Anda di halaman 1dari 8

PERIKANAN DI MALAYSIA

1. Malaysia di kelilingi laut cetek yang kaya dengan ikan - Pelantar sunda. 2. Pekerjaan yang penting bagi penduduk di kawasan pantai. Nelayan berkemahiran kerana ia pekerjaan tradisi. 3. Sumber protein yang murah dan mudah didapati. 4. Hasil tangkapan cukup untuk keperluan tempatan. 5. Malaysia ada mengekspot udang ke Singapura, Negeri Thai, United Kingdom dan Jepun. 6. Perikanan dimajukan lagi melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan FAMA - pasarkan.

Peta : Taburan Kawasan Perikanan di Malaysia KEPENTINGAN PERIKANAN 1. Sumber protein yang murah dan mudah didapati. 2. Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan. 3. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat bot, jala, pukat, alat menangkap dan memproses ikan. 4. Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang terpaksa diimport. 5. Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia dieksport ke Singapura, Jepun, United Kingdom dan Negeri Thai. FAKTOR YANG MENGGALAKKAN KEGIATAN PERIKANAN 1. Kawasan perikanan yang luas - dikelilingi oleh kawasan perairan Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau.

2. Terletak di atas pentas sunda - Pentas Sahul (Pelantar) yang kaya dengan ikan-ikan dan makanan ikan iaitu plankton - lautnya cetek dan kaya dengan ikan. 3. Ikan dapat pasaran yang meluas kerana ia sumber protein yang murah dan mudah. 4. Pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan nelayan. 5. Hasil tangkapan merupakan sumber bahan mentah untuk buat keropok, belacan, cencaluk dsbnya. PERBANDINGAN MENGAPA PERIKANAN PANTAI BARAT LEBIH PENTING DARIPADA PANTAI TIMUR
PANTAI BARAT PANTAI TIMUR 1. Dapat dijalankan sepanjang tahun Tidak dapat dijalankan kerana laut kerana tiada gangguan angin monsun bergelora (gangguan Monsun Timur (Monsun Timur laut & Monsun Barat Laut). Daya). Laut-nya tenang sepanjang tahun. 2. Gunakan cara tangkapan yang moden. Cara tangkapan yang lama - hasil Hasil lebih banyak (Kapal tangkapan tangkapan sedikit (cara tradisional) moden yang lengkap dengan alat menyimpan ikan) - Nelayan berada di laut sehingga berminggu-minggu. 3. Kebanyakan nelayannya kaya Nelayan tak mampu sediakan cara / alat mampu sediakan alat tangkapan tang-kapan moden. moden. 4. Banyak pelabuhan penda-ratan bot danKekurangan pusat-pusat pendaratan kapal perikanan. ikan menye-babkan ikan-ikan menjadi rosak kerana tidak dapat dipasarkan dengan cepat. 5. Pasaran - permintaan ikan lebih Pasaran kurang meluas. banyak - banyak bandar besar dan kepa-datan penduduk tinggi. 6. Banyak kemudahan untuk memproses, Hasil tangkapan kurang kerana : membeku dan mengetin ikan dan udang. a. kurang kelengkapan b. gangguan monsun timur laut 7. Sistem perhubungan - pengangkutan Sistem pengangkutan kurang maju yang lengkap dan teratur - hasil hasil tangkapan tidak dapat dipasarkan tangkapan dapat dipasarkan dengan segera. cepat dan mudah 8. Jalankan perikanan laut dalam dan Kebanyakan nelayannya hanya

pinggir pantai.

menjalankan kegiatan perikanan pinggir pantai.

JENIS-JENIS PERIKANAN 1. 2. 3. 4. Perikanan pinggir laut Perikanan laut dalam Perikanan air tawar Perikanan akuakultur (menternak ikan) Perikanan Pinggir Laut

Jenis perikanan yang terpenting Melibatkan ramai nelayan tempatan - mendapatkan paling banyak ikan. Dijalankan di kawasan 30km dari pantai. Gunakan pukat hanyut, jala, pompang, tangkul Hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau, ikan merah, ikan bilis, udang dan ketam. Hasil tangkapan tidak banyak. Perikanan Laut Dalam

30 - 300 km dari laut. Menangkap ikan di tengah laut seperti Selat Melaka, Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Gunakan kaedah lengkap dengan peralatan moden - hasil tangkapan lebih banyak - pukat tunda Berada di laut selama beberapa hari/minggu. Hasil 60% jumlah pengeluaran ikan Malaysia. Hasil tangkapan tinggi. Perikanan Air Tawar

Melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya, dan sungai. Memelihara ikan di kolam, tasik, paya, sungai (dalam sangkar). Jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat, haruan, keli dsbnya. Gunakan jala, pukat, lukah, bubu, dan pancing. Penternakan ikan, udang dan kerang ada juga dijalankan secara besarbesaran di kolam atau sangkar. Sabah adalah pengeksport udang yang utama di Malaysia. Perikanan Akuakultur (Menternak Ikan)

Ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya atau sangkar. Dijalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran ikan. Ada juga diternak secara besar-besaran (ikan talapia, kap rumput, jelawat dan kerang) dalam sangkar atau kolam. Banyak diusahakan di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Pualu Pinang, Sabah dan Terengganu. CARA-CARA MENANGKAP IKAN DI LAUT Pukat Tarik

Diturunkan ke dalam laut untuk mengepung ikan yang banyak. Satu hujung pukat ditarik nelayan ke pantai dan satu hujung lagi ditarik oleh nelayan di dalam bot. Ikan terperangkap dalam pukat - biasanya ikan bilis ditangkap menggunakan cara ini. Pukat Tangkul

Berbentuk segi empat sama. Gunakan unjang untuk tarik perhatian ikan supaya berkumpul. Bila ikan berkumpul dengan banyaknya - satu unjang baru akan diturunkan dan ikaa-ikan akan bergerak ke arah unjang baru yang di bawahnya ada pukat. Pukat ditarik ke atas dengan menggunakan keempat-empat penjurunya. Kelong

Pancang dan kayu yang dipacak berbaris dihujungnya da perangkap / jaring. Tidak digunakan di pantai timur kerana laut bergelora. Pukat Hanyut

Direntangkan dalam laut seperti jaring badminton. Ikan yang berenang kearah pukat akan terperangkap bila kepalanya tersangkut di mata pukat. Biasa digunakan oleh nelayan di pantai timur. Pukat Pompang

Dipasang di muara sungai.

Semasa air pasang ikan akan berenang mengikut aliran air dan terperangkap dalam pukat. Pukat Tunda

Pukat yang besar - berbentuk seperti beg dan mulutnya terbuka luas. Digunakan oleh nelayan laut dalam / dasar laut. PUSAT-PUSAT PERIKANAN DI MALAYSIA peta

MASALAH DALAM PERIKANAN DI MALAYSIA 1. Hasil tangkapan semakin merosot kerana : a. b. c. d. e. Penangkapan yang berlebihan. Pencemaran air - sisa-sisa buangan kilang dan tumpahan minyak. Penggunaan pukat tunda yang berleluasa - musnahkan habitat ikan. Kemusnahan kawasan pembiakan ikan. Penggunaan bot-bot kecil, jala, pancing dan pukat hanyut.

2. Nelayan tak mampu memmbeli peralatan moden - amalkan cara tangkapan yang tidak produktif. 3. Bekalan dan permintaan tidak tetap - harga tak stabil. 4. Gangguan angin Monsun Timur Laut terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. 5. Kekurangan kemudahan perikanan seperti loji ais untuk mengawet ikan terutamanya di pantai timur (kemudahan mendingin beku, mengawet dan menyimpan ikan - kos yang tinggi). 6. Pelabuhan pendaratan ikan kurang terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia - nelayan terpaksa pergi ke bandar / tempat lain untuk pasarkan hasil tangkapan. 7. Nelayan dapat pulangan yang rendah daripada jualan ikan kerana ditindas oleh orang tengah / peraih ikan. 8. Perairan Malaysia dicerobohi oleh lanun / nelayan asing dari Indonesia, Thailand atau Filipina - rampas hasil tangkapan / peralatan. 9. Cuaca terlalu panas menyebabkan ikan cepat ikan cepat busuk (rosak) jika lambat dihantar kepasaran.

10.Musim tengkujuh hasil sampinganseperti keropok dll tidak dapat dijemur - jejaskan pendapatan nelayan . 11.Pelepasan sisa toksid dari kilang dan tumpahan minyak cemarkan air laut - jejaskan ikan dan hasil laut lain. LANGKAH MENGATASI MASALAH 1. Peranan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dalam menenntukan gred dan harga ikan di pasaran. 2. LKIM cari pasaran baru ikan ke luar negara seperti Singapura. 3. LKIM galakkan pengusaha untuk majukan penternakan secara akuakultur dengan cara memberi bantuan khidmat nasihat dan kewangan. 4. Tambah pusat-pusat pendaratan ikan dan pelabuhan perikanan seperti Kemaman, Kuala Kedah dan Sedili. 5. Tubuhkan koperasi nelayan (NEKMAT) untuk bantu nelayan dapatkan bantuan kewangan beli peralatan menangkap ikan yang moden. 6. Malaysia bekerjasama dengan negara jiran seperti Singapura dalam majukan industri perikanan terutama-nya dalam perikanan laut dalam. 7. Polis Marin pergiatkan rondaan dan kawalan perairan Malaysia supaya bebas daripada pencerobohan nelayan luar dan gangguan lanun. 8. Perketatkan undang-undang untuk mereka yang mencemarkan laut (kilang-kilang dan kapal - tumpahan minyak / pembuangan sisa toksik) 9. Melalui Pusat Latihan Nelayan - nelayan dilatih mengendalikan pelbagai alatan penangkapan moden, contohnya di Batu Maung, Kuala Terengganu dan Pulau Labuan. 10.Skim Keselamatan Nelayan (SEKENAL) diadakan bagi membolehkan nelayan pasang telefon radio di bot untuk kecemasan (serangan lanun dsbnya). 11.Tukun-tukun tiruan yang diperbuat daripada tayar-tayar buruk untuk tambahkan tempat pembiakan ikan diperbanyakkan. 12.Sistem pengangkutan dan perhubungan dipertingkatkan supaya ikan dan dan hasil laut lain dapat dipasarkan dengan segera - jamin harga lebih baik. 13.Nelayan pantai timur digalakkan cari kerja sampingan terutama musim tengkujuh untuk tambah pendapatan - tidak hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata (bercucuk tanam dan kerja tangan). 14. Kerajaan menggalakkan penternakan ikan dalam kolam dan sangkar secara besar-besaran untuk pelihara ikan, kerang, ketam dan udang, di kawasan pinggir laut yang tenang airnya di Kuala Kurau, Kuala Sedili dan Pulau Aman.

JENIS- JENIS PERTANIAN


Terdapat tiga jenis pertanian di Malaysia. Iaitu:-

Pertanian pindah Pertanian kebun kecil (sara diri) Pertanian ladang

Pertanian Pindah Ciri-ciri utama :

Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buahbuahan. Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu. Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri. Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri. Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder) Peringkat kerja dalam pertanian pindah Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah. Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional dan mudah. Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional. Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.

Pertanian Kebun Kecil / Sara

Ciri-ciri utama:

Keluasan tapak 1- 2 hektar. Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil. Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia. Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja. Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional.

Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.

Pertanian Ladang

Ciri-ciri utama:

Keluasannya melebihi 40 hektar. Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar. Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot.