Anda di halaman 1dari 3

Objektif Kajian

Dengan menghasilkan folio Sejarah ini, dapat mengajar pelajar mencari dan mengumpul fakta sejarah yang sahib. Ini kerana pelajar dapat tahu mencari dan mengumpul fakta sejarah. Mereka juga memepelajari untuk menganalisis fakta-fakta yang dikumpulkan Pelajar yang dapat mempelajari cara menjelas menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional. Perkara ini sangat penting untuk menghasilkan folio-folio lain juga. Dengan ini, pelajar dapat tahu cara sebenarnya untuk menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional Folio ini juga mengajar pelajar supaya prihatin dan menghargai peranan yang dimainkan oleh syarikat produk barangan buatan Malaysia. Pelajar pada zaman ini tidak menghargai peranan yang dimainkan oleh syarikat produk barangan buatan Malaysia. Jikalau begitu, dengan menghasilkan folio sejarah ini merupakan peluang yang baik untuk mempelajari nilai menghargai Akhir sekali, dengan menghasilkan folio ini, pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dan semangat patriotisme. Pelajar mestilah dipupuk sejak kecil dan penghasilan folio ini merupakan latihan yang baik.

Kaedah Kajian
Surat Khabar
Saya dapat maklumat tentang kilang dodol Haji Ideris daripada surat khabar Kosmo di muka surat 8 pada Isnin, 12 September 2011. Saya dapat tahu masa mereka berkembang pusat dalam perniagaa mereka. Saya juga dapat tahu berita-berita terkini tentang produk ini.

Wawancara
Semasa saya melawat kilang dodol Haji Ideris, saya berpeluang menemu ramah orang sumber Puan Suhaini binti Azali, seorang Penolong Pengurus Sumber Manusia dan merekod segala hasil temu ramah itu untuk dianalisi kemudian. Dengan temu ramah ini, saya dapat tahu sejarah kilang ini. Saya juga dapat tahu aktiviti pemasaran mereka.

Majalah
Saya juga telah mengunjungi perpustakaan sekolah saya dan perpustakaan daerah untuk mendapatkan maklumat tambahan terhadap tugasan yang diberikan. Saya berjaya mencari maklumat yang lebih lanjut dalam majalah jutawan isu 19, Usahawan Tani pada Februari 2008. Saya dapat tahu bahawa produk ini terdiri daripada beberapa perisa buah-buahan. Saya dapat tahu pengusaha-pengusaha yang lain bekerjasama mengusahakan produk ini.

Melayari Laman Internet


Saya juga menggunakan kaedah teknologi dengan melayari internet. Melalui layaran ini saya dapat maklumat tambahan untuk tajuk tugasan. Laman web yang saya menggunakan untuk mendapat maklumat ialah http://h2nshoppe.blogspot.com/p/dodol-hj-ideris.html. Dengan melayari internet, saya dapat tahu maklumat tentang pasaran berbanding dengan 3 sumber yang lain.

Belilah barangan buatan Malaysia


Kita mestilah bekerjasama (U.P 3) untuk memberi sokongan terhadap barang buatan Malaysia. Oleh sebab jikalau kita hendak Negara kita maju dalam bidang ekonomi, kita mesti menyokong produkproduk buatan Malaysia dengan membelikannya

Slogan yang dilancarkan sudah tentu mempunyai tujuan dan matlamat tersendiri untuk menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia (U.P 1) apabila membeli barangan buatan Malaysia.

Kita harus bersyukur (U.P 2) kerana terdapat banyak produk tempatan yang berkualiti tinggi dan mampu bersiang dengan produk luar Negara dalam pasaran antarabangsa.

Membeli barangan tempatan merupakan satu tindakan yang wajar (U.P 4) kerana kita boleh menggunakannya tanpa perasaan ragu-ragu kerana proses pengeluaranya dikawal selia oleh pihak berkuasa

Anda mungkin juga menyukai