Anda di halaman 1dari 4

CHAPTER 7 - ELECTRIC ELEKTROSTATIK 1. 2. 3. Elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas elektrik static (tidak bergerak).

Objek boleh dicaskan melalui geseran. Dua objek yang neutral akan bercas apabila digosok bersama. - pembaris plastik dan belon dicaskan apabila masing-masing digosok dengan sapu tangan dan kain sutera. - Apabila pembaris yang bercas dibawa mendekati aliran air, cas elektrik statik pada pembaris menarik aliran air mendekatinya. - Begitu juga apabila belon yang bercas dibawa mendekati cebisan kertas, cas elektrik statik pada belon menarik cebisan kertas mendekatinya.

4. 5.

Objek-objek boleh kehilangan atau menerima elektron apabila digosok dengan bahan yang berlainan jenis. Objek yang kehilangan electron akan dicaskan positif dan objek yang menerima electron akan dicaskan negatif.

6.

Jenis-jenis cas yang terhasil pada sesuatu objek ditentukan oleh jenis bahan yang bergosok dengannya. Bercas positif Kaca Asetat selulosa Bulu haiwan Wul (bulu biri-biri) Bercas negatif Kain sutera Plastik Poliester Getah

7. 8. 9.

Sifat-sifat cas elektrik static. (a) cas-cas yang sama menolak antara satu sama lain. (b) cas-cas yang bertentangan menarik antara satu sama lain. Apabila objek-objek yang bercas didekatkan, kedua-duanya akan mengalami daya elektrostatik. Untuk mengesan cas elektrik statik, elektrod digunakan.

Fenomena harian yang berkaitan dengan elektrostatik 1. Pembentukan kilat Apabila awan bergeser dengan udara, awan menjadi bercas. Cas-cas terkumpul pada awan menjadi terlalu banyak sehingga cas-cas ini melompat ke bumi. Ini menyebabkan kejadian kilat. Tayar kapal terbang Kapal terbang perlu dinyahcas sebelum mendarat. Ini dilakukan dengan mengumpul cas-cas pada bahagian roda. Cas-cas melompat ke bumi apabila kapal terbang dekat dengan permukaan darat semasa mendarat. Lori tangki petrol Lori minyak yang membawa minyak dan bahan-bahan mudah terbakar mempunyai satu rantai logam yang menyentuh lantai untuk dinyahcas. Palam pencucuh

2.

3.

4.

Palam pencucuh dalam enjin kereta menghasilkan percikan api apabila kedua-dua terminal dicas penuh. Percikan api menyalakan bahan api untuk menggerakkan enjin.

Anda mungkin juga menyukai