Anda di halaman 1dari 5

14. Sembelihan 14.1. Pengertian Sembelihan 14.1.1.

menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah 14.1.2. sembelihan wajib dengan tujuan dimakan dagingnya 14.2. Rukun Sembelihan 14.2.1. Penyembelih 14.2.1.1. Islam 14.2.1.2. tidak dalam ihram haji atau umrah 14.2.2. Binatang Yang Disembelih 14.2.2.1. halal dimakan 14.2.2.2. mati dengan sekali sembelihan ( putus urat halkum dan urat merih) 14.2.3. Alat Sembelihan 14.2.3.1. benda yang tajam kecuali gigi, tulang, kuku, rambut, tali 14.2.4. bagi orang Islam yang berada di negeri ahli kitab, mereka diharuskan makan daging sembelihan ahli kitab 14.3. Syarat Sah Sembelihan 14.3.1. niat sembelih kerana Allah 14.3.2. memutuskan urat halkum dan urat merih 14.3.3. menggunakan alat-alat sembelihan tajam selain tulang, gigi, rambut 14.3.4. menyembelih binatang yang halal dimakan dan masih hidup 14.3.5. binatang yang disembelih mati dengan sekali sembelihan 14.3.6. disembelih orang Islam atau ahli kitab 14.3.7. tidak dilakukan semasa berada dalam ihram haji atau umrah 14.4. Perkara-Perkara Sunat Sembelihan 14.4.1. menyebut nama Allah 14.4.2. menggunakan alat sembelihan yang tajam 14.4.3. melakukan sembelihan di siang hari

14.4.4. memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat mati 14.4.5. menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah ke sebelah rusuk kiri 14.5. Perkara-Perkara Makruh Sembelihan 14.5.1. alat sembelihan yang tumpul 14.5.2. menampakkan alat sembelihan kepada kepada binatang sembelihan 14.5.3. melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih 14.5.4. tidak menghadap kiblat 14.5.5. tidak membaca basmalah 14.5.6. mematahkan leher binatang sembelihan sebelum nyawanya hilang 14.6. Hikmah Sembelihan 14.6.1. boleh mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat 14.6.2. memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu 14.6.3. sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara akidah 14.6.4. membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram 14.6.5. dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat dan membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindari penyakit

Korban Amalan Mulia 15.1. Pengertian Korban 15.1.1. menyembelih binatang ternakan (Al-anam) yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah 15.1.2. hukumnya sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar 15.1.3. waktu menyembelih adalah lepas naik matahari pada pada hari raya korban dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari 13 Zulhijah. 15.2. Sunat-Sunat Korban 15.2.1. membaca basmalah atau bertakbir. 15.2.2. Membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. 15.2.3. Menghadap binatang ke arah kiblat. 15.2.4. memilih binatang yang gemuk. 15.2.5. menyembelih sendiri bagi lelaki 15.3. Syarat-Syarat Sah Korban 15.3.1. mengorbankan binatang yang cukup umur 15.3.2. melakukan sembelihan pada waktu korban 15.3.3. sembelihan oleh orang Islam 15.3.4. mengorbankan binatang yang sihat dan tidak cacat 15.3.5. niat korban kerana Allah 15.3.6. binatang ternakan halal dimakan 15.4. Binatang Yang Dijadikan Korban 15.4.1. biri2 atau kibas berumur 1 tahun atau lebih 15.4.2. kambing, sapi, lembu, kerbau berumur 2 tahun atau lebih 15.4.3. unta berumur 5 tahun atau lebih 15.5. Pengagihan Daging Korban 15.5.1. daging hendaklah dibahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir miskin setempat 15.5.2. sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang berkorban 15.5.3. daging korban haram diberikan pada orang kafir

15.5.4. Cara Pengagihan Daging Korban Yang Sebaik-Baiknya: 15.5.4.1. 1/3 disedekah kepada fakir miskin 15.5.4.2. 1/3 untuk orang ramai 15.5.4.3. 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban 15.6. Hikmah Berkorban 15.6.1. mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail 15.6.2. menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah 15.6.3. memupuk perasaan muhibbah dan silaturahim 15.6.4. fakir miskin berpeluang bersama-sama menikmati daging korban

Akikah 16.1. Pengertian Akikah 16.1.1. menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah 16.1.2. hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar 16.1.3. Sebaik-Baik Akikah: 16.1.3.1. 2 ekor kambing untuk bayi lelaki 16.1.3.2. 1 ekor kambing untuk bayi perempuan 16.1.4. akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri 16.2. Syarat-Syarat Akikah 16.2.1. niat akikah ketika menyembelih 16.2.2. menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat 16.2.3. menyembelih binatang yang cukup umur 16.2.4. memenuhi syarat-syarat sembelihan 16.3. Daging Sembelihan Akikah 16.3.1. tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin 16.3.2. sunat dimasak manis dan dibuat jamuan 16.3.3. sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah 16.3.4. mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah 16.3.5. dilakukan hari ke7 kelahiran bayi 16.4. Hikmah Akikah 16.4.1. tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat 16.4.2. mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat 16.4.3. mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam 16.4.4. menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah

Anda mungkin juga menyukai