Anda di halaman 1dari 2

Mulakan Dengan Doa: Dengan Nama AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Ya Allah, sampaikan shalawat kepada

Rasulullah dan keluarganya Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi. Amin.

Beberapa saranan apabila anda membaca buku pelajaran


Langkah 1- Lihat kesemua muka surat yang akan dibaca. Dapatkan rangka kasar seperti berikut; Tajuk-tajuk keci(sub topik ke-subtopik yang lain) ,kaitkan hubungan antara satu topik dengan yang lain Lihat kesemua ( sepintas lalu) perkara yang ada dalam topik tersebut samada rajah, jadual, carta atau peta.

Langkah 2 - Baca pendahuluan Langkah 3 - Baca pula kesimpulan Langkah 4 Lihat soalan(antara 10 -20 soalan) yang berkaitan dengan tajuk yang akan dibaca dari buku contoh soalan. Langkah 5 Timbulkan beberapa persoalan (di fikiran anda)berdasarkan soalan berikut:
Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana?

Langkah 5 Anda mula membaca dari satu perenggan ke satu perenggan. Habis satu mukasurat rehat sejenak. Fikirkan maklumat yang telah anda baca berdasarkan persoalan2 di atas. Langkah 6 - Lakarkan pada kertas/buku nota - fakta2 penting yang anda dapat Langkah 7 Cerita balik kepada diri sendiri.Maklumat yang anda dapat. Suara sekadar didengari oleh telinga anda sendiri . Dengan cara ini anda telah menggunakan kedua-dua bahagian otak anda untuk proses maklumat Langkah 8 Simpan apa yang anda lakarkan , walaupun dalam bentuk yang tidak kemas dalam fail nota peribadi anda. Lakukan sehingga habis satu bab/chapter yang anda baca. Ya Allahh, tunjukkanlah kepadaku kebenaran sehinggga aku dapat mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami keburukan sehingga kami dapat menjauhinya. ...
Sekian, Selamat Mencuba.

Anda mungkin juga menyukai