Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pendahuluan

Kurikulum Pendidikan Jasmani telah digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pendidikan Jasmani juga merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkanprestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Dengan itu murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap mulia untuk menghadapi cabaran hidup seharian.

Mulai tahun 1999, kurikulum Pendidikan Jasmani telah dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan pendidikan sukan. Matlamat Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal, amalan kecergasan yang merangkumi aspek perkembangan mental dan sosial. Melalui aktiviti fizikal, peningkatan kecergasan dilakukan secara fizikal manakala dari aspek sosial dan mental pula, murid belajar bekerjasama dengan orang lain serta memperkembangkan lagi kematangan mereka.

Selain itu, kandungan

mata pelajaran ini adalah menekankan kepada dan keperluan murid. Oleh itu,

kecergasan yang sesuai dengan ciri-ciri

pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan

nilai berkaitan dengan mata pelajaran ini dengan melakukan aktiviti , eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid diberikan peluang untuk meluahkan emosi,

memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang kondusif dan selamat.

2.0 Tugas dan Peranan Guru Pendidikan Jasmani

Berdasarkan kenyataan di atas tadi, guru Pendidikan Jasmani mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk melaksanakan segala program yang telah dirancangkan agar segala matlamat dan objektif mata pelajaran ini tercapai. Oleh itu, guru Pendidikan Jasmani perlu memainkan peranannya sebagai pendidik jasmani dengan lebih berkesan untuk membantu pelajar berkembang secara seimbang dari aspek fizikal, sosial dan mental.

Menurut Singer (1976), pendidik jasmani adalah sama bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan masyarakat melalui peranannya. Ia hendaklah berupaya untuk impress upon society that their subject matter is indispensable to enculturation. Oleh itu, peranan pendidik jasmani ialah mendidik dan memimpin bukan sahaja pelajar tetapi juga masyarakat. Ini menunjukkan

bahawa peranan pendidik atau guru adalah sangat penting bukan sahaja setakat menyampaikan ilmu semata-mata, bahkan juga meliputi tugas menyusun,

mengatur dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai selaras dengan kehendak kandungan sesuatu pengajaran.

Seterusnya,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

menyediakan

beberapa garis panduan kepada para pendidik jasmani tentang peranan dan tugas mereka. Berikut adalah di antara tugas-tugas dan peranan yang perlu dipraktikan oleh para guru Pendidikan Jasmani : 2.1 untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal pelajar 2.2 untuk meningkatkan keupayaan fizikal pelajar dengan membangunkan sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza 2.3 untuk memberi peluang kepada pelajar mengalami pengalaman yang seluas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti dalam pelbagai cara 2.4 untuk membolehkan setiap pelajar mengalami perasaan kejayaan melalui aktiviti fizikal 2.5 menolong pelajar untuk belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan orang lain 2.6 untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental, kawalan diri dan keyakinan diri 2.7 menolong pelajar mengalami keseronokan yang berkaitan dengan pelajaran yang dirancang dengan rapi, memberangsang dan bertujuan.

Adalah jelas di sini, guru Pendidikan Jasmani perlu melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai keberkesanannya. Namun begitu, timbul polemik di kalangan ahli masyarakat yang mempersoalkan sejauh manakah peranan dan penglibatan guru dalam menentukan tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran

Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah.

Dalam satu kajian untuk penulisan tesis yang telah dibuat oleh seorang mahasiswa dari Unimas terhadap kalangan guru Pendidikan Jasmani di sekolahsekolah daerah Tanah Merah, Kelantan, didapati tahap pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di daerah tersebut adalah pada tahap sederhana sahaja. Beliau telah membuat tinjauan terhadap 84 orang guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dari 8 buah sekolah di daerah Tanah Merah, Kelantan. Mengapakah hal ini boleh berlaku sedangkan kurikulum mata pelajaran ini telah digubal semula dan telah diharmonikan dengan sebaik-baiknya ? Di antara dapatan beliau ialah kelemahan guru sendiri dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga menyebabkan keberkesanan

tahap pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana sahaja. Guru didapati kurang berkesan dalam memainkan peranan mereka

sebagai pendidik jasmani yang berwibawa.

Selain itu, tinjauan Utusan Pendidikan (Utusan Malaysia, 1995) mendapati bahawa ada beberapa sekolah melaksanakan program Pendidikan Jasmani tetapi tiada penekanan dibuat untuk menjamin keberkesanannya. Ada di kalangan guru sendiri yang menganggap mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini adalah sekadar untuk mencukupkan syarat dan jika tidak dilaksana pun tidak menjadi masalah kepada pihak sekolah. Bahkan pelaksanaan yang dijalankan kerap kali tidak memenuhi kehendak objektif kerana sikap tidak ambil berat guru terhadap isi kandungan mata pelajaran tersebut menyaksikan kepentingan Pendidikan Jasmani semakin diabaikan.

3.0 Faktor-faktor Kelemahan Guru

Kegagalan guru dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani dengan berkesan telah memberikan impak yang besar terhadap mata pelajaran ini. Akibatnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani hari ini masih dianggap oleh segelintir ibu bapa dan guru sendiri sebagai mata pelajaran yang tidak penting. Kelemahan guru juga menyebabkan pelajar semakin hilang minat untuk

mengikuti pelajaran ini. Akhirnya akan lahir masyarakat pelajar yang hanya mementingkan bidang akademik sahaja tetapi cetek pengetahuannya dalam bidang yang berkaitan dengan kecergasan dirinya. Berikut adalah beberapa faktor kelemahan guru yang menyebabkan pelaksanaan pengajaran mata pelajara Pendidikan Jasmani berada pada tahap sederhana.

3.1 Kelayakan Guru

Kebanyakan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah dari kalangan guru-guru bukan opsyen. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahun dan kemahiran yang mendalam tentang isi kandungan mata pelajaran ini. Faktor ini adalah penting kerana guru hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berupaya mengatur program yang sesuai dengan keperluan pelajar. Keadaan ini merupakan masalah yang sering dihadapi di kebanyakan sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah di negara kita. Ini kerana jika diteliti kepada latar belakang guru-guru yang

mengajar Pendidikan Jasmani di kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah daerah Tanah Merah, Kelantan, didapati hanya seramai 8 orang sahaja yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Pendidikan Jasmani berbanding dengan 84 orang guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

Kurangnya pengetahuan dan kemahiran menyebabkan mata pelajaran ini diabaikan oleh guru. Sebagaimana pendapat Prof. Khoo Kay Kim (1995) yang mengatakan bahawa sebab utama pengabaian ini adalah kerana kurangnya guru yang berkelayakan. Pendapat ini telah disokong oleh Rahman Shaari (1996). Beliau berpendapat bahawa pelajaran ini diabaikan kerana kurangnya daya

kreativiti di kalangan guru. Faktor ini juga menyebabkan pengajaran menjadi lemah dan kurang berkesan.

Selain itu, kekurangan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi kesungguhan pengajaran guru. Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak menarik dan membosankan. Pelajar hanya didedahkan dengan satu atau dua jenis permainan atau kemahiran sahaja dalam setahun. Aspek-aspek lain seperti kecergasan dan pendidikan sukan tidak disentuh langsung. Akhirnya pelajar hanya tahu serba sedikit bermain sesuatu permainan tetapi skop lain dalam kandungan mata pelajaran ini langsung tidak dipelajari.

Peranan

dan penglibatan

guru

dalam

pelaksanaan

pengajaran

Pendidikan Jasmani adalah amat penting sebagaimana kata Ross et al., (1987) bahawa guru merupakan penghubung yang dapat memahami budaya pelajar. Di samping itu, Singer (1976) pula menyifatkan guru sebagai penerang yang menjana dan menggerakkan kepada perkembangan mental pelajar. Oleh itu, untuk meningkatkan tahap pelaksanaan Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah, faktor kelayakan guru perlu diberi penekanan dan perhatian yang utama.

3.2 Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani

Pemahaman guru tentang penyampaian isi pembelajaran kurang dikuasai oleh guru. Situasi ini menyebabkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak memenuhi kehendak isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sebenar yang iaitu merangkumi latihan, demontrasi, pembetulan, peneguhan dan penyampaian isi pelajaran yang dianggap sebagai masa pengajaran yang sebenar. bersifat perintah tanpa Kaedah pengajaran yang digunakan lebih peluang kepada pelajar untuk

memberi

memperkembangkan minat dan kebolehan mereka.

Selain itu, guru juga didapati gagal menguruskan masa pengajaran dengan lebih efisyen. Kegagalan ini akan menyebabkan isi pelajaran tidak disampaikan mengikut peruntukan masa yang sesuai. Jadual di bawah menunjukkan tahap keupayaan guru menguruskan masa penyampaian sesuatu fasa di dalam satu waktu pengajaran oleh guru-guru Pendidikan Jasmani di daerah Tanah Merah, Kelantan.

Rating Sangat rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi

Skor 0 7 8 14 15 21 22 28 29 35

Kekerapan 0 6 46 30 2 n = (84)

% 0.0 7.1 54.8 35.7 2.4 100%

Jadual 1 : Skor dan skala rating bagi penggunaan masa pengajaran Pendidikan Jasmani

Jadual 1 di atas

adalah dapatan yang menunjukkan bahawa faktor

penggunaan masa yang mengikut pengajaran Pendidikan Jasmani yang sebenarnya berada pada tahap sederhana. Sebanyak 7.1% (n= 6) dalam

rating rendah, 54.8% (n = 46) sederhana, 35.7% (n= 30) tinggi manakala 2.4% (n=2) pada tahap sangat tinggi. Berdasarkan keputusan ini, maka didapati penggunaan masa tidak diberi perhatian oleh guru dan secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Ini adalah kerana pengajaran Pendidikan Jasmani masih dijalankan sebagai amalan turutan yang menjadi tradisi kebanyakan guru di mana guru yang mengajar Pendidikan jasmani tidak menggunakan kaedah pengajaran yang terkini. Amalan sebegini mengikut Singer (1976), akan mengurangkan jumlah masa untuk aktiviti pembelajaran. Sebaliknya masa banyak dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti persediaan sama ada pada awal atau akhir sesuatu kelas. Oleh itu, penggunaan masa dan kaedah pengajaran perlu diawasi selalu agar masa Pendidikan Jasmani tidak disalahgunakan untuk aktiviti-aktiviti lain selain dari pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani.

3.3 Pengalaman dan Umur

Pengalaman mengajar juga merupakan faktor penting dalam menentukan tahap perlaksanaan Pendidikan Jasmani. Jadual 2 di bawah menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani kurang berpengalaman. Dapatan tersebut adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah menengah daerah Tanah Merah, Kelantan.

Pengalaman Kurang 5 tahun 60.7% (n= 51) 6 10 tahun 19.2% (n=16) 11 15 tahun 10.3% (n=10) Lebih 16 tahun 8.3% (n=7) 100% (n=84)

Sangat Rendah Rendah 0 3 0 0 0 0 1 0 0 4

Skala Rating Sederhana Tinggi 31 17 7 7 4 49 8 3 3 31

Sangat Tinggi 0 0 0 0 0

Terdapat seramai 51 orang (60.7%) mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun, pengalaman antara 6 hingga 10 tahun seramai 16 orang (19.3%), antara 11 hingga 15 tahun ialah 10 orang ( 10.3%) dan yang melebihi 16 tahun seramai 7 orang (8.3%) sahaja. Mereka yang mempunyai pengalaman dalam kumpulan kurang daripada lima tahun dan kumpulan di antara 11 hingga 15 tahun menilai pelaksanaan Pendidikan Jasmani lebih kepada tahap yang sederhana . Keadaan ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak mendapat pendedahan tentang pengajaran Pendidikan Jasmani terkini. Dalam bidang pendidikan, penyampaian dan penterjemahan ilmu adalah penting dan ini 10

merupakan satu keistimewaan bagi mereka yang berpengalaman. Cameron dan Mc Laughlin (dalam Al Ramaiah, 1992) berpendapat bahawa pengajaran guru selepas tahun kelima hingga ketujuh semakin kurang efektif.

Di samping pengalaman, umur juga dijadikan sebagai sumber rujukan bagi nilaian terhadap tahap pelaksanaan Pendidikan Jasmani sebagaimana jadual 3.

Umur Kurang 30 tahun 247.4% (n= 23) 31 - 35 tahun 42.9% (n=36) 36 - 40 tahun 15.5% (n=13) Lebih 41 tahun 14.3% (n=12) 100% (n=84)

Sangat Rendah Rendah 0 3 0 0 0 0 1 0 0 4

Skala Rating Sederhana Tinggi 17 4 16 7 9 49 18 6 3 31

Sangat Tinggi 0 0 0 0 0

Jadual 3 : Skor dan sakla rating mengikut umur terhadap keseluruhan faktor.

Berdasarkan Jadual 3, terdapat sebanyak 42.9% (n=36) terdiri daripada mereka yang berumur antara 31 hingga 35 tahun dan 27.4% ( n= 23) adalah kurang daripada 30 tahun. Manakala mereka yang berumur antara 36 hingga 40 tahun adalah 15.5% (n=13) dan yang melebihi 40 tahun hanya 14.3% (n=12) sahaja. Daripada jumlah tersbut, terdapat sebanyak 4.8% (n=4) memberi nilaian pada tahap rendah sebaliknya 58.8% (n=49) pada tahap yang sederhana dan

11

37.2% (n=31) pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa nilaian yang dibuat adalah secara keseluruhannya adalah sederhana.

Berdasarkan dapatan tersebut, didapati bahawa mereka yang berumur kurang daripada 30 tahun dan mereka yang berumur melebihi 41 tahun memberi kelebihan kepada tahap sederhana berbanding dengan tahap tinggi. Manakala yang berumur antara 31 35 tahun dan yang berumur antara 36 40 tahun menilai tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani pada kadar yang sama antara tahap sederhana dan tinggi.

3.4 Guru Tidak Kreatif Dalam Mengajar Pendidikan Jasmani

Dalam memperkatakan hal ini, kita boleh melihat kepada dua perkara. Pertama dalam pengajaran dan pembelajaran itu sendiri, dan yang kedua dari segi penyediaan alatan untuk sesi pengajaran Pendidikan Jasmani.

Apabila

memperkatakan

tentang

kreatif

dalam

pengajaran,

ianya Guru

melibatkan tentang cara guru itu mengendalikan sesi pengajarannya. mungkin tidak mempelbagaikan kaedah pengajarannya.

Guru masih terikat

dengan cara lama iaitu kaedah perintah. Sesi pengajaran hanya berjalan satu hala sahaja. Guru memberikan input manakala murid menerima input yang Contohnya, apabila mengajar kemahiran mengelecek

diberikan oleh guru.

dalam permaianan hoki, guru mengarahkan supaya murid melihat bagaimana

12

guru melakukannya dan apabila selesai murid dikehendaki melakukan sebagaimana yang telah dilakukan oleh guru.

Justeru, apabila hal ini berlaku sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani menjadi tidak menarik seterusnya tidak dapat menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dari guru. Kaedah pengajaran dari guru

memainkan peranan besar dalam menarik penglibatan murid. Pengajaran yang hambar boleh membunuh minat murid.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, guru bukan hanya menyampaikan ilmu bahkan guru juga bertanggungjawab memperkembangkan minda muridnya untuk menjadi kreatif. Sekiranya guru masih berpegang kepada cara lama dalam sesi pengajarannya adalah agak sukar untuk membentuk murid menjadi kreatif. Sebagai contoh guru boleh memberi kerja rumah kepada

muridnya untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi pengajaran yang berikutnya. Seterusnya apabila murid melaksanakan aktiviti tersebut guru bertindak sebagai pembimbing untuk membetulkan perkara-perkara yang tidak sesuai. Di sini murid dapat membperkembangkan bakatnya dalam mencipta

aktiviti-aktiviti baru yang berkaitan dengan sesi pengajaran.

Antara faktor yang menyebabkan guru tidak kreatif dalam mengendalikan sesi pengajarannya ialah masalah sikap. Guru tidak bersedia dengan sesi pengajarannya. Guru seharusnya merancang apa yang hendak disampaikan

13

kepada murid dan guru seharusnya mempunyai target iaitu setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran murid-muridnya dapat menguasai ketiga-tiga domain yang telah dirancang dan hendak dicapai. Guru seharusnya sedar Guru harus

bahawa murid-murid mempunyai pelbagai peringkat kebolehan.

merancang aktiiviti mengikut peringkat kebolehan muridnya supaya mereka dapat menguasai kemahiran yang hendak disampaikan oleh guru. Selain dari itu ia juga dapat melibatkan keseluruhan muridnya dalam aktiviti yang dijalankan.

Perkara

kedua

yang

menyebabkan

guru

tidak

kreatif

dalam

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran ialah dari segi penyediaan alatan. Selain dapat membantu guru memudahkan pengajarannya alatan juga dapat menarik minat murid untuk terlibat sama dalam sesi pembelajaran.

Guru seharusnya tidak bergantung kepada alatan yang terdapat di sekolah sahaja. Guru boleh menyediakan alatannya sendiri sama ada guru itu membuatnya sendiri atau memberikan projek kepada muridnya. Sebagai

contoh, semasa guru hendak mengajar tajuk berkaitan beban, guru semestinya memerlukan alat-alat seperti barbell dan dumbell untuk memudahkan

penyampaian dan memerlukan supaya murid memahami serta merasai bahagian-bahagian otot yang terlibat. Alat-alat tersebut boleh disediakan sendiri oleh guru tetapi ianya haruslah menepati atau sekurang-kurangnya hampir menyamai spesifikasi sebenar.

14

Sekiranya sekolah kekurangan alat guru boleh menyediakan atau mencipta alat reka ganti yang hampir menyerupai. Contoh, sekolah tidak

mempunyai lembing yang mencukupi bagi semua murid, sebagai permulaan sesi memperkenalkan teknik yang betul, guru boleh menggunakan kayu yang lurus kepada muridnya. Selain memudahkan ianya menjamin dapat keselamatan.

Bagi alat-alat yang telah rosak, ianya tidak semestinya terus dibuang. Sekiranya alat tersebut masih boleh digunakan ianya perlu diperbaiki atau ditukar kegunaanya. Sebagai contoh bola yang bocor ianya boleh dijadikan

medicine ball atau sebagainya.

Selain itu, bagi menarik minat murid guru harus mempelbagaikan alat bantu mengajar. Sebagai contoh motion picture, filem berjalur, penggunaan

komputer dan sebagainya bersesuaian dengan peredaran masa. Alat-alat ini dapat membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih kepada muridnya. Dalam sesetengah permainan murid dapat melihat aksi sebenar yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh gurunya.

15

3.5 Guru Tidak Mendapat Pendedahan Terkini

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan sedar usaha haruslah dimulai dari peringkat sekolah rendah lagi. Oleh itu guru haruslah mempunyai content of knowledge yang mana guru mempunyai ilmu dan pengetahuan bidang yang diajarnya. Justeru itu pelbagai kursus sama ada dalam perkhidmatan ataupun sebagainya telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dengan harapan dapat melahirkan guru yang boleh mengajar dengan kaedah dan teknik yang betul. Sebagai contoh Kursus Sijil Perguruan Khas setahun dan kursus empat belas minggu yang menawarkan pelbagai bidang mata pelajaran.

Akan tetapi masih ada di kalangan warga guru yang tidak mendapat pendedahan yang terkini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara faktor mengapa perkara ini berlaku ialah tiada tindakan lanjutan dari guru yang telah mengikuti kursus. memanjangkan Guru yang telah mengikut kursus tidak

pengetahuan yang telah diperoleh kepada guru-guru lain di

sekolahnya. Guru tersebut menjadi pasif. Antara tindakan yang perlu dilakukan oleh guru yang telah mengikuti kursus anjuran kementerian ialah mengadakan kursus dalaman. Dengan cara itu segala ilmu yang telah diperoleh dapat

dikongsi oleh guru-guru lain yang tidak berpeluang mengikutinya.

16

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula seharusnya memperbanyakkan kursus-kursus peringkat daerah yang akan melibatkan semua sekolah di bawah kelolaannya. PPD harus mengenalpasti guru-guru yang mempunyai ilmu yang mendalam atau guru yang baru balik dari mengikuti kursus agar dapat dijadikan sebagai guru sumber. Guru-guru sumber ini pula akan bertindak menjadi pakar rujuk kepada guru-guru lain untuk memperolehi perubahan yang terkini dalam bidang pendidikan. PPD juga harus memperbanyakkan penyeliaannya ke

sekolah-sekolah untuk memantau segala perkembangan berkaitan kursuskursus dalaman yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Serta kenalpasti guru-guru yang memerlukan kursus lanjutan dalam bidangnya.

3.6 Kegagalan Guru Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Jasmani

Kurikulum Pendidikan Jasmani yang digubal dan digunapakai oleh negara kita ini merupakan satu kurikulum yang sempurna dan menepati Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang mana ianya menitikberatkan perkembangan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Jika dianalisis kurikulum Pendidikan Jasmani yang ada kita akan dapati kelima-lima aspek tersebut boleh dipersembah dan diperjelaskan dengan berkesan melalui Pendidikan Jasmani.

17

Kegagalan guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Jasmani dapat dilihat dari pelbagai sudut dan aspek antaranya ialah seperti berikut:

i.

Rancangan pengajaran Dari aspek merancang pelajaran termasuklah penulisan objektifnya, seseorang guru tidak merancang sesi pengajarannya apa yang berlaku ialah guru merancang secara adhoc yang mana terdapat banyak kelemahan dalam perancangan secara adhoc. Ini akan menjejaskan keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu seseorang guru perlu merancang sesi pengajarannya dari segi

pendekatan, kaedah, teknik dan strategi mengajar yang betul serta alatan, tempat alat bantu mengajar dan sebagainya.

ii.

Pedagogical Content Knowledge (PCK) Kekurangan atau ketiadaan pengetahuan tentang PCK akan menjejaskan keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani,

hasilnya nanti seseorang guru hanya menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja. Perkara ini memberi kesan yang negatif kepada pelajar, rakan sejawat, sekolah dan profesion.

iii.

Pendekatan Tradisional

18

Pengajaran berpusatkan guru, stail perintah dan terlalu banyak arahan merupakan ciri-ciri pendekatan tradisional. Cara ini banyak kelemahannya dan kurang sesuai digunakan untuk mengajar Pendidikan Jasmani. Guru seharusnya mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar Pendidikan Jasmani agar sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

iv.

Penilaian, Pengujian dan Pengukuran (3P) 3P merupakan komponen yang penting dalam Pendidikan Jasmani kerana ia merupakan satu penilaian yang dibuat untuk mendapatkan keputusan-keputusan tahap kecergasan dan intelek seseorang pelajar disekolah. Kebiasaannya hasil keputusan 3P digunakan untuk menilai akauntabiliti seseorang guru Pendidikan Jasmani Ramai di kalangan guru Pendidikan Jasmani yang tidak melaksanakan 3P sama ada mereka mengetahui atau tidak tentang 3P. Menurut Artikel dalam Journal JOPERD (Measurement & Evaluation Theory to Practice) terdapat konflik di antara pakarpakar 3P dan guru-guru Pendidikan Jasmani. Permulaan konflik, Needs of the practitioners vs. the role of the M&E specialist. Pakarpakar 3P dan guru-guru mempunyai matlamat yang sama dalam menentukan akauntabiliti Pendidikan Jasmani . Setiap pihak

19

memberi pandangan dari perspektif yang berbeza dan pespektif yang boleh menimbulkan konflik sebagai contoh Pakar 3P memberi penekanan teori, kaedah, prosedur pengujian, kebolehpercayaan dan sebagainya yang boleh membekalkan keberkesanan pengujian dan mendapat skor ujian yang tepat. Sebaliknya guru memerlukan atau mahukan penyelesaian yang lebih praktikal kepada masalah yang kompleks yang Di antara pakar-pakar teori di universiti

dengan guru-guru masih lagi terdapat satu jurang. Kurangnya pakar-pakar penyelidik membawa hasil penyelidikan kepada guru dan konsep salah arah yang mana kurangnya penghubung teori kepada praktikal. Hubungan dua hala yang sangat penting supaya pakar penyelidik dan guru-guru boleh berkomunikasi selain dari itu ia menyedarkan pakar penyelidik akan keperluan guru.

Sehubungan dengan itu hubungan dua hala yang lebih efektif perlu diusaha agar jurang yang sedia ada dapat dikurangkan demi memartabatkan Pendidikan Jasmani di Malaysia.

3.7 Pemantauan

Pemantauan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak dilaksanakan di peringkat sekolah, Pendidikan Daerah, Pendidikan Negeri dan Nazir. Sewajarnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani diberi perhatian yang sama dalam proses pemantauan di mana-mana juga peringkat agar kredibilitinya sebagai mata

20

pelajaran akademik menjadi kenyataan. Pelbagai kaedah pemantauan boleh dijalankan disekolah iaitu menerusi Ketua Panitia, Penolong Kanan KoKurikulum, Penolong Kanan Akademik sehinggalah guru dengan guru. Ramai yang tidak sedar akan masa depan Pendidikan Jasmani dalam konteks kerjaya. Pendidikan Jasmani menawarkan pelbagai jenis jawatan-jawatan profesional dalam kerajaan mahupun sektor swasta.

Proses pemantauan yang dijalankan mestilah berterusan dan dibawah disertakan cadangan jadual pemantauan sepanjang sesi persekolahan:

Semester 1 Pendidikan Jasmani

Semester 2

Catatan

Pendidikan Kesihatan

Sekiranya mata pelajaran Pendidikan Jasmani mendapat tempat dan perhatian yang sama dengan mata pelajaran peperiksaan yang lain dan proses pemantauan dijalankan walau hanya peringkat sekolah sekalipun maka peningkatan mutu dan keberkesanannya akan terhasil kerana dari

pemantauanlah guru-guru mendapat maklum balas yang amat berguna bagi 21

mereka memperbaiki mutu pengajaran dan seterusnya dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3.8 Etika Guru

Beretika semasa menjalankan tugas adalah amat penting bagi setiap orang guru. Guru mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian semasa menjalankan tugas sama ada formal mahupun tidak formal. Ini disebabkan guru adalah role model di mana segala tindak tanduk guru akan menjadi perhatian oleh ibu bapa, pelajar, masyarakat setempat dan sebagainya. Oleh itu, setiap guru khususnya guru pendidik jasmani perlu sentiasa memastikan diri mereka tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir guru pendidik jasmani yang masih gagal mematuhi ketetapan yang dibuat oleh pihak kementerian. Contohnya terdapat guru pendidik jasmani yang gagal menunjukkan contoh yang baik dari segi berpakaian semasa mengajar Pendidikan Jasmani. Selain itu, masih terdapat guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani

menggunapakai kaedah yang tersendiri contohnya kaedah remote control. Ketidakprofesionalan guru semasa menjalankan tugas ini akan menimbulkan tanggapan negatif pelajar terhadap guru. Kemungkinan juga beberapa tindak tanduk guru yang kurang elok itu tadi akan menjadi ikutan pelajarnya. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak akan mencapai keberkesanannya dalam membentuk sahsiah pelajar.

22

4.0 Penutup

Pendidikan Jasmani adalah satu bidang ilmu yang tidak kurang pentingnya dengan mata pelajaran lain. Lantaran itu, kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memurnikan lagi mata pelajaran ini dari semasa ke semasa agar sesuai dengan peredaran zaman serta kematangan pelajar. Langkah ini bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, melalui mata pelajaran ini bakatbakat pelajar dapat dicungkil sejak mereka di bangku sekolah lagi. Walau bagaimanapun, hasrat ini mungkin sukar untuk dicapai jika guru masih berada ditahap lama dan tidak mahu melakukan anjakan paradigma terhadap tugas dan peranannya sebagai guru yang profesional. Jika semua guru pendidik jasmani sanggup bersatu padu, saling bekerjasama dan sentiasa bersedia maka mata pelajaran ini akan dapat dimertabatkan lagi sehingga ke tahap bertaraf dunia. Namu begitu, hasrat ini akan dapat dicapai dengan usaha yang gigih daripada semua pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan.

Rujukan

23

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Khoo Kay Kim. (1995). Kurang guru punca abai jasmani. Utusan Malaysia, 29 Julai. 1995. Ms 21. Mohd Taufek Razak. (29 Julai, 1995). Pendidikan jasmani diabaikan. Utusan Malaysia,. P.21. Rahman Shaari.(1996). Kurang kreativiti punca pengajaran lemah. Berita Harian, 2 November, 1996. Singer, R. N. (1976). Physical education foundation. New York. Holt, Rinehart and Winston. http://www.webcastmy.com.my/unimasresearchgateway/thesis/thesis_0017/cont ents.htm

24