Anda di halaman 1dari 13

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN Tajuk 2 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN UNTUK MURID KURANG UPAYA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep dan definisi Pendidikan Jasmani Suaian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hubungannya dengan Pendidikan Jasmani Suaian serta Pendidikan Jasmani untuk semua. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan konsep, definisi dan falsafah pembentukan Pendidikan Jasmani Suaian untuk murid kurang upaya. 2. Mengurus dan melaksanakan Pendidikan Jasmani Suaian untuk murid kurang upaya. 3. Mengenalpasti sumber kewangan, tenaga manusia, bahan dan peralatan untuk melaksanakan Pendidikan Jasmani Suaian. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Konsep, Teori dan Falsafah Pendidikan Jasmani Suaian

Konsep dan definisi

Hubungan FPK dengan Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani untuk Semua

11

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KANDUNGAN

2.0 Pengenalan Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian merupakan aktiviti yang penting kepada muridmurid berkeperluan khas di sekolah. Murid-murid khas ini mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian ini bukan sahaja aktiviti fizikal semata-mata malah merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi.

2.1 Definisi dan Konsep. Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami kesukaran dalam menjalankan aktiviti sangat memerlukan pendekatan yang berbeza kepada murid yang normal. Pendekatan yang berbeza diperlukan mengikut kemampuan dan kebolehan murid berkeperluan khas tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan agar mereka dapat mengikuti dan mampu menjalankan aktiviti yang telah dirancang serta disediakan untuk mereka. Justeru itu, Pendidikan Jasmani untuk golongan ini memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut kemampuan kerana mereka tidak boleh menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan seperti golongan yang normal. Sukatan pelajaran dan pendekatan yang tersendiri adalah diperlukan kepada mereka. Oleh kerana golongan ini mempunyai perbezaan dari segi tahap keupayaan maka keperluan dan kemudahan yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian dengan keadaan

12

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

mereka. Proses untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki dan berkait rapat dengan pemilihan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan dan memperolehi pengetahuan dan pembangunan sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani ini adalah untuk meningkatkan peningkatan fizikal, belajar bekerjasama dari segi sosial dan dari segi mental pula ianya dapat melatih mental kita belajar dan berkembang.

2.1.1 Objektif pendidikan jasmani. Pembangunan fizikal dan organisasi. Pembangunan ( otot yang boleh dibina ) neuro otot atau motor. Pembangunan kognitif. Pembangunan sosial, emosi dan afektif.

2.1.2 Komponen Komponen Pendidikan Jasmani Khas Pendidikan Jasmani Suaian wajib diadakan di luar dan ianya merupakan Pendidikan Jasmani perkembangan dan pemulihan.

2.1.3 Pendidikan Jasmani Suaian. Pendidikan Jasmani Suaian merupakan modifikasi kepada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat,

13

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian melakarkan aktiviti tersebut. Ianya juga merupakan program Pendidikan Jasmani progresif atau program latihan kemahiran motor kasar, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang hampir sama dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya (populasi normal). Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan jika mungkin jurang umur perkembangan (keupayaan) dan umur kronologi (hayat ). aktiviti mengambil kira potensi individu untuk

2.1.4 Pendidikan Jasmani Pemulihan Pendidikan jasmani pemulihan merupakan program yang berobjektif pembetulan atau pemulihan bagi kes luar biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur dan mekanikal. Fokus utama adalah kepada populasi lencongan fizikal seperti kes kyphosis (boleh beradaptasi pergerakan dan struktur postur tertentu). Scoliosis, obesiti dan terapi otot. Matlamat utama pemulihan adalah untuk membolehkan populasi. Ini dapat diserapkan ke dalam proses pendidikan jasmani biasa.

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Hubungannya dengan Pendidikan Jasmani Suaian

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suatu garis panduan yang sangat penting dalam menentukan bentuk dan perkembangan sistem pendidikan di negara kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertindak sebagai dasar, hala tuju

14

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

dan panduan kepada segala idea dan usaha yang dijalankan bagi meningkatkan mutu dan prestasi pendidikan negara kita. Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dinyatakan melalui: Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Isaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996) Dapatlah dilihat daripada konsep itu, pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long education). Manusia mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang menyebabkan

perubahan berlaku dalam hidup seseorang individu. Oleh sebab itu, latihan kemahiran mahupun pendidikan diperlukan untuk menerima segala perubahan yang berlaku. Persekitaran juga berubah dari semasa ke semasa dan akan menyebabkan perubahan dari segi ketrampilan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, perkembangan dalam kehidupan dapat berjalan dengan baik dan lancar. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dalam erti kata lain, matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan

15

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

ialah melahirkan rakyat yang memiliki dan menghayati ciri percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu; dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semua ciri ini merupakan potensi dalam diri individu dan dapat dipupuk. Selain itu, melalui pendidikan (jangka masa panjang), Malaysia dapat: 2.2.1 Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

kewajipannya sebagai seorang warganegara. 2.2.2 Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan

pembangunan. 2.2.3 Melahirkan rakyat yang boleh memahami cita-cita dan menerima serta

mengamalkan perlembagaan. 2.2.4 2.2.5

prinsip-prinsip

dan

demokrasi

mengikut

Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

2.2.6

mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Matlamat pendidikan akan menjadi lebih jelas dan tersusun sekiranya elemen-elemen pendidikan dimasukkan dalam ideologi dan aspirasi negara

16

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

diwujudkan sebagai Falsafah pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Khas juga mempunyai matlamat yang sama dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu tidak hanya meliputi semua aspek pendidikan sahaja. Ia turut menyediakan perkembangan optima kepada kanakkanak berkeperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Falsafah Pendidikan Khas berteraskan kepada 3 prinsip utama iaitu: Perkembangan individu yang menyeluruh Kepatuhan kepada agama dan negara Pembentukan masyarakat yang berdisiplin dan bersepadu

Falsafah Pendidikan Khas turut menjelaskan bahawa: Setiap kanak-kanak istimewa mempunyai hak terhadap penerimaan pendidikan Perbezaan-perbezaan ilmu yang luas, wujud antara kanak-kanak dalam setiap bidang keistimewaan Tapisan pengenalpastian dan penempatan awal dalam program Pendidikan Khas diperlukan Pendekatan multidisiplin yang melibatkan pakar-pakar pendidik, perubatan, sosiologi dan psikologi Kurikulum dan bahan-bahan khas diperlukan Pendidikan Khas harus menjadi bahagian yang melengkapkan dalam program pendidikan yang menyeluruh 17

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Pemerhatian

terhadap

kanak-kanak

yang

meninggalkan

program

Pendidikan Khas serta khidmat penempatan amat diperlukan Program Pendidikan Khas diperkukuhkan lagi melalui pentaksiran berkalikali tentangnya daripada pendidik, ibu bapa dan orang ramai.

Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap

masyarakat dan negara. Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR telah menekankan betapa pentingnya Pendidikan Jasmani yang perlu dijalankan di setiap sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Ini kerana PJK merupakan satu-satunya mata pelajaran yang dapat menghasilkan pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pendidikan dalam kelas Pendidikan Jasmani memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Colfer, Hamilton dan Magill (1986) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan proses pembelajaran yang berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan kepada sesuatu kumpulan pelajar. Oleh itu, mata pelajaran ini memerlukan satu pendekatan pengajaran yang lebih mantap supaya menghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh dan berkesan. Dalam aspek hubungan antara Pendidikan Jasmani dengan pendidikan formal pula, Pendidikan Jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat. Pendidikan formal pula ialah proses di mana masyarakat melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi

18

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

ke satu generasi. Mata pelajaran pendidikan Jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding mata pelajaran lain yang hanya banyak menyentuh aspek kognitif (intelek) dan rohani (afektif) sahaja. Dengan penekanan kepada semua aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah penting kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana sebahagian besar daripada mereka mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan mereka boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian untuk murid-murid berkeperluan khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi hasrat falsafah dan kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Maka jelaslah bahawa Pendidikan Jasmani Suaian turut menerapkan di dalam diri murid-murid dengan keperluan yang sama seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid berkeperluan khas juga merupakan nadi penggerak negara maka mereka juga harus diberikan peluang yang sewajarnya. Melaui Pendidikan Jasmani Suaian, individu yang yang mempunyai potensi menyeluruh dan seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat diwujudkan kerana dalam pendidikan tersebut kesemua aspek yang dinyatakan diambil berat dan menjadi objektif pembelajaran yang utama. Seperti mana yang dinyatakan, aspek jasmani tidak dapat dilihat dalam mata pelajaran yang lain tetapi dapat diuji dan dikembangkan dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Jasmani Suaian. Pendidikan Jasmani Suaian turut menerapkan nilai-nilai murni sewaktu pembelajaran yang akan memenuhi dan melengkapkan aspek rohani murid-murid. Oleh yang demikian, dengan rapatnya

19

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

hubungan dan perkaitan antara Pendidikan Jasmani Suaian dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka aspirasi negara akan dapat dicapai dan dijayakan.

2.3 Pendidikan Jasmani untuk semua Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata pelajaran ini tidak ditaksirkan dalam bentuk peperiksaan tetapi ia ternyata relevan dan bersesuaian dengan mata pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana mata pelajaran ini merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan aspek fizikal yang tidak disentuh oleh mana-mana mata pelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat aspek terpenting dalam pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, ia juga menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam bukan sekadar untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat setiap individu. Pendidikan Jasmani dilaksanakan tidak mengira usia, jantina, bangsa mahupun agama kerana setiap individu mempunyai jasadnya yang tersendiri. Oleh itu, setiap individu perlu sedar akan kepentingan penjagaan diri daripada segi mental. Emosi, jasmani, sosial dan rohani. Kesemua aspek tersebut dirangkumkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Walaupun konsep utamanya adalah jasmani, ianya tidak mengabaikan aspek-aspek lain. Sewaktu kita mempelajari atau mengembangkan kemahiran psikomotor, ia turut merangsang minda dan kognitif dengan membuatkan kita memikirkan banyak

20

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

perkara, menganalisis setiap perlakuan dan pergerakan serta mengenalpasti kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti fizikal. Selain itu, melalui Pendidikan Jasmani juga dapat memupuk pergaulan yang sihat antara individu dengan masyarakat sekeliling melalui aktiviti fizikal yang dilakukan secara bersama di samping dapat berkongsi pengalaman dan keseronokan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkat tahap pergaulan sosial dengan masyarakat sekeliling. Pendidikan Jasmani juga tidak mengabaikan aspek rohani dengan penerapan pelbagai nilai murini dalam setiap aktiviti fizikal yang dilakukan. Nilai murini seperti menghargai tubuh badan dapat diterapkan dalam diri individu. Pendidikan Jasmani merupakan pendidikan yang berkonsepkan

sepanjang hayat. Malaysia, sebuah negara yang ingin membina dan melahirkan individu yang sihat dan cerdas. Maka pendidikan Jasmani adalah salah satu alat yang menjadi tonggak untuk mencapai sasaran itu. Sekiranya semua rakyat sihat, penyakit dapat dikurangkan dan produktiviti dapat dipertingkatkan. Seterusnya secara tidak langsung ia akan dapat membantu kepada

perkembangan dan kemajuan negara.

21

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hubungannya dengan Pendidikan Jasmani Suaian

LAMAN WEB http://ipdaburn.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-jasmani.html http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/pendidikan-jasmani-suaian-kanak-kanak.html http://www.ceritarasahati.blogspot.com http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf http://www.pingming.edu.my/bm/bm_pkhas.html http://www.sksj.com/pkhas

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San Francisco, CA: Harper and Row Publishers. Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

22

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

23

Anda mungkin juga menyukai