Anda di halaman 1dari 3

Tugasan ISL Minggu 4 Bahan Audio 1) Terdapat 2 elemen penting dalam proses kesediaan mendengar. Nyatakan 2 elemen tersebut.

. a) Penyampai mesej ( guru ) b) Penerima mesej ( murid ) 2) Sebutkan semua jenis-jenis mikrofon yang terdapat pada masa kini. a) b) c) d) e) f) Mikrofon mini ; mikrofon tie pin dan neck hanging Mikrofon tanpa wayar Mikrofon semua hala Mikrofon dua hala Mikrofon satu hala Mikrofon shortgun

3) Nyatakan perbezaaan antara mikrofon kondenser dengan mikrofon dinamik dari segi ciri-ciri dan penggunaannya. KONDENSER Menerima kesan bunyi dengan baik. Peka pada getaran dan tidak tahan getaran kuat. Tidak tahan panas dan lembapan. MIKROFON DINAMIK Kualiti bunyi baik. Tahan getaran kuat. Tahan panas dan lembapan.

CIRI - CIRI

Vokal / nyanyian Ucapan Penyampaian

PENGGUNAAN

Temubual di luar bangunan

4) Terangkan dengan ringkas mengenai fungsi pengadun suara. Pengadun suara merupakan alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaraskan bahananya menjadi satu output. Alat ini biasa terdapat di studio-studio rakaman. Pengadun suara dapat menyelesaikan masalah untuk merakam suara narator ( terdapat kesan bunyi dan muzik latar ). Penggunaan pengadun suara memudahkan tugas dengan menggabungkan beberapa kesan bunyi dan muzik latar dalam masa yang sama. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik berbanding menggunakan beberapa pita rakaman dalam satu masa. 5) Terangkan dengan ringkas mengenai langkah-langkah dalam menerbitkan sebuah lakonan audio.

1) Tetapkan matlamat Tentukan tujan menerbitkan bahan audio tersebut Siapakah atau tahap murid Bagaimana tentang kebolehan berbahasa murid, minat dan motivasi mereka. Bahan yang akan dihasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran. Bahan audio yang akan dihasilkan bersesuaian dengan objektif pengajaran.

2) Mengumpul bahan Kumpulkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang diperlukan. Fakta yang betul serta mencukupi dan kaya dengan maklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Mengumpul kesan-kesan bunyi, muzik serta lagu-lagu tertentu yang mungkin diperlukan.

3) Pemilihan Bahan Bahan yang dikumpulkan mungkin terlalu banyak. Pilih yang bersesuaian sahaja.

4) Menulis Skrip Menulis atau mengarang kandungan bahan audio.

5) Menyediakan Peralatan Sediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio. Antara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita audio dan kabel-kabel yang sesuai.

6) Membuat Rakaman Membuat rakaman suara, memasukkan kesan-kesan bunyi serta muzikmuzik latar.

7) Prebiu Setelah rakaman siap, dengar hasil rakaman tersebut. Buat pembetulan sekiranya perlu.

8) Penggunaan Bahan Audio Menggunakan bahan yang telah dihasilkan dalam bilik darjah.