Anda di halaman 1dari 20

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran 1.

0 Pengenalan

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia yang tidak boleh dipisahkan dengan konflik. Konflik boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat bermula dari kelompok yang kecil kepada masyarakat global keseluruhannya. Konflik akan berlaku apabila wujud pertentangan, perbezaan atau percanggahan dalam mencapai sesuatu matlamat termasuklah nilai, keperluan, dan kepentingan serta persaingan dalam memperoleh sumber yang terhad. Konflik boleh berlaku dalam kehidupan manusia tidak kira sama ada individu tersebut sedar atau tidak. Ia merupakan suatu elemen dalam kehidupan manusia sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Konflik akan tercetus disebabkan sesorang individu itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan orang lain sama ada rakan sekerja, keluarga sendiri, majikan, atau individu lain yang berurusan dengannya. Fenomena konflik yang berlaku dalam kehidupan seharian sama ada pada diri sendiri mahupun individu lain perlu diberi perhatian dan penekanan yang sesuai. Ia berlaku pada semua peringkat kehidupan, umur, bangsa, tahap organisasi, status, dan sebagainya. Sungguhpun begitu, penyelesaian konflik sebaik-baiknya dapat menghasilkan keputusan yang memberi kepuasan kepada pihak-pihak yang berkonflik. Penyelesaian konflik adalah sangat penting bagi memantapkan lagi hubungan perseorangan antara pihak yang berkonflik. Konflik yang diurus secara konstruktif dan berwawasan akan mengeratkan hubungan antara perseorangan di samping membantu meningkatkan prestasi individu tersebut sekaligus prestasi organisasi. Konflik yang diurus dengan baik dan berkesan akan memantapkan interaksi antara dua kelompok kerja, di samping merangsang idea baru, meningkatkan persaingan sihat, dan memberikan tenaga kepada perubahan sosial dan individu.

194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran Organisasi yang paling cekap dan efektif adalah sebuah organisasi yang mempunyai suatu struktur hierarki yang berasaskan autoriti yang formal dan sah. Ini menunjukkan setiap set kaedah tindakan seperti kawalan, disiplin berkerja, pengkhususan dan penyeliaan kerja, pemilihan staf dan pengaliran serta penerimaan maklumat organisasi juga adalah penting dalam sesebuah organisasi. Namun kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi yang birokrat hendaklah melihat kepada dua perspektif iaitu pertama melihat perspektif positif yang mana struktur atau pengurusan birokrasi jika dikomunikasi dengan berkesan akan banyak memberi manfaat sementara dari perspektif negatif pula jelas menunjukkan bahawa struktur birokrasi akan menjadi kelemahan apabila pematuhan kaedah dan peraturan yang berlebihan seperti mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan kerana hanya mementingkan produktiviti organisasi semata-mata

2.0

Definisi Konflik

Perkataan Konflik berasal daripada perkataan latin conflictus yang merujuk kepada situasi di mana terdapat pihak yang berusaha melancarkan mogok secara kekerasan; juga keadaan yang membayangkan wujudnya ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara, perselisihan dan pergeseran antara ahli dalam kumpulan. Ia juga diklasifikasikan sebagai suatu interaksi yang lahir dalam keadaan yang tidak baik, penuh dengan emosi dan tindakan penentangan yang pada akhirnya akan mencetuskan kekacauan. Menurut Cross Names dan Back, konflik berlaku disebabkan wujudnya perbezaan fahaman dan ideologi di kalangan individu.
Konflik merujuk kepada suatu suasana yang melibatkan pertentangan antara dua atau lebih pihak akibat daripada ketidaksamaan matlamat yang hendak dicapai, ketidakselarasan aktiviti ke arah pencapaian matlamat, ketidakserupaan personaliti dan kehendak, bertindak dalam cara menghalang atau memudaratkan sesama sendiri, dan menunjukkan tanda-tanda permusuhan antara kedua-dua pihak.

194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran (Kepimpinan dan hubungan interpersonal dalam organisasi, 2006)

Satu proses yang bermula apabila satu pihak menganggap satu pihak lain telah menghambar, atau akan menghambarkan satu kepentingan dirinya. (Thomas, 1976)

(Profesor Madya Zainal Ariffin Ahmad) Conflict as part of human diversity Conflict as an interactive process manifested in incompatibility,disagreement, or dissonance within or between social entities (i.e., individual, group, organization, etc.). (M. Afzalur Rahim,2002) By social conflict we generally mean in sociology a form of social interaction that involves competition between social groups or collective actors for scarce resources such as status, power, privileges, economic and physical goods, and the like (Kim.2005)

"an expressed struggle between at least two interdependent parties who perceive incompatible goals, scarce resources, and interference from the other party in achieving their goals. (http://www.scribd.com/doc/4267356/pengenalanasas-apa-itu-konflik)

Menurut Kamus Dewan, konflik adalah bermaksud perselisihan, pertembungan, persengketaan dan pertikaian. Konflik menurut Mosbys Medical Encyclopedia (1987) " Conflict is like a mental tension resulting from conflicting thought, idea , good and desires". Konflik, dalam maksud yang

194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran mudah dapat dihuraikan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak yang membawa kepada percanggahan. Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977) pula menyatakan konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan. (http://www.scribd.com/doc/14009249/Konflik-di-tempat-kerja) Walaupun definisi-definisi konflik kebanyakan dinyatakan sebagai suatu yang negatif, terdapat juga konflik yang bermanfaat iaitu konflik yang menyokong matlamat organisasi dan memperbaiki tahap pencapaian organisasi. Ini bermakna konflik tersebut menjadi sumber perubahan yang progresif kepada organisasi. Manakala konflik tidak bermanfaat ialah konflik yang menghalang unsur-unsur positif dalam menuju pencapaian matlamat. 3.0 Jenis Jenis Konflik

Terdapat pelbagai jenis konflik yang wujud dalam kehidupan sosial manusia. Walau bagaimanapun, ia telah dikelaskan mengikut perhubungan manusia dalam kehidupan sosial. Konflik boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu Konflik Intrapersonal / Konflik Diri, Konflik Interpersonal / Konflik dengan Manusia dan Konflik Kumpulan / Konflik Pasukan. 3.1 Konflik Intrapersonal

Konflik intrapersonal merujuk kepada pertentangan dalam diri seseorang individu. Ia merupakan kecelaruan atau percanggahan dalam diri. Konflik intrapersonal akan menimbulkan masalah kesihatan mental kepada individu tersebut. Konflik ini bersifat persendirian atau antara dirinya sendiri sahaja. Terdapat pelbagai tahap konflik yang dialami oleh pesakit-pesakit mental dari konflik peringkat rendah ke tahap konflik 4 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran bertahap tinggi. Individu yang berkebolehan tinggi dalam intrapersonal dari segi kawalan emosi diri adalah lebih pintar dan bijak pemikirannya. Perhubungan yang baik bagi setiap individu dalam aspek intrapersonal (dalaman) dan interpersonal (luaran) akan dapat meningkatkan lagi kepintaran diri seseorang. Perhubungan dalaman diri individu adalah penting bagi menjaga hati, jiwa , nafsu, akal dan roh diri sendiri individu. Ini juga merupakan interaksi seseorang itu kehidupan

luarannya iaitu sama ada hubungan dengan sesama manusia, haiwan, tumbuhan dan objek-objek lain di sekelilingnya.

3.2

Konflik Interpersonal

Konflik Interpersonal merupakan konflik antara manusia dan ianya berlaku di mana mana sahaja terutamanya di tempat kerja. Konflik interpersonal boleh memberi kesan buruk kepada hubungan emosi, mental, harga diri, kesejahteraan moral, prestasi kerja dan peluang kerjaya kepada seseorang. Contohnya konflik interpersonal yang berlaku antara ketua jabatan atau pihak pengurusan tertinggi akan mempengaruihi seseorang pekerja yang bergantung kepada pihak tersebut berasa stress, bimbang, takut dan kecewa berkenaan kemungkinan sesuatu yang tidak baik akan berlaku ke atas dirinya serta masa depan kerjaya yang dilakukannya. Konflik seperti ini akan mendorong seseorang individu berasa bersalah, marah, tercabar, kecewa, lemah semangat dan menjadi igauan kepada individu tersebut akan boleh membahayakan dirinya sekiranya konflik ini tidak mampu dibendung.

194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran

3.3

Konflik Pasukan / Kumpulan

Konflik Pasukan / Kumpulan ini merujuk kepada sesuatu pasukan yang sama ada akan atau sedang mengalami akan menghadapi dua bentuk konflik pasukan iaitu konflik dalam pasukan, dan konflik antara pasukan dalam menjalankan tugas dan peranan mereka masing-masing. Konflik dalam pasukan merupakan konflik yang berlaku sesama ahli pasukan / kumpulan yang mana ianya berlaku hanya di kalangan ahli pasukan itu sahaja dan tidak melibatkan orang lain yang bukan tergolong dalam pasukan / kumpulan tersebut. Konflik antara pasukan pula melibatkan sejumlah individu yang berlainan fungsi atau peranan yang mencetuskan konflik antara satu pasukan dengan pasukan yang lain misalnya Pasukan atau Unit Pengurusan Sumber Manusia dengan Pasukan atau Unit Kewangan berkenaan sesuatu isu atau tindakan. Konflik pasukan / kumpulan ini hendaklah diurus dan dikawal dengan bijak dan berhemah bagi mengekalkan peningkatan prestasi individu sekaligus pasukan yang wujud dalam organisasi. Ini kerana kerjasama yang erat di antara pelbagai pasukan atau unit dalam organisasi akan mendorong ke arah pencapaian matlamat organisasi.

4.0

Punca Berlakunya Konflik

Terdapat tiga kelompok besar yang dikatakan sebagai sumber konflik khususnya di tempat kerja iaitu kerana salah faham semasa berkomunikasi sama ada semasa berbual, sikap, dan alat komunikasi, perbezaan individu yang melibatkan kepentingan, nilai dan pengalaman, pekerjaan iaitu yang melibatkan tentang jenis pekerjaan yang dilakukan, penggunaan kemudah di tempat kerja, pembahagian tugas dan sebagainya. Konflik juga boleh berlaku apabila individu

194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran atau pasukan itu dikehendaki terlibat dalam sesuatu perkara atau aktiviti yang bercanggah dengan minat atau kemahirannya. Bagi konflik Intrapersonal, punca konflik adalah melibatkan proses membuat keputusan yang mempunyai banyak alternatif. Pertama, apabila seseorang individu itu dikehendaki memilih sesuatu antara beberapa alternatif yang bersesuaian; keduanya, seseorang individu itu terpaksa memilih alternatif yang akan mendatangkan kesan positif dan juga negatif; manakala yang ketiga ialah seseorang individu itu hanya ada alternatif yang mempunyai kesan negatif sahaja. Bagi konflik Interpersonal pula, ia disebabkan oleh sumber yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat atau persepsi, salah faham atau salah interpretasi berkenaan sesuatu isu. Konflik Interpersonal berlaku di mana terdapatnya hubungan manusia yang memerlukan mereka berkomunikasi dan bekerjasama dalam mencapai matlamat yang sama sungguhpun mempunyai peranan, tanggungjawab dan keperluan yang berbeza. Terdapat empat jenis isu ketidaksetujuan yang mencetuskan konflik interpersonal iaitu ketidaksetujuan tentang maklumat / tujuan, ketidaksetujuan tentang cara melakukan tugas, ketidaksetujuan tentang sesuatu keterangan atau fakta, ketidaksetujuan tentang nilai sama ada ianya benar atau salah. Punca tercetusnya konflik pasukan pula ialah boleh dikelaskan kepada beberapa punca iaitu persandaran atau pergantungan tugas di mana sesebuah pasukan atau unit kerja yang bersandar kepada unit lain secara berjujukan (sequential) atau timbal balik (reciprocal) akan menyebabkan tercetusnya konflik apabila sesuatu tugas itu tergendala yang disebabkan oleh salah satu pihak yang bersandaran itu tadi, kekurangan sumber iaitu sumber yang terhad seperti peruntukan wang, peralatan, ruang dan sebagainya akan mencetuskan konflik kepada dua atau lebih pasukan yang memerlukannya, ketidaksesuaian matlamat yang menyebabkan percanggahan matlamat sama ada di peringkat individu dan pasukannya atau unit kerja yang berbeza fungsi dan peranan contohnya unit pemasaran dan pengeluaran akan menyebabkan 7 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran konflik, kurangnya komunikasi yang berkesan akan mengakibatkan maklumat yang disampaikan tidak jelas dan boleh mencetuskan konflik. Selain itu, perbezaan personaliti, pengalaman, dan nilai yang merujuk kepada latar belakang individu yang berbeza dari segi keturunan, persekitaran, pemikiran juga akan menimbulkan perbezaan kefahaman dan konflik dan di samping itu, pentadbiran sistem ganjaran yang tidak teratur dan sistematik serta tidak adil akan menimbulkan konflik yang boleh menyebabkan prestasi organisasi terjejas.

5.0

Konflik dalam organisasi

Konflik dalam organisasi boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah persaingan sumber yang terhad. Ini dapat dilihat di dalam sesebuah organisasi yang mana sering berlaku persaingan bagi mendapatkan pengagihan sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, kelengkapan pejabat dan kelengkapan peribadi dalam memenuhi kehendak jabatan masingmasing. Sumber-sumber yang terhad ini akan mengakibatkan berlaku ketidakpuasan hati dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber tersebut apabila masing-masing mengutamakan kepentingan sendiri daripada mencapai matlamat organisasi keseluruhannya. Sandaran tugas yang merujuk kepada tugas yang memerlukan kerjasama dan persefahaman individu atau unit lain dalam menyelesaikan sesuatu tugas juga boleh menimbulkan konflik. Kerjasama tersebut diperlukan bagi mendapatkan hasil kerja yang lebih efektif dan berkualiti. Apabila kerjasama yang diharapkan tidak seperti yang dikehendaki oleh pihak bekerjasama maka ia mungkin melahirkan rasa tidak puas hati. Pergolakan konflik antara pihak-pihak akan menjejaskan kerjasama antara mereka di masa hadapan dan ini sekaligus akan merugikan organisasi. Dalam organisasi, ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa.merujuk kepada pekerja yang masih samar dalam menjalankan tugasnya dan mengharapkan orang lain melakukan tugas 8 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran tersebut. Apabila timbul masalah dalam penyelesaian tugas, pergeseran antara pekerja akan berlaku. Ketidakjelasan tanggungjawab antara pekerja akan menyebabkan kegagalan pencapaian sesuatu matlamat. Selain itu wujud juga konflik dalam pemusatan dan pembahagian kuasa antara pekerja. Pemusatan kuasa bermaksud individu membuat keputusan untuk semua unit. Setiap organisasi menghadapi konflik antara pekerja dan golongan atasan akibat mementingkan pendapat orang bawahannya sahaja dan pilih kasih dalam

membahagikan tugas. Selain itu, masalah kekurangan maklumat selalu terjadi dalam sesebuah organisasi yang disebabkan oleh komunikasi yang lemah antara bahagian atau individu itu sendiri yang gagal menguruskan maklumat tersebut. Pengurusan maklumat yang lemah menjejaskan mutu kerja dan akhirnya gagal mencapai matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang berbeza.Kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara unit atau jabatan kerana organisasi mempunyai matlamat keseluruhan. Konflik juga boleh berlaku di antara individu dan kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latar belakang dan pemikiran yang berbeza antara pekerja. Misalnya organisasi membuat perubahan dasar dan dimaklumkan kepada pekerja. Kemungkinan terdapat pekerja yang tidak dapat menerima perubahan tersebut dalam jangka masa terdekat. Konflik mulai bergolak dan desakan serta paksaan hanya akan membawa kepada tindakan yang lebih buruk bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sikap kurang berdisiplin berpunca dari kurangnya pengetahuan tentang peraturan, prosedur, dan kurangnya kebijaksanaan. Antara disiplin yang sering berlaku ialah kelewatan, ketidaktepatan waktu, merosakkan harta benda syarikat walaupun kecil, melanggar peraturan keselamatan syarikat yang tidak menyebabkan kerosakan kepada harta atau penderitaan manusia,meninggalkan tempat kerja seketika tanpa kebenaran atau sebab yang munasabah, keingkaran atau sengaja tidak mematuhi sama ada tidak 9 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran mencampur tangan dengan yang lain-lain, terhadap sebarang perintah sah dari pegawai atasan atau perlakuan terhadap disiplin atau kelakuan baik, penyertaan dalam mogok yang menyalahi undang-undang atau subahat, melakukan penipuan,kecurian berkaitan harta kerajaan, melakukan gangguan seksual sepertimana yang disenaraikan dalm polisi pencegahan dan pembasmian gangguan seksual di tempat kerja, kebiadapan atau kelakuan tidak wajar terhadap orang awam semasa bertugas dan banyak lagi jenis masalah disiplin yang boleh menimbulkan konflik dalam organisasi. 6.0 Kes Konflik Sebenar Di Unit Pinjaman Perumahan

Konflik boleh berlaku di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ia pasti pernah atau sedang berlaku di mana-mana organisasi baik di sektor awam mahupun di sektor swasta. Kes ini berlaku di organisasi Unit Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia Sarawak iaitu kes tidak hadir bertugas. Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Menurut Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas, cetakan Ogos 2010 yang dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, terdapat empat kategori tidak hadir bertugas iaitu tidak hadir bertugas dan dapat dikesan, tidak hadir 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, tidak hadir bertugas iaitu meminda Sijil Cuti Sakit atau mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu dan tidak hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan (Ponteng Kerja). Unit Pinjaman Perumahan telah ditubuhkan sejak November 2006 sehingga sekarang. Semasa awal penubuhannya, hanya 3 orang pegawai iaitu seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, dan dibantu oleh dua orang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 untuk menjalankan 10 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran pemprosesan pinjaman perumahan kakitangan persekutuan di Sarawak. Pada ketika itu, setiap dokumen permohonan pinjaman perumahan yang dipohon oleh kakitangan awam yang bekerja di Sarawak akan diproses oleh unit ini dan kemudiannya diluluskan oleh ibu pejabat iaitu Bahagian Pinjaman Perumahan, Putrajaya. Setelah beberapa tahun ditubuhkan, bermula tahun 2009, unit ini telah diturunkan kuasa oleh ibu pejabat untuk meluluskan sendiri permohonan pinjaman perumahan yang diterima, menyempurnakan urusan cagaran, dan menyediakan baucar bayaran sekaligus dan berperingkat. Sehingga kini, Unit Pinjaman Perumahan telah diisi oleh 24 kakitangan yang diketuai oleh seorang Ketua Unit, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, seorang Penolong Pegawai Tadbir (Kanan) Gred N32, tiga orang Penolong Akauntan Gred W27, empat orang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, empat orang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17, tiga orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), seorang Juruteknik Komputer Gred FT17, seorang Pembantu Am Pejabat Gred N1, seorang Pemandu Kenderaan Gred R3, seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17, seorang Pembantu Akauntan Gred W17, dan tiga orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Kontrak. Konflik yang berlaku di dalam Unit Pinjaman Perumahan ini adalah melibatkan seorang pegawai lelaki, bernama Sahari yang berjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17. Konflik ini timbul disebabkan oleh kekerapan pegawai ini tidak hadir bertugas dan suka menangguhkan kerja yang telah diamanahkan oleh pihak atasan. Sejarah perkhidmatan pegawai ini masih baru iaitu beliau baru berkhidmat dengan kerajaan selama 7 tahun dan pernah bertugas di Intan, Sarawak. Beliau baru ditukarkan ke Unit Pinjaman Perumahan pada awal bulan Disember 2010. Pertukaran ini merupakan pertukaran suka sama suka oleh Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) lama yang telah memohon untuk menimba pengalaman di Intan, Sarawak.

11

194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran Seawal kemasukan Sahari di Unit Pinjaman Perumahan, beliau telah menerima fail meja dan senarai tugas yang perlu dilakukan oleh beliau sebagai kerani pentadbiran. Selain tugas sebagai kerani pentadbiran yang mengendalikan cuti, dan perkhidmatan kakitangan unit ini, beliau juga diberi tanggungjawab untuk mengunci masuk data wang proses yang dikemukakan oleh pemohon pinjaman perumahan semasa permohonan dibuat. Di samping itu, beliau juga perlu melakukan proses pengeposan poslaju atas urusan rasmi ke Ibu Pejabat dan terus kepada pemohon jika berlaku kes penolakan. Konflik ini mula berlaku selepas seminggu beliau bertugas di unit ini. Beliau sering hilang tanpa kesan dan selalu datang lewat ke pejabat. Sungguhpun telah diberikan nasihat oleh rakan sekerja dan pegawai atasan, tabiat beliau ini tidak dapat diubah. Malah, beliau dengan selamba duduk di meja beliau. Ini telah mendatangkan ketidakpuasan hati kepada rakan sekerja yang lain yang terpaksa menanggung kerja beliau yang tertangguh terutamanya penguncian masuk wang proses ke bank. Selain itu, kelakuan beliau telah membuatkan ketua unit merasa tercabar dan tidak dihormati dan ini memberi kesan emosi kepada ketua unit sehinggakan beliau memarahi kakitangan lain tanpa sebab akibat memikirkan kelakuan Sahari. Ini telah menjadikan rakan sekerja yang lain marah dan tidak puas hati, kerana bukan sahaja terpaksa menanggung kerja Sahari yang tertunggak, malah terpaksa mendengar amarah pihak atasan. Suasana kerja yang seronok dan cakna yang selaras dengan Tonggak 12 sudah tidak wujud di unit ini. Warga unit ini telah bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Sahari dan Ketua Unit bagi mengelakkan situasi ini berterusan. Namun begitu, cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh Ketua Unit kerana beliau beranggapan bahawa beliau mampu menyelesaikan masalah tersebut seorang diri. Sehubungan dengan itu, warga Unit Pinjaman Perumahan telah menyiasat berkenaan punca Sahari berkelakuan sedemikian. Menurut temubual yang dibuat dengan salah seorang mangsa 12 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran yang terlibat, Sahari rupa-rupanya sedang mengalami kesulitan berkenaan kewangan. Setelah dikenalpasti, Sahari memiliki dua buah kereta iaitu sebuah kereta Kancil dan sebuah kereta Kenari. Beliau mempunyai tanggungan yang berat iaitu mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, isteri yang hanya berjaja kecil-kecilan, di samping hutang beliau di institusi kewangan. Sahari juga telah berfikiran singkat sehingga sanggup meminjam dari Along sehingga telah menyebabkan beliau menjadi buruan lintah darat tersebut. Pernah suatu hari, terdapat sumber yang boleh dipercayai telah terserempak dengan Sahari di pusat membeli-belah sedangkan beliau mengatakan beliau sakit tenat kepada Ketua Unit. Pembohongan Sahari akhirnya terbongkar apabila beliau tidak hadir betugas selama 7 hari dengan alasan bahawa beliau dikuarantinkan oleh doktor yang mengesyaki beliau diserang demam malaria. Walau bagaimanapun, setelah Ketua Unit dan pegawai pentadbiran di Perbendaharaan Malaysia Sarawak melakukan lawatan mengejut ke rumah beliau, didapati beliau sedang menonton televisyen sambil ketawa terbahak-bahak. Tindakan lawatan seperti ini dilakukan kerana Sahari tidak berjaya mengemukakan laporan perubatan dari klinik atau hospital seperti yang dinyatakan oleh beliau. Sungguhpun pembohongannya telah diketahui oleh pihak atasan, beliau tetap menipu mengatakan bahawa beliau baru sahaja sembuh dari demam malaria tersebut dan berjanji akan hadir ke pejabat keesokkan harinya dan malangnya beliau hanya hadir bertugas dua hari selepas itu. Akibat daripada kelakuan Sahari, kerani pentadbiran yang lain terpaksa menanggung kerja beliau di samping melakukan kerja hakiki mereka masing-masing iaitu menyediakan baucar bayaran berperingkat dan sekaigus kepada pemaju. Ini telah memberi kesan kepada piagam tempoh penyiapan baucar tersebut. Masalah Sahari ini juga telah menyebabkan pegawai atasan iaitu ketua unit telah mengambil keputusan untuk menyerahkan beberapa tugas Sahari kepada kakitangan yang lain kerana beliau tidak mahu kerja tersebut tertangguh dan bimbang 13 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran jika Sahari tidak amanah semasa proses penguncian masuk wang proses yang . Maka,

perkara ini telah menyebabkan pertambahan kerja kepada kakitangan yang lain dan menimbulkan tekanan kepada mereka. Secara tidak langsung tindakan ini telah mengurangkan kerja Sahari dan menjadikan beliau semakin berani sehingga tidak mahu melakukan apa-apa kerja pejabat dan hanya menonton filem di ruang kerja beliau. Perkara ini telah menimbulkan konflik dalam organisasi ini, baik konflik intrapersonal iaitu Sahari sendiri, konflik interpersonal antara Sahari dan rakan sekerja, Sahari dengan pihak atasan, dan konflik kumpulan iaitu antara kakitangan dengan pihak atasan yang tidak mengambil tindakan. Konflik ini memberi kesan negatif kepada banyak pihak terutamanya kepada kerani pentadbiran yang terpaksa menanggung kerja Sahari yang tertunggak. Di samping itu, perasaan ketidakpuasan hati di kalangan rakan sekerja telah menyebabkan mereka memberontak dengan cara keluar awal beramai-ramai semasa makan tengahari dan balik lewat setengah jam. Ketua Unit ini pada awalnya memarahi kakitangan yang berbuat demikian, tetapi beliau telah dimarahi semula oleh kakitangan dan menyatakan bahawa beliau pilih kasih dan tidak menghargai mereka. Namun begitu, sungguhpun kakitangan tersebut berbuat demikian, tugas yang diamanahkan tidak ditangguhkan dan disiapkan mengikut piagam yang telah ditetapkan dengan tidak mengambil kira elaun lebih masa kerana bekerja lebih masa di pejabat. 7.0 Strategi Penyelesaian Konflik

Sehubungan itu, pihak pentadbiran telah merancang strategi bagi menyelesaikan konflik yang ditimbulkan oleh Sahari ini. Menurut Kenneth Thomas, sarjana pengurusan telah menyarankan 5 trategi yang boleh digunakan dalam menyelesaikan konflik iaitu persaingan, permuafakatan, kompromi, pengelakan dan penyesuaian bagi mencapai matlamat dan perpaduan dalam pasukan. Ini adalah bagi mengelakkan prestasi individu, kumpulan atau lebih besar lagi prestasi organisasi terjejas. 14 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran Antara strategi penyelesaiannya ialah Strategi persaingan (competition) yang selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan situasi menang-kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Teknik ini juga digunakan bagi menjaga status, membuat keputusan dengan cepat, memudahkan situasi dan memuaskan kehendak semula jadi manusia apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak ansur serta berbincang secara terbuka. Strategi yang kedua ialah pengelakan (Avoidance). Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isuisu konflik sengaja diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu. Strategi kompromi (Compromise) pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar menawar. Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masingmasing untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna berlaku situasi menang- menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan orang ketiga yang bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak. Seterusnya strategi penyesuaian (Accommodation) yang biasanya bermatlamat untuk

memelihara perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh majikan yang terlalu berkuasa. Ini bermakna 15 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran kumpulan kerja tersebut mementingkan perpaduan pasukan namun kepentingan mencapai matlamat adalah rendah. Strategi yang terakhir ialah permuafakatan (Collaboration). Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan. Namun begitu, pihak pentadbiran hanya menggunakan strategi pengelakan, kompromi, dan penyesuaian bagi menyelesaikan konflik ini. Melalui strategi pengelakan, pihak atasan pada awalnya tidak mengendahkan masalah tersebut dan mereka telah menyiasat dan mendapatkan maklumat dari jabatan lama Sahari. Menurut pegawai yang memantau Sahari, Sahari memang mempunyai masalah kewangan dan masalah disiplin iaitu tidak hadir bertugas. Beliau juga sering mengambil cuti sakit sehingga hampir layak untuk mengemukakan Laporan Perubatan. Akan tetapi atas strategi kompromi, mereka tidak mengenakan apa-apa tindakan ke atas Sahari dan hanya meluluskan pertukaran Sahari ke Unit Pinjaman Perumahan. Pada bulan Mei 2011, pihak pentadbiran Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah mengambil tindakan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Sahari yang menghendaki beliau membalas surat tersebut dalam masa 14 hari. Akan tetapi malangnya, surat tersebut tidak dibalas oleh Sahari dan beliau tidak menghiraukan amaran tersebut. Melalui strategi penyesuaian, pihak atasan telah menyerahkan beban tugas Sahari kepada kakitangan yang lain bagi memastikan segala kerja tidak tertangguh walaupun beliau tahu tindakan ini akan menyebabkan kakitangan bawahan terpaksa mengalah dan menurut arahan pihak atasan. Strategi ini hanya memberi kemenangan kepada sebelah pihak manakala sebelah pihak lagi terpaksa menanggung beban. 8.0 Cadangan Penyelesaian 16 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran 8.1 Penguatkuasaan Undang-Undang

Kesalahan tidak hadir bertugas pegawai awam merupakan kesalahan tatatertib tertinggi, terutamanya membabitkan kumpulan sokongan pada masa kini. Menurut Bernama, 17 November 2009, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menyatakan bahawa daripada 314 orang pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan tidak hadir bertugas, 294 orang daripadanya adalah dari kumpulan sokongan berbanding hanya 20 orang pegawai dari kumpulan pengurusan dan profesional. Katanya lagi : Jenis hukuman yang paling kerap dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ialah beri amaran (iaitu dikeluarkan kepada 229 pegawai), dan buang kerja (seramai 178 pegawai) Jabatan Perkhidmatan Awam telah menghasilkan Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas dengan harapan agar dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada Ketua-ketua Jabatan dalam mengendalikan dan menyelesaikan sekaligus membendung kes seperti ini dengan lebih berhemah, berkesan dan cekap. Berdasarkan statistik yang telah dijalankan pada tahun 2002 hingga 2010, jumlah kesalahan tidak hadir bertugas telah meyumbang sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai awam pada setiap tahun. 8.2 Sesi Kaunseling

Perbincangan secara lisan antara ketua dan kakitangan yang terlibat perlu bagi mengenal pasti masalah sebenar di mana sesi kaunseling dijalankan bagi menekankan betapa pentingnya masalah disiplin tersebut diatasi dan sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut dengan seberapa segera dan bersesuaian dengan beban masalah. Menurut Bernama, 05 April 2011, Yang Berhormat 17 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran Perdana Menteri telah menyatakan bahawa kakitangan sektor awam perlu mengamalkan dan menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam Strategi Lautan Biru dan tugas harian mereka. Beliau menggalakkan kakitangan sektor awam untuk lebih prihatin, kreatif dan inovatif supaya pencapaian dan keberhasilan negara dapat ditingkatkan. 8.3 Kursus dan Taklimat Berkenaan Integriti

Masalah disiplin juga boleh dibendung dengan mengadakan kursus dan taklimat berkenaan integriti dalam menjalankan tugas. Di samping itu, taklimat berkenaan Pengurusan Wang juga salah satu langkah untuk memberi panduan kepada kakitangan supaya bijak menguruskan kewangan. Ini kerana menurut Bernama 03 Februari 2011, seramai 1,086 penjawat awam bankrap dan ramai yang dibelenggu keberhutangan serius di mana 72.74 peratus daripadanya merupakan penjawat awam lelaki. Selain itu, taklimat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit juga boleh diadakan bagi mendidik penjawat awam agar lebih bijak dalam mengendalikan wang mereka.

9.0

Kesimpulan

Hakikatnya, setiap organisasi tidak akan terlepas dari konflik, namun kekerapan dan punca timbulnya konflik perlu dititikberatkan dan dibendung demi menjayakan matlamat

organisasi. Konflik boleh memberi impak sama ada bersifat postif atau negatif. Dari segi positifnya, konflik yang berlaku boleh menyebabkan sikap berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan adanya sikap ini hasil atau presrtasi sesuatu kerja akan meningkat. Selain itu konflik juga dapat menyedarkan individu atau pihak organisasi mengenai kelemahan yang terdapat dan sekiranya mereka berfikiran positif, usaha untuk memperbaikinya akan 18 194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran dilakukan dan ini dapat meningkatkan kerjasama dan keharmonian ditempat kerja. Ia juga boleh menggalakkan berlakunya perubahan yang membina. Di samping itu konflik juga menggalakkan seseorang itu memikirkan punca sesuatu masalah dengan lebih mendalam, meningkatkan motivasi untuk menyelesaikan masalah dan memahami emosi serta tingkah laku diri sendiri dan orang lain dalam usaha mewujudkan satu penyesuaian atau perseimbangan. Kesan positif lain yang boleh dikesan melalui konflik ialah :

Ia mampu menzahirkan masalah yang dihadapi oleh kumpulan Keputusan yang berkualiti akan terhasil hasil daripada usaha penyelesaian konflik Lebih banyak alternatif dan pilihan yang boleh dijanakan Pihak yang terlibat dalam proses penyelesaian konflik akan merasakan keputusan yang

dicapai adalah milik bersama Komunikasi yang lebih jelas akan terhasil kerana penyelesaian konflik memerlukan

pemikiran yang tajam Kepercayaan dan keterbukaan akan akan terpupuk melalui pengalaman semasa

menempuh kesusahan membuat keputusan Menguji dan meluaskan keupayaan ahli pasukan di samping menyediakan mekanisme

untuk mengubah hubungan dengan realiti sebenar Kesan negatifnya pula, ia akan menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Selain itu yang pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha mencapai matlamat organisasi keseluruhannya.

19

194707

GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran Pengawalan konflik ke satu tahap tertentu dapat membantu meningkatkan persefahaman dan keberkesanan kumpulan dan organisasi. Oleh yang demikian konflik yang berlaku perlu diatasi sebaik mungkin dengan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan situasi yang berlaku.

20

194707