Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Untuk menjadikan sesuatu bahan bantu mengajar yang efektif dalam menarik minat murdi-murid untuk melihatnya

adalah bahan bantu mengajar tersebut perlu mempunyai ciri-ciri yang menarik bagi mendapat perhatian muridmurid. Bahan bantu mengajar amat memainkan peranan bagi mencapai tahap proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana murid-murid bukan sahaja tertumpu kepada tajuk yang diajar oleh guru tetapi kaedah yang guru gunakan untuk menyampaikan sesuatu pengajaran dengan berkesan ataupun tidak. Di sini guru amat perlu untuk membina bahan bantu mengajar yang sememangnya membantu guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan berkesan bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran yang dilaksanakan. Jadi di era yang berteknologi canggih ini, kebanyakan sekolah mempunyai kemudahan komputer untuk digunakan dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih mengikut peredaran semasa iaitu membina bahan bantu mengajar dengan menggunakan komputer. Jadi, saya sebagai bakal guru perlu belajar bagaimana mengelolakan komputer seterusnya perlu mahir dalam membina bahan bantu mengajar dengan sebaik yang mungkin untuk menjadi seorang guru yang kreatif dan serba boleh pada masa yang akan datang. Sesuai dengan zaman kini yang lebih cenderung kepada teknologi maklumat dan komunikasi, guru amat berperanan dalam mengetahui dan mendalami bidang tersebut supaya dapat dipraktikkan ketika mengajar dan juga kerja-kerja sampingan yang lain. Tugas guru amat besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer setiap kali masuk ke kelas. Jadi, guru mesti sentiasa menghasilkan bahan bantu mengajar yang berbeza mengikut tajuk yang diajar dari masa ke semasa dan bahan bantu mengajar tersebut perlu kreatif yakni berjaya menarik minat murid-murid untuk melihat dan memahami isi kandungannya. Sebagai bakal guru, saya akan berusaha gigih dalam membina dan memastikan bahan bantu mengajar dapat memberi sesuatu impak yang besar kepada murid-murid untuk memahami segala pengajaran yang diberikan. 28

Saya akui bukanlah mudah bagi seseorang guru untuk membina bahan bantu mengajar yang sentiasa kreatif sepanjang masa. Namun, tidak menjadi satu kesukaran kepada saya untuk cuba melaksanakannya dengan merancang masa dengan sebaiknya iaitu membina bahan bantu mengajar apabila mempunyai masa terluang ketika di luar waktu mengajar kerana masa yang tidak mencukupi bukanlah satu alasan yang munasabah untuk seorang guru yang ingin mencapai kecemerlangan diri sendiri dan juga murid-muridnya. Dengan itu, amat penting sekali bagi seseorang guru memikirkan secara positif setiap kali ingin menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif dan berkesan supaya murid-murid dapat menerima ilmu pengetahuan dengan lebih mudah. Secara keseluruhannya, bahan bantu mengajar amat penting dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang kerana dengan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih membangunkan tahap pemikiran muridmurid selain meningkatkan minat, perhatian, dan penglibatan murid-murid di dalam kelas. Semuanya bermula daripada guru untuk menentukan sesi pengajaran menjadi bermakna atau sebaliknya. Guru juga akan mencapai visi kementerian pelajaran iaitu bagi melahirkan guru yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dengan menghasilkan bahan bantu mengajar yang untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.

29