Anda di halaman 1dari 23

Konsep Cinta dari Pandangan Prototaip

Beverly Fehr James A. Russell


University of Winnipeg University of British Columbia
Winnipeg, Manitoba, Canada Vancouver, British Columbia, Canada

Meskipun konsep-konsep superordinat (seperti buah-buahan, kenderaan, sukan) diatur


secara prototipikal, konsep-konsep tahap-asas (seperti epal, trak, hoki) boleh jadi
dijelaskan secara klasikal dari segi ciri-ciri keperluan individu dan sama-sama mencukupi.
Satu siri 6 kajian telah mengkaji 1 konsep tahap–asas dalam domain emosi, cinta, dan
mendapati bahawa ianya lebih difahami dari sudut pandangan prototaip berbanding
klasikal. Bahasa biasa/lazim konsep cinta mempunyai struktur dalaman dan sempadan
kabur. Cinta keibuan, cinta romantik, kasih sayang, cintakan kerja, cintakan diri, tergila-
gila, dan subjenis cinta yang lain dengan pasti boleh disusun dari contoh-contoh cinta
yang lebih baik ke contoh-contoh cinta yang lemah. Maka kebaikan setiap sub-jenis
sebagai satu contoh cinta (prototipikaliti) didapati meramalkan pelbagai indeks proses
kognitif. Implikasi-implikasi unutk definisi saintifik dan kajian pelbagai jenis cinta
dibincangkan.

Teori prototaip telah memberi wawasan kepada konsep-konsep yang utama kepada
psikologi, termasuk tindakan kelakuan (Buss & Craik,1983, sifat keperibadian (Cantor &
Mischel, 1979), kecerdasan (Neisser, 1979), situasi sosial (Cantor, Mischel, & Schwartz,
1982) dan latarbelakang persekitaran (Tversky & Hemenway, 1983). Teori ini
mengilhamkan pendekatan-pendekatan baru kepada diagnosis psikiatri (Cantor , Smith,
French, & Mezziah, 1980) dan penilaian keperibadian (Broughton, 1984). Kajian-kajian
yang dilaporkan dalam artikel ini adalah sebahagian daripada projek yang lebih besar
yang direka untuk meninjau keterterapan teori prototaip kepada domain konsep-konsep
emosi.

Kami mempunyai dua tujuan berkaitan. Yang pertama ialah untuk menggunakan
alat-alat teori prototaip untuk menerangkan konsep cinta, yang sukar difahami. Kami
akan memperkatakan tentang definisi dan pelbagai jenis cinta. Matlamat kedua adalah
berkenaan teori prototaip itu sendiri. Pembuktian-pembuktian sebelumnya mengenai
struktur prototaip dalam konsep-konsep bertumpu kepada konsep-konsep superordinat,
seperti, buah-buahan, kenderaan, atau emosi. Kami menanyakan, apakah hasil yang
sama akan berlaku, kepada konsep-konsep tahap-asas, seperti epal, trak, atau cinta?
Kami mulakan dengan isu kedua.

Pendekatan Prototaip

Mengikut tradisi, istilah am satu bahasa difikir melambangkan kategori-kategori


objek atu kejadian, setiap ahli/anggota yang memiliki ciri-ciri yang perlu dan sama-sama
mencukupi untuk menakrifkan keahlian/keanggotaan dalam kategori itu. Menurut
pandangan klasikal ini, untuk mengetahui makna satu istilah am (contoh, mempunyai
konsep yang berhubung dengannya) adalah untuk mengetahui sekurang-kurangnya
makna tersirat ciri-ciri perlu dan mencukupi ini. Maka definisi boleh dirumuskan dengan
perbincangan falsafah atau-oleh sebab ciri-ciri jelas itu juga ada di dalam objek atu
kejadian-dengan kajian empirik.

Walaupun beberapa penulis terus mempertahankan pandangan klasikal ini


(Armstrong, Gleitman, & Gleitman, 1983; Harnad, 1987; Osherson & Smith, 1981) banyak
kajian psikologikal mengukuhkan sikap ragu-ragu yang berkembang tentang adakah
ianya munasabah/boleh dipercayai sebagai laporan yang cukup untuk kebanyakan
knosep yang digunakan dalam pertuturan dan pemikiran harian (Medin, 1989; Mervis &
Rosch, 1981; Smith & Medin, 1981). Cadangan Rosch (1975, 1977, 1978) yang
menganjurkan laporan prototaip
Beberapa bahagian daripada kajian ini telah dikemukakan dalam Konvensyen Tahunan Pertubuhan
Psikologikal Kanada, Montreal, Quebec, Canada, June 1998.
Kajian ini disokong oleh satu bantuan peruntukan University of Winnipeg Group II (4100-000) yang diberi
kepada Beverly Fehr dan peruntukan dari Majlis Penyelidikan Sain Sosial dan Kemanusiaan kepada James A.
Russell.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Pat Keelan dan Sandra Wolfram atas bantuan mereka
mengkodkan data dan Jim Averill, Michael Mascolo, dan Phil Shaver untuk komen-komen yang
membina/membantu dalam draf artikel ini.
Surat menyurat mengenai artikel ini hendaklah dialamat kepada Dominic J. Parrott, Department of
Psychology, Georgia State University, P.O. Box 5010, Atlanta GA 30302-5010. E-mail: parrott@gsu.edu
sebagai satu alternatif kepada pandangan klasikal diikuti oleh banyak laporan bukan
klasikal (Kahneman & Miller, 1986; Lakoff, 1987; Medin, 1989; Neisser, 1987; Smith &
Medin, 1981). Malah, dalam satu laporan, konsep-konsep tidak hanya difikir salah tafsir
tetapi juga berbeza dari seorang ke orang yang lain, dan, untuk orang yang sama, dari
satu masa ke masa yang lain (Barsalou, 1987). Dalam artikel ini kami tidak cuba untuk
membezakan di dalam laporan-laporan kumpulan bukan klasikal ini. Malahan, tujuan
kami ialah untuk terus menentukan sifat-sifat konsep emosi melalui kaedah empirik.

Dalam kajian sebelum ini, kami membandingkan pandangan klasikal dengan


prototaip dalam domain emosi (Fehr, 1982, 1988; Fehr & Russell, 1984; Fehr, Russell, &
Ward, 1982; Russell, 1991; Russell & Bullock, 1986), tetapi kami bukan berseorangan
dalam hal ini. Malah penulis-penulis lama seperti William James (1890/1950, 1902/1929)
melihat konsep-konsep emosi dalam cara yang lebih serasi dengan sudut pandangan
prototaip berbanding klasikal. Averill (1980, 1982) kuat menegaskan bahawa tiada satu
ciri pun yang jelas bila melihat emosi sebagai sindrom/tanda. Averill dan Boothroyd
(1977) menjelaskan kes unggul atau paradigma cinta romantik dan mengukur tahap
mana kes-kes sebenar menyerupainya. Davis dan Todd (1982, 1985) mendapat idea
prototaip apabila memperkembangkan kes-kes paradigma persahabatan dan
perhubungan cinta. Pengkaji-pengkaji lain tentang cinta juga mengambil idea dari teori
prototaip (Conway & Bekerian, 1987; Mascolo & Mancuso, 1990; Shaver, Schwartz,
Kirson, & O’Connor, 1987; Tiller & Harris, 1984). Analisis prototaip yang akan
dikemukakan di sini dengan itu mempunyai keserupaan/kesamaan dengan analisis-
analisis domain emosi yang lain.

Dalam menggunakan pandangan prototaip ke atas kategori-kategori domain emosi,


adalah membantu jika kita bermula dengan menggambarkan domain itu sebagai satu
hierarki pemasukan. Pada tahap yang paling atas, atau superordinat, ialah perkataan
emosi. Di tahap tengah, emosi terbahagi kepada ketakutan, cinta, kebahagiaan, dan
lain-lain emosi prototipikal dan kurang prototipikal dari kemarahan ke keterujaan. Tahap
ini mungkin dasar kepada pertimbangan Rosch. Bilangan kategori pada tahap ini tidak
terbatas kerana prototaip bergerak beransur-ansur ke dalam bukan-prototaip, yang
kemudian bergerak beransur-ansur ke dalam bukan-emosi di mana tiada sempadan yang
jelas. Banyak daripda kategori tahap-tengah mungkin boleh dibahagi-bahagikan,
membentuk satu tahap subordinat. Dengan itu, kemarahan dibahagi kepada kemurkaan,
keberangan/meradang, kejengkelan/gemas, dan seterusnya. Cinta dibahagi kepada
cinta romantik, cinta kepada ibubapa, dan seterusnya. Sekali lagi, sub-kategori cinta
tidak terbatas.

Kategori tahap-tengah, atau peristiwa tertentu, adalah ahli/anggota konsep


superordinat, emosi, bukan kerana memiliki semua set ciri-ciri jelas, tetapi kerana
adanya keserupaan yang cukup dengan kes-kesi emosi prototipikal atau contoh-contoh.
Dalam beberapa laporan, kes-kes ini secara mental mewakili individu, pengalaman-
pengalaman sebenar, dalam kejadian-kejadian lain, mereka mewakili/merupakan skema
lebih am. Namun, tunjang kepada pandangan prototaip ialah tanggapan keserupaan.
Kerana keserupaan merupakan hal/perkara tahap, bilangan kategori di tahap tengah
tidak tentu/tetap: Kejadian-kejadian adalah pelbagai/berbeza dalam takat di mana ianya
adalah emosi-emosi dan tiada sempadan jelas yang memisahkan emosi daripada bukan-
emosi. Ahli-ahli menyerupai satu sama lain dalam cara bertindan dan silang-menyilang
yang berbeza jenis dan bilangan.
Bukti yang ada menyoking pemikiran ini. Seperti yang dihipotesiskan, kategori
superordinat emosi didapati mempunyai, apa yang dipanggil Rosch, satu struktur
dalaman-peringkat dalam keahlian-yang meramalkan pelbagai indeks/tanda kognitif
pemprosesan melibatkan konsep-konsep emosi. Tambahan lagi, sempadan-sempadan
konsep emosi didapati kabur: Subjek-subjek tidak pasti samada ahli-ahli kurang utama
yang tertentu, seperti harga diri dan hormat, adalah contoh-contoh emosi sebenar.

Bukti terkumpul setakat ini berkaitan dengan konsep superordinat, emosi. Malah,
setahu kami, hampir semua kajian setakat ini yang memberi sokongan kepada teori
prototaip melibatkan konsep-konsep di tahap superordinat. Pengecualian penting adalah
kajian Labov (1973) tentang cawan dan kajian awal Rosch (contoh, 1973) tentang
tumpuan-tumpuan utama kategori-kategori warna. Kajian kemudian Rosch (contoh,
1975) berkisar tentang buah-buahan, kenderaan, perabot, sayuran, dan istilah-istilah lain
yang sangat am. Ironiknya, Rosch dan sekutu-sekutunyalah yang menarik perhatian
kepada kepentingan psikologikal prototaip dan tahap-asas (Rosch, Mervis, Gray,
Johnson, & Boyes-Braem, 1976), dan masih tidak terdapat bukti cukup yang
menunjukkan samada konsep-konsep tahap-asas diatur secara prototipikal atau klasikal.
Bukti struktur prototaip yang berada di satu tahap hierarki tidak menunjukkan
bahawa konsep di tahap-tahap lain di hierarki yang sama distruktur begitu. Bahawa
buah-buahan disusun di sekitar prototaip dan mempunyai sempadan kabur tidak
menunjukkan bahawa epal dan oren disusun begitu. Newport dan Bellugi (1978)
mengkaji bahasa isyarat Amerika, yang jelas membezakan kategori-kategori tahap
-superordinat, -asas, dan –subordinat. Analisis mereka menyarankan bahawa hanya
konsep-konsep superordinat kekurangan ciri-ciri biasa yang dikongsi oleh semua ahli.
Pada tahap-asas, ciri-ciri dikongsi oleh semua atau kebanyakan ahli. Di tahap-
subordinat, ciri-ciri juga dikongsi oleh semua atau kebanyakan ahli, tetapi ciri-ciri sama
ini juga dikongsi dengan ahli-ahli dari kategori bertentangan.

Lysak, Rule, dan Dobbs (1989) memberi hipotesis lain yang mana sifat konsep-
konsep berbeza dengan tahap hierarki. Mereka menegaskan bahawa tahap-asas konsep
keagresifan adalah lebih konsisten dengan konsepsi klasikal berbanding prototaip. Dari
segi lain, pada tahap-subordinat, jenis prototaip mungkin merupakan prototipik. Sebagai
contoh, bergaduh dengan isteri atau bergaduh dalam perlawanan hoki mungkin setiap
satunya menunjukkan struktur dalaman dan sempadan-sempadan kabur.1

Dengan demikian, satu matlamat kajian kami ini ialah mula mengkaji secara
empirik samada kategori-kategori tahap-asas mempunyai struktur dalaman dan
sempadan-sempadan kabur. Sebentar tadi, kami membuat hipotesis bahawa perkara ini
benar-seperti ekoran melihat kemarahan, takut, dan cinta sebagai skrip (Fehr & Russell,
1984), untuk tanggapan bahawa skrip menjadi episod tanggapan prototaip. Lebih
amnya, kami berharap untuk memberi bukti yang mengajukan kepentingan mereka-
mereka yang terus mempertahankan pandangan klasikal dalam domain emosi (Johnson-
Laird & Oatley, 1989); Ortony, Clore, & Foss, 1987).

Konsep Cinta

Cinta boleh dikaji sebagai satu perhubungan, sebagai satu sikap, sebagai satu
pengalaman, dan seterusnya. Dalam artikel ini, kami bertumpu kepada cinta sebagai
1
Lysak, Rule, dan Dobbs (1989) menganggap keagresifan satu konsep superordinat, bergaduh
dengan isteri satu konsep tahap-asas, dan mencabar seseorang untuk bergaduh satu konsep
tahap-subordinat. Kami mengesyaki oleh kerana namanya yang panjang, bergaduh dengan isteri
lebih berkemungkinan satu kategori tahap-subordinat, dana bahawa mencabar seseorang untuk
bergadung lebih berkemungkinan satu cirri berbanding tahap kategori yang lain. Dalam mana-
mana kes, apa yang penting di sini bukanlah tahap mana yang betul dalam hierarki tetapi idea
bahawa konsep-konsep pada tahap-tahap berbeza di hierarki boleh jadi tidak distruktur dalam
cara prototipik.
satu emosi. Malah, cinta adalah emosi prototipikal-ia menerima pengkadaran
prototipikaliti mana-mana emosi yang paling tinggi dalam kajian Fehr dan Russell (1984).
Cinta adalah satu emosi penting-walaupun kadangkala dilupakan-ianya tidak dimasukkan
dalam senarai-senarai emosi beberapa pakar psikologi (Ekman, 1972; Izard, 1977,
Tomkins, 1984).

Dalam artikel ini, kami tidak mengkaji kes-kes cinta, tapi bahasa biasa/lazim konsep
cinta. Cinta telah ditakrifkan dalam pelbagai cara. Seperti komen Brehm (1985, ms.90):

Saintis-saintis sosial menghadapi masalah dalam mendefinis cinta seperti juga ahli falsafah dan
penyair. Kita mempunyai buku-buku tentang cinta, teori-teori tentang cinta, dan kajian tentang cinta.
Namun tiada seorang pun yang mempunyai definisi tunggal dan ringkas yang diterima luas oleh para
saintis sosial ini.

Penulis-penulis berbeza telah menunjuk kepada ciri-ciri cinta berbeza sebagai:


keinginan/hasrat yang gagal (Freud, 1922/1951), ransangan sensitif (Watson, 1924),
interaksi-interaksi yang memberi kepuasan (Centers, 1975), dan tingkahlaku-tingkahlaku
yang mencapai kejayaan pembiakan (Buss, 1988). Rubin (1970) menakrifkan cinta
sebagai satu sikap yang dipegangn seseorang terhadap yang lain, melibatkan
kecenderungan untuk berfikir, merasa, dan berkelakuan dalam cara tertentu terhadap
orang tersebut. Skolmick (1978) mendefinisikan cinta sebagai “gagasan pengalaman
yang dibina dengan perasaan-perasaan, idea-idea, dan simbol-simbol kebudayaan (ms.
104). Definisi cinta oleh Swensen (1972) memfokus kepada tingkahlaku-tingkahlaku
seperti perkongsian aktiviti-aktiviti, memperlihatkan kemesraan, dan seterusnya.

Begitu juga, pakar-pakar psikologi masih belum sepakat tentang kajian jenis-jenis
cinta. Cinta dikatakan terdiri dari dua (Hatfield & Walster, 1978; Maslow (1955), tiga
(Kelley, 1983), tujuh (Kemper, 1978), atau lapan (Sternberg, 1986) subjenis.

Kegagalan untuk mencapai persetujuan tentang definisi atau kajian jenis-jenis cinta
membayangkan bahawa pakar-pakar psikologi tidak pasti apa yang hendak dimasukkan
di bawah tajuk cinta. Dari pandangan prototaip, ketidakmampuan untuk mencapai kata
sepakat boleh difahami: mungkin tiada set ciri-ciri kriteria kecil dipunyai oleh semua dan
cuma contoh-contoh cinta. Boleh jadi tiada bilangan subjenis yang ditetapkan di mana
cinta boleh dibahagikan. Satu tujuan kajian kami ialah untuk meninjau pemikiran secara
empirik. Selepas menerangkan kajian tersebut, kami akan membincangkan
perhubungan penemuan-penemuan kami kepada definisi saintifik dan tipologi cinta.

Gambaran Keseluruhan

Enam kajian telah dijalankan, dengan matlamat untuk membuktikan bahawa


subkategori cinta berbeza-beza tahap keahlian mereka dalam cinta, bahawa tahap
keahlian meramal tanda-tanda pemprosesan kognitif ahli-ahli, bahawa tiada sempadan
jelas yang membeza/mengasingkan ahli-ahli daripada bukan ahli, dan bahawa ahli-ahli
berkongsi keserupaan dengan yang lain.

Dalam kajian pertama, subjek-subjek telah diminta menyenaraikan apa-apa saja


subjenis cinta yang boleh mereka fikirkan. Dengan cara ini, subjek-subjek menghasilkan
satu bahagian yang lebih rendah seterusnya, atau subordinat, tahap di hierarki emosi.
Mudahnya memikirkan subkategori cinta juga memberi satu ukuruan tahap keahlian
mereka dalam kategori cinta. 20 daripada kategori ini dipilih untuk analisis ini dalam
kajian-kajian selebihnya. Kajian-kajian ini memeriksa dengan teliti lain-lain akibat
keahlian yang digred yang diramal: pengkadaran langsung tahap mana setiap
subkategori adalah contoh cinta (Kajian 2), tempoh reaksi untuk mengesahkan ayat-ayat
mengenai keahliannya dalam kategori cinta (Kajian 3), kebarangkalian pemasukannya
dalam kategori cinta (Kajian 4), pengkadaran subjektif tentang bagaimana lazim/biasa
atau pelik bunyinya dalam ayat-ayat tentang cinta (Kajian 5), dan keserupaan corak ciri-
ciri yang disenaraikan untuk jenis-jenis cinta (Kajian 6). Semuanya sekali, enam kajian
ini menghasilkan lapan cara berbeza pemetaan struktur dalaman konsep cinta. Oleh
sebab struktur dalaman ini paling sesuai ditunjukkan melalaui pertemuan/pertumpuan
operasi-operasi ini, perbandingan satu dengan yang lain ditangguhkan sehingga
bahagian terakhir.

Subjek-subjek dalam kajian-kajian ini terdiri dari pelajar-pelajar di University of


Winnipeg yang ikut serta secara sukarela. Dari satu sampel, kami menganggarkan
purata umur mereka adalah 20.6 tahun, dengan julat dari 17 hingga 47. Dalam setiap
kajian, secara kasarnya, separuh daripadanya adalah lelaki, separuh lagi wanita.

Kajian 1: Penyenaraian Bebas Subjenis Cinta

Konsep cinta ditunjukkan kepada subjek-subjek dan mereka diminta untuk


menyenaraikan seberapa banyak subjenis yang boleh mereka fikirkan.

Kaedah

Subjek (N = 84) membaca arahan berikut (diambil dari Fehr & Russell, 1984, Kajian 1):

Soal-selidik ini adalah sebahagian daripada projek lebih besar tentang jenis-jenis perkara yang
kita fikirkan apabila kita mendengar dan menggunakan sesuatu perkataan. Dalam kajian ini, kami
berminat dengan jenis-jenis dalam kategori am. Contohnya, jika ditanya untuk menyenaraikan jenis-
jenis kategori KERUSI, anda mungkin menulis: kerusi ayunan, kerusi laman, kerusi dapur, bangku,
kerusi ‘bean bag’, dan seterusnya.
Kami berminat dengan kategori CINTA. Senaraikan sebanyak yang boleh jenis-jenis CINTA yang
dapat anda fikirkan. Berhenti selepas beberapa minit atau 20 item. Ingat, tiada jawapan yang betul
atau salah-cuma berikan pendapat anda.

Hasil Keputusan dan Perbincangan

Subjek-subjek menghasilkan anggaran 8.69 respons setiap satu. Dalam


meringkaskan respons-respons ini, kami menganggap/menyifatkan varian sintaksis
(contoh, cinta anak-ibubapa, cinta keluarga, cinta kekeluargaan) sebagai respons-
respons serupa. Pengelompokan ini memberi sejumlah 216 item berbeza. Daripada
jumlah ini, 123 disebut oleh hanya seorang subjek dan 93 oleh lebih dari seorang. 93
item ini ditunjukkan dalam Jadual 1, bersama kekerapan ianya disebut. Seperti yang
boleh dilihat, subjenis cinta yang terhasil berbeza dengan meluas dalam bagaimana
mudah ianya datang dalam fikiran. Di satu ekstrem ialah persahabatan yang
disenaraikan oleh 60% daripada jumlah subjek. Di satu ekstrem lain, terdapat 123 item
yang disenaraikan oleh hanya seorang subjek. Antara ekstrem-ekstrem ini tiada
penerangan jelas antara yang ada dan yang tiada dlam memori. Perubahan beransur-
ansur dalam kebolehsediaan adalah konsisten dengan idea struktur dalaman-bahawa
ahli-ahli prototipikal bergerak beransur-ansur ke dalam ahli-ahli bukan- prototipikal dan
kemudian ke dalam bukan-ahli dengan tiada sempadan jelas yang ditemui.

20 subjenis cinta sasaran telah dipilih dari Jadual 1 untuk analisis seterusnya dalam
kajian-kajian selanjutnya. Ianya adalah 10 istilah-istilah yang paling kerap disenaraikan,
bersama dengan 10 yang lain yang dipilih dari julat kekerapan bertentangan; 20 item itu
yang disenaraikan dalam Jadual 2.

Kajian 2: Pengkadaran Prototipikaliti

Dalam kajian ini, subjek-subjek secara langsung mengkadarkan contoh-contoh


kebaikan setiap satu daripada 20 subjenis cinta sasaran yang dipilih dalam Kajian 1.

Kaedah
Subjek (N = 84) arahan berikut (diambil dari Fehr & Russell, 1984, Kajian 3):

Soal-selidik ini berkenaan apa yang kita fikirkan apabila kita mendengar dan menggunakan
sesuatu perkataan. Pertimbangkan perkataan “merah.” Tutup mata anda dan bayangkan warna merah
yang betul. Sekarang bayangkan warna merah yang sedikit oren. Bayangkan merah yang keunguan.
Walaupun anda masih menamakan merah-oren atau merah-ungu itu dengan istilah “merah,” ianya
bukanlah contoh-contoh yang baik bagi “merah” (bukan kes yang jelas sebagaimana dirujuk sebagai
merah) sebagai merah yang betul dan jelas. Malah oren dan ungu adalah contoh-contoh buruk bgi
“merah,” mungkin tidak merah sama sekali.
Perhatikan bahawa menilai bagaimana baik sesuatu contoh tidak berkaitan dengan sebanyak
mana anda sukakannya. Anda mungkin lebih suka merah-ungu atau ungu berbanding merah yang
betul, tetapi masih tahu yang mana menjadi contoh “merah” yang lebih baik.
Kami berminat dengan perkataan CINTA. Di mukasurat seterusnya adalah satu senarai jenis-
jenis cinta berbeza. Anda akan ditanya sebaik mana satu contoh cinta pelbagai jenis atau kejadian
cinta. Jangan risau kenapa anda fikirkan sesuatu itu satu contoh baik atau tidak. Cuma berikan
pendapat anda.

Subjek-subjek mengkadarkan setiap satu daripada 20 subjenis cinta sasaran


(tersenarai dalam Jadual 2) dengan skala berjulat dari 1 (contoh cinta paling buruk)
hingga 6 (contoh cinta paling baik). Untuk separuh daripada subjek, 20 istilah
disenaraikan dalam turutan berlawanan.

Hasil Keputusan dan Perbincangan

Pengkadaran prototipikaliti purata untuk 20 subjenis sasaran cinta ada di dalam


Jadual 2. Dua tanda menunjukkan kebolehpercayaan purata-purata ini: (a) Purata-purata
berasingan yang dikira untuk dua aturan penyampaian sangat berhubungkait, r = .95,
dan (b) Koefisen korelasi dalam kelas (yang berkenaan dengan purata kesemua koefisen
kebolehpercayaan terbahagi-dua yang mungkin) adalah .98. Tentunya, pengkadaran
prototipikaliti individu tidak sebegitu utuh/dipercayai sebagaimana agregat/kumpulan ini
(Barsalou, 1987). Purata korelasi dua pengkadar merentasi 20 istilah ini adalah .35.

Jadual 1
Penyenaraian Bebas Jenis-Jenis Cinta
Berapa Berapa
Kali Kali
Dinyatak Dinyatak
Item Item
an an
Persahabatan 51 Saling/Sama-sama 4
Seksual 25 Sukan 4
Ibubapa 23 Terlopong (terkejut) 3
Adik-Abang 22 Seni 3
Adik-Beradik 22 Biasa 3
Keibuan 20 Belas Kasihan 3
Ghairah 19 Bergantung 3
Romantik 19 Makanan 3
Kekeluargaan 18 Kawan Perempuan 3
Monyet 18 Nenek-Datuk 3
Kebapaan 17 Heteroseksual 3
Nafsu 14 Kemanusiaan 3
Tergila-gila 13 Jangka Panjang 3
Haiwan
10 Wang 3
Peliharaan
Fizikal 10 Pekerjaan 3
Sejati 10 Diri Sendiri 3
Mengikut
9 Permukaan 3
Perasaan
Sahabat 9 Percaya 3
Hormat 9 Tidak Pentingkan diri 3
Adik-Kakak 9 Estetik 2
Kekal Abadi 8 Cita-cita 2
Kehidupan 8 Kecantikan 2
Perkahwinan 7 Buku 2
Alam
7 Persaudaraan 2
Semulajadi
Keterlaluan 7 Dorongan Kuat 2
Patriotik 7 Khayalan 2
Tidak Dibalas 7 Bebas 2
Antara kawan sama
Kasih Sayang 6 2
jantina
Haiwan 6 Membantu 2
Erotik 6 Putus Asa 2
Kemesraan 6 Melukakan 2
Pentingkan Diri 6 Sumbang Muhrim 2
Bersyarat 5 Dalaman 2
Pertama Kali 5 Kekeluargaan 2
Kuat 5 Cinta-Benci 2
Cemburu 5 Cinta-30 (tenis) 2
Rohaniah 5 Semulajadi 2
Tidak Terbatas 5 Dibalas 2
Kekaguman 4 Serius 2
Buta 4 Cetek/Dangkal 2
Mengabdikan
4 Berkongsi 2
Diri
Dalam 4 Spontan 2
Memberi 4 Sementara 2
Tuhan 4 Bertimbang Rasa 2
Homoseksual 4 Kerja 2
Kejujuran 4 Muda 2
Kebendaan 4

Nota. N = 84. Item-item yang disenarai oleh hanya seorang subjek tidak
dimasukkan.

“Simone de Beauvoir pernah menulis bahawa lelaki dan wanita mempunyai konsep
cinta yang berbeza, dan kerana itulah mereka gagal memahami antara satu sama lain.
Saya tidak meragui kebenaran kenyataan ini” (Solomon, 1988, ms. 69). Konsisten
dengan idea ini, kajian-kajian sebelum ini mendapati perbezaan seks dalam kepercayaan
dan perasaan tentang cinta. Misalnya, wanita lebih cenderung menyokong kepercayaan
pragmatik mengenai cinta, manakala lelaki lebih menyokong jenis romantik (Peplan,
1983). Wanita lebih cenderung berbanding lelaki untuk menunjukkan tanda-tanda emosi
cinta, seperti merasa sangat gembira, susah untuk memberi penumpuan, atau merasa
bagai terawang-awang (Dion & Dion, 1976; Hendrick, Hendrick, Foote, & Slapion-Foote,
1984). Dan wanita menyintai pasangan mereka lebih atas dasar teman-hidup bersama,
manakala lelaki lebih kepada dasar keinginan/keghairahan (Traupmann & Hatfield, 1981).
Akan tetapi, dalam data kami, perbezaan antara lelaki dan wanita tidak ketara (α = .05)
di mana mereka mengkadar subjenis cinta sebagai contoh cinta yang lebih baik atau
kurang baik. Malah, pengkadaran prototipikaliti lelaki dan wanita sangat berhubungkait,
r = .94. Dalam penemuan yang berkaitan, pengkadaran lelaki dan wanita ke atas
prototipikaliti pelbagai ciri cinta juga tinggi hubungkaitnya (Fehr, 1988). Oleh itu,
walaupun kepercayaan lelaki dan wanita tentang cinta atau pengalaman cinta mereka
berbeza, mereka nampaknya mempunyai konsep yang sama tentang cinta.

Untuk kajian-kajian selebihnya, satu keputusan diperlukan untuk menentukan


subjenis cinta yang mana perlu dianggap utama dan yang mana dianggap kurang utama.
Pemisahan median pengkadaran prototipikaliti Kajian 2 menghasilkan 10 subjenis
(contoh, cinta keibuan) dengan pengkadaran tinggi daripada 4.45 pada skala 6-mata; ini
dikira sebagai utama. Yang menerima pengkadaran lebih rendah daripada 4.45 (contoh,
cinta patriotik) dikira sebagai kurang utama. Titik pemutus yang kami gunakan untuk
memisahkan/mengagihkan emosi-emosi utama dan kurang utama adalah sama, 4.55
pada skala 6-mata yanga sama (Fehr & Russell, 1984).

Jadual 2
Pengkadaran Prototipikaliti, Tempoh
Reaksi, dan
Kesilapan-Kesilapan dalam Pengesahan
20 Jenis Cinta
Purata
Bilangan
Jenis-jenis Prototipika masa
kesilapan
cinta liti reaksi
Cinta keibuan 5.39 1.53 0
Cinta
5.22 1.55 0
keibubapaan
Persahabatan 4.96 1.55 0
Cinta adik-
4.84 1.46 1
kakak
Cinta romantik 4.76 1.53 0
Cinta adik-
4.74 1.49 0
abang
Cinta
4.74 1.51 1
kekeluargaan
Cinta adik-
4.73 1.57 0
beradik
Kasih Sayang 4.60 1.47 1
Cinta terikat 4.47 1.39 0
Cinta
4.42 1.61 0
kemanusiaan
Cinta rohaniah 4.27 1.47 0
Cinta ghairah 4.00 1.62 0
Cinta sahabat 3.98 1.57 1
Cinta diri 3.79 1.81 1
Cinta seksual 3.76 1.34 0
Cinta patriotik 3.21 1.64 1
Cinta pada
3.14 1.78 1
kerja
Cinta monyet 2.98 1.65 2
Tergila-gila 2.42 1.63 2

Nota. Pengkadaran prototipikaliti dibuat dengan skala


berjulat dari 1 (contoh cinta paling buruk) hingga 6 (contoh
cinta paling baik). Tempoh/masa reaksi dilapor dalam saat.
Bilangan kesilapan merujuk kepada bilangan subjek
menjawab "palsu" kepada kenyataan "X ialah satu jenis
cinta" apabila X adalah jenis yang disenaraikan. Bilangan
kesilapan maksima yang mungkin ialah 20.

Kajian 3: Tempoh Reaksi untuk Mengesahkan Keahlian Kategori

Rosch (1973) mendapati bahawa bukan sahaja boleh dipercayai untuk mengkadar
betapa baiknya contoh konsep burung adalah burung robin, helang, ayam, dan penguin,
tetapi juga pengkadaran prototipikaliti ini meramalkan berapa lama masa yang diambil
subjek untuk mengesahkan bahawa ianya adalah burung. Ahli-ahli utama ditentukan
dengan lebih cepat berbanding ahli-ahli kurang utama. Begitu juga Fehr et al. (19840
mendapati bahawa pengkadaran prototipikaliti pelbagai emosi meramalkan lama masa
yang diambil subjek utnuk mengesahkan bahawa ianya adalah emosi.

Matlamat kajian ini ialah untuk menguji ramalan ini bagi perhubungan di antara
pengkategorian tahap-asas dan subordinat. Subjek-subjek telah diramal untuk
mengesahkan kenyataan seperti “cinta ibu ialah satu jenis cinta” dengan lebih pantas
berbanding kenyataan seperti “cinta patriotik ialah satu jenis cinta.”

Kaedah

Subjek (N = 27) diminta menjawab “benar” atau “palsu” kepada 80 kenyataan dalam bentuk “X ialah
satu jenis Y.” Kategori am berkenaan (Y) ialah cinta dan buah-buahan. Jenis-jenis cinta ada 10 yang utama
dan 10 lagi kurang utama seperti yang ditetapkan dalam Kajian 2. 20 jenis buah-buahan ini diambil dari
Rosch (1975) dan dimasukkan untuk mereplikakan penemuan-penemuannya tentang tempoh reaksi dan
memberi item-item pengisi untuk tugas ini. 80 ayat diperlukan supaya pembahagian kenyataan-kenyataan
benar dan palsu adalah seimbang.
Himpunan kenyataan ini terdiri dari (a) 10 kenyataan benar mengenai jenis-jenis prototipikal cinta,
seperti “Cinta keibuan ialah satu jenis cinta”; (b) 10 kenyataan benar mengenai jenis cinta kurang utama,
seperti “Cinta patriotik ialah satu jenis cinta”; (c) 10 kenyataan palsu mengenai jenis-jenis prototipikal cinta,
seperti “Cinta romantik ialah satu jenis bot”; (d) 10 kenyataan palsu mengenai jenis-jenis cinta kurang
utama, seperti “Cinta seksual ialah satu jenis keju”; (e) 10 kenyataan benar mengenai prototipikal buah-
buahan, seperti “ Epal ialah satu jenis buah-buahan”; (f) 10 kenyataan benar mengenai buah-buahan kurang
utama, seperti “Tomato ialah satu jenis buah-buahan”; (g) 10 kenyataan palsu mengenai prototipikal buah-
buahan, seperti “Pir ialah satu jenis kenderaan”; dan (h) 10 kenyataan palsu mengenai buah-buahan kurang
utama, seperti “Zaitun ialah satu jenis tarian.”
80 kenyataan dikemukakan di skrin komputer dalam turutan rawak untuk setiap subjek. Arahan
berikutnya diambil dari Fehr et al. (1982) tertera di skrin:

Ini adalah kajian ringkas tentang “kepunyaan” item-item di dalam kategori-kategori. Anda
akan diberi satu siri kenyataan dalam bentuk “X ialah satu jenis Y.” Tugas anda ialah menjawab Benar
atau Palsu kepada setiap kenyataan sepantas yang boleh. Jadi, sebagai contoh, jika kenyataan “kereta
ialah satu jenis kenderaan” tertera di skrin, anda perlu tekan butang “1” untuk BENAR. Jika kenyataan
“kereta ialah satu jenis sayuran” tertera, anda perlu tekan butang “2” untuk PALSU. Cuba jawab
sepantas dan setepat yang anda boleh.

Permulaannya subjek diberi empat kenyataan latihan (dua benar dan dua palsu) untuk membiasakan
mereka dengan tugas ini (contoh, “Hoki ialah satu jenis permainan” dan “Bolasepak ialah satu jenis buku”).
Tempoh-tempoh reaksi item-item latihan tidak direkodkan. Kemudian diikuti dengan 80 kenyataan. Subjek
diberi masa kira-kira 10 minit untuk tugasan ini.

Hasil Keputusan dan Perbincangan

Tempoh-tempok reaksi dianalisa hanya untuk jawapan-jawapan yang betul.


Jawapan dianggap betul sekiranya subjek menjawab “benar” kepada kenyataan benar
atau “palsu” kepada kenyataan palsu, samada prototipikal atau kurang utama.

Kenyataan-kenyataan yang diberi keutamaan adalah 20 kenyataan mengenai cinta.


Purata tempoh reaksi dan bilangan kesilapan untuk setiap subjenis ditunjukkan dalam
Jadual 2. Lebih daripad 90% subjek menjawab setiap kenyataan dengan betul, walaupun
boleh dilihat percanggahan di bahagian awal untuk subjenis cinta kurang utama. Lebih
daripada separuh daripada kesilapan-kesilapan berlaku dalam jawapan kepada empat
subjenis yang paling kurang utama.

Ujian-ujian t sampel bergantung menunjukkan perbezaan ketara untuk tempoh


reaksi kepada kenyataan benar cinta, t(26) = 2.30, p < .05, yang mana keahlian kategori
bagi contoh-contoh prototipikal ditentusahkan lebih cepat daripada contoh-contoh
kurang utama (1.51 lwn 1.62 saat). Perbezaan dalam tempoh reaksi di antara kenyataan
palsu cinta prototipikal dan kurang utama tidak ketara, t(26) = .19, p < .10 (1.64 lwn
1.65 saat).

Tiada perbezaan ketara dalam tempoh reaksi kepada kenyatan benar buah-buahan,
t(26) = 4.68, p < .001, yang mana keahlian kategori bagi contoh-contoh prototipikal
ditentusahkan lebih cepat daripada contoh-contoh kurang utama (1.38 lwn 1.57 saat).
Perbezaan dalam tempoh reaksi di antara kenyataan palsu buah-buahan prototipikal dan
kurang utama (1.52 lwn 1.60 saat) tidak ketara t(26) = 1.94, p < .07.

Kajian 4: Sempadan-sempadan Kabur

Struktur dalaman dan definisi klasikal tidaklah saling eksklusif. Amstrong et al.
(1983) menunjukkan bahawa kes-kes paradigma konsep-konsep yang boleh ditakrifkan
secara klasikal, seperti nombol ganji dan ukiran geometrik kapalterbang, mempunyai
struktur dalaman. Demonstrasi ini nampaknya tidak meninggalkan apa-apa kaedah
untuk membezakan konsep-konsep yang boleh ditakrif secara klasikal daripada yang
tidak boleh.

Fehr dan Russell (1984) mencadangkan satu kaedah. Konsep-konsep yang boleh
ditakrif secara klasikal mempunyai sempadan-sempadan tepat, manakala emosi, buah-
buahan, dan sepertinya tidak. Maka cabaran/tentangan langsung kepada pandangan
klasikal ini adalah demonstrasi bahawa keahlian bersifat barangkali/mungkin berbanding
semua atau tiada langsung. Dengan itu kami memberi bukti menunjukkan bahawa
subjek-subjek boleh bersetuju tentang kes-kes yang mana nombol ganjil dan yang mana
bukan tetapi tidak boleh bersetuju bagi emosi, buah-buahan, atau kenderaan. Kajian ini
menangani soalan samada cinta mempunyai sempadan-sempadan tepat atau kabur.

Kajian 3 memberi daat mengenai soalan berkisar tentang samada sempadan cinta
adalah tepat atau kabur, tetapi hasil keputusannya tidak jelas. Dalam satu hal, terdapat
percanggahan yang dijangka dalam kes-kes kurang utama. Dalam hal yang lain,
sekurang-kurangnya 90% daripada subjek setuju bahawa setiap satu daripada 20
subjenis sasaran adalah satu jenis cinta. Darjah kesepakatan ini mungkin berlaku kerana
subjek-subjek telah diminta untuk membuat pertimbangan pantas dalam satu konteks di
mana tiada jawapan yang tidak masuk akal kepada item-item pengisian seperti “ Adakah
tergila-gila satu jenis buah-buahan?” Dalam konteks ini “Adakah tergila-gila satu jenis
cinta?” mungkin nampak lebih munasabah dari sebaliknya.

Kajian ini meneliti aneka subjenis berpotensi yang lebih meluas. Subjek-subjek
diberi 30 subjenis dan selama mana yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.
Satu kumpulan subjek berasingan memberi pengkadaran prototipikaliti untuk 30 subjenis
ini. Tiada pengisian tidak masuk akal ditunjukkan.

Kaedah

Pengkadaran keahlian. Subjek (N = 118) membaca arahan seperti berikut:

Kadangkala apabila kita menggunakan satu perkataan, kita tidak bermaksud


sedemikian. Di masa lain, sebaliknya pula. Sebagai contoh ekstrem, metafora tidak sepatutnya
diterjemah secara harfiah. Seperti dalam: “Sally ialah seorang yang berhati batu” atau “Tom
ialah sebuah gunung berapi.” Sally tidak mempunyai hati batu sebenar, begitu juga Tom bukan
sebuah gunung berapi sebenar. Kita tahu beruang koala bukanlah beruang sebenar. Epal
jalanan bukan epal sebenar. Bird-of-paradise bukan bunga sebenar. Namun, penguin, walaupun
ia tidak boleh terbang, adalah burung sebenar. Sesetengah benda boleh menjadi kes sebenar,
walau bagaimana luarbiasa atau atipikal. Bayangkan seekor harimau: harimau kuning
berbelang-belang, berkaki empat, bermata tajam. Tetapi kita tahu bahawa seekor anak harimau
albino, berkaki tiga, buta tetap harimau sebenar.
Dalam kajian ini, kami inginkan pendapat anda tentang kes-kes cinta apa yang sebenar
dan yang bukan. Di mukasurat seterusnya adalah satu senarai kes-kes yang berkemungkinan.
Pertimbangan satu per satu, dan nilaikan samada ianya kes cinta yang sebenar atau tidak.
Jangan risau tentang mengapa anda merasa sedemikian atau tidak. Anda mungkin
merasakan semuanya adalah kes cinta sebenar. Atau merasa tidak satupun yang sebenar.
Cuma berikan pendapat anda.

Seterusnya diikuti dengan senarai 30 jenis cinta yang mungkin. 15 diambil dari rumpun subjenis cinta
Shaver et al. (1987). 15 yang selebihnya dipilih daripada jawapan-jawapan diambil dalam Kajian 1 dengan
cara mana untuk memasukkan aneka jenis kebolehsediaan tetapi memberi penekanan kepada item-item
yang kurang kebolehsediaannya dengan tujuan untuk mendapatkan jumlah sampel kes-kes pinggiran/atas
sempadan berpotensi yang baik. Oleh itu, setiap satu dari 30 item ini berhak menjadi hal cinta yang
sebenar, tetapi sampel ini tidak terlebih mewakili kes-kes prototipikal, seperti yang terjadi dalam sampel
sasaran yang digunakan dalam Kajian 3.

Pengkadaran Prototipikaliti. Subjek-subjek (N = 21) yang tidak termasuk dalam penerangan tadi
mengkadarkan semua 30 item dalam turutan rawak yang sama, selepas prosedur yang serupa dalam Kajian
2.
Hasil Keputusan dan Perbincangan

Majoriti subjek menilai bahawa cinta romantik ialah sejenis cinta-cuma 2% tidak
bersetuju dengan keputusan majoriti. Kebanyakannya menilai bahawa nafsu bukanlah
sejenis cinta-hanya 13% tidak bersetuju dengan keputusan majoriti. Tetapi kebanyakan
kes/hal berada di antara kedua-dua ekstrem ini. Peratusan subjek yang menafikan setiap
item adalah hal sebenar cinta ditunjukkan dalam Jadual 3. Peratusan median adalah 55.
Untuk 15 daripada 30 calon, sekurang-kurangnya satu per tiga bertentangan dengan
majority. Hasil keputusan Jadual 3 menunjukkan bahawa satu sampel yang terdiri dari
orang tempatan berpendidikan kolej tidak bersetuju di kalangan mereka mengenai apa
yang termasuk dalam kategori cinta dan apa yang tidak. Penemuan ini membayangkan
bahawa gambaran berasaskan kandungan mengantara/membantu penilaian mereka
berbanding dengan kategori-kategori berstruktur logik.

Kajian 5: Kebolehgantian untuk Nama Kategori

Bila diminta memberi satu ayat mengenai emosi, seorang subjek menulis:
“Kadangkala emosi susah dikawal.” Mengganti perkataan emosi sejenis emosi
prototipikal menghasilkan satu ayat yang berbunyi lazim/biasa (Fehr & Russell, 1984)-
contohnya, “Kadangkala kemarahan susah dikawal.” Akan tetapi, mengganti satu emosi
kurang utama menghasilkan satu ayat yang selalunya pelik-contohnya, “Kadangkala rasa
hormat sukar dikawal.” Kesan-kesan sebegini telah dijangka kerana lebih prototipikal
sesuatu ahli/anggota itu akan menjadi lebih mewakili/merujuk kepada, dan lebih dekat
dengan maksud nama kategori superordinat itu. Terdahulu Rosch (1977) mendapati hasil
keputusan serupa untuk ayat-ayat mengenai buah-buahan, kenderaan, dan kategori
superordinat lagi.

Dalam kajian ini, kami menanyakan samada hal yang sama akan berlaku dengan
ayat-ayat berkenaan kategori-kategori tahap asas, khususnya ayat mengenai cinta. Satu
kumpulan subjek memberi 10 ayat, dan kami mengambil 10 lagi daripada buku teks
psikologi. Kemudiannya, satu kumpulan subjek yang lain diminta untuk menilai betapa
pelik atau biasa/lazim ayat-ayat tersebut apabila 20 istilah sasaran telah diganti untuk
perkataan cinta.

Kaedah

Fasa 1. Subjek-subjek (N = 37) diminta membuat ayat-ayat yang mengandungi perkataan cinta. 10
daripada ayat-ayat ini telah dipilih untuk digunakan dalam kajian ini. (Ayat 1 hingga 10 dalam Jadual 4). 10
ayat tambahan diambil dari buku-buku teks yang diterbitkan baru-baru ini untuk kursus-kursus pengenalan
atau psikologi sosial (Ayat 11 hingga 20 dalam Jadual 4).
Fasa 2. Subjek-subjek (N = 400) membaca arahan-arahan berikut (diambil dari Fehr & Russell, 1984,
Kajian 4):

Soal selidik ini adalah sebahagian dari projek besar tentang perkara-perkara yang bermain
di fikiran apabila kita mendengar dan menggunakan perkataan. Dalam kajian ini, kami
berminat untuk mengetahui betapa pelik atau betapa lazim/biasa satu-satu ayat itu. Sebagai
contoh, ayat “Semangkuk epal merupakan satu perhiasan tengah meja yang cantik” mungkin
berbunyi agak lazim/biasa kepada kebanyakan orang. Dalam hal yang lain, ayat seperti
“Semangkuk tembikai merupakan satu perhiasan tengah meja yang cantik” berbunyi agak
pelik. Dalam kajian ini, kami tidak berminat dalam ayat-ayat berkenaan buah-buahan. Minat
kami adalah dalam ayat-ayat tentang CINTA.
Di bawah adalah satu siri ayat-sebahagiannya masuk akal, yang lain agak munasabah,
dan sebahagian lagi tidak munasabah langsung. Tugas anda ialah membaca setiap ayat dan
mengkadarkan betapa lazim/biasa atau pelik bunyinya ayat tersebut. Jangan bazirkan masa
anda berfikir samada jawapan anda betul atau salah. Tiada jawapan betul atau salah di sini.
Jadi, berikan jawapan anda berdasarkan tanggapan pertama yang datang dari membaca ayat
tersebut.

Subjek-subjek kemudiannya mengkadar setiap satu daripada 20 ayat itu dengan skala berjulat dari 1
(sangat pelik) hingga 6 (sangat biasa/lazim). 20 ayat-ayat ini diambil dari serumpun 400 ayat yang dibentuk
dengan menggantikan perkataan cinta 20 subjenis cinta yang tersenarai dalam Jadual 4. 20 ayat dibuat
untuk setiap subjek dengan cara mana setiap subjenis cinta dan setiap rangka ayat tertera hanya sekali.

Jadual 3
Peratusan Subjek yang Menafikan
Keahlian
dalam Kategori
Cinta
Item % Prototipikaliti

Cinta romantik 2 4.86


Cinta seorang ibu 6 5.48
Penyayang 8 5.33
Cinta seorang
11 4.86
abang
Persahabatan 14 4.95
Kelembutan 24 4.90
Belas Kasihan 24 4.43
Kasih Sayang 27 4.86
Cinta kemanusiaan 35 4.43
Cinta diri 36 4.43
Keghairahan 36 3.86
Teringin 44 4.05
Rasa sayang 52 3.86
Menyukai 53 3.48
Cinta kepada
58 3.57
negara
Keinginan/hasrat 59 3.29
Cinta pandang
60 3.14
pertama
Sifat sentimental 63 3.33
Daya penarik 63 3.62
Memuja 65 3.52
Cinta monyet 66 3.57
Rangsangan 68 3.14
Cinta pada kerja 68 3.29
Kekaguman 75 3.38
Cinta pada sukan 75 2.95
Cinta pada buku 76 2.90
Cinta pada
77 2.76
makanan
Cinta pada wang 80 2.62
Tergila-gila 82 2.81
Nafsu 87 2.15

Nota. N = 118 untuk peratusan; N = 21 untuk pengkadaran prototipikaliti

Hasil Keputusan dan Perbincangan

Lihat ayat berikut: “Cinta hendaklah diusaha dan dijuangkan untuk ianya betul-betul
tercapai.” Penggantian menghasilkan sebahagian ayat-ayat yang berbunyi biasa/lazim
dan sebahagian lain berbunyi pelik (contoh, “Persahabatan hendaklah diusaha dan
dijuangkan untuk ianya betul-betul tercapai” dan “Kegila-gilaan hendaklah diusaha dan
dijuangkan untuk ianya betul-betul tercapai).

Kelaziman ayat yang terhasil dijangka bergantung kepada betapa prototipikal


subjenis cinta itu digantikan. Dalam contoh di atas, penggantian satu subjenis
prototipikal, persahabatan, menghasilkan satu ayat yang difikirkan biasa/lazim oleh
subjek (M = 4.45), manakala penggantian subjenis kurang utama, kegila-gilaan,
menghasilkan satu ayat yang pelik bunyinya (M = 1.95). Korelasi di antara pengkadaran
kelaziman purata untuk subjenis cinta dan pengkadaran prototipikalitinya yang didapati
dalam Kajian 2 ditunjukkan untuk setiap satu daripada 20 rangka ayat dalam Jadual 4.

Korelasi-korelasi yang terhasil secara amnya berada dalam arah positif yang telah
dijangkakan, tetapi lebih kuat untuk beberapa ayat berbanding dengan yang lain. Ayat-
ayat yang dibina oleh pelajar-pelajar menghasilkan korelasi-korelasi di antara
kelaziman/kebiasaan dan prototipikaliti yang secara amnya tinggi, purata r = .61. Jurang
korelasi-korelasi didapati serupa sebagaimana yang diperolehi dalam tugas yang sama
untuk konsep-konsep lain (contoh, Fehr & Russell, 1984). Bertentangan dengan ayat-
ayat yang diambil dari buku teks psikologi, menunjukkan hubungan yang sedikit
kalaupun ada di antara kebiasaan dan prototipikaliti, purata r = .10. Malah, empat
daripada ayat dari buku teks itu menghasilkan korelasi-korelasi negatif. Pertimbangkan
“Cinta hanyalah sekadar perasaan suka yang mendalam.” Menggantikan jenis cinta
yang kurang utama menghasilkan ayat yang lebih munasabah berbanding menggantikan
jenis prototipikal: Cinta monyet, jenis cinta paling tidak prototipikal yang kami masukkan,
mendapat pengkadaran kebiasaan purata paling tinggi (5.10), manakala cinta keibuan,
jenis cinta paling prototipikal, mendapat paling rendah (2.20). Jika kebolehgantian dilihat
sebagai satu tanda maksud teras/utama konsep tersebut, maka kenyataan-kenyataan
mengenai cinta yang ditemui pelajar dalam buku-buku teks mereka jauh berbeza dari
konsepsi mereka tentang cinta.

Jadual 4
Korelasi-Korelasi Antara Sifat Bersahaja yang Dikadarkan dan
Prototipikaliti
Ayat Korelasi
Cinta adalah satu proses memberi, memahami orang lain itu, dan sedar
1. .81***
akan kesalahannya.
2. Komitmen dan menyayang adalah komponen cinta yang penting. .79***
3. Cinta hendaklah diusaha dan dijuangkan untuk ia benar-benar dicapai. .61**
4. Cinta adalah satu keadaan gembira, selalunya. .48*
5. Cinta berbeza dengan seseorang dan dengan perhubungan itu. .45*
Cinta adalah lembut dan lemah(mudah terjejas) tak kira siapa yang
6. .42
mengongsikannya.
7. Cinta adalah suatu yang dikongsi dengan dalam oleh dua orang. .31
Cinta adalah perasaan yang dirasa dalam perhubungan istimewa dengan
8. .17
seseorang.
9. Cinta sangat menyakitkan jika tidak dibalas. .13
1
Cinta mungkin gembira dan sedih, baik dan buruk. -.04
0.
1 Cinta adalah satu daripada emosi terpenting manusia, namun tidak
.70***
1. difahami.
1
Dalam budaya kami, kami belajar tentang cinta dari kecil lagi. .60**
2.
Walaupun cinta penting dalam menganjur kebahagiaan dan menjadikan
1
dunia ceria, adalah menghairankan bahawa hanya baru-baru ini sahaja .33
3.
para psikologi memulakan kajian sistematik mengenai topik ini.
1
Fenomena cinta tidak mudah dimengerti secara saintifik. .14
4.
1 Selalunya cinta tidak melibatkan reaksi kuat fizikal. Malah, ia boleh
.05
5. dilihat sebagai satu sikap tertentu seseorang terhadap orang lain.
1 Cinta adalah emosi, dan seperti emosi lain, mungkin dilihat sebagai
.03
6. mempunyai komponen fisiologi dan psikologi.
1 Emosi yang mengiringi cinta adalah kompleks dan masih tidak difahami
-.13
7. dengan jelas.
1 Satu daripada masalah dalam membincangkan cinta ialah ia memberi
-.17
8. banyak maksud kepada ramai orang.
1 Jika anda menonton wayang, mendengar rekod, atau membaca novel,
-.36
9. anda berterusan terdedah kepada pandangan orang tentang cinta.
2
Cinta hanyalah sekadar satu bentuk kesukaan yang kuat. -.45*
0.

Nota. 10 ayat yang pertama ditulis oleh mahasiswa dan mahasiswi. 10 ayat yang seterusnya
diambil dari buku-buku teks psikologi.
* p < .05. ** p < .01 *** p < .001.
Untuk memperoleh satu indeks struktur dalaman daripada data-data ini, satu
markah “kebolehgantian” telah dikira dengan menghitung-panjang/purata merentasi 20
ayat-ayat, pengkadaran kebiasaan/kelaziman yang diterima oleh setiap subjenis cinta.
Markah-markah ini ditunjukkan dalam Jadual 5.

Kajian 6: Keserupaan/kesamaan

Mengapakah beberapa ahli/anggota dalam satu kategori dianggap lebih prototipikal


berbanding yang lain? Rosch dand Mervis (1975) menghujahkan bahawa idea
keserupaan Wittgenstein (1953) memberi satu jawapan. Walaupun tiada satupun ciri
tunggal yang dikongsi oleh semua, ahli-ahli satu kategori dihubungkan melalui satu
corak ciri-ciri/sifat-sifat kompleks yang silang-menyilang dan bertindan. Wittgenstein
menggunakan istilah keserupaan keluarga untuk merujuk kepada tahap satu-satu ahli itu
menyerupai corak keseluruhannya. Dalam kajian mereka tentang perhubungan tahap-
asas kepada kategori-kategori tahap-superordinat, Rosch dan Mervis (1975) mendapati
bahawa lebih banyak ahli prototipikal berkongsi lebih banyak ciri/sifat dengan satu sama
lain, dan mempunyai sedikit ciri/sifat yang sama dengan ahli dari kategori berdekatan.
Corak ini diperolehi dengan mengira indeks keserupaan sebagai kiraan berat ciri-ciri
yang dikongsi, dengan berat diambil sebagai bilangan ahli yang berkongsi ciri/sifat
tersebut.

Jadual 5
Markah Kebolehgantian, Keserupaan, dan Ciri-
Ciri Sama
untuk 20 Jenis Cinta
Kebolehgant Ciri-ciri
Jenis cinta Keserupaan
ian sama
Cinta keibuan 3.94 135 13
Cinta
3.94 144 17
keibubapaan
Persahabatan 4.63 145 17
Cinta adik-
3.69 122 12
kakak
Cinta romantik 4.53 109 12
Cinta adik-
3.90 143 18
abang
Cinta
4.08 121 12
kekeluargaan
Cinta adik-
3.95 129 13
beradik
Cinta kasih
4.48 101 10
sayang
Cinta terikat 4.40 124 17
Cinta
4.06 61 6
kemanusiaan
Cinta rohaniah 3.89 67 7
Cinta ghairah 4.35 85 10
Cinta sahabat 3.99 100 11
Cinta diri 3.62 49 7
Cinta seksual 4.13 65 10
Cinta patriotik 3.36 74 7
Cinta pada
3.53 61 8
kerja
Cinta monyet 3.91 41 3
Tergila-gila 3.68 41 5

Nota. Pengkadaran kebolehgantian dibuat dengan skala berjulat


dari 1 (sangat pelik) hingga 6 (bunyinya sangat biasa); markah-
markah tersebut adalah purata-purata yang dikira merentasi 20
ayat. Ciri-ciri sama merujuk kepada bilangan ciri subkategori cinta
yang dikongsi dengan cinta; ciri-ciri cinta diambil dari senarai Fehr
(1988). Keserupaan disukat purata ciri-ciri yang dikongsi dengan
subkategori-subkategori lain.
Indeks keserupaan ini berhubungkait dengan tinggi dengan pengukuran struktur
dalaman yang lain (Rosch & Mervis, 1975), dengan korelasi berjulat dari .84 hingga .94
untuk pelbagai ukuran struktur dalaman dan untuk pelbagai kategori objek biasa.
Walaupun hasil yang sama diperolehi di dalam domain emosi (Fehr & Russell, 1984),
korelasi-korelasinya lebih rendah, berjulat dari .34 hingga .85 untuk pelbagai ukuran
struktur dalaman.

Tidak diketahui sebab kenapa orelasi-korelasi di dalam domain emosi ini lebih
rendah. Markah-markah keserupaan untuk emosi diasaskan dengan apa yang
disenaraikan oleh subjek sebagai keadaan emosian/penuh perasaan, ciri-ciri yang
mungkin lebih susah dijelaskan berbanding ciri-ciri objek harian. Namun, kebarangkalian
tetap ada bahawa struktur dalaman emosi bergantung kepada faktor-faktor yang selain
daripada keserupaan. Barsalou (1987) mendapati bahawa keserupaan tidak meramal
tipikaliti konsep-konsep berasal dari matlamat, dan Medin dan Smith (1984) memberi
amaran bahawa “kesan-kesan tipikaliti setanding dalam dua domain tidak menandakan
penentu-penentu lazim tipikaliti (ms. 130). Tiller dan Harris (1984) mencadangkan tiga
penentu alternatif tipikaliti di dalam domain emosi. Pertama, prototipikaliti emosi boleh
jadi adalah keamatannya. Idea ini dibincangkan baru-baru ini oleh Mascolo dan Mancuso
(1990). Kedua, prototipikaliti emosi berkemungkinan adalah penonjolan reaksi berkaitan
anggota badan, ekspresi muka, atau postur. Ketiga, prototipikaliti mungkin berkaitan
dengan valensi (sifat-sifat baik daya penarik).

Kajian 6 direka untuk mengumpul bukti seterusnya tentang perhubungan


prototipikaliti kepada keserupaan.

Kaedah

Subjek-subjek (N = 40) membaca arahan-arahan berikut (diambil dari Fehr & Russell, 1984, Kajian 6):

Ini adalah kajian mengenai ciri-ciri dan sifat-sifat yang orang kaitkan dengan jenis-jenis
emosi yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya anda diminta menyenaraikan ciri-ciri
seseorang yang mengalami ketakutan, seperti perasaan gentar, anda mungkin menulis:
- Bahaya yang mungkin berlaku (mungkin benar berlaku, seperti seekor beruang; mungkin
khayalan/rekaan, seperti hantu)
- Jantung berdegup kuat
- Mata terbeliak
- Tapak tangan dan kaki basah berpeluh
- Fikiran yang bermain di minda seseorang
- Perasaan kurang menyenangkan dialami
- Seseorang berlari sepantas yang boleh
- Tangan menggeletar
- Kelegaan dirasa selepas beberapa minit

Di sini kami tidak berminat dengan jenis-jenis ketakutan berbeza, tetapi dengan jenis-jenis
cinta. Apabila berfikir tentang setiap jenis cinta, anda mungkin bertanya pada diri anda: Apa
penyataan yang ada mengenainya? Apa yang anda fikirkan tentangnya? Bagaimana anda
menunjukkannya? Dalam keadaan apa yang sesuai bagi anda untuk berjaga-jaga
tentangnya? Ianya boleh membantu jika anda membayangkan anda menerangkan maksud
setiap jenis cinta kepada orang asing atau seseorang yang tidak pernah mengalaminya. Jadi
masukkan yang jelas dan nyata. Beritahu bagaimana ia datang dan apa yang berlaku
selepas itu. Tetapi beri penekanan kepada gambaran bagaimana seseorang merasa and
berkelakuan.
Cuba jangan melibatkan nama orang sewenang-wenang. Jika satu jenis cinta tertentu
membuatkan anda teringatkan seseorang yang anda kenal, jangan tulis nama orang
tersebut. Kami berminat dalam apa yang biasa/lazim kepada contoh-contoh cinta.
Kemudian, subjek-subjek diberi selama mana masa yang mereka perlukan untuk menyenaraikan sifat-
sifat setiap satu 10 subjenis cinta yang dalam turutan rawak. 10 yang mana daripada 20 subjenis sasaran
berbeza dari satu subjek dengan yang lain dengan mana setiap subjenis cinta digambarkan oleh 20 subjek.

Hasil Keputusan dan Perbincangan

Jumlah bilangan jawapan adalah 2,333. Mewujudkan markah-markah keserupaan


memerlukan keputusan mengenai jawapan-jawapan mana yang mewakili/merupakan
sifat sama dan mana yang mewakili sifat-sifat berbeza. 3 hakim mengkodkan jawapan-
jawapan itu. Kriteria yang dipakai adalah prosedur konservatif yang digunakan oleh Fehr
(1988), di mana hanya jawapan-jawapan yang serupa atau sinonim digabungkan.
Kemudian, untuk setiap subjenis sasaran, sifat-sifat yang disebut hanya oleh seorang
subjek disingkirkan. Pengkodan sifat-sifat selebihnya menghasilkan satu senarai
muktamad yang terdiri daripada 205 sifat-sifat tersendiri/berbeza, sekurang-kurangnya
satu subjenis. Setiap satu daripada 205 sifat ini kemudiannya disukat dengan bilangan
subjenis yang disenaraikan. Sebagai contoh, sukatan 14 diberi kepada “penyayang”
kerana ia disenaraikan sebagai sifat untuk 14 daripada 20 subjenis. Malah ini adalah
sukatan tertinggi yang diperolehi. Sifat yang biasa/lazim seterusnya dengan sukatannya
adalah menolong (12), ikatan (11), berkongsi (10), bebas bercakap tentang apa saja (9),
bertimbang rasa (9), hormat (8), dan kekariban (7). Sukatan 1 diberikan kepada sifat
yang disenaraikan (oleh dua atau lebih subjek) untuk hanya satu subjenis cinta:
“perangai kebudak-budakan,” disenarai untuk cinta monyet sahaa; “gaduh main-main,”
disenarai untuk cinta adik-abang sahaja; dan “merisaukan” disenarai untuk cinta
keibuan.

Akhirnya, untuk setiap jenis cinta satu markah keserupaan dikira sebagai jumlah
markah sifat-sifat yang disukat yang disenarai untuk jenis cinta tersebut. Markah-
markah ini tertera dalam Jadual 5. Markah-markah keserupaan untuk subjenis
prototipikal adalah lebih tinggi untuk cinta berbanding subjenis kurang utama, t(18) =
8.31, p < .001.

Kami juga menjangkakan lebih banyak subjenis prototipikal mempunyai keserupaan


dengan kategori am cinta. Dalam kata lain, cinta keibuan akan mempunyai lebih banyak
ciri-ciri yang sama dengan cinta berbanding dengan cinta monyet. Kita dapat menguji
ramalan ini kerana Fehr (1988) telah meminta subjek-subjek untuk menyenaraikan ciri-
ciri cinta, dan ciri-ciri yang yang telah dikodkan sebelum ini menggunakan prosedur
sama di sini. Kami menjadualkan bilangan ciri-ciri setiap 20 jenis cinta yang serupa
dengan ciri-ciri yang telah disenaraikan untuk cinta. Keputusannya juga ditunjukkan
dalam Jadual 5. Seperti yang dijangkakan, subjenis prototipikal mempunyai lebih banyak
ciri yang serupa dengan cinta berbanding subjenis kurang utama, t(18) = 5.63, p < .001.

Pertemuan/Pertumpuan Ukuran-Ukuran Struktur Dalaman

Siri kajian-kajian ini menghasilkan 8 operasi yang difikirkan berhubungkait dengan


struktur dalaman: (a) kekerapan dalam tugas penyenaraian bebas (Kajian1), (b)
pengkadaran langsung prototipikaliti (Kajian 2), (c) tempoh reaksi untuk mengesahkan
keahlian (dihipotesis untuk berhubungkait secara negatif dengan struktur dalaman)
(Kajian 3), (d) kebarangkalian keahlian (Kajian 3), (e) kebarangkalian keahlian (Kajian 4),
(f) kebolehgantian dalam ayat-ayat mengenai cinta (Kajian 5), (g) markah keserupaan
(Kajian 6), dan (h) bilangan ciri-ciri yang dikongsi dengan cinta (Kajian 6).

Setiap pembolehubah ini dipengaruhi oleh fator-faktor yang selain daripada struktur
dalaman, dan oleh itu struktur dalaman plaing sesuai ditunjukkan dengan pertemuan
operasi-operasi ini. Korelasi-korelasi antara 8 operasi ini, yang dikira merentasi jenis-
jenis cinta, ditunjukkan dalam Jadual 6. Semua nilai berada dalam arah yang diramalkan
paling boleh dipercaya/dipakai. Malahan, semua operasi kecuali kekerapan
penyenaraian bebas sangat berhubungkait antaranya.
Korelasi-korelasi melibatkan kekerapan penyenaraian bebas, walaupun rendah,
adalah sama dengan yang diperolehi dalam kajian-kajian lain. Contohnya, prototipikaliti
yang dikadarkan dan kekerapan penyenaraian bebas berhubungkait .35 untuk emosi
(Fehr & Russell, 1984), .35 untuk ciri-ciri cinta (Fehr, 1986), dan .19 untuk ciri-ciri
seseorang dalam pekerjaan berbeza (Dahlgren, 1985).

Fehr dan Russell (1984) mendapati bahawa markah keserupaan merupakan


hubungkait paling lemah struktur dalaman emosi. Berbeza dengan dalam kajian ini,
keserupaan merupakan yang paling kuat. Keserupaan sebagai pengantara kesan-kesan
tipikaliti dalam domain emosi belum boleh disahkan.

Corak hasil keputusan yang didapati di sini adalah yang diramalkan dari teori
prototaip. Tahap-asas konsep cinta mempunyai struktur dalaman: Subjenis cinta dapat
diatur dengan pasti contoh-contoh cinta dari yang lebih baik ke yang lebih buruk.
Hasilnya, taraf/pangkat subjenis dalam struktur dalaman ini meramalkan kebolehsediaan
dalam tugas penyenaraian bebas, kepantasan dengan mana ianya ditentusahkan
sebagai satu jenis cinta, kesediaannya diganti dalam ayat-ayat tentang cinta tanpa
berbunyi pelik, tahap mana ia menyerupai jenis-jenis cinta yang lain, dan kebarangkalian
ia dilihat sebagai satu jenis cinta sebenar. Penemuan terakhir khususnya penting dalam
membuat kesimpulan bahawa konsep cinta kekurangan sempadan-sempadan tepat dan
oleh itu dengan tegas menentang/mencabar hipotesis yang mendefinisi cinta secara
klasikal. Lebih amnya, hasil keputusan ini memberikan satu cara alternatif bagaimana
seseorang boleh menggunakan dan memahami konsep cinta tanpa mengetahui ciri-ciri
yang perlu dan mencukupi. Dengan itu hasil keputusan ini gagal untuk menyokong
saranan bahawa kategori-kategori tahap-asas adalah didefinisi secara klasikal.

Jadual 6
Korelasi-Korelasi Antara Ukuran-Ukuran
Struktur Dalaman

Ukuran 1 2 3 4 5 6 7 8

1. Kekerapan penyenaraian
- .35* -.24* .32* .42* .47 .50 .55
bebas
2. Pengkadaran prototipikaliti - -.48 .70 .97 .49 .86 .76
3. Tempoh reaksi - -.44 -.64 -.50 -.48 -.49
4. Persetujuan tentang
.85 .47 .56 .63
keahlian
5. Kebarangkalian keahlian dalam cinta - .63 .86 .79
6. Kebolehgantian - .41 .45
7. Keserupaan - .93
8. Ciri-ciri dikongsi dengan
-
cinta
Nota. Semua korelasi, kecuali yang melibatkan tempoh reaksi (No. 3), dihipotesiskan positif. Korelasi-korelasi dikira
merentasi 20 jenis cinta sasaran yang disenaraikan dalam Jadual 2, kecuali yang melibatkan persetujuan keahlian dari
Kajian 4, yang mana dikira merentasi 11 jenis.
* Tidak ketara pada α = .05.
Definisi Saintifik dan Jenis-Jenis Cinta

Pertentangan Konsep Rakyat/Tradisional dan Konsep Saintifik

Pakar-pakar psikologi telah menawarkan pelbagai definisi dan tipologi dalam usaha
untuk menentukan apa yang dimasukkan di bawah istilah cinta. Tawaran pakar-pakar ini
nampak berkonflik dengan hasil keputusan sekarang ini. Pertama kami gariskan
perbezaan-perbezaan itu dan kemudian, dalam bahagian terakhir, kami bincangkan
perhubungan apa yang sepatutnya ada di antara konsep-konsep tradisional dan saintifik.

Pakar-pakar psikologi telah berusaha untuk menetapkan satu atau dua ciri-ciri perlu
dan cukup untuk cinta. Pertimbangkan satu contoh, Johnson-Laird dan Oatley (1989)
baru-baru ini menegaskan bahawa cinta boleh ditakrifkan seperti berikut: untuk
mencintai ialah “untuk merasa kebahagiaan dalaman dalam hubungan dengan sesuatu
objek, atau seseorang, yang boleh jadi objek keinginan seksual” (ms. 60). Dari
pandangan prototaip, berkemungkinan kebahagiaan merupakan hanya satu daripada
banyak ciri-ciri yang menyifatkan cinta. Subjek-subjek kami tidak menyenaraikan
kebahagiaan sebagai satu daripada ciri-ciri kebanyakan jenis cinta. Sifat-sifat yang
dikongsi oleh kebanyakan tapi bukan semua jenis cinta adalah penyayang, menolong,
membina ikatan, berkongsi, bebas bercakap, bertimbang rasa, hormat, dan kekariban.
Dengan itu, ayat-ayat mengenai cinta berbunyi pelik bila definisi Johnson-Laird dan
Oatley digantikan: Perintah “cintai jiran kamu” akan diterjemah sebagai “alami
kebahagiaan dalaman dalam perhubungan dengan jiran kami.” Definisi Johnson-Laird
dan Oatley membayangkan bahawa kebahagiaan dalam dalam perhubungan dengan
satu objek atau seseorang dirasai, maka, secara definisi, cinta dialami. Dalam perkataan
lain, perhubungan tanpa cinta tetap bahagia, seperti dalam contohnya, hubungan
perniagaan yang baik, akan bercanggah dalam istilah. Definisi Johnson-Laird dan Oatley
juga membayangkan bahawa sekiranya cinta dialami, maka kebahagiaan juga mesti
dialami. Dalam kata lain, satu perhubungan cinta yang tidak bahagia, seperti dalam
contohnya, cinta tidak berbalas, akan bercanggah dalam istilah. Pendek kata, Definisi
Johnson-Laird dan Oatley gagal mendapatkan bahasa biasa konsep cinta.

Sama juga, tipologi-tipologi cinta yang disokong oleh pakar-pakar psikologi


nampaknya berkonflik dengan hasil keputusan kami. Pertama, ianya berbeza dalam
bilangan. Para saintis kebiasaanya menyenaraikan satu bilangan jenis cinta yang kecil.
Dua jenis cinta, teman hidup dan gairah/berahi, diterima oleh ramai pakar psikologi
sosial (Hatfield & Walster, 1978). Dua jenis juga diterangkan oleh Maslow (1955): cinta-D
(kekurangan cinta), dan cinta-B (wujud cinta). Cinta-D berdasarkan keperluan dan
pengalaman, manakala cinta-B berdasarkan autonomi dan memberi diri kepada orang
lain. Tiga jenis cinta diterangkan oleh Kelley (1983): gairah, pragmatik, dan altruistik
(sikap/prinsip lebih mengutamakan kepentingan kebahagiaan orang lain dari diri sendiri).
Tiga jenis disenaraikan oleh Shaver et al. (1987): kasih sayang, nafsu, dan teringin. 2
Lima jenis cinta diterangkan oleh Fromm (1956): cinta adik-abang, cinta ibu, cinta erotik,
cinta diri, dan cinta Tuhan. Enam gaya cinta diterangkan oleh Lee (1977): erotik (cinta
ghairah), lucu/tidak munasabah (cinta main-permainan), storgik (cinta teman hidup),
manik (cinta cemburu, bergantung), pragmatik (cinta praktikal, logikal), dan agapik
(cinta altruisik). Tujuh jenis cinta diterangkan oleh Kemper (1978), berdasarkan samada
seseorang mempunyai kuasa dan status yang tinggi atau rendah: cinta romantik, cinta
adik-abang, cinta karismatik atau pengikut, kecurangan, kegila-gilaan, penyanjungan dari
peminat, dan cinta ibubapa-bayi. Lapan jenis cinta diterangkan oleh Sternberg (1986),
berdasarkan kewujudan atau ketiadaan setiap satu daripada tiga komponen: kemesraan,
ghairah, dan komitmen. Jenis-jenis cinta yang terhasil adalah menyukai (wujud
kemesraan), kegila-gilaan (wujud ghairah), kosong (wujud komitment), romantik
(kemesraan campur ghairah), teman-hidup (kemesraan campur komitment), bodoh
(ghairah campur komitment), bersatu (kemesraan campur ghairah campur komitmen),
dan bukan cinta (ketiadaan komponen-komponen).
Berbanding dengan, subjek-subjek kami menyenaraikan banyak sekali jenis-jenis
cinta yang berbeza (seperti juga orang biasa menyenaraikan lebih banyak ciri-ciri cinta
berbanding para saintis, Fehr, 1988). Tentunya, orang akan mempersoalkan samada
kebanyakan jenis cinta yang tersenarai dalam Jadual 1 adalah memang jenis-jenis cinta
berbeza. Orang boleh mempertikaikan, contohnya, bahawa senarai dalam Jadual 1 boleh
tertakluk kepada analisis kelompok dan oleh itu disusun dalam bilangan kelompok yang
lebih kecil. Dan, tentunya, ia boleh. Tetapi dengan berbuat demikian mungkin
mengenakan turutan dan sempadan-sempadan yang tidak wujud sebelum ini. Bilangan
2
Shaver, Schwartz, Kirson, dan O’Connor (1987) melaporkan satu analisis rumpun hierarki istilah-
istilah 135 emosi yang menghasilkan tiga jenis cinta: kasih saying, nafsu, dan teringin. Kelompok
kasih sayang terdiri dari memuja, kasih sayang, cinta, menyayangi, menyukai, daya penarik,
penyayang, kelembutan, belas kasihan, dan sikap sentimental. Kelompok ini menyerupai
pandangan Hatfield dan Walster tentang cinta teman hidup. Kelompok nafsu terdiri dari
rangsangan, keinginan, nafsu, ghairah, dan kegila-gilaan dan menyerupai cinta ghairah.
Kelompok teringin cuma terdiri dari satu perkataan iaitu teringin. Shaver et al. mengambil hasil
keputusan ini sebagai satu model tipologi biasa cinta, tetapi ini tidak mungkin kerana subjek-
subjek telah diberikan, berbanding dengan dibenarkan untuk menghasilkan, jenis-jenis cinta.
kelompok-kelompok nampaknya sembarangan (satu tanggapan yang konsisten dengan
bilangan jenis cinta berpelbagaian yang dipercayai digariskan oleh para psikologi).
Pertimbangkan hanya enam item dari senarai kami: kegila-gilaan, cinta monyet, cinta
pandang pertama, nafsu, cinta ghairah, dan cinta romantik. Bagaimana ingin
mengelompokkan item-item ini? Tidak satupun yang serupa, dan oleh itu enam jenis
boleh dicipta. Tetapi beberapa lebih serupa berbanding yang lain, dan dengan demikian
beberapa kelompok boleh dicipta dalam set ini. Semua bercanggah dengan cinta
teman-hidup, dan oleh itu mereka semua boleh dimasukkan dalam satu kelompok. Oleh
yang demikian, satu, dua, tiga, empat, lima, atau enam kelompok munasabah untuk
dibentuk. Setiap pengelompokkan sedemikian akan mengumpul beberapa yang lain,
tetapi tiada satu pengelompokkan tunggal akan mengumpul semua, ciri-ciri keserupaan
yang bertindan dan silang-menyilang dalam domain cinta.

Tanpa ragu-ragu, tipologi cinta tradisional lebih teratur dari yang diandaikan oleh
satu senarai. Kami cadangkan bahawa cinta disusun di sekeliling beberapa prototaip:
cinta ibubapa kepada anak, cinta antara pasangan romantik, cinta antara kawan lama,
cinta antara adik-beradik. Subjenis cinta yang lain akan menyerupai prototaip-prototaip
pada tahap-tahap berbeza. Contohnya, cinta kepada Tuhan selalu difikirkan dalam
bentuk cinta ibubapa, dan cinta kepada kemanusiaan dalam bentuk cinta kepada abang.
Tetapi prototaip-prototaip cinta tidak setara dengan satu tipologi yang mempunyai
bilangan jenis yang tetap. Prototipikaliti digredkan, dan lebih banyak prototaip akan
ditambahkan dengan pertambahan kes-kes yang dipertimbangkan.

Tipologi-tipologi para psikologi boleh dibahagikan kepada dua jenis: yang mana
bahagian-bahagian ditentukan oleh ciri-ciri abstrak dan yang mana bahagian-bahagian
ditentukan oleh jenis objek cinta. Contoh bagi jenis pertama ialah oleh Sternberg, di
mana jenis-jenis cinta adalah berasakan kewujudan atau ketiadaan tiga komponen teori
tiga-seginya: kemesraan, ghairah, dan keputusan/komitmen. Contoh bagi jenis kedua
ialah oleh Fromm, di mana lima objek cinta ditetapkan: abang, ibu, pasangan seks, diri,
dan Tuhan. Berbanding dengan tipologi tradisional nampaknya dengan bebas
mencampurkan dua bentuk ini. Beberapa respons subjek adalah objek cinta, tapi
respons-respons lain boleh digambarkan dengan tepat sebagai ciri-ciri cinta. Contohnya,
berkongsi, memberi, kemesraan, kejujuran, dan kepercayaan, semua yang diberi di sini
sebagai jenis cinta, juga diberi sebagai ciri-ciri cinta (Fehr, 1988).

Konsep cinta rakyat/tradisional juga berbeza dari konsep-konsep para psikologi yang
difokus. Para psikologi amnya hanya memikirkan cinta antara dua manusia, khususnya
pelbagai cinta lelaki-perempuan. Dalam banyak kajian tentang cinta, subjek-subjek
diminta menjawab dengan merujuk kepada pasangan romantik. Contohnya, Hendrick
dan Hendrick (1986) mereka skala-skala untuk mengukur pelbagai gaya cinta Lee (1977)
dalam mana subjek-subjek diarahkan untuk melengkapkan skala itu dengan memikirkan
tentang pasangan mereka atau kawan temujanji mereka (pasangan dahulu sekiranya
mereka tiada pasangan sekarang). (Lee [1988] melihat gaya-gaya cintanya sesuai juga
untuk perhubungan homoseksual.) Gambaran Kelley (1983) tentang cinta ghairah,
pragmatik, dan altruisik dirangka dalam bentuk perhubungan heteroseksual dewasa,
seperti kebanyakan jenis-jenis cinta Sternberg (1986).

Subjek-subjek kami memasukkan banyak jenis cinta yang tidak dikongsi bersama di
antara dua manusia: cinta binatang peliharaan, cinta kehidupan, cinta alam semulajadi,
cinta patriotik, cinta rohaniah, cintakan Tuhan, cintakan sukan, cintakan seni, cintakan
makanan, cinta kemanusiaan, cintakan wang, cintakan kecantikan, dan seterusnya.
Walaupun beberapa pakar psikologi telah menulis mengenai beberapa jenis cinta ini-
Fromm, contohnya, memasukkan cinta diri dan cintakan Tuhan-kebanyakan tipologi
saintifik tidak memasukkannya. Tambahan lagi, walau dalam cinta antara dua manusia,
penekanannya berbeza. Subjek-subjek kami, tentulah, menyebut pelbagai bentuk cinta
romantik, tetapi keseluruhannya kurang memberi penekanan ke atasnya. Cinta teman
(persahabatan) merupakan jenis yang lebih kerap disebut dan dikadarkan sebagai lebih
prototipikal berbanding cinta ghairah. (Ciri-ciri yang dihubungkan dengan cinta teman
dikadarkan sebagai lebih cinta prototipikal berbanding ciri-ciri yang dihubungkan dengan
cinta ghairah [Fehr, 1988]). Subjek-subjek kami juga memberi penekanan lebih kepada
cinta kekeluargaan berbanding cinta romantik. Subjek-subjek menyenaraikan cinta
keibuan, keibubapaan, adik-kakak, dan adik-abang dan cinta nenek-datuk. Banyak
daripada ini kerap disenaraikan dan juga menerima pengkadaran prototipikality tertinggi.
Para psikologi sosial telah mengabaikan cinta kekeluargaan, walaupun beberapa
menyebut cinta keibuan (Fromm, 1956) dan cinta ibubapa-bayi (Kemper, 1978) dalam
tipologi mereka. Fromm dan Kemper juga mengandaikan cinta adik-abang sebagai satu
jenis cinta, walaupun tidak berapa dalam ertikata kekeluargaan, tapi maksud cinta
kepada sesama manusia.

Sebaliknya, beberapa jenis cinta yang digambarkan oleh para saintis sosial tidak
disebut oleh subjek kami: cinta kekurangan dan cinta wujud oleh Maslow (1955); cinta
lucu/tidak munasabah (cinta main-permainan) dan cinta pragmatik oleh Lee (1977); cinta
pengikut, kecurangan dan penyanjungan dari peminat oleh Kemper (1978); dan cinta
kosong, cinta bodoh, cinta bersatu/penyatuan, dan bukan cinta. Walaupun semua ini
mungkin mewakili kes-kes yang dianggap berada di luar domain oleh orang biasa,
kebanyakannya boleh jadi merupakan jenis-jenis cinta kurang utama yang tidak datang
ke fikiran dengan mudah.

Kesimpulannya, manakala para psikologi telah mencari satu atau dua ciri-ciri yang
melambangkan cinta, definisi cinta rakyat/tradisional adalah kompleks dan tidak
memberi sempadan jelas antara cinta dan pengalaman berkaitan yang lain. Tipologi
cinta rakyat/traditional lebih merangkumi berbanding kebanyakan tipologi-tipologi pakar.
Sementara pakar-pakar menumpu kepada cinta antara heteroseksual dewasa, orang
biasa memfokus kepada bentuk-bentuk cinta yang kurang romantik, termasuk cinta
antara ahli keluarga, dan banyak jenis cinta yang bukan antara perseorangan. Walaupun
beberapa pakar telah menyebut jenis-jenis cinta yang tidak disebut oleh orang
kebanyakan, ianya jarang berlaku.

Para saintis yang menjalankan kajian tentang cinta barangkali mengambilkira


konsep cinta dalam sudut yang lebih sempit berbanding subjek-subjek mereka. Bukti
lain konsisten dengan hipotesis ini. Ingat kembali 10 ayat tentang cinta (Jadual 4) yang
diambil dari buku-buku teks psikologi. Walaupun 10 ayat ini bukannya sampel
sistematik, ianya mengandaikan bahawa para psikologi, dalam penggunaan perkataan
cinta mereka, telah terpesong jauh dari penggunaan biasa. Sebagai contoh, Ayat 16
menegaskan bahawa cinta mempunyai “kedua-dua komponen fisiologikal dan psikologi.”
Subjek-subjek mendapati ayat ini munasabah untuk cinta romantik tetapi tidak masuk
akal untuk kes-kes cinta yang lain, walaupun prototipikal: cinta keibubapaan, anak-
ibubapa, dan adik-beradik.

Psikologi Cinta

Hubungan apakah yang sepatutnya ada antara konsep cinta biasa dan definisi para
saintis dan tipologi-tipologi cinta? Jawapan-jawapan berbeza kepada soalan ini boleh
dicadangkan. Di satu ekstrem, kedudukan di mana sains tidak perlu mempedulikan
konsep-konsep bahasa biasa sama sekali. (Dari pandangan ini, percanggahan antara
tanggapan saintifik dan orang biasa adalah tidak berkaitan dengan sains). Di satu
ekstrem yang lain, kedudukan di mana konsep cinta seharian adalah perlu kepada
pengalaman cinta, dan, oleh itu, kajian saintifik cinta ialah kajian konsep cinta. (Dari
sudut pandang ini, percanggahan di antara tanggapan saintifik dan orang biasa
menunjukkan kelemahan-kelemahan serius dalam laporan saintifik). Di kedudukan
tengah antara dua ekstrem ini menyatakan analisis saintifik dengan betul bergantung
kepada konsep-konsep harian, yang merupakan cetusan dari pendapat/pandangan
terkumpul tetapi konsep-konsep ini boleh dikemaskan, disusun, dan diperbaiki. (Dari
pandangan ini, percanggahan boleh ditoleransi, tapi para saintis tidak boleh
menyimpang jauh). Dalam bahagian ini, kami berharap untuk menyumbang kepada
pemahaman isu-isu ini. Kami percaya tidak satupun daripada kedudukan ini yang
mencukupi. Daripada melihat kedudukan-kedudukan ini sebagai alternatif bersaing,
kami cuba untuk menyepadukan mereka dari pandangan lebih luas.

Secara am definisi-definisi saintifik dan tipologi-tipologi cinta bertujuan mencapai


dua matlamat sekaligus: (a) untuk mendapatkan erti cinta sebagaimana yang difahami
semua orang dan (b) untuk memberi rangkakerja konsepsi kepada kajian saintifik
fenomena tersebut yang dirujuk dengan perkataan cinta. Dari pandangan klasik, dua
matlamat ini boleh dicapai sekaligus. Konsep cinta harian sudahpun ada ciri-ciri
sempadan jelas dan ciri-ciri biasa yang diingini secara saintifik. Anggapan ini dicabar
oleh teori prototaip dan oleh penemuan-penemuan empirik, seperti yang dilaporkan
dalam kajian ini, diilhamikan olehnya. Jika konsep cinta yang biasa difahami kekurangan
sempadan jelas, maka status saintifiknya mesti dikaji semula.

Dua matlamat ini mungkin memerlukan analisis-analisis tersendiri. Pertama, satu


analisis deskriptif (gambaran), bertujuan untuk menerangkan konsepsi cinta harian.
Cinta, sebagai satu konsep, adalha topik yang wajar dan sah dalam psikologi kognitif
sosial. Analisis prototaip yang diberi dalam artikel ini adalah analisi deskriptif konsep
cinta harian. Analisis kedua, preskriptif, bertujuan untuk menetapkan satu
pengkonsepsian fenomena-fenomena yang dirujuk dengan perkataan cinta. Fenomena-
fenomena ini adalah topik wajar dan sah di dalam psikologi emosi.

Analisis deskriptif adalah berkenaan dengan konsep, bukan peristiwa, tentang cinta:
Seorang ibu bimbang sekiranya dia benar-benar cukup mencintai anak-anaknya, seorang
lelaki tertanya-tanya adakah pasangannya mencintai dia, seorang budak remaja
tertanya-tanya jika apa yang dirasainya adalah cinta sebenar atau sekadar minat
sementara. Ramai yang percaya bahawa anak yang tidak dicintai bernasib malang-
mahkamah-mahkamah dengan itu telah mengisytiharkan bahawa “tidak dicintai adalah
seperti penyakit yang melemahkan tidak ada seorang pun yang mengalaminya
sepatutnya dikehendaki untuk menggunakan pengetahuan segajat bahawa perbuatan
jahat adalah salah dan keupayaan manusia untuk mengawal niat jahat” (Kagan, 1989,
ms. 11). Kebimbangan dan tertanya-tanya dan kepercayaan ini terikat kepada konsep
cinta harian. Bahasa biasa konsep cinta membimbing interpretasi rasmi dan tidak rasmi
tentang beberapa peristiwa kehidupan besar dan kecil, dan konsep itu mesti difahami
dalam keadaan begitu.

Perbandingan/analogi di sini ialah kepada konsep ahli sihir dan syaitan, yang
memainkan peranan penting dalam kehidupand dan kematian manusia di abad ke-17.
Analisis deskriptif ahli sihir dan syaitan akan menjelaskan peranan mereka dalam
pemikiran masa itu. Cubaan-cubaan untuk merapi atau memperbaiki konsep-konsep ini
tidak sesuai. Sama juga, satu analisis deskriptif cinta dan emosi bertujuan menjelaskan
peranan mereka dalam pemikiran hari ini. Usaha untuk merapi dan memperbaiki konsep
cinta akan menggagalkan matlamat analisis deskriptif. Teori prototaip juga sebagaimana
sesuai kepada konsep ahli sihir atau syaitan dan unikorn atau sentora begitu juga kepada
emosi, kenderaan, atau cinta, kerana semua ini adalah sama dalam status mereka
sebagai konsep, apa jua kelebihan dan kelemahan mereka dari pandangan saintifik.

Analisis preskriptif mengambil berat tentang peristiwa-peristiwa yang dirujuk


dengan perkataan cinta: Seorang ibu cintakan anaknya, seorang suami menyintai
isterinya, dan seorang pelokek (bakhil) cintakan duitnya. Analisis preskriptif cuba
memahami fenomena sedemikian. Oleh kerana teori prototaip mengambil berat tentang
konsep-konsep bukan peristiwa, ia tidak mempunyai kaitan langsung kepada analisis
preskriptif. Psikologi saintifik tidak lagi boleh bergantung kepada psikologi
rakyat/tradisional berbanding dengan fizik saintifik atau kimia bergantung kepada fizik
tradisional dan kimia tradisional. Namun demikian, teori prototaip boleh memain
peranan tidak langsung.
Pertama, satu kemungkinan adalah konsep cinta biasa memain peranan bersebab
dalam peristiwa cinta. Jika betul, maka analisis preskriptif memerlukan satu analisis
deskriptif yang mencukupi. Walau bagaimanapun, perbezaan antara konsep-konsep dan
peristiwa-peristiwa tidak boleh hilang, kerana konsep akan merupakan satu sebab/akibat
sebelum peristiwa itu.

Kedua, konsep dan kepercayaan rakyat/tradisional boleh memberi hipotesis-


hipotesis untuk diuji. Dalam kes ini, para saintis tidak boleh menganggap kebenaran
atau kepalsuan pengkonsepsian rakyat.

Ketiga, analisi konsep cinta dapat membantu membebaskan para saintis dari
anggapan dan kekeliruan tersembunyi. Contohnya, dalam menyatakan topik analisis
preskriptif kami menganggap bahawa fenomena yang ingin dianalisa hanyalah yang
dirujuk dengan perkataan cinta, tapi anggapan ini mungkin hanya akan menghalang
kemajuan saintifik. Analisis saintifik boleh memilih untuk membuat sempadan-
sempadan lain(berbeza).

Terdapat kecenderungan untuk menganggap bahawa semua kes yang dipanggil


dengan nama yang sama, cinta, berkongsi ciri-ciri penting tertentu. Mengikut teori
klasikal mereka berkongsi, dan tentunya mereka mungkin. Akan tetapi, teori prototaip
menyarankan bahawa kes-kes ini tidak ada keserupaan antara satu sama lain. Seperti
yang dinyatakan oleh Medin (1989), “Di sebalik bukti yang banyak menentang
pandangan klasikal. . .orang menggunakan essentialist heuristik (swakaji), contohnya,
hipotesis bahawa benda yang kelihatan serupa cenderung berkongsi ciri-ciri lebih dalam
(ms. 1476-1477). Maknanya, para saintis dan bukan saintis sama-sama memandang
remeh pandangan klasikal.

Mengapakah semua pengalaman ini dipanggil dengan nama yang sama-cinta?


Teori prototaip meminta kita mempertimbangkan satu alternatif kepada jawapan klasikal
bahawa mereka semua berkongsi intipati yang sama. Set pengalaman-pengalaman
berbeza ini dipanggil cinta oleh satu proses sejarah. Vygotsky (1962) menggambarkan
beberapa konsep sebagai rantaian, di mana setiap elemen berkongsi beberapa ciri
dengan jirannya, tetapi tiada pendirian sama mencirikan keseluruhan set. Evolusi
sejarah konsep cinta mungkin umpama rantai. Maka, kita mesti dengan hati-hati
mempertimbangkan pemerhatian Solomon (1977) tentang ketentuan sejarah tentang
konsep cinta: “Orang Perancis, misalnya, mempunyai perbezaan-perbezaan di antara
pelbagai bentuk kemesraan yang menampakkan kita sebagai lebih kejam. Orang Aglican
cemerkap dalam menyimpulkan konsep ‘cinta’ dan ‘suka’ yang jelas tidak mencukupi”
(ms. 281).

Maka kami mencadangkan untuk melihat definisi klasikal dan tipologi-tipologi yang
diberikand oleh ramai ahli teori, sebagai preskriptif. Tidak ada definisi klasikal atau
taksonomi kaku yang akan memberi satu analisis deskriptif yang tepat; dengan itu,
abaikan persoalan samada satu-satu definisi atau tipologi itu berbetulan dengan konsep
cinta harian. Sebaliknya, terima definisi sebagai sebenarnya membatasi satu bidang
fenomena yang mungkin boleh diterangkan oleh satu set hipotesis-hipotesis saintifik.
Kemudian uji hipotesis-hipotesis itu melalui cara empirik.

Untuk menerangkan, kita kembali kepada definisi Johnson-Laird dan Oatley-“untuk


merasai kebahagiaan dalaman dalam hubungan dengan satu objek atau seseorang.”
Untuk matlamat-matlamat analisis preskriptif, adalah tidak berkaitan bahawa definisi ini
gagal menangkap konsep cinta harian. Jadi, abaikan persoalan samada semua dan
hanya pengalaman-pengalaman sedemikian betul-betul dilabel sebagai cinta, tapi fokus
kepada set pengalaman-pengalaman ini. Kemudian, pertimbangkan definisi cinta Freud
iaitu keinginan/hasrat yang gagal/tidak tercapai. Abaikan persoalan samada semua dan
hanya pengalaman-pengalaman sedemikian betul-betul dilabel sebagai cinta, atau
samada mereka berbetulan dengan kes-kes yang dipilih oleh Johnson-Laird dan Oatley.
Maka ditafsirkan, setiap definisi mungkin merupakan satu langkah permulaan dalam
analisis saintifik berguna tentang satu set fenomena yang berkongsi ciri-ciri sama yang
mencukupi supaya mereka boleh dianalisis bersama.