Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akidah bermaksud rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan

yang diyakini dan dipegang dengan kukuh. Perkataan akidah di ambil dari kata dasar al-aqdu iaitu ar-rabth (ikatan), allbraam (pengesahan), al-ihkam (penguatan), at-tawatstsuq (menjadi kukuh, kuat), asy-syaddu biquwwah (pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk (pengukuhan) dan alitsbaatu (penetapan). Di antaranya juga mempunyai al-yaqiin (keyakinan) dan aljazmu (penetapan). (Farid Muhammad, 1995: 33) Akidah dari segi bahasa bermaksud simpulan iman, pegangan yang kuat, keyakinan yang teguh dan kepercayaan yang kukuh. Dari sudut istilah pula akidah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu sendiri. Akidah terbahagi kepada dua iaitu aqidah yang benar dan batil. Akidah yang benar seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esaan Allah SWT manakala akidah yang batil seperti keyakinan umat Nasrani bahawa Allah SWT adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas). Maksud akidah Islamiyah ialah kepercayaan yang mantap kepada Allah SWT sebagai Rabb dan Illah serta beriman dengan Nama-nama-Nya yang 99 lagi indah dan segala Sifat-sifat-Nya, beriman dengan para malaikat-Nya, kitab-kitab suci-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat, beriman dengan qada dan qadar sama ada baik mahupun buruk termasuk juga segala , serta seluruh kandungan kitab al-Quran alKarim dan as-Sunnah Ash-Shahihah dan kepasrahan secara menyeluruh kepada Allah SWT dalam hal-hal hukum, perintah mahupun syarak, serta mengikut segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Menurut Ahli Sunnah Waljamaah, aqidah Islamiyyah mempunyai lain, di antaranya ialah At-Tauhid, As-Sunnah, Ushuluddin, Al-Fiqbul Akhbar, Asy-Syariah dan Al-Iman. Nama-nama inilah yang terkenal menurut Ahli Sunnah dalam ilmu akidah.

Kepentingan Akidah Dalam Islam : Dalam agama Islam, keimanan yang berlandaskan akidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan. Amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang beriman dan berlandaskan akidah yang benar. Hal yang demikian, mereka iaitu golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT ataupun orang yang kafir, tidak mahukan balasan pahala daripada Tuhan mereka. Golongan ini juga mengerjakan amalan-amalan dalam kehidupan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT yang telah menjadikan mereka. Golongan yang tidak beriman ataupun orang-orang kafir kepada Allah SWT akan dihukum kelak di hari akhirat. Hal ini demikian disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka sendiri di dunia. Mereka tidak mahu menyelidik agama Allah SWT iaitu agama Islam yang hanya diredhai oleh Allah SWT seperti firman-Nya yang membawa maksud : Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah SWT hanyalah Islam. (Surah Ali-Imran 3 : 19)

Golongan ini juga tidak mahu mendengar wahyu-wahyu Ilahi yang disampaikan oleh para rasul. Mereka bukan sahaja tidak mahu beriman dengan wahyu yang diturunkan di dalam kitab-kitab Allah SWT, malah mereka memperolok-olokkan serta mempersendakan ayat-ayat Allah SWT. Hal ini demikian menjadi faktor segala amalan-amalan yang mereka kerjakan ditolak oleh Allah SWT. Amalan-amalan mereka di dunia menjadi sia-sia sahaja. Seterusnya golongan ini akan diseksa disebabkan kekufuran mereka itu sendiri kelak.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, 25 : 23, Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.

Ayat ini menegaskan segala amalan baik yang pernah dilakukan oleh orangorang kafir di dunia dahulu akan terbuang sahaja ibarat debu yang berterbangan pada hari akhirat kelak. Dengan kata lain perbuatan-perbuatan baik mereka di dunia adalah sia-sia sahaja. Hal ini disebabkan segala amalan mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka kerana kekufuran mereka semasa hidup di atas muka bumi.

Firman Allah SWT lagi, Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan di dunia. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh. (Surah Ibrahim, 14 : 18)

Ayat ini menerangkan bahawa segala amalan yang mereka usahakan yang tidak berlandaskan keimanan dan akidah yang benar dan tidak mengikut jalan yang betul lagi benar. Maka kebaikan itu tidak akan mendatangkan manfaat pun kepada mereka dan menjadi sia-sia. Allah s.w.t juga tidak akan memberi apa-apa balasan untuk amalanl golongan ini. Akidah bukan sahaja hanya menjadi satu kepentingan dalam agama Islam, tetapi juga merupakan suatu perkara yang terpenting dalam hidup dan kehidupan manusia dalam kehidupan seorang muslim di muka bumi ini. Golongan yang hidup di dunnia ini tanpa akidah diibaratkan jahil dalam akidah dan adalah seperti orang buta yang tidak mengenali keadaan dan bentuk diri mereka sendiri. Dalam akidah Islam, mereka yang mengenali Allah SWT yang mencipta alam dunia ini dan tidak mengetahui siapa yang telah menjadikan diri mereka sendiri di dunia adalah orang yang hidup tanpa tauhid dan akidah. Golongan ini sentiasa hidup dalam kekufuran yang nyata serta hidupnya hanya untuk duniawi sahaja. Tempat bagi orang-orang di dalam golongan ini di akhirat kelak adalah di dalam neraka jahanam.

Firman Allah SWT dalam surah Muhammad, 47 : 12, Sesungguhnya Allah SWT memasukkan orang-orang mukmin dan beramal soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orangorang kafir bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan neraka jahanam adalah tempat tinggal mereka.

Akidah merupakan suatu yang penting dalam kehidupan seorang muslim untuk menanam semangat keimanan yang kukuh dalam hati mereka. Seseorang manusia yang hidup di alam dunia ini tanpa memiliki semangat keimanan yang tertanam di dalam hatinya adalah tergolong dalam golongan yang terpedaya dengan kesesatan. Apabila tiadanya semangat keimanan yang teguh di dalam hati, golongan ini akan merasa takut untuk menegakkan agama Allah SWT ataupun berjihad di muka bumi ini. Apakah mereka ini tidak mengetahui kelebihan berjihad dan menegakkan agama Allah s.w.t. Tidak mahukah mereka menjadi para syuhada seperti para sahabat. Sebagai contoh Hamzah bin Abdul Mutalib, Khalid al-Walid dan Ammar Yassir. Golongan ini sudah ditimpa oleh suatu penyakit iaitu penyakit terlalu mencintai dunia dan takutkan mati. Lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang akan berlaku tidak dihalang dan tidak ditegah kerana amar makruf nahi mungkar tidak dilaksanakan. Seterusnya agama Islam akan dipandang serong oleh masyarakat yang beragama lain. Dakwah Islamiah tidak dapat diteruskan lagi kerana umat Islam sendiri melakukan kemungkaran dan tidak dapat menjadi contoh yang terbaik kepada umat agama lain. Hal ini demikian menyebabkan mereka yang hidup di dunia ini tanpa berpandukan oleh akidah yang benar dan tidak mempunyai semangat keimanan di dalam hatinya akan sentiasa merasa gembira di dunia. Tetapi mereka ini tidak menyedari akan azab api neraka yang telah dijanjikan oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak. Oleh yang demikian, golongan yang berakidah dan bertauhid dalam Islam dan kehidupan di dunia adalah satu perkara yang penting untuk memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat. Seseorang yang telah ternyata kejahilannya dalam ilmu akidah (akidah al-iman) atau ilmu tauhid, hancurlah akidahnya dan sia-sia sahaja amalan4

amalan mereka. Banyak maksiat dan kemungkaran yang berlaku menyebabkan timbul berbagai-bagai kerosakan di muka bumi ini dan ditimpa bala bencana di dunia.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum, 30 : 41, Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar

Bala bencana yang diturunkan oleh Allah s.w.t di dunia disebabkan banyak perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat manusia itu sendiri. Hal ini demikian kerana kejahilan mereka dalam akidah dan tauhid. Bala bencana yang diturunkan juga memberi peringatan kepada umat manusia kerana kekufuran dan kemungkaran yang berlaku di muka bumi. Dengan kata lain, hidup mereka itu selaku seorang Muslim tidak berasaskan akidah dan tauhid. Akidah atau Tauhid mempunyai maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkaraperkara Samiyah, iaitu ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kebatilan dan pendustaan khususnya dari kalangan musuh-musuh, terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan syaksiah dan jati diri seseorang. Para Ulama Islam sepakat mengatakan bahawa Aqidah Tauhid adalah dasar yang paling utama untuk mengenal Allah dan menjadi pokok serta dasar pemikiran dalam membentuk kerangka dan perjuangan membina Tauhid secara sepadu disamping ia mengandungi ajaran yang seimbang antara jasmani dan rohani, antara kebendan dan kemanusiaan.

Iman ada tingkatan tinggi dan rendahnya. Sabda Rasulullah s.a.w: Ertinya: Iman ada mempunyai tujuh puluh atau mempunyai enam puluh cabang, maka yang sebaik-baik ucapan perkataan La Ilaha IllaAllah dan serendah-rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan dan malu itu sebahagian dari cabang Iman. (Muttafaqun Alaih) 5

Selain itu keimanan seseorang boleh dikesan dan dilihat tanda-tandanya. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan dari yang sekecil-sekecilnya adalah gambaran yang terjelma dari dorongan keimanannya. Justeru, Iman seseorang boleh bertambah dan boleh berkurang. Bertambah disebabkan ketaatan dan berkurang disebabkan keingkarannya menjalankan suruhan Allah s.w.t. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr ayat 19:

Bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik. (Al-Hasyr ayat 19) Orang yang beriman, amat peka dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka sentiasa mengingati Allah dalam setiap gerak kerjanya. Justeru, itulah golongan ahli khawas iaitu golongan yang tinggi martabat keimanannya, bertaubat kepada Allah s.w.t. bukan kerana dosanya, tetapi kerana mungkin berlaku detik-detik kelainannya dalam mengingati Allah. Mereka juga bertaubat sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Ini berbeza dengan orang awam, mereka bertaubat kerana melakukan dosa. Bahkan kadang-kadang sudah melakukan dosa pun tidak terfikir untuk bertaubat, sebaliknya terus mengulangi dosa dan kadang-kadang ada berbangga-bangga dengan perbuatan dosanya. Pandangan orang beriman amat berbeza dengan pandangan orang yang tidak beriman. Pandangan orang beriman dipandu oleh cahaya hidayah. Oleh itu mereka berasa kasihan melihat keadaan orang yang tidak beriman, yang tertipu oleh dirinya sendiri dan jauh daripada hidayah Allah s.w.t. Pandangan mereka banyak didorong oleh runtunan nafsu amarah serta bisikan dan tipu daya syaitan. Mata hatinya buta, anggota dan pancaindera menjadi alat bagi memuaskan segala keinginannya. Bagi orang yang tidak beriman pula, pandangannya terbalik, mereka berasa pelik dan hairan melihat sikap orang yang beriman serta menyifatkan sebagai jahil dan rugi. Sedang pada hakikatnya, merekalah yang jahil dan merekalah yang rugi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anam ayat 122:

Maksudnya: "Adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami

menghidupkannya semula (dengan hidayah), lalu kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia (adakah orang yang demikian keaadannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar samasekali daripadanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang mereka kerjakan".

Fungsi Akidah Sebagai Penentu Atau Pendorong Sesungguhnya umat Islam pada hari ini amat memerlukan kepada pembinaan akidah dan menanamkan rasa kebesaran Allah di dalam hati terutamanya di saat perkembangan kebendaan yang sangat pesat ini.. Pembangunan kebendaan tanpa pembangunan akidah akan menyebabkan pembangunan itu akan hancur dan runtuh. Umat Islam perlu menterjemahkan pengertian akidah ini dalam kehidupan mereka seimbang dengan pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan semuanya akan dapat membendung gejala-gejala yang menimpa masyarakat hari ini antaranya pengaruh barat yang berteraskan kebendaan yang menguasai masyarakat dan ia menyumbang kepada kerosakan akhlak,alat sebaran am, media cetak dan elektronik memberi peluang yang besar kepada penyebaran maksiat dan hiburan yang melalaikan kepada masyarakat,penyelewengan di dalam perniagaan dan

pembangunan dan memperniagakan hak rakyat,tidak amanah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan,penumpuan manusia kepada pencapaian akademik yang tinggi sehingga lupa tanggungjawab kepada Allah,pengaruh politik wang yang mempengaruhi sebahagian ahli politk, pilih kasih dalam pembahagian jawatan dan pekerjaan serta pengaruh dadah, arak, judi dan sebagainya.

Dengan adanya akidah pada diri seseorang, perkara-perkara yang negatif mahupun yang dilarang dapat dihindarkan. Antara fungsi akidah adalah menghindari kepercayaan kepada kekuasaan material, menghindari sifat takut ,membentuk keperibadian yang mulia, membentuk ketenangan jiwa.dan membentuk kehidupan yang baik. Abu Ala al-Maududi dalam bukunya Towards Understanding Islam merumuskan fungsi akidah dalam pembentukan peribadi seperti berikut iaitu menghilangkan pandangan hidup yang sempit dan membosankan,menanam kepercayaan kepada diri sendiri dan tahu harga diri, membina sifat rendah hati dan sedia berkhidmat, membentuk manusia menjadi berbudi dan adil , menghilangkan sifat duka nestapa dan putus asa dalam menghadapi persoalan,menanam sifst berani,membentuk keperibadian yang teguh dan optimis,memupuk sikap hidup damai dan redha serta membentuk keperibadian yang sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan Ilahi. Fungsi Akidah : Berimanlah kamu kepada allah dan rasul-NYA serta kepada penerang cahaya (Al-Quran) yang kami turunkan .Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuan-NYA akan segala yang kamu kerjakan. Fungsi Akidah kepada keluarga Siapa yang berkahwin (berumah tangga) maka sempurnalah separuh agamanya hadis nabi

Islam sebagai al-Din adalah agama yang menaruh perhatian sangat besar dalam pemupukan nilai dan membangun akidah sebuah keluarga. Institusi keluarga dalam Islam, adalah unit paling asas yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan perilaku individu. Jika baik, sejahtera dan bahagia sebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam suatu masyarakat, berbangsa dan bernegara. Sekiranya akidah keluarga berpecah belah maka pengaruh sosial akan dirasakan oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu, maju atau mundurnya suatu negara adalah berdasarkan kepada keberhasilan pembangunan akidah keluarga tersebut.

Membangun akidah keluarga pada hakikatnya merupakan proses dan usaha untuk membentuk individu dan keluarga muslim yang sihat rohani dan jasmaninya, berilmu dan beramal soleh yang bertujuan untuk membentuk insan dan generasi yang beradab. Penggunaan paradigma pendidikan Islam dalam membangun aqidah keluarga adalah sangat penting kerana aqidah keluarga dapat dianggap islami apabila segala prinsip, kepercayaan dan apa yang diamalkannya dalam keluarga tersebut berasaskan pola perlaksanaan pendidikan Islam. Orang tua sebagai pendidik pertama dalam sebuah keluarga merupakan penentu yang akan memperkenalkan kepada anak berbagai corak pemikiran, pemahaman serta pelaksanaan nila-nilai, tradisi dan agama yang difahami dan diamalkannya kelak. Justeru itu, kedudukan orang tua dalam akidah kekeluargaan dalam sudut pandang Pendidikan Islam bukan hanya sekedar memperoleh predikat sebagai Ibu dan Bapa yang memiliki tanggung jawab dalam memenuhi keperluan fizikal dan material saja. Tapi yang lebih penting adalah bagaimana orang tua serta seluruh elemen keluarga lainnya dalam satu masa supaya berperanan dan berfungsi sebagai muaddib, murobbi, muallim dan mursyid bagi anak-anaknya. Adanya keperibadian dan keunikan bagi individu manusia itu memang diakui , tetapi pada waktu yang sama , setiap individu diberi hak-hak yang tidak boleh dilampaui , kepentingan-kepentingan yang tidak boleh mengganggu kepentingan yang lebih utama , yakni hak masyarakat dan lingkungannya.

Fungsi Akidah Dalam Memilih Isteri "Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orangorang yang berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )

Ciri ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw iaitu wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah

kesenangan.

Tetapi

sebaik-baik

kesenangan

di

dunia

adalah

isteri

yang

solehah.Keduanya,membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat".Ketiganya pula ialah wanita penyayang dan berketurunan Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat". Fungsi Akidah Dalam Mendidik Anak Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah keldai (Luqman: 13-19)

Surah Luqman secara umum, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah yang harus dibaca saat proses akidah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak, dengan harapan bahawa ayah nantinya dapat meneladani tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan anak juga dapat mengikuti petuh dan nasihat seperti halnya anak Luqman. Tentu pemahaman ini dapat diterima, mengingat secara tekstual ayat-ayat ini memang berbicara secara khusus tentang pesan Luqman dalam konteks mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Quran. Selain itu, pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim sehingga sifatnya mutlak dan mengikat pesan Luqman dalam bentuk perintah bererti perintah Allah, demikian juga nasIhatnya dalam bentuk larangan pada masa yang sama adalah juga larangan Allah yang harus dihindari.

10

Ketahuilah , sesungguhnya para wali Allah tidak merasa takut dan tidak berdukacita ( Surah Yunus ayat 62 ) Fungsi Akidah Dalam Membina Masyarakat Sebelum memilih sesuatu jalan, adalah lebih baik untuk diselidiki terlebih dahulu jalan tersebut supaya tidak tersesat. Begitulah diibaratkan dengan pegangan seseorang, jika salah dipilih maka akan musnahlah kehidupan. Oleh itu mari kita selami pengertian akidah yang betul dari sisi agama Islam. Dari segi syarak pula, akidah bermakna segala perkara yang dengannya dapat dipercayai sepenuhnya (Tasdiq) hingga kepadanya boleh menenangkan hati dan perasaan. Kedudukan akidah setaraf dengan keyakinan yang sama sekali tidak bercampur dengan syak, keraguan dan kebimbangan. Keyakinan ini pula hendaklah sentiasa berpaksikan kepercayaan kepada Allah kerana Dialah Allah, pemilik hati kita dan Yang Empunya agama agung yakni Islam. Istilah akidah Islam membawa erti kepercayaan dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta selain pengakuan bahawa Allah itu adalah Robb dan Ilah. Namun, akidah Islam masih tidak lengkap jika seseorang itu tidak menaruh kepercayaan secara seratus peratus terhadap nama-nama Allah, sifat-sifatNya selain mempercayai rukun-rukun Iman yang lain iaitu beriman kepada Malaikat, Kitab-kitab, para Rasul, Hari Kiamat dan qadak qadar Allah.

Fungsi Akidah Dalam Membina Negara

Apabila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati, maka mereka merasa bebas daripada kongkongan orang lain dan tidak terikat dengan sesiapa pun kecuali Allah. Kekuatan akidah melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi sifat-sifat kikir, tamak dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram. Kekuatan akidah membantu manusia melepaskan diri daripada tarikan kebendaan, terhindar daripada segala macam nafsu syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan. Sebaliknya jiwa tersebut yakin bahawa kebahagiaan hidup terletak pada kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah (AbdulHalim,1992,Siddiqi, 1979)

11

Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan berpandukan dasar-dasar hidup yang kekal, ideologi yang mulia, yang ditentukan sendiri oleh Allah. Kekuatan ini tidak diperolehi dengan meniru golongan Timur dan Barat alau dengan mencontohi ideologi sekularisme yang diambil daripada Barat moden. Kekuatan akidah menjadi teras bagi model motivasi Islam. Model tersebut mengandungi beberapa kriteria keperluan manusia dalam kehidupan . Dharuriah iaitu perkara yang amat penting bagi kebahagian di dunia dan di akhirat. Perkara ini membabitkan pemeliharaan lima hak, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Ternyata pemeliharaan akidah menduduki tempat teratas di dalam keperluan manusia. Hajiah iaitu pemuasan terhadap keperluan asas manusia seperti menghilangkan kesulitan hidup dan mempermudahkan pelaksanaan ibadah umum (muamalat). Tahsiniah iaitu kesempurnaan diri untuk menjadi insan kamil iaitu mengembangkan potensi diri,mencapai taraf yang tinggi, menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, memperoleh pengetahuan, meneroka, memahami, menganalisis perhubungan dan mendapatkan kecantikan serta keindahan. Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan RasulManusia menurut akidah Tauhid, dijadikan oleh Allah s.w.t untuk mengabdikan dirinya kepada Allahdalam satu rangka pengabdian (ubudiyyah) yang sangat unik. Pengabdian ini harus berlaku dalam konteks menjalankan tugas dan amanah Allah selaku Pewaris (Khalifah) di bumi. (al-An'am: 165) (al Baqarah: 30 - 39).

Di atas dasar iman kepada Allah s.w.t, para malaikatNya, kitab-kitabNya, manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Garis panduan, ketetapan, dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai Syariah.Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi selamat di dunia dan di akhirat.Alam, termasuk insan, mengandungi tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t atau ayatullah yang harus menjadi bahan renungan, pemikiran dan pengajaran bagi orang yang berilmu. Ini bererti bahawa ilmu pengetahuan dan kepintaran akal serta kejayaan teknologi manusia harus membawa kepada takwa kepada Allah sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran yang bermaksud: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi MahaPengampun (Fatir :28)

12

Akidah yang benar dapat menjaga individu atau tuannya beserta agama yang dianutinya agar sentiasa patuh kepada Allah dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Tanpa akidah dan keimanan yang kukuh kepada setiap individu akan dijadikan senjata terpenting bagi musuh Islam untuk meruntuhkan umat Islam, sekaligus melenyapkan Islam di atas muka bumi ini. Keimanan yang kental dimiliki oleh para sahabat membuatkan mereka mampu menghadapi musuh walaupun jumlah serta kelengkapan dari sudut fizikal musuh itu jauh lebih lengkap berbanding dengan mereka. Firman Allah yang bermaksud : Wahai Nabi, rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafiritu) dan jika ada di antara kamu 100 orang nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang darigolongan yang kafir (al-Anfal: 65) Ayat ini menjelaskan bahawa di peringkat pertama orang Islam mesti menghadapi musuh dan mereka tidak dapat meninggalkan medan peperangan apabila menghadapi musuh dalam nisbah 1 :10. Jelas keimanan membuatkan mereka tidak rasa gentar untuk menghadapi segala cabaran demi untuk mempertahankan akidah dan Islam yang maha suci di samping tidak putus-putus mengharapkan pertolongan dari Allah. Kecintaan kepada Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya dari segala sesuatu yang ada dan ini perlu diperlihatkan dalam setiap ucapan, perbuatan dan segalagerak lakunya dalam pergaulan dan ketika bersendirian. Jikalau dalam kalbunya itu dirasakan masih ada sesuatu yang lebih dicintai daripada Allah dan RasulNya, bererti keimanan dalam sanubarinya masih belum terikat kukuh dan masih belum mantap. .Akidah dan iman dapat membentuk suatu kesatuan umat Islam demi mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah dan meninggikan syiar Islam. Dalam konteks inilah juga dapat dikaitkan di mana persaudaraan di antara semua umat Islam sebenarnya bukan diasaskan atas dasar keturunan atau pertalian darah semata-mata tetapi persaudaraan Islam itu dibina di atas dasar akidah yang satu.Untuk itu walaupun seseorang itu sama keturunan dan pertalian darah tetapi herbeza dari sudut akidah dan keimanan menyebabkan ia adalah terpisah. Untuk itu setiap Muslim dan Mukmin itu adalah bersaudara dan mesti hidup bersatu padu sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Orang Islam itu adalah bersaudara kepada orang Islam yang lain (Riwayat Muslim dan Bukhari)

13

Antara lain Nabi juga menjelaskan bahawa umat Islam itu seumpama satu hinaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Orang mukmin itu diumpama seperti satu binaan saling kuat menguat di antara satu sama lain (Riwayat Muslim) Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup syariat. Berteraskan syariat itulah, baginda mengimplimentasikan terhadap masyarakat dan Negara sebagai ketua pemerintah. Kedua-dua bentuk kepemimpinan seperti ini memang tidak boleh dipisahkan, bahkan saling kait mengait di antara satu sama lain.Model yang ditonjolkan baginda s.a.w adalah untuk kejayaan umat sejagat, khususnya umat Islam itu sendiri. Berjaya atau tidaknya sesuatu pentadbiran dan pengurusan yang baik dan sempurna adalah bergantung kepada kepada sejauh mana sikap dan tanggungjawab mereka yang terlibat.Apakah penglibatan mereka dalam sesuatu bidang atau tugas sesuai dengan ilmu pengetahuan dan kepakarannya atau tidak? Islam amat memandang berat terhadap kedua-dua perkara tersebut. Jika tugas dan tanggungjawab itu tidak sesuai atau sejajar dengan keilmuan dan kepakarannya, sudah tentu akan menimbulkan kesan buruk dalam sesuatu pentadbiran dan pengurusan di samping kemerosotan prestasi dan kualiti sesuatu organisasi yang dipegangnya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya: berkata seseorang: Bagaimana caranya menyia-nyiakan amanah ya Rasulullah ? Nabi bersabda : Apabila diserahkan sesuatu pekerjaan kepada yang bukan ahlinya

(kepakarannya), maka tunggulah kehancurannya" (Riwayat Al-Bukhari)

Sebagai kesimpulannya, pemimpin atau pemerintah hendaklah menjadikan akidah sebagai teras kearah menegakkan pemerintahan yang stabil.

14

Kesimpulan Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia yang menentukan setiap kelakuan dan perkataan yang keluar hasil bisikan perasaan seseorang. Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu adalah satu ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan individu dengan hakikat yang sebenarnya. Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah dan tidak dinilai di sisi Allah. Untuk itu orang-orang yang beriman dan mempraktikkan keimanannya akan mencapai kemanisan iman serta merekalah sebaik-baik makhluk sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam al-Qur'an yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itulah sebaik-baik makhluk (al-Bayyinah: 7) Bertunjangkan akidah, Sayid Sabiq (1978) telah menjelaskan tujuh kekuatan utama yang perlu dikuasai oleh setiap muslim bagi membina semula peradaban Islam. Kekuatan jihad iaitu dengan memberi pengorbanan yang nyata demi membela hak, memperoleh kehidupan yang merdeka dan memperoleh kehidupan yang mulia. Kekuatan akidah merupakan keimanan yang mutlak kepada Allah akan melahiran kepuasan dalam hati dan fikiran. Begitu juga, berpegang teguh kepada kebenaran akan dapat mengusir kebatilan daripada hati dan fikiran. Kekuatan ilmu yang mana ilmu pengetahuan merupakan penegak peribadi manusia, menyingkap hakikat kewujudan sesuatu benda atau perkara dalam alam nyata dan alam yang tidak dapat dilihat dengan mata. Kekuatan budi pekerti merupakan kelemahan jiwa diatasi dengan mensucikannya sehingga dapat

berkembang di atas jalan yang lurus yang menuju ke arah kemuliaan dan keluhuran rohani. Kekuatan ekonomi ialah dengan memperolehi harta kekayaan, memakmurkan bumi, memperkembangkan kekuatan alam dan kemudian mengambil kemanfaatan daripada sumber alam. Harta kekayaan dan sumber alam itu perlu digunakan dengan adil dan bijaksana. Kekuatan ikatan masyarakat di mana menegakkan masyarakat dengan dasar kemerdekaan, keadilan, persamarataan, mengikut asas-asas syariah Islam, bekerja kuat, pergaulan baik dan undang-undang yang jujur. Semua ini bertujuan untuk mencapai kebahagiaan bagi seluruh umat manusia.

15

Lampiran 1. Al-Quran Al Karim dan Terjemahannya 2. Kamus Dewan Edisi Keempat 3. Ustaz Ishak Dan dan Prof. Dato Dr.Harun Din, 1995, Permasalahan Aqidah Tauhid,Kuala Lumpur , Darul Nukman 4. Haji Said Haji Ibrahim , 1996, Aqidah ahli Sunnah Waljamaah, Kuala Lumpur, Darul Marifah 5. Che Haslina Binti Abdullah , Prinsip-Prinsip Asas Islam, Aqidah Teras Pembangunan Muslim

16

Anda mungkin juga menyukai