Anda di halaman 1dari 2

Cadangan Kurikulum Matematik KBSR kurun ke 21 1.0 PENGENALAN Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.

Dalam k onteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancan gan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam si stem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membang un, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan s istem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruh inya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap s ebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Penggubal kurikulum matematik sent iasa berhasrat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik. Penggubalan sesuatu kurikulum matematik adalah berdasarkan, antara lain kepada pertimbangan falsafah dan kandungan matematik, bagaimana ilmu ini boleh disampai kan dengan berkesan kepada kumpulan sasaran, dan apakah faktor psikologi pembela jaran matematik yang boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini mencadangkan bentuk kurikulum matematik yang sesuai digunakan d i Malaysia bagi kurun ke-21. Adalah diharapkan pengetahuan dan kemahiran yang di berikan akan membolehkan pelajar meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menangani perubahan dan cabaran masa depan. Pembaharuan yang dibu at adalah dari aspek pernyataan matlamat, objektif Pendidikan Matematik, organisasi kandungan dan pertimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 MATLAMAT Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid dala m: 1) Membekalkan konsep dan kemahiran matematik yang perlu dalam menjalani kehidu pan harian dan untuk melanjutkan pengajian matematik dalam bidang-bidang tertent u. 2) Mengembangkan pemikiran matematik dan kemahiran penyelesaian masalah dan sete rusnya menggunakan kemahiran ini dalam proses menyelesaikan masalah. 3) Mengenalpasti dan membuat perhubungan antara idea-idea matematik samada dala m bidang matematik itu sendiri atau bidang yang lain. 4) Meningkatkan sikap positif terhadap matematik. 5) Menggunakan peralatan matematik (termasuk peralatan ICT) secara efektif dalam pembelajaran dan aplikasi matematik. 6) Melahirkan hasil kerja yang imaginative dan kreatif melalui idea-ide matemati k. 7) Meningkat keupayaan untuk berfikir secara logik, berkomunikasi secara matemat ik dan belajar secara koperatif dan berdikari. 3.0 OBJEKTIF Objektif program matematik sekolah rendah adalah bagi membolehkan murid untuk; 3.1 Meningkatkan kefahaman konsep matematik dalam, -nombor dan algebra -bentuk-bentuk geometri -statistik -menggunakan unit sistem metrik -menggunakan bahasa matematik, simbol dan gambar rajah untuk mewakilkan idea2 ma tematik.

-menjalankan sebarang operasi yang berkaitan dengan nombor, pecahan, perpuluhan. - menjalankan manipulasi algebra asas -meningkatkan keupayaan untuk membuat pengiraan secara congak -meningkatkan keupayaan untuk memberikan sebab kepada sebarang keputusan atau ja wapan. -mewakilkan dan menerangkan sebarang maklumat secara bertulis, grafik, gambar ra jah dan dalam bentuk jadual. -menggunakan konsep matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah -menggunakan heuristik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. -Mengaplikasikan matematik dalam masalah kehidupan harian. -Berfikir secara logik untuk menghasilkan kesimpulan secara deduktif -Meningkatkan inkuiri penemuan melalui aktiviti penyiasatan. 3.0 Rasional Matematik merupakan satu asas kuat dalam pembangunan dan penambahbaikan kepada t ahap keintelektualan seseorang dalam penaakulan secara logik, visualisasi spatia l, analisa dan pemikiran abstrak. Perkembangan ini bukan sahaja dalam bidang sa ins dan teknologi malah dalam kehidupan seharian dan dunia pekerjaan. Penekanan kepada pendidikan matematik akan dapat memastikan setiap individu dapat meningka tkan daya saing dalam pasaran kerja yang akan dihadapi menjelang kurun ke-21. Maka rasional perubahan kurikulum matematik ini adalah berasaskan kepada: 1. Melahirkan rakyat Malaysia yang berfikiran matematik, berkemahiran tinggi da n berjaya kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi. 2. Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial kurun ke-21 3. Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan 4. Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21 5. Memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran yang boleh digunap akai dalam pasaran kerja di peringkat global dengan ; Meningkatkan pencapaian pelajar Meningkatkan piawaian nasional dengan menanda aras (benchmarking) dengan piawaian antarabangsa Meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Menawarkan kepada pelajar peluang untuk bekerja secra kreatif dan menyero nokkan.