setuju bahawa prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh, serta 7 atau 15.9% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya mencatatkan 1 bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

Berdasarkan Jadual 9 dan graf 9 ,seramai 4 orang atau 9.1% responden terdorong untuk bertanya kepada guru setiap kali rakan sebelah bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran ,manakala 24 orang responden atau 54.5% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 11 orang responden atau 25% serta seramai 1 atau 2.3% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan sebanyak 4 orang atau 9.1% responden sangat tidak setuju bahawa setiap kali rakan sebelah mereka bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran,mereka terdorong untuk bertanya kepada guru juga.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa setiap kali rakan sbelah mereka bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran,mereka terdorong untuk bertanya kepada guru juga,setuju pula mencatatkan sebanyak 13 orang responden atau 29.5%, manakala kurang setuju hanya berjumlah 4 atau 9.1% bilangan responden dan tidak setuju pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 3 atau 6.9% orang responden lelaki.
Untuk gender perempuan pula ialah seramai 2 orang responden atau 4.5% sangat setuju mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 11 orang responden perempuan atau 25% setuju bahawa setiap kali rakan sebelah mereka bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran,mereka terdorong untuk bertanya kepada guru juga, serta 7 atau 15.9% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula mencatatkan bilangan responden perempuan sebanyak 1 atau 2.3% dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

Tingkah laku

Berdasarkan Jadual 1 dan Graf 1, seramai 8 orang responden atau 18.2% sangat setuju, setuju pula seramai 18 orang responden atau 40.9% dan kurang setuju pula mencatatkan seramai 12 orang atau 27.3% terhadap penyataan bahawa rakan sebelah merupakan antara faktor yang mendorong mereka mengubah sikap. Walau bagaimanapun, bilangan responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini ialah seramai 3 orang atau 6.8%. Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 5 orang responden perempuan atau 11.4% sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 8 orang atau 18.2% setuju dan 7 orang responden atau 15.9%kurang setuju. Tiada bilangan responden yang tidak setuju dengan penyataan di atas namun seramai 2 orang responden atau 4.5% menyatakan mereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju rakan sebelah merupakan faktor yang mendorong mereka untuk mengubah sikap ialah seramai 3 orang atau 6.8%, diikuti pula seramai 10 orang responden atau 22.8% setuju serta 5 orang responden atau 11.3% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orang responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 1 orang responden atau 2.3% sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.

Berdasarkan Jadual 2 dan Graf 2, seramai 9 orang responden atau 20.5% sangat setuju, setuju pula seramai 20 orang responden atau 45.4% dan kurang setuju pula mencatatkan seramai 11 orang atau 25% terhadap penyataan bahawa mereka tidak pernah berasa marah apabila rakan sebelah menegur sikap negatif mereka. Walau bagaimanapun, bilangan responden yang tidak setuju ialah hanya seorang sahaja atau 2.3% dan seramai 3 orang responden atau 6.8% sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 5 orang responden perempuan atau 11.4% sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 8 orang atau 18.2% setuju dan 7 orang responden atau 15.9% kurang setuju. Tiada bilangan responden yang tidak setuju dengan penyataan di atas namun seramai 2 orang responden atau 4.5% menyatakan mereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan tidak pernah berasa marah apabila rakan sebelah menegur sikap negatif mereka ialah seramai 4 orang atau 9.1%, diikuti pula seramai 12 orang responden atau 27.2% setuju serta 4 orang responden atau 9.1% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Hanya seorang responden lelaki atau 2.3% tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.

Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 3, seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat setuju, setuju pula seramai 19 orang responden atau 43.2% dan kurang setuju pula mencatatkan seramai 12 orang atau 27.3% terhadap penyataan bahawa mereka berasakan sikap mereka semakin positif apabila bersama sama rakan sebelah. Walau bagaimanapun, bilangan responden yang tidak setuju ialah seramai 4 orang atau 9.1% dan bagi yang sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 3 orang responden atau 6.8%. Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 3 orang responden perempuan atau 6.8% sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 7 orang atau 15.9% setuju dan 8 orang responden atau 18.3% kurang setuju. Bilangan responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju mencatatkan bilangan yang sama iaitu hanya 2 orang responden sahaja atau 4.5%. Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan berasakan bahawa sikap mereka semakin positif apabila bersama sama rakan sebelah mereka ialah seramai 4 orang atau 9.1%, diikuti pula seramai 8 orang responden atau 18.2% setuju serta 4 orang responden atau 11.4% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orang responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5% sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.

Berdasarkan Jadual 4 dan Graf 4, seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat setuju, dan bilangan responden yang setuju dan kurang setuju dengan penyataan di atas mencatatkan bilangan yang sama iaitu seramai 15 orang atau 34.1% . Bilangan responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju juga mencatatkan bilangan yang sama iaitu seramai 4 orang atau 9.1%. Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 2 orang responden perempuan atau 4.5% sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 7 orang atau 15.9% setuju dan 10 orang responden atau 22.8% sangat tidak setuju. Bilangan responden yang tidak setuju pula ialah hanya seorang sahaja atau 2.3% dan sangat tidak setuju pula seramai 2 orang responden atau 4.5%. Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan tidak kisah seandainya rakan sebelah menegur sebarang tingkah laku mereka ialah seramai 3 orang atau 6.8%, diikuti pula seramai 12 orang responden atau 27.3% setuju serta 4 orang responden atau 9.1% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 2 orang responden lelaki atau 4.5% tidak setuju dan 1 orang responden atau 2.3% sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.

Berdasarkan Jadual 6 dan Graf 6 , seramai 4 orang responden atau 9.1% sangat setuju, setuju pula seramai 14 orang responden atau 31.9% dan kurang setuju pula mencatatkan seramai 16 orang atau 36.3% terhadap penyataan bahawa mereka tidak akan menemani rakan sebelah bersembang apabila diajak bersembang walaupun ketika guru sedang mengajar. Walau bagaimanapun, bilangan responden yang tidak setuju ialah seramai 4 orang atau 9.1% dan bagi yang sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 6 orang responden atau 13.6%. Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 2 orang responden perempuan atau 4.5% sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 5 orang atau 11.3% setuju dan 10 orang responden atau 22.8% sangat tidak setuju. Bilangan responden yang tidak setuju hanya seorang responden sahaja atau 2.3%. dan sangat tidak setuju pula seramai 4 orang atau 9.1% . Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan mereka tidak akan menemani rakan sebelah bersembang apabila diajak bersembang walaupun ketika guru sedang mengajar ialah seramai 2 orang atau 4.5%, diikuti pula seramai 9 orang responden atau 20.5% setuju serta 6 orang responden atau 13.7% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orang responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5% sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.

KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Kesimpulannya, pengaruh rakan sebelah di dalam kelas telah memberi kesan terhadap minat dan tingkah laku pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas terhadap pelajaran di SMK Matang Jaya Kuching Sarawak. Pengaruh lebih cenderung baiknya dalam akademik setiap pelajar manakala rakan sebelah merupakan pengaruh utama dalam membentuk minat dan tingkah laku para pelajar. Hal ini telah menunjukan bahawa pelajar Tingkatan 6 Atas mudah terpengaruh dengan sikap rakan sebelah mereka di dalam kelas. Para pelajar lebih cenderung terhadap minat dan tingkah laku yang positif dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh yang negatif. Selain itu, mereka mempunyai inisiatif sendiri untuk mengelakkan diri mereka daripada terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif.

CADANGAN PENYELIDIKAN

Menerusi kesimpulan di atas, kumpulan kami telah membincangkan cadangan dalam merubah minat dan tingkah laku rakan sebelah terhadap pembelajaran di dalam kelas ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas. Cadangan penyelidikan kami ialah; Para guru di SMK Matang Jaya boleh menentukan tempat duduk para pelajar bersesuaian dengan prestasi akademik dan sikap mereka. Guru subjek juga boleh menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas bersesuaian dengan rakan di sebelah yang boleh mendorong pelajar yang lemah identit yang lebih cemerlang. Para pelajar juga boleh memilih rakan sebelah mereka mengikut pencapaian akademik dan tingkah laku yang sesuai dengan mereka. Semua cadangan di atas boleh membentuk generasi yang cemerlang menerusi pengaruh rakan sebelah yang baik. Oleh itu, pengaruh rakan sebelah di dalam kelas memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran dan perubahan sikap pelajar ini boleh menonjolkan identiti sebenar seorang pelajar.

BIBLIOGRAFI

Hoel J, Parker J, and Rivenberg J (2004). Peer Effects : Do First-Year Classmates, Roomates and Dormmates Affects Students Academic Success. Sekaran U (2003). Research Methods for Business. A Skill Building Approach, 4th Edition. New Jersey : John Wiley and sons. William Wiersma (2002) : Research Methods in Education An Introduction 7th Edition, University of Toledo, Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai