Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 1 :HADIS -hadis 1: dosa meninggalkan solat (sumber http://mawarberduri-sarahah.blogspot.com/dosa meninggalkan solat.) Sabda Nabi s.a.w.

: "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara .. enam perkara di atas dunia tiga perkara sewaktu hendak mati tiga perkara sewaktu di dalam kubur tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan" -hadis 2 :amalan mukmin cemerlang (sumber http://farahnajia.blogspot.com/hadith : amalan mukmin cemerlang.) Daripada Abu Malik al-Harith bin Asim al-Asyari katanya; Rasulullah bersabda: Bersuci itu sebahagian daripada iman, al-Hamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan al-Hamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, al-Quran itu hujjah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya. -hadis 3 menuntut ilmu (sumber http://qasehku.blogspot.com/2008/05/al-hadith-tentang-menuntut-ilmu.html) Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

SOALAN 2 : AYAT AL-QURAN 1)dosa menderhaka kepada ibubapa (http://nurhidayahjalansuciku.blogspot.com/dosa menderhaka kepada ibubapa) Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. al-Nisaa (4) : 36 Rasulullah s.a.w. bersabda: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821. Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.

2)Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup (http://ahmadzaki.wordpress.com/Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup) Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu. (Surah Muhammad, ayat 31) 3)Sedekah (http://amalansedekah.blogspot.com/sedekah dalam al-quran) "Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar" (Surah Al- Baqarah> Ayat 263)

SOALAN 3 : TANDA-TANDA KIAMAT TANDA-TANDA KIAMAT KECIL 1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Rasulullah s. a. w. telah bersabda:Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. Sahih Bukhari 2. Zina bermaharajalela. Dan tinggallah manusia manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. Sahih Muslim 3. Bermaharajalela alat muzik.Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.Ada yang bertanya kepada Rasulullah;Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? Baginda menjawab;Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita Ibnu Majah 4. Menghias masjid dan membanggakannya. Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid -Riwayat Nasai. 5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga. Riwayat Ahmad dan Hakim (http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/07/01/tanda-kiamat-kecil-dan-besar-2/) TANDA-TANDA KIAMAT BESAR 1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. 3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. 4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. 5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. (http://feryco.com/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat-10-tanda-besar-kiamat)

Anda mungkin juga menyukai